
Aku tak pasti mengenai korang, tapi aku suatu ketika dahulu adalah pengguna WordPress.com sebelum melompat ke WordPress.org, dan sebelum tu lagi adalah Blogger. Dan terus terang aku kata, ada beberapa ciri-ciri dalam WordPress.com yang aku harap pengguna WordPress.org dapat guna juga. Macam contoh, WordPress stats, walaupun aku lebih suka menggunakan Google Analytics untuk cek stats blog aku cemana seharian, tapi aku harap juga aku dapat menggunakan WordPress stats dari blog aku sendiri untuk melihat kelainan bentuk stats dari platform yang berlainan, oleh itu dalam blogpost kali ini aku ingin menceritakan mengenai plugin Jetpack.
Jetpack telah dikeluarkan pada 9 Mac, 2011 yang lepas, dan fungsinya adalah mudah sahaja untuk diterangkan, membawa beberapa fungsi yang ada dalam WordPress.com ke self-hosting WordPress.org korang sendiri. Dan antaranya adalah:
WordPress.com Stats – aku rasa aku dah terang banyak mengenai ini kat atas.
Twitter Widget – tunjukkan tweets Twitter anda.
Gravatar Hovercards – kalau anda hover mouse anda ke nama author, pop-up akan muncul menunjukkan profile Gravatar anda.
WP.me Shortlinks – shortlink blogpost anda menggunakan WP.me
Sharedaddy – alat untuk share blogpost anda ke Facebook, Twitter dan lain-lain.
LaTeX – short-coding untuk mudah menunjukkan formula matematik.
After the Deadline – memastikan perkataan yang anda taip anda betul (English).
Shortcode Embeds – untuk embed video coding dengan mudah.
Selain dari WordPress.com stats, aku berminat untuk mencuba fungsi Gravatar Hovercards, dan Twitter Widget. Lagipun dua benda tu pun belum ada lagi masa aku guna WordPress.com dulu. So, kalau akan datang korang ternampak dua fungsi tersebut dalam blog ini nanti, hantarkan komen anda mengenainya ya. Samada apa yang dipaparkan tuh, elok atau tak?
Aku tau yang korang akan kata yang fungsi tersebut korang boleh dapat dari banyak plugin korang boleh jumpa kat internet, tapi jawapan yang boleh aku kata adalah, plugin ini dihasilkan sendiri oleh WordPress team, dan aku pasti ia lebih elok sedikit dari plugin yang ada banyak diluar sana. Habis cerita!
Sila mencuba dalam blog anda sendiri, dan bagi review kepada pembaca anda semua. Selamat mencuba!
Untuk download, pergi sahaja ke laman rasmi Jetpack tersebut: http://jetpack.me/










Aku selalu tertanya kadangkala dengan bagaimana mereka ini beri free service pada people dan masih lagi buat duit? Bukan senang tau, pasal mereka terpaksa approach rich business company lain untuk invest pada service mereka provide, just for getting people’s to know their brand. So aku search dalam Google, mencari jalan bagaimana mereka semua ini buat duit. Dan based pada apa aku baca yang tertulis, konsepnya adalah lebih kurang sama dengan advertisers makes money.



Selama aku dah ada WordPress blog ini aku rasakan seperti aku missing something dengan plug-ins yang aku dah sedia ada. Memangla aku sedar sebelum ni, cuma aku banyak menunggu masa yang sesuai untuk aku masukkan sahaja. Tapi sebernanya aku banyak rugi masa dan blogpost kerana terlewat dengan 1 plug-in ini yang aku kira bagus untuk semua blogger kerana membantu SEO bagi blog anda kepada search engine. 