Aku rasa hari ini aku nak compile kan la apa aku nak share dalam blogpost aku kali ini, since hari ini hari bekerja, dan aku akan menjadi sangat sibuk lepas ni pasti punya. Tapi pasal nak pastikan ada blogpost untuk hari ini punya pasal, inilah aku rasa cara yang paling terbaik untuk dibuat. Let’s go!
Korang ada follow akaun Twitter @tv3malaysia dan @SonyMalaysia tak? Perasan sesuatu yang pelik? Well, kedua mereka ada tweet sesuatu yang berbentuk scam sebernanya, memperkenalkan cara nak tengok siapa yang stalk gambar kita lah, dan siapa yang tengok profile kita lah.


Kepada followers sekalian sila berhati-hati, elakkan dari klik ke link tersebut, ditakuti anda pula akan menjadi mangsa yang seterusnya.
Kepada yang mengawal dua akaun Twitter tersebut, atau lebih mudah dipanggil sebagai admin, sila tukar password akaun Twitter anda, selalunya itulah cara yang paling terbaik untuk selesaikan masalah itu. Dan juga langkah kedua, pastikan komputer atau device yang membuka akaun tersebut benar-benar bersih dari Virus, Malware atau Adware. Bila dua perkara dah dibuat, aku pasti takkan ada lagi tweet scam yang sebegitu.
Keduanya adalah syarikat korporat, mesti mau jaga maa reputasi. Kerana ribuan Twitter users sedang follow anda sebernanya.
Anehnya, @tv3malaysia menyedari mengenai perkara ini, tapi tidak pula delete tweet scam mereka tersebut. Hmmmm.. Kemungkinan terlupa kot.

Okay next adalah trailer terbaru dari filem Sucker Punch, uniknya tentang trailer baru mereka kali ini adalah ianya dalam bentuk music video, ditambah lagi dengan aksi-aksi gadisan comel sedang berlawan, aku pasti filem ini pasti akan menjadi menarik bila keluar nanti. Cekkidaut!
Sumber: ComicBookMovie.com (http://bit.ly/hBBaIH)
Bagi event pula, malam ini akan berlangsung WebCamp Deux di Menara UOA Bangsar (http://4sq.com/goFA2u) sana (bersebelahan dengan LRT Bangsar), dan event ini sesuai bagi mereka yang suka mengenai industri pembangunan web di Malaysia, dan juga developer-developer yang ingin belajar sesuatu yang baru dengan individu-individu yang akan berkongsi pengalaman mereka dengan anda semua disana nanti.
Maklumat lebih lanjut boleh lihat dalam Facebook event page mereka dalam link ini: http://on.fb.me/hbEE2J.
Event kedua pula, tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum Facebook Developers Garage akan bermula, jikalau anda masih belum berdaftar, sila pergi ke lama rasmi mereka disini klfb.urekaweekend.com untuk register dahulu. Mudah sahaja, hanya dengan menggunakan akaun Facebook anda jer.
Event ini sesuai bagi para web developer semua, ataupun mereka yang berminat untuk belajar mengenai bagaimana untuk hasilkan sebarang Facebook application, sila hadirkan diri anda ke event ini nanti. Ia pasti akan mejadi event yang menarik punya.
Dengar cerita mereka akan beri t-shirt, sticker dan pelbagai lagi untuk hadirin nanti.
Akhir sekali untuk info, hari ini (23 Februari 2011) telah genap menjadi 61 tahun peristiwa serangan keatas balai polis Bukit Kepong, Muar yang menyaksikan ramai anggota polis dan keluarga yang terkorban dalam peristiwa tersebut, mari kita bersama sedekahkan Al-fatihah kepada mereka semua. (via Facebook Polis Diraja Malaysia)
Kedua, anda peminat rancangan The Crocodile Hunter? Well, hari ini merupakan hari-jadi kepada mendiang Steve Irwin kalau anda nak tau, beliau akan berusia 49 tahun kalau masih lagi hidup, aku merupakan peminat dia dari dulu lagi, dan rancangan beliau yang sangat menarik dan sangat berinformasi tersebut sangatlah aku rindu, aku harap anaknya Bindi akan dapat meneruskan legasi hebat ayahnya itu suatu hari nanti.
Oklah, itu sahaja untuk harini, kalau aku rasa aku nampak benda yang best lagi aku akan buat satu lagi blogpost untuk share apa yang aku jumpa. Chowz!