Video: Trailer Halo 4 Yang Anda Patut Tonton

Selain dari trailer game World of Warcraft dan Final Fantasy yang cemerlang, ini adalah sebuah lagi trailer game yang paling terbaik aku pernah tengok.

Diarahkan oleh David Fincher, pengarah kepada filem The Social Network, dan juga Tim Miller, orang yang buat special effects untuk filem Scott Pilgrim, dan hasilnya, sebuah trailer pendek yang terbaik dibawah ini. Sangat kewl!

To be honest, aku tak memiliki konsol Xbox, tapi main game dia tu pernah la, dan rasanya semua trailer game Halo superb-super belakeww.

Sumber: Kotaku

Lelaki Ini Edit Filem Toy Story 3 Kepada Tragedi, Dan Beritahu Ibunya Yang Itu Adalah Benar

YouTube user, Justin Wallin telah edit filem Toy Story 3 dan menukar ending dia dan menjadikkan seolah-olah berlaku kematian pada semua watak permainan dalam filem tersebut, dan tunjukkannya kepada emaknya, yang masih belum tonton filem Toy Story 3, respon emaknya memang priceless sial!

P/S: Tak baik sedihkan hati mak wahai anak-anak.

Sumber: iO9

Video: Seni Dalam Pembangunan Laman Web Dan Design

Kepada semua web developer dan designer dan graphic people, video ini adalah untuk anda, fahami apa tujuan sebenar website yang anda ingin hasilkan, siapakah yang anda sasarkan, bagaimana cara anda nak kekalkan pengunjung anda lama di website korang, bagaimana pengunjung anda mudah mendapat info yang mereka mahukan dari website anda, dan banyak lagi.

Kau ingat web designer tu kerja mudah? Think again.

Sumber: Gizmodo

Video: Inilah Hadiah Paling Hebat Dari WETA Workshop Kepada Valve

DIAM DAN AMBIK SEMUA DUIT AKU!!!!! *campak-not-RM100-banyak-banyak*



Nota: Aku rasa dalam zaman sekarang, salah satu business yang aku rasa boleh buat duit yang banyak dan berjaya adalah buat prototaip yang sebegini, ambik la apa-apa watak game ker, movie ker, macam Master Chief dalam Halo ke, and jual lah dalam eBay ke, Amazon ker, serious aku dapat rasakan ianya memang *Ka-chiiiingggg* punya idea.

Mesin LEGO Yang Sangat Ohsem!

NO NO NO NO and NO! Ini bukan iklan untuk LEGOland Malaysia, tapi ini adalah ciptaan oleh Akiyuki yang hanya menggunakan LEGO dan beberapa modul tambahan, menggunakan sedikit matematik, dan sains, maka terhasillah mesin ini yang membuatkan orang ternganga dengan hasil kerja beliau, sangat genius!

Berikut adalah senarai modul LEGO tersebut.

  1. Ball factory
  2. Zigzag stair
  3. Zigzag lift
  4. Pneumatic
  5. Cup
  6. Screw T1
  7. Basket shooter
  8. Mechanical train
  9. Screw T2
  10. Screw T3
  11. Spiral lift T2
  12. Elevator & coaster
  13. Fork
  14. Spiral lift T1 & step
  15. Catch & release
  16. Belt conveyor & pinball
  17. 5-axis robot S750

LEGOland Malaysia sepatutnya ambil Akiyuki ni bekerja disana buat pelbagai magical thing disana. In b4 “orang melayu tak ada talent nak buat benda macam nih” LOL (Gaya Obe).

Sumber: Gizmodo

Video: Bumi Mengeluarkan Bunyian Yang Sangat Unik

Rupa-rupanya bumi sebernanya boleh bercakap, tapi dalam bentuk chirps dan wisel yang disebabkan oleh gelombang radio yang boleh didengar oleh pendengaran manusia, dan seterusnya dipancarkan oleh magnetosfera Bumi. Ia dipanggil “korus,” atau “korus subuh.”

Para saintis telah lama mengetahui tentang fenomena ini, kerana ianya boleh diambil hanya dengan menggunakan penerima radio. Ia paling mudah dikesan pada waktu pagi, dan digabungkan dengan bunyi kicauan yang diberi nama samaran “korus subuh.”

Apa yang menyebabkan hal ini berlaku? Ini terhasil dari gelombang radio yang boleh didengar yang dipancarkan oleh zarah dalam magnetosfera, satu fenomena yang mengelilingi mana-mana planet atau bulan dengan medan magnetik, seperti juga Bumi. Zarah-zarah ini kemudian menyentuh dan dipengaruhi oleh radiasi yang juga mengelilingi planet ini, lalu terhasil-lah bunyi yang sangat unik.

Ini merupakan rakaman yang baru daripada satelit NASA yang dilancarkan pada akhir bulan Ogos lepas. Mereka juga telah merekod lima fenomena berasingan pada 5 September lepas. Kan bagus kalau ada sesiapa boleh mentafsirkan bunyian yang dihasilkan ini?

Sumber: Universe Today

Video: Segalanya Yang Anda Ingin Tahu Mengenai Graviti #TED

Ditulis dan dilakarkan oleh pemenang anugerah bagi guru matematik dan sains Jon Bergmann, video dari TED ini mengajar bagaimana graviti itu sebernanya berlaku, dengan kata pendeknya, setiap elemen tertarik antara satu sama lain.

Kalau anda masih bersekolah, cerita teori ini kepada ini kepada cikgu anda, ia pasti boleh meletupkan kepala mereka.

Sumber: iO9

Video: Bagaimana Kamera Dan Lens Canon Dihasilkan

Sebagai orang I AM CANON (LOL), dengan bangganya aku berkongsi video bagaimana cara kamera dan lens Canon dihasilkan. Ianya adalah satu proses yang sangat kompleks, setiap hasil kerja dilakukan dengan sangat perincian, tidak hairanlah jika kamera dan lens Canon adalah yang terbaik dalam dunia fotografi.

Aku terasa macam aku patut buat blog mengenai fotografi jugak ah, he heee..

Sumber: PetaPixel

Video Penghasilan Lukisan 3D – Super Mario

Selalunya aku tengok foto lukisan 3D yang diorang buat kat lantai-lantai jalan, parking lot, and pada hari ini akhirnya aku dapat tengok timeline bagaimana lukisan 3D yang sebernanya dihasilkan di lantai jalan, yang menggunakan watak Mario dan controller Nintendo (aku ingat SNES kot) untuk hasil karya beliau (Chris Carlson).

Go check it out!

Sumber: Reddit

2 Video Geek Yang Menarik Dikongsi Harini

Walaupun aku belum lagi tengok filem Prometheus (alasan: tak minat filem horror), tapi aku dah banyak baca spoiler, so aku tau sedikit jalan cerita keseluruhan filem itu. Dan kepada yang dah pun menonton, aku rasa video di bawah ini akan make sense to you guys.

Video dibawah pula menceritakan bagaimana sekumpulan pekerja pejabat menghadap Diablo III dalam dunia sebenar…. Parody damn’it!

Sumber: Geeks are Sexy dan ComicBookMovie.com

Rupa Bumi Dan Bulan Dari Planet Mercury

Inilah rupa bentuk bumi dan bulan dari jarak 183 JUTA kilometer, dan gambar tersebut telah diambil pada 6 Mei 2010 yang lepas. Mercury adalah planet yang paling terdekat dengan matahari dalam bima sakti (milky way), dan diambil menggunakan kapal angkasa MESSENGER.

Walaupun ianya berita yang lama, tak bagi aku masih lagi menarik untuk dikongsi bersama.

Sumber: NASA

#SPOILERALERT 5 Klip Video Pendek (Sehingga Kini) Dari Filem The Avengers

Aku percaya ramai geng dah tak sabar nak tengok citer The Avengers nih, ramai jugak bloggers and company yang buat tweetup and event untuk tengok citer ni beramai-ramai, dan kalau korang tak sabar menunggunya dan nak tengok sedikit sneak peek filem The Avengers itu, aku ada kumpulkan sehingga kini 5 klip video pendek dari filem tersebut.

INGAT! Kalau korang tak mau spoiler, JANGAN TENGOK!

Enjoy!

Dah, pegi share blogpost ni kat semua orang.

Video Faveret Hari Ini

Semua orang harini share video Project Glass dari Google, memang nice konsep yang diorang impikan, tapi bagaimana pula kalau jadi yang sebaliknya? inilah video parodi user di YouTube, sangat kelakar.

Satu lagi video yang pastinya akan mengakibatkan kesakitan punggung pengguna Canon sekalian, ianya menunjukkan perbandingan antara Nikon D800 dan Canon 5D MK III, check it out!

Dan akhir sekali, sebuah video trailer untuk filem Ted, yang mana pencipta asalnya adalah dari Seth MacFarlane, pencipta rancangan TV Family Guy, akan muncul nanti di pawagam terdekat anda mulai bulan Julai 2012 nanti.

Cheers!

Rakaman CCTV Rafizi Hamdan Dilanggar Lari (Al-fatihah)

Mengejutkan! Aku rasa tindakan pemandu tersebut melampau, seorang rakan aku pun pernah kena kejadian seperti ini, dilanggar dan dibiarkan terbaring kesakitan di jalanraya. Nasib baik dia sempat hafal nombor plat kereta yang dilanggar tuh, kalau tak memang orang yang langgar dia tu pun masih happily ever after sampai sekarang.

Kepada arwah Rafizi Hamdan yang meninggal dunia akibat kejadian malang tersebut, kita sedekahkan Al-fatihah kepada dia beramai-ramai, moga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminnn..

P/S: Terima kasih Sokernet.com!

Video Shit ‘Local’ Says

Since aku rasa That Effing Show punya “Shit ….. Says” yang paling terbaik untuk local punya edition, so aku nak share few videos lagi pasal life kita semua di Malaysia. So true man!

Aku pernah berkerja di Advertlets, dan video dibawah ni my friend.. memanglah sangat benar akan kebenarannya. Memang ada blogger yang style dia camnih. Tarak tipu! (termasuk aku juga *ehem*)

Haa yang ni pulak unik, ayat yang jarang jarang jarang jarang jarang sekali akan keluar dari rakyat Malaysia. Sinikal!

Dua video kat bawah ni ada sikit kekeliruan, pasal semua perangai yang dia tunjukkan tuh memang laki punya perangai. Bukan perempuan! LOL!!!

Trailer Filem Terbaik Muncul Dari Super Bowl XLVI

The Avengers, tak perlu aku nak terangkan lebih lanjut, akan muncul di pawagam bulan Mei 2012 nanti. SMASHHHHHHHHHH!!!

Juga pada bulan Mei ini juga, filem Battleship akan muncul, ia adalah filem mengenai perang antara makhluk asing dan tentera laut?

Filem ni aku tak berapa tau sangat detail dia, tapi sinopsis dia adalah macam ni:

John Carter (Taylor Kitsch) is a former Confederate captain, he was transported to Mars (“Barsoom”). There he becomes part of a conflict between the various nations of the planet, whose leaders include Tars Tarkas (Willem Dafoe) and Princess Dejah Thoris (Lynn Collins). Carter takes it upon himself to save Barsoom and its people.

Akan muncul di pawagam terdekat anda pada bulan Mac 2012 ini.

Dan akhir sekali, filem The Lorax, dari buku warna kanak-kanak Dr. Seuss’, kini sudah bertukar ke filem dalam bentuk 3D.

The film follows Ted (Zac Efron), an idealistic young boy who lives in “Thneed-Ville”, a city that is completely artificial, except for its people. He sets out to find the one thing that will win him the affection of Audrey (Taylor Swift), the girl of his dreams, who wishes to see a real tree. While attempting to find a seed, he discovers that their city has been closed off from the outside world, and meets the reclusive Once-ler (Ed Helms), who recounts the story of how he met the Lorax (Danny DeVito), a grumpy yet charming creature who serves as guardian of the land.

When the young businessman introduces a revolutionary invention from the native Truffula Tree’s tufts, it tragically spirals into a mass overproduction leading to the depletion of the forest, and the creation and isolation of Ted’s town. With the Once-ler’s blessing, and the last Truffula Seed, Ted sets out to remind his town of the importance of nature. Unfortunately, he finds himself hounded by the wealthy mayor of Thneed-Ville, O’Hare (Rob Riggle), who has no intention of leaving any traces of the Lorax’s world.

Excited? Haha..

Bulan Mac 2012 akan muncul nanti.

Update: G.I. Joe: Retaliation

Aku dah tengok trailer ni dah sebelum ni, tapi dalam Mashable post katanya ini muncul masa Super Bowl. Whatever.. here it is.

Mana satu favorite anda? Aku sudah semestinya akan memilih The Avengers sebagai trailer filem Super Bowl yang aku paling suka, kedua.. Battleship, 3rd John Carter and last The Lorax. Jyeahhhhh!!

Muzik 80′s – 90′s Memang Ohsem!

Aku tak tau kenapa, tapi lately aku suka dengan lagu-lagu 80′s nih, tak kisah la local ker, international ker, makin sedap la bila dipasang sejak akhir-akhir nih.

Aku bukan nak kondem, tapi aku rasakan lagu 80′s and 90′s susunan muzik dia, and lirik dia memang best betul, don’t you think? Aku rasa macam sekarang ni macam banyak lagu yang jenis hip-hop, tapi.. aku tak benci hip-hop, tapi cam.. ntahla. Macam dia dah sampai tahap “OKAY THAT’S IT! ENOUGH! TOO MUCH Y’ALL MUSIC BEIN PLAYED ON RADIO!”. Atau maybe sebab aku dah terbiasa dengan Indie bands kot, so.. aku kalau boleh nak lagu yang digubal dengan instrumen muzik, ada pemain muzik, bukan dari sampler dan beats itu semua, bagi itu itulah muzik sebenar, ia lebih dekat dengan jiwa para pendengar. Hmmmm.. sesungguhnya seni itu adalah sesuatu yang sukar untuk diterangkan maksudnya.

Sheila Majid? Ada sesiapa peminat dia? I do. No, i’m serious, punkster also likes Jazz music. Isn’t it weird? Haha..

Chanteknya Malaysia

Setiap kali aku melihat video ini, hati aku akan berkata “damn! kamera apa and lens apa diorang guna nih?”. Jawapannya ada terletak dibawah sekali. LOL!

Malaysia adalah sebuah negara membangun yang sangat unik dan indah, kita ada banyak tradisi, pelbagai warna dan budaya disatukan dalam satu negara, takde masalah langsung kan?

Tidak ada satu negara di dunia pun yang terlepas dari masalah, ia datang dari pelbagai punca, yang penting kita janganlah jadi antara individu yang menjadikkan masalah tersebut, kita semua berkongsi negara yang satu ini, baik atau buruk semua tercalit pada diri masing-masing, jadi mari kita bersama menjaga nama baiknya, okeh.. tetiba aku rasa aku cakap macam typical meleis. But its true! LMAO.

Okeylah aku cuma nak kata, aku sayang Malaysia! Dan aku nak hidup senang dan aman di negara ini. Jyeahhh!!

Oh btw, kamera tersebut adalah Canon 7D dan lens EF-S 17-55mm f/2.8, EF-S 18-135mm f/3.5-5.6 serta Tamron wide-angle 11-14. Sumber dari deskripsi dalam video YouTube ini.

Tahniah Harimau Muda!

Inilah saat yang aku kira paling mendebarkan (teramat sangat!) ketika menontonnya. Sampaikan member aku yang teman aku tadi tak sanggup nak tengok keadaan match yang sangat tegang ini. Tapi Alhamdulillah.. akhirnya Malaysia juara.

Sebernanya aku mengharapkan match ini sampai ke peringkat sepakan penalti ni, pasal aku percaya dengan kemampuan Khairul Fahmi a.k.a Apek yang superb la aku kata, dan aku pasti ramai yang bersetuju juga dengan aku dalam hal ini (tolak beberapa sepakan beliau tak dapat tangkap tadi).

Tapi tak kisah! Kerana Malaysia telah menjadi juara! Itu yang penting sekarang. Pedulikkan isu-isu lain, yang penting Malaysia menang okeh. MALAYSIA MENANG!!!! HAHAHAHAHHAHAAA..

P/S: Aku baru sedar yang Khairul Fahmi masih bawah 23 tahun. LOL!

Video: Berikan Sokongan Pada Team Malaysia Ketika Final Sukan SEA

Sebagai rakyat Malaysia aku berbangga dengan pencapaian team Malaysia sekarang ni yang akan ke Final nanti, menentang…….. Indonesia…. okeh! Aku taknak komen banyak-banyak, ianya ditakuti akan menimbulkan semangat patriotism yang melampau hingga memperlekehkan negara lawan, sebab negara Malaysia kita semua rakyatnya ada otak, dan itulah yang membuatkan kita lebih maju.. (terdiam)

Okeh ayat aku diatas dah ada menunjukkan tanda emo sedikit, let’s move on.. dan ini adalah 3 video untuk tontonan anda, sebagai rakyat Malaysia, kita harus berikan sokongan. MALAYSIA BOLEH!

Bonus: Jumpa di YouTube, walaupun bukan pasal Sukan SEA, tapi melihat ramai penyokong skuad Harimau Malaya dalam video ini (i lied!) membuatkan aku rasa bangga dengan apa yang telah kita capai setakat ini.

Video: Mengapa Anda Perlu Ada Akaun Google+?

Laman social network memang banyak di internet sekarang, namun yang paling besar ketika ini adalah Facebook, manakala Google+ masih lagi orang baru dalam arena tersebut.

Namun begitu, anda perlu memiliki sebuah akaun dalam Google+, walaupun dalam kepala otak anda (sesetengah orang), satu akaun social network sudah cukup untuk menceritakan hidup anda, berbual dengan rakan & keluarga, dan sebagainya. Namun semua itu mungkin akan berubah, selepas menonton video ini, anda mungkin akan terfikir untuk membuka sebuah akaun di Google+, mengapa? saksikan..

Ia adalah sebuah fakta yang benar bukan?

Jikalau anda sudah buka akaun Google+ anda, masukkan saya dalam circle anda, begitu juga dengan page ShamHardy.com ini. Jumpa di sana!

Sumber: Google+

Video: Un-boxing Samsung Galaxy Note

Nota: Sebelum anda menekan butang play itu, sila fahami bahawa ini adalah video un-boxing aku yang pertama, jadi kalau ada pape komen, jangan la bagi yang teruk-teruk sangat okeh. Kasihanilah saya! :P

Hopefully korang boleh faham dengan penjelasan aku mengenai Samsung Galaxy Note tersebut, peringatan sekali lagi bahawa ini adalah video teaser sahaja, doakan supaya aku akan buat lagi video mengenainya lagi selepas ini okeh.

Tambahan info: Samsung Galaxy Note akan mula dijual pada 11 November nanti di beberapa tempat di Malaysia seperti berikut:

Kuala Lumpur: Bukit Bintang Entrance, Pavilion
Penang: South Side, Queensbay Mall
Johor Bahru: AEON Tebrau

Manakala harganya pula mungkin (bermakna tak rasmi) akan berada dalam sekitar Rm2,200 begitu, dan mungkin akan lebih murah lagi pada hari promosi mereka lakukan kelak, jangan lupa untuk hadir jika anda mempunyai masa. (FYI: Pada rakaman video masih belum ada lagi berita aku terima mengenai tarikh penjualan dan harga phone tersebut)

Tarikh 11 November ini anda patut letak tanda dalam kalendar anda okay.

Memandangkan hari raya Haji bakal tiba, saya dan sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam di seluruh negara, dan berhati-hatilah ketika memandu pulang ke kampung itu nanti.

Cheers!

Saksikan Trailer Grand Theft Auto 5

Tahniah kepada Rockstar Games kerana telah berjaya meneruskan francais Grand Theft Auto ini walaupun sentiasa dikelilingi oleh kritikan dari pelbagai pihak terhadap game mereka, dan khas bagi anda semua peminat GTA di luar sana, tontonlah trailer terbaru game mereka iaitu, Grand Theft Auto 5 baby! Dan berikan komen anda mengenainya jugak sekali yer..

(Klik untuk play video)

Game ini telah mula dijual pada hari sama pelancaran trailer ini di U.S sana.

Sumber: G4TV

Malah BlackBerry Pun Tunjukkan Video Konsep Masa Hadapan Mereka

Ia seperti menjadi trend sekarang, syarikat teknologi membuat video idea masa hadapan mereka kepada public, cuma sekarang ni kita tunggu pula bagaimana Android dan Apple punya idea konsep di masa hadapan. Tapi awal-awal lagi aku sudah jangka Apple tak akan buat begitu kerana bagi mereka masa hadapan tersebut adalah sekarang (aku tak ingat mana quotes aku jumpa tuh, tapi memang ada).

Android? Maybe dia tunjuk sebab takut terlanggar mana-mana patent lagi? LOL!

Sumber: Gizmodo

Filem-Filem Oleh Tim Burton

Kepada peminat filem arahan Tim Burton, ini untuk anda. Mengembalikan memori anda dengan filem-filem seperti Edward Scissorshand, Mars Attack, Batman Forever, The Nightmare Before Christmas, Batman Returns, Beetlejuice dan banyak lagi. Aku pasti ada antara filem-filem tersebut anda pernah tonton dan suka dengannya.

Kalau anda perasan, kesemua filemnya mempunyai ciri-ciri ‘dark’ di dalamnya, mild creepy tapi storyline memang bagus.. on some movies.

Enjoy!

Sumber: SlashFilm

Video: Bayangan Masa Hadapan Oleh Microsoft

Pihak Microsoft telah menghasilkan sebuah lagi video tentang konsep idea mereka di masa hadapan nanti dengan pelbagai gajet ala ‘Minority Report’ yang kita semua akan guna, yang menggunakan perisian “Office 2019″. Jikalau benar inilah konsep yang Microsoft inginkan penggunanya miliki nanti, adalah lebih baik mereka melakukannya cepat supaya dapat kembali bersaing dalam industri teknologi yang kita semua boleh katakan sedang sengit bersaing antara satu sama lain sekarang.

Dear Microsoft, we’re waiting..

Sumber: WinRumors, TiPb

Pengeluaran Hardisk Terjejas Oleh Banjir Di Thailand

Pada minggu lepas aku ada tulis dalam status update aku yang mengatakan bahawa harga hardisk akan melonjak naik disebabkan oleh krisis banjir di Thailand sana, dan pada hari ini, sebuah tech blog bernama Dvice menyatakan perkara yang sama jugak mengenainya.

Western Digital, Hitachi, Seagate, and Toshiba are all facing direct production issues as a result of the flooding, and even Korean companies such as Samsung are having trouble getting the specific components that they need to build their own drives, like a motor — responsible for spinning the disc in hard disc drives. Most customers have about two weeks of inventory, and distributors may have an additional two weeks, but beyond that, things are looking gloomy. On Apple’s earnings call this week, CEO Tim Cook said that he’s “virtually certain there will be an overall industry shortage of disk drives as a result of the disaster.”

Over the last two or three days, I’ve watch prices on the drive I’ve been looking at for a new PC build (a 1TB Samsung SpinPoint F3, if you’re curious) skyrocket from $60 to $110 to completely out of stock most places. As people start to worry, demand will increase, and since there’s not going to be any new supply for weeks (maybe even months), things may very well get frantic as soon as current stock runs out.

Sumber: Dvice

Dari sebuah lagi sumber yang boleh dipercayai, kilang mereka di Thailand itulah yang sebernanya merupakan yang utama, dan kilang hardisk di Malaysia pada ketika ini sedang menghadapi kesulitan dalam pengeluaran mereka.

Aku mengambil perkara ini serius kerana aku mungkin akan membeli beberapa hardisk baru akan datang, dan kepada rakan-rakan di luar sana, jika anda terfikir anda ingin beli hardisk (maybe portable), beli sekarang sebelum terlewat, atau anda akan samada membayar harga yang lebih dari kebiasaannya, ataupun tiada stok dalam pasaran.

Perkenalan Lenovo IdeaPad Tablet K1 Dan Dua Baucer TopShop Untuk Dimenangi!


Pada 2 minggu yang lepas, Lenovo Malaysia telah mengadakan sesi perkenalan kepada produk terbaru mereka yang bakal berada di pasaran iaitu, Lenovo IdeaPad Tablet K1, sebuah tablet yang menggunakan sistem OS Android, bentuk yang lebih mantap, dan secara jujurnya saya rasakan tablet ini bakal menjadi penyaing kepada tablet keluaran Samsung iaitu Galaxy Tab. Mengapa? Penjelasan ada dibawah

Semasa diterangkan mengenai fungsi yang terdapat dalam tablet ini, Lenovo telah banyak melakukan customize pada tablet OS nya, khas untuk produk mereka sendiri, seperti marketplace mereka sendiri, butang tambahan untuk antaramuka, dan pelbagai lagi. Lihat spesifikasi tersebut:

Processor: NVIDIA® Tegra™ T20 1.0GHz
Android OS: Android™ 3.1
Diameter: 10.4” x 7.4” x .5” and less than 1.7 pounds
Hayat bateri: Sehingga 10 jam
Memori: Sehingga 1GB DDR2 memori, sehingga 64GB ruang SSD
Lain-lain: Dilengkapi Bluetooth® dan 802.11b/g/n hubungan WiFi, MicroSD card reader, penyambung mini HDMI dan pilihan docking port, Dilengkapkan kamera webcam dihadapan (2M) dan belakang (5M).

Sebarang maklumat lanjut anda boleh pergi ke website rasmi Lenovo, iaitu di lenovo.com/products/us/tablet/ideapad/

Dan sesuatu yang istimewanya kali ini dalam blog ShamHardy.com, saya akan memberikan anda bukan satu, tapi dua baucer TopShop bernilai RM50 untuk dimenangi, bersamaan dengan usaha Lenovo dalam memperkenalkan teknologi baru kepada industri pembangunan teknologi pengkomputeran iaitu Lenovo Enhanced Experience 2.0 untuk Windows 7 dengan satu cara yang mudah sahaja.

Berikan pandangan anda yang paling menarik, “apakah yang anda mahu lakukan untuk dunia bagi tujuan kebaikan?” Sesiapa yang dapat berikan penjelasan ‘brilliant’ sekali akan mendapat baucer ini. Tulislah seberapa panjang anda mahu, pendek pun tak kisah, dalam ruangan komen dibawah ini, dalam Facebook profile saya sendiri mungkin, atau juga di Fan page blog ShamHardy.com. Mana sahaja tempat yang anda

Cepat! Masa tamat semakin hampir.

Membuat Mayonis Di Rumah Anda Dalam Masa 2 Minit

Kebiasaan aku suka tuliskan mengenai cerita teknologi dan fotografi dalam blog aku ni, tapi cuma untuk blogpost kali ini aku nak share sebuah video tentang bagaimana untuk menghasilkan Mayonis di rumah anda dalam masa 2 minit!

Aku tau.. aku tau.. ia menyebabkan kegemukan, tapi mayonis adalah antara penyedap makanan yang paling excellent aku pernah rasa, dan video ini membuatkan aku sendiri ingin mencubanya di rumah.

Cuma… aku perlu carik mana nak beli dijon mustard tuh, neutral oil yang mana satu sesuai untuk dipakai, dan hand blender tu rasanya tak pernah aku beli. Heh.

Thanks LifeHacker!

Keluarga Yang Bermain World of Warcraft Bersama

Ini sangat cool! Tapi adakah aku pun akan buat seperti mereka? Nah.. pasal aku prefer family aku menjadi web developer dari hardcore gamers. Walaupun begitu, kami pasti akan menghadap bermain computer and console games bersama dan itu kawanku adalah pasti.

For the horde!

Sumber: TechEBlog

Check Out My Timeline Profile! Thanks @TechCrunch #Facebook

Terima kasih kepada TechCrunch kerana telah memberikan tips yg sangat best ini, iaitu untuk menukar profile anda ke bentuk Timeline yang mereka telah perkenalkan dalam event keynote f8 tadi, beberapa jam yang lepas. Dan cara untuk mendapatkan ini adalah hanya anda perlu mengikut langkah yang diberikan dibawah.

Kalau anda tak tahu apa itu ‘Timeline’ yang aku sebutkan ini, pergi check-out page penerangan mengenainya disini atau tonton video ini.

(Aku terpaksa copy paste tutorial mereka tanpa buat terjemahan kerana sedikit malas ketika ini)

1. Log into Facebook

2. Enable developer mode, if you haven’t already. To do this, type “developer” into the Facebook search box, click the first result (it should be an app made by Facebook with a few hundred thousand users), and add the app.

3. Jump into the developer app (if Facebook doesn’t put you there automatically, it should be in your left-hand tool bar)

4. Create a new app (don’t worry — you wont actually be submitting this for anyone else to see/use). Give your shiny new app any display name and namespace you see fit. Read through and agree to the Platform Privacy agreement. This is the step you need to be verified for.

5. Ensure you’re in your new app’s main settings screen. You should see your app’s name near the top of the page

6. Look for the “Open Graph” header, and click the “Get Started using open graph” link.

Create a test action for your app, like “read” a “book”, or “eat” a “sandwich”

7. This should drop you into an action type configuration page. Change a few of the default settings (I changed the past tense of “read” to “redd” — again, only you can see this unless you try and submit your application to the public directory), and click through all three pages of settings

8. Wait 2-3 minutes

9. Go back to your Facebook homescreen. An invite to try Timeline should be waiting at the top of the page

Dan anda telah selesai, go check it out, explore the new features, learn it before they start publish it to all, be a hippies! Hahahaha..

Anyway, good luck!

P/S: Believe me this, banyak kelebihan kalau anda sign up as developer :)

Video Real-Life Plants Vs. Zombies Di China

Sekumpulan fan-boy Plants Vs Zombies di China telah membuat sebuah ‘hippie party’ seperti yang M.I.C Gadget laporkan di sebuah bandar di utara, Shenyang sana yang menunjukkan mereka sedang menari dan berlawan sesama mereka.

Enjoy!

Sumber: M.I.C Gadget

P/S: Random Alphabets taknak buat flashmob untuk ini jugak ker? :P

Jerung Dan Clown Fish Terbang Di Udara? Control Dengan Remote?

Bila sahaja aku tengok video ini, terus terdetik kata dalam hati aku yang berbunyi “FUHH! Ini mesti dibeli! WAJIB!”, ia adalah sebuah set permainan yang paling cool aku pernah jumpa seumur hidup aku, even set koleksi Gundam pun kalah dengan ini…………………. eh wait! *fikir-sekejap* ish ish ish takleh takleh takleh..

Ia dinamakan Air Swimmers, harga setiap satunya adalah $39.99 (RM119.20), $71.98 (RM214.75) bagi combo pack, mempunyai dua pilihan sahaja pada ketika ini, iaitu Clown Fish, dan Shark, dan banyak kali ditunjukkan kepada umum, antaranya adalah pada majlis Comic-con yang lepas, Toy Fair, dan pelbagai lagi.

Sayangnya pada ketika blogpost ini ditulis, ianya sudah habis stok buat sementara, yang tinggal hanyalah Clown Fish sahaja, dan update paling terbaru sekali (paling terbaik!), mereka tidak lagi tawarkan servis penghantaran ke negara-negara selain U.S dan Canada. Dan aku sangat geram sangat dengan berita tersebut, sangat-sangat DAMMNN yang teramat sangat!

But still, there must be a way to get it, right?

Sumber: Gizmodo (http://gizmo.do/nupDFC)

Apa Yang Ada Dalam Pakej Semalam

Semalam aku ada send pic yang aku ada dapat pakej dari Hong-Kong right? So, inilah dia yang terkandung didalamnya. Biasa-biasa jer sebernanya pun.

Seperti yang aku kata dalam video, tujuan pertama aku adalah ingin mencuba dengan servis website ini dahulu, samada ianya boleh dipercayai atau tidak, barangan dia okay atau tidak, penghantaran apa semua. Dan komen aku setakat ini adalah, aku berpuas hati dengan servis mereka, barang yang diterima adalah seperti yang aku jangkakan, packaging pun bagus, kualiti nampak cam okay, dan yang paling bestnya adalah tiada caj penghantaran langsung dikenakan! Serius..

Ini merupakan permulaan kepada next online shopping stage sebernanya, actually, aku memang nak beli barang kat ThinkGeek atau kat Amazon.com pada mulanya, tapi ada sesetengah barang dalam Amazon.com yang aku nak tak boleh dihantar ke negara ini dan paling worst sekali, ThinkGeek langsung tak boleh hantar langsung ke negara Malaysia kita ini, tu yang membuatkan aku sangat sedih, tapi its okay.. sebab aku dalam masa yang sama sedang menunggu beberapa rakan aku yang akan kembali balik study di luar negara sana nanti, mungkin akan mintak tolong mereka untuk jadi sebagai laluan perdagangan barang itu nanti. Bijak kan? LOL!

Anyway, must get back to work now, and you my friend have a good day orait! :)