Bagusnya Kalau Dapat Basikal Urban Tel-O-Porter

1

Tengah syok membaca blog dalam Google Reader nih, aku terjumpa dengan satu basikal konsep aku jumpa kat laman web Yanko Design nih, dan kenapa aku suka dengan basikal ni sebernanya?

First of all, aku kalau boleh nak berbasikal kalau pergi ke tempat kerja, di hujung minggu, dan kurangkan jumlah kereta yang ada dijalanraya. Lagi satu, aku suka kalau pergi ke pasar, sebab ko boleh beli barang masak kat rumah yang fresh, dan pelbagai pilihan.

So, that’s why bila aku tengok basikal ni aku terus terasa macam nak campak duit banyak-banyak kat skrin nih. Apa pendapat korang? Ada menarik tak konsep dia?

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=fQ38KHt5tnw&w=610&h=343]

Maklumat lanjut korang boleh pergi ke website designer tu sendiri di: Udi Rimon

2

3

4

5

Sumber: Yanko Design

P/S: Basikal ini dicipta oleh Yisrael di Tel Aviv. Damn!

Ulasan: Koleksi Kereta Ferrari Dan Shell Dan Kenapa Anda Harus Mengumpulnya

Saya adalah kanak-kanak era 80′an dan 90′an, kartun dahulu yang terkenal adalah seperti Ghostbusters, TMNT, G.I.Joe, Chip n Dale: Rescue Rangers, Woody Woodpacker, Coyote and Roadrunner, dan pelbagai lagi menjadi isi tontonan pada waktu pagi dan petang di TV, permainan pada dahulu pula adalah kebanyakannya dari kartun TMNT, Ghostbusters, kereta-kereta, trak, permainan watak-watak aksi, miniatur-miniatur kecil dan LEGO.

Aku sangat pasti kalau korang pernah hidup di zaman itu dan korang masih kanak-kanak, korang mesti pernah ada “sekurang-kurangnya” mainan LEGO atau serupa dengannya. Mekanisme permainan tersebut adalah anda bersambung-sambung dengan banyak parts, dan menjadikkannya kepada bentuk mengikut imaginasi anda. Mungkin boleh menjadi kereta, mungkin boleh menjadi kapal terbang, kapal selam mungkin, sebuah pulau, orang, monyet dan pelbagai lagi.

Dan 19 tahun selepas seingat aku pernah mempunyai permainan LEGO, aku dapat balik semula.

Secara jujurnya, aku sentiasa memberitahu orang yang LEGO boleh menajamkan minda seseorang, meningkatkan kreativiti, dan hebat berfikir, tapi aku rasa cakap itu semua sudah terlalu tua, kerana kanak-kanak zaman ini, semuanya membesar dengan telefon-telefon pintar, tablet, laptop dan komputer yang jauh lagi moden untuk mendapat semua itu.

Tapi aku sebagai kanak-kanak 80′an masih tidak boleh melupai LEGO, banyak memori dengannya, dan aku pun suka kereta lumba, tetapi tidak tahu apa-apa parts dalaman kereta walaupun setelah memilikinya, tapi aku suka mengumpul, lanyard, shirts, free gifts (akibat rajin pergi ke event), tiket-tiket (konsert atau any events), permainan, dan banyak. sangat.

Jadi kepada korang yang dah berjaya baca dari atas hingga ke part ini aku sangat berterima kasih, dan berjanji akan berikan something dalam blogpost aku selepas-selepas ini (pssttt!! LEGO. SHELL!) dan mari kita ke isi sebenar blogpost ini ditulis (setelah lama tidak update apa-apa). Mesti sesuatu yang eksaiting gila kan?

Nah Koleksi kereta yang aku terima tempohari, aku dah kongsi dalam Facebook, Twitter, Tumblr, Path dan Google+ dan rasanya ramai yang memberi komen, aju pertanyaan dan like pada post tersebut. Aku sangat kagum sebernanya ramai sebernanya rakan online aku yang ada mengumpul koleksi LEGO Shell ini rupanya. Dan kebanyakan soalan bertanya, “hey! mana dapat trak tuh? haritu orang kat stesen kata masih belum ada lagi? (something like that)”.

Tapi, aku ada cukup 6 koleksi semuanya! SO HAPPY! (abaikan wayar yang banyak di belakang tersebut)

Okeh, selesai dengan bahagian pengenalan yang sangat panjang dan perasaan gembira aku, sekarang, masa untuk kenali apakah kereta yang berada dalam Koleksi LEGO dengan kerjasama Shell V-Power. I <3 Shell! Serius.. Nanti aku ceritakan dalam bahagian akhir blogpost yang panjang giler ini nanti.

Ferrari F150° Italia – Penghasilan semula oleh kumpulan LEGO kereta F1™ yang telah memenangi perlumbaan 2011 dengan pilihan untuk menukar kepada gaya penampilan Felipe Massa atau Fernando Alonso.


Scuderia Ferrari Truck – Trak pengangkutan yang biasa kelihatan ini merupakan sebahagian besar daripada pasukan perlumbaan Ferrari dan oleh itu membawa dimensi lain kepada koleksi eksklusif ini. Versi LEGO kenderaan ini telah direka bentuk dengan pemerincian lampu, radiator dan kekisi depan.


Ferrari 250 GT Berlinetta passo corto (SWB) – Legenda sebenar dunia lumba motor; bukan sahaja merupakan salah sebuah kenderaan paling menawan yang pernah dicipta, bahkan adalah kenderaan Ferrari pertama yang menggunakan brek piring. Lampu depan berbentuk bulat dengan menggunakan blok LEGO menyerlahkan lagi keindahan bentuk asalnya.


Ferrari F40 – Salah sebuah kereta sport yang paling dikenali sepanjang zaman. Bentuk aerodinamik klasik serta spoiler belakang segi empat adalah rekaan yang pasti dapat dicam dengan serta-merta dan ini kesemua ini disempurnakan dengan menggunakan blok LEGO.


Ferrari FXX – Evolusi perlumbaan berprestasi tinggi terbaru Ferrari Enzo; salah sebuah kereta paling berkuasa di dunia. Versi LEGO terdapat dalam penampilan hitam untuk menyerlahkan gaya Ferrari FXX yang lancar lagi rapi.


Ferrari 458 Italia – Boleh dikatakan sebagai kereta paling ikonik dalam rangkaian Ferrari terkini, maka tentu menjadi pilihan dalam promosi ini. Kumpulan LEGO menggenapkan segala usaha untuk menghasilkan segala pemerincian unik termasuk ekzos ganda tiga dan lampu depan pelbagai LED demi menghasilkan sebuah permainan yang sebenar lagi menyeronokkan.


WAH! Tolong cakap dengan aku yang korang teruja apabila tengok semua 6 video aku masukkan untuk semua model koleksi itu, PLEASE! LOL! Okeh, kita dah mengenali semua kereta itu dan bunyinya yang BOOM, dan sekarang kita baca fakta yang anda perlu tahu, mengenai model kereta tersebut.

Fakta mengenai model kereta SHELL V-Power LEGO.

  • Model semua kereta tersebut adalah jenis ‘pull-back’ paling kecil yang pernah dihasilkan oleh LEGO, dimana anda perlu tarik kereta tersebut ke belakang dan lepaskannya untuk terus kehadapan
  • Model LEGO ini boleh ditarik sekurang-kurangnya 300 kali
  • Mampu memacu kenderaan seberat 30G lebih jauh daripada 2 meter
  • Shell dan LEGO telah bekerjasama lebih daripada 18 bulan demi menghasilkan koleksi ini
  • Kali pertama dalam sejarah syarikat LEGO untuk menghasilkan model kenderaan yang dilengkapi roda berkuasa dalam saiz begini

Dan apabila kita bercerita berkenaan syarikat Shell, kita akan terfikir kepada dua perkara, stesen minyak mereka dan Ferrari, dan itu wahai rakan ku adalah sebab mengapa saya memilih stesen minyak Shell untuk minyak kereta saya.

Satu fakta mengenai aku dan Shell adalah, aku peminat besar kepada pasukan F1 Ferrari, tak kisahlah samada Michael Schumacher ada atau tidak dalam pasukan tersebut (sebernanya itulah sebab pertama aku masa mula-mula sokong Ferrari tahun 1998)(dan aku masih ingat tarikh aku start tengok race F!, LOL), warna merah tersebut buat aku tertarik pergi ke stesen mereka, dan akhir sekali keselesaan tempat stesen mereka berbanding pesaing-pesaing mereka yang lain.

Okeh, cukup cukup sudah dengan hal aku dan ayat marketing Shell dan LEGO ini, kita lihat bagaimana mereka mempakejkan model kereta ini. Jadi untuk itu, aku ambik contoh dari pakej Scuderia Ferrari Truck.

Selesai memasang semua model kereta tersebut, masa untuk photoshoot.

Baiklah, info seterusnya adalah sangat penting sekali, bagaimana anda boleh mendapatkan semua model ini? dan berapakah harganya?

Dengar sini, korang boleh pergi ke mana-mana stesen minyak Shell di Malaysia, dan membeli ini dengan harga RM12.90 setiap satu. Tapi dengan terma, hanya satu kenderaan untuk satu transaksi di stesen. Faham?

Seterusnya untuk cara ke-2, untuk mendapatkan model ini adalah dengan membeli dahulu produk Shell V-Power Racing atau Shell V-Power 97 yang berharga RM40, dan anda boleh membeli sehingga 3 model kereta LEGO atau LEGO Minifigures dalam satu masa dengan harga diskaun setiap satu RM10.90.

Dan cara ke-3, anda perlu membeli produk Helix Ultra/HX7/HX7E/HX7 Diesel (4 Liter) dan anda mendapat satu LEGO Minifigures dan membeli sehingga 3 model kereta LEGO dengan harga setiap satu RM12.90.

Faham? Aku pasti korang tahu mana kedudukan stesen minyak Shell, dan aku harap korang mula kumpulkan semua model kereta itu sekarang. Alaaa.. kalau mereka yang berkenderaan mesti sekurang-kurangnya ada isi minyak dalam seminggu kan? LuLz.

Selamat berjaya!

Video: Seni Dalam Pembangunan Laman Web Dan Design

Kepada semua web developer dan designer dan graphic people, video ini adalah untuk anda, fahami apa tujuan sebenar website yang anda ingin hasilkan, siapakah yang anda sasarkan, bagaimana cara anda nak kekalkan pengunjung anda lama di website korang, bagaimana pengunjung anda mudah mendapat info yang mereka mahukan dari website anda, dan banyak lagi.

Kau ingat web designer tu kerja mudah? Think again.

Sumber: Gizmodo

Video: Inilah Hadiah Paling Hebat Dari WETA Workshop Kepada Valve

DIAM DAN AMBIK SEMUA DUIT AKU!!!!! *campak-not-RM100-banyak-banyak*



Nota: Aku rasa dalam zaman sekarang, salah satu business yang aku rasa boleh buat duit yang banyak dan berjaya adalah buat prototaip yang sebegini, ambik la apa-apa watak game ker, movie ker, macam Master Chief dalam Halo ke, and jual lah dalam eBay ke, Amazon ker, serious aku dapat rasakan ianya memang *Ka-chiiiingggg* punya idea.

Infografik: Sudahkah Hollywood Kehilangan Jalan Cerita Original?

Secara jujurnya, kebanyakan filem Hollywood yang menerima kutipan yang tinggi pada masa sekarang kebanyakannya adalah diadaptasi dari kartun lama, sambungan filem lama, filem lama dibuat baru, dan dari taman tema (Pirates of The Caribbean). Dan aku macam tak percaya apabila pembuat infografik ini meletak filem Bridesmaids sebagai filem yang mempunyai jalan cerita yang original. Bukan ker dia lebih kurang macam filem My Best Friend’s Wedding? Just saying.

Sumber: Short Of The Week

Video: Segalanya Yang Anda Ingin Tahu Mengenai Graviti #TED

Ditulis dan dilakarkan oleh pemenang anugerah bagi guru matematik dan sains Jon Bergmann, video dari TED ini mengajar bagaimana graviti itu sebernanya berlaku, dengan kata pendeknya, setiap elemen tertarik antara satu sama lain.

Kalau anda masih bersekolah, cerita teori ini kepada ini kepada cikgu anda, ia pasti boleh meletupkan kepala mereka.

Sumber: iO9

Print From Mac To Ricoh Aficion MP C4500 Printer

P/S: I know some people will look for this. :)

Okay, i assume you’re at the office, and the printer is Ricoh Aficio MP C4500, that big photostat printer, so.. you have a Mac (Macbook, Macbook Pro, Macbook Air, Mac Pro, and etc.), and there’s problem when you try to print to this printer from your machine. So here’s how i do it.

Oh anyway, i’m on Mountain Lion (OS X 10.8)

First, download and install all these 5 software driver:
r27577L9.dmg
r55596L9.dmg
foomatic-rip-4.0.6.230.dmg
gplgs-8.71.dmg
pxlmono-1.9.dmg

‘r27577L9.dmg’ and ‘r55596L9.dmg’ can be download from Ricoh Support page. And ‘foomatic-rip-4.0.6.230.dmg’, ‘gplgs-8.71.dmg’, and ‘pxlmono-1.9.dmg’ can be download from Open Printing.

Now. After you finish install, go to your System Preferences > Print & Scan and open ‘IP’ tab.

PLEASE REMEMBER TO CHOOSE RICOH AFICIO MP C4500 ‘PXL’ NOT ‘PS’

A message will appear, usually i just skipped this.

Done!

Good luck!

Credit: Google.com

Tips Untuk Download Semua Foto Dari PicPlz

Aku merupakan pengguna tegar kepada aplikasi PicPlz, dan salah satu sebab aku masih mahu menggunakannya adalah kerana aku dah 2 tahun menggunakan servis tersebut, dan lagi satu adalah kerana banyak foto kenangan manis (tersama foto pertama kelahiran anak aku) telah diupload disitu, jadi bagi aku walaupun PicPlz tidak sepopular dengan aplikasi Instagram, tapi ia sangat bermakna bagi aku okeh, sangat… bermakna…

Dan pada 1 Jun yang lepas, PicPlz mengumumkan untuk menutup servis mereka, buat selamanya… damn! serius. sangat damn sekali! (mainkan biola)

So, mungkin ada antara korang yang juga telah lama menggunakan servis ini, mungkin ada beratus-ratus gambar didalam dan terasa malas nak download satu-satu, namun.. ada cara yang lebih mudah dan pantas lagi! Tapi anda memerlukan Firefox (boo Chrome!) dan juga plugin DownThemAll.

ehem..

1. Masuk ke akaun Picplz anda disini, dan anda akan dibawa terus ke link URL ini: http://picplz.com/yourphotos/.
2. Scroll down sampai ke bawah sekali (kerana page photo PicPlz menggunakan AJAX) jadi page baru akan load jika anda pergi semakin ke bawah.
3. Kemudian buka DownThemAll, cara aku bukak begini.

4. (Pastikan korang masih dalam page photo PicPlz korang) Filter kan hanya yang ada perkataan download sahaja anda muat turun, the rest just ignore.

5. Push the download button and setel!

Harap korang dapat backup semua foto korang sebelum 3 Julai ini, atau ucapkan selamat tinggal kepada semuanya.

Kepada PicPlz, thank you for your amazing photo-sharing service, hope you guys come up with something great in future. Goodbye!

Thanks to Isriya Paireepairit

Cara Aku Menggunakan Pinterest

Pinterest adalah sebuah laman sosial yang menumpukan kepada perkongsian gambar sesama users, ada yang berkongsi gambar fesyen, mungkin makanan, infografik, gambar-gambar lucu, tapi aku sendiri menggunakan Pinterest sebagai tempat bookmark! yess.. boomark yang bergambar, bukan sahaja memudahkan aku untuk mencari kembali apa yang aku simpan itu, malah aku kongsikan dengan rakan-rakan dalam Pinterest itu sendiri dan di Facebook (OpenGraph).

Cara nak gunakan itu sangat mudah, letakkan link javascript yang Pinterest sediakan itu dalam menu browser anda, dan tekan sahaja butang tersebut bila anda terjumpa satu nanti dalam laman tersebut. Its so simple!

Walaupun itu, populariti Pinterest sebernanya semakin menurun, ia sedang mengalami apa yang pakar panggil sebagai bubble burst situation, dan salah satu puncanya adalah ramai users tak faham macam mana nak gunakan laman sosial nih, mereka kebanyakannya tau pun pasal popularitinya yang datang secara tiba-tiba yang membuatkan mereka mencuba-cuba menggunakannya, dan akhirnya.. mereka tinggal.

Tapi aku masih akan gunakan servis ini, sama juga macam aku guna StumbleUpon, walaupun ianya tak sepopular Twitter, Facebook dan Google+, janji dia boleh lakukan tugas bookmark yang aku jadikan tuh, so.. ada korang menggunakan Pinterest jugak?

Follow me at Pinterest.

Video: Mengapa Anda Perlu Ada Akaun Google+?

Laman social network memang banyak di internet sekarang, namun yang paling besar ketika ini adalah Facebook, manakala Google+ masih lagi orang baru dalam arena tersebut.

Namun begitu, anda perlu memiliki sebuah akaun dalam Google+, walaupun dalam kepala otak anda (sesetengah orang), satu akaun social network sudah cukup untuk menceritakan hidup anda, berbual dengan rakan & keluarga, dan sebagainya. Namun semua itu mungkin akan berubah, selepas menonton video ini, anda mungkin akan terfikir untuk membuka sebuah akaun di Google+, mengapa? saksikan..

Ia adalah sebuah fakta yang benar bukan?

Jikalau anda sudah buka akaun Google+ anda, masukkan saya dalam circle anda, begitu juga dengan page ShamHardy.com ini. Jumpa di sana!

Sumber: Google+

Video: Un-boxing Samsung Galaxy Note

Nota: Sebelum anda menekan butang play itu, sila fahami bahawa ini adalah video un-boxing aku yang pertama, jadi kalau ada pape komen, jangan la bagi yang teruk-teruk sangat okeh. Kasihanilah saya! :P

Hopefully korang boleh faham dengan penjelasan aku mengenai Samsung Galaxy Note tersebut, peringatan sekali lagi bahawa ini adalah video teaser sahaja, doakan supaya aku akan buat lagi video mengenainya lagi selepas ini okeh.

Tambahan info: Samsung Galaxy Note akan mula dijual pada 11 November nanti di beberapa tempat di Malaysia seperti berikut:

Kuala Lumpur: Bukit Bintang Entrance, Pavilion
Penang: South Side, Queensbay Mall
Johor Bahru: AEON Tebrau

Manakala harganya pula mungkin (bermakna tak rasmi) akan berada dalam sekitar Rm2,200 begitu, dan mungkin akan lebih murah lagi pada hari promosi mereka lakukan kelak, jangan lupa untuk hadir jika anda mempunyai masa. (FYI: Pada rakaman video masih belum ada lagi berita aku terima mengenai tarikh penjualan dan harga phone tersebut)

Tarikh 11 November ini anda patut letak tanda dalam kalendar anda okay.

Memandangkan hari raya Haji bakal tiba, saya dan sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam di seluruh negara, dan berhati-hatilah ketika memandu pulang ke kampung itu nanti.

Cheers!

Malah BlackBerry Pun Tunjukkan Video Konsep Masa Hadapan Mereka

Ia seperti menjadi trend sekarang, syarikat teknologi membuat video idea masa hadapan mereka kepada public, cuma sekarang ni kita tunggu pula bagaimana Android dan Apple punya idea konsep di masa hadapan. Tapi awal-awal lagi aku sudah jangka Apple tak akan buat begitu kerana bagi mereka masa hadapan tersebut adalah sekarang (aku tak ingat mana quotes aku jumpa tuh, tapi memang ada).

Android? Maybe dia tunjuk sebab takut terlanggar mana-mana patent lagi? LOL!

Sumber: Gizmodo

Video: Bayangan Masa Hadapan Oleh Microsoft

Pihak Microsoft telah menghasilkan sebuah lagi video tentang konsep idea mereka di masa hadapan nanti dengan pelbagai gajet ala ‘Minority Report’ yang kita semua akan guna, yang menggunakan perisian “Office 2019″. Jikalau benar inilah konsep yang Microsoft inginkan penggunanya miliki nanti, adalah lebih baik mereka melakukannya cepat supaya dapat kembali bersaing dalam industri teknologi yang kita semua boleh katakan sedang sengit bersaing antara satu sama lain sekarang.

Dear Microsoft, we’re waiting..

Sumber: WinRumors, TiPb

Infografik: Pelanggan Social Media

Aku rasa infografik nih sangat bagus untuk dibaca kepada mereka yang sedang menjalankan perniagaan melalui social media, yang aku boleh katakan pada ketika ini memang ramai jumlahnya kalau kita lihat di laman Facebook sahaja. Dan infografik ini juga memberi anda idea jikalau anda (peniaga) mahu mencuba menjual di luar dari Facebook.

Lihat dan fahamkan infografik dibawah, semoga berjaya!

(Klik untuk lihat lebih besar lagi)

Sumber: Mashable

Pengeluaran Hardisk Terjejas Oleh Banjir Di Thailand

Pada minggu lepas aku ada tulis dalam status update aku yang mengatakan bahawa harga hardisk akan melonjak naik disebabkan oleh krisis banjir di Thailand sana, dan pada hari ini, sebuah tech blog bernama Dvice menyatakan perkara yang sama jugak mengenainya.

Western Digital, Hitachi, Seagate, and Toshiba are all facing direct production issues as a result of the flooding, and even Korean companies such as Samsung are having trouble getting the specific components that they need to build their own drives, like a motor — responsible for spinning the disc in hard disc drives. Most customers have about two weeks of inventory, and distributors may have an additional two weeks, but beyond that, things are looking gloomy. On Apple’s earnings call this week, CEO Tim Cook said that he’s “virtually certain there will be an overall industry shortage of disk drives as a result of the disaster.”

Over the last two or three days, I’ve watch prices on the drive I’ve been looking at for a new PC build (a 1TB Samsung SpinPoint F3, if you’re curious) skyrocket from $60 to $110 to completely out of stock most places. As people start to worry, demand will increase, and since there’s not going to be any new supply for weeks (maybe even months), things may very well get frantic as soon as current stock runs out.

Sumber: Dvice

Dari sebuah lagi sumber yang boleh dipercayai, kilang mereka di Thailand itulah yang sebernanya merupakan yang utama, dan kilang hardisk di Malaysia pada ketika ini sedang menghadapi kesulitan dalam pengeluaran mereka.

Aku mengambil perkara ini serius kerana aku mungkin akan membeli beberapa hardisk baru akan datang, dan kepada rakan-rakan di luar sana, jika anda terfikir anda ingin beli hardisk (maybe portable), beli sekarang sebelum terlewat, atau anda akan samada membayar harga yang lebih dari kebiasaannya, ataupun tiada stok dalam pasaran.

Perkenalan Lenovo IdeaPad Tablet K1 Dan Dua Baucer TopShop Untuk Dimenangi!


Pada 2 minggu yang lepas, Lenovo Malaysia telah mengadakan sesi perkenalan kepada produk terbaru mereka yang bakal berada di pasaran iaitu, Lenovo IdeaPad Tablet K1, sebuah tablet yang menggunakan sistem OS Android, bentuk yang lebih mantap, dan secara jujurnya saya rasakan tablet ini bakal menjadi penyaing kepada tablet keluaran Samsung iaitu Galaxy Tab. Mengapa? Penjelasan ada dibawah

Semasa diterangkan mengenai fungsi yang terdapat dalam tablet ini, Lenovo telah banyak melakukan customize pada tablet OS nya, khas untuk produk mereka sendiri, seperti marketplace mereka sendiri, butang tambahan untuk antaramuka, dan pelbagai lagi. Lihat spesifikasi tersebut:

Processor: NVIDIA® Tegra™ T20 1.0GHz
Android OS: Android™ 3.1
Diameter: 10.4” x 7.4” x .5” and less than 1.7 pounds
Hayat bateri: Sehingga 10 jam
Memori: Sehingga 1GB DDR2 memori, sehingga 64GB ruang SSD
Lain-lain: Dilengkapi Bluetooth® dan 802.11b/g/n hubungan WiFi, MicroSD card reader, penyambung mini HDMI dan pilihan docking port, Dilengkapkan kamera webcam dihadapan (2M) dan belakang (5M).

Sebarang maklumat lanjut anda boleh pergi ke website rasmi Lenovo, iaitu di lenovo.com/products/us/tablet/ideapad/

Dan sesuatu yang istimewanya kali ini dalam blog ShamHardy.com, saya akan memberikan anda bukan satu, tapi dua baucer TopShop bernilai RM50 untuk dimenangi, bersamaan dengan usaha Lenovo dalam memperkenalkan teknologi baru kepada industri pembangunan teknologi pengkomputeran iaitu Lenovo Enhanced Experience 2.0 untuk Windows 7 dengan satu cara yang mudah sahaja.

Berikan pandangan anda yang paling menarik, “apakah yang anda mahu lakukan untuk dunia bagi tujuan kebaikan?” Sesiapa yang dapat berikan penjelasan ‘brilliant’ sekali akan mendapat baucer ini. Tulislah seberapa panjang anda mahu, pendek pun tak kisah, dalam ruangan komen dibawah ini, dalam Facebook profile saya sendiri mungkin, atau juga di Fan page blog ShamHardy.com. Mana sahaja tempat yang anda

Cepat! Masa tamat semakin hampir.

Keluarga Yang Bermain World of Warcraft Bersama

Ini sangat cool! Tapi adakah aku pun akan buat seperti mereka? Nah.. pasal aku prefer family aku menjadi web developer dari hardcore gamers. Walaupun begitu, kami pasti akan menghadap bermain computer and console games bersama dan itu kawanku adalah pasti.

For the horde!

Sumber: TechEBlog

Check Out My Timeline Profile! Thanks @TechCrunch #Facebook

Terima kasih kepada TechCrunch kerana telah memberikan tips yg sangat best ini, iaitu untuk menukar profile anda ke bentuk Timeline yang mereka telah perkenalkan dalam event keynote f8 tadi, beberapa jam yang lepas. Dan cara untuk mendapatkan ini adalah hanya anda perlu mengikut langkah yang diberikan dibawah.

Kalau anda tak tahu apa itu ‘Timeline’ yang aku sebutkan ini, pergi check-out page penerangan mengenainya disini atau tonton video ini.

(Aku terpaksa copy paste tutorial mereka tanpa buat terjemahan kerana sedikit malas ketika ini)

1. Log into Facebook

2. Enable developer mode, if you haven’t already. To do this, type “developer” into the Facebook search box, click the first result (it should be an app made by Facebook with a few hundred thousand users), and add the app.

3. Jump into the developer app (if Facebook doesn’t put you there automatically, it should be in your left-hand tool bar)

4. Create a new app (don’t worry — you wont actually be submitting this for anyone else to see/use). Give your shiny new app any display name and namespace you see fit. Read through and agree to the Platform Privacy agreement. This is the step you need to be verified for.

5. Ensure you’re in your new app’s main settings screen. You should see your app’s name near the top of the page

6. Look for the “Open Graph” header, and click the “Get Started using open graph” link.

Create a test action for your app, like “read” a “book”, or “eat” a “sandwich”

7. This should drop you into an action type configuration page. Change a few of the default settings (I changed the past tense of “read” to “redd” — again, only you can see this unless you try and submit your application to the public directory), and click through all three pages of settings

8. Wait 2-3 minutes

9. Go back to your Facebook homescreen. An invite to try Timeline should be waiting at the top of the page

Dan anda telah selesai, go check it out, explore the new features, learn it before they start publish it to all, be a hippies! Hahahaha..

Anyway, good luck!

P/S: Believe me this, banyak kelebihan kalau anda sign up as developer :)

Dapat Stickers Dari @GetGlue

Actually stickers ni aku dah dapat lama dah, lepas saja balik dari beraya selama seminggu di Johor, sampai di rumah aku kat Seremban, bukak je mailbox aku tengok ada dapat surat dari GetGlue, terus je dalam fikiran aku teringat yang aku pernah request untuk dapat stickers yang betul punya ini dari mereka lama dahulu.

Agak lama jugak la dari start aku request hingga aku dapat untuk benda ini, well.. nak buat macam mana, its from U.S, plus shipping pun guna yang biasa punya, what do you expect? LOL.

Bagaimana untuk dapat ini you ask? Ini yang aku dapat dari FAQ mereka.

Stickers can be redeemed on your stickers page, which can be reached from the Stickers link from your Profile. For every 20 stickers you unlock, in combination with a 30 day time span since your previous order, you are eligible to request physical copies. A “Mail me my stickers” banner is at the top of that page and provides information on when you can submit a request. When you become eligible a link to “Request your stickers now” will appear. Clicking that link will open the request form.

We send about 20 stickers at a time, the amount that a lil’ old stamp can carry. We also send what’s currently in stock. You should have your stickers in 4 – 6 weeks. Keep an eye on the “Mail me my stickers” banner to know when you can request your next batch!

Anyway, thanks GetGlue people for this, really likes your service tau! :D

Video Real-Life Plants Vs. Zombies Di China

Sekumpulan fan-boy Plants Vs Zombies di China telah membuat sebuah ‘hippie party’ seperti yang M.I.C Gadget laporkan di sebuah bandar di utara, Shenyang sana yang menunjukkan mereka sedang menari dan berlawan sesama mereka.

Enjoy!

Sumber: M.I.C Gadget

P/S: Random Alphabets taknak buat flashmob untuk ini jugak ker? :P

Apa Yang Ada Dalam Pakej Semalam

Semalam aku ada send pic yang aku ada dapat pakej dari Hong-Kong right? So, inilah dia yang terkandung didalamnya. Biasa-biasa jer sebernanya pun.

Seperti yang aku kata dalam video, tujuan pertama aku adalah ingin mencuba dengan servis website ini dahulu, samada ianya boleh dipercayai atau tidak, barangan dia okay atau tidak, penghantaran apa semua. Dan komen aku setakat ini adalah, aku berpuas hati dengan servis mereka, barang yang diterima adalah seperti yang aku jangkakan, packaging pun bagus, kualiti nampak cam okay, dan yang paling bestnya adalah tiada caj penghantaran langsung dikenakan! Serius..

Ini merupakan permulaan kepada next online shopping stage sebernanya, actually, aku memang nak beli barang kat ThinkGeek atau kat Amazon.com pada mulanya, tapi ada sesetengah barang dalam Amazon.com yang aku nak tak boleh dihantar ke negara ini dan paling worst sekali, ThinkGeek langsung tak boleh hantar langsung ke negara Malaysia kita ini, tu yang membuatkan aku sangat sedih, tapi its okay.. sebab aku dalam masa yang sama sedang menunggu beberapa rakan aku yang akan kembali balik study di luar negara sana nanti, mungkin akan mintak tolong mereka untuk jadi sebagai laluan perdagangan barang itu nanti. Bijak kan? LOL!

Anyway, must get back to work now, and you my friend have a good day orait! :)

Video Dan Foto Penggambaran Filem ‘The Dark Knight Rises’

Aku selalu follow update tentang filem baru Batman – The Dark Knight Rises di ComicBookMovie.com, so aku rasa macam nak jugak aku share apa video yang aku tengok mengenai penggambaran tersebut dalam blog aku nih, sebab aku percaya, ada readers aku yang juga merupakan fanboy kepada filem Batman ini. Check it out!

Watak Catwoman yang dibawakan oleh Anne Hathaway

Watak yang paling mendapat kontroversi sekali oleh fanboy Batman kerana suit Catwoman kali ini nampak tak seperti kucing langsung, takkan nak nampak macam suit Halle Berry tu kot? Gila buruk, kira ni okay apa..

Batwing yang akan diperkenalkan dalam filem itu nanti.

dan lagi..

Tumbler, Batmobile dengan skin yang berwarna coklat untuk perang dalam bandar. Okay tak?

Seterusnya adalah watak villain utama dalam filem The Dak Knight Rises itu nanti, iaitu Bane, yang dilakonkan oleh Tom Hardy, bukan Sham Hardy, tapi Tom… Hardy. :P


Dan ini video pergaduhan besar-besaran yang dimaklumkan antara watak Bane dengan Batman, dan Polis dengan geng-geng Bane yang lain, dan ya ini bukan di London tq.

Filem ini akan memasuki pawagam Malaysia pada 19 July, 2012 tahun depan nanti. Can’t wait?

Review: Samsung Galaxy Tab 10.1″

Tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 merupakan sambungan kepada kejayaan produk mereka yang sebelum ini iaitu Galaxy Tab, saiznya yang lebih besar dari model mereka yang sebelum ini (perbezaan 3″) dan lebih nipis dari iPad 2, model ini sebernanya sudah mula terkenal oleh peminat-peminat gajet sejak kisah Google telah memberikannya secara percuma kepada hadirin mereka semasa di majlis Google IO baru-baru ini iaitu model limited edition Galaxy Tab 10.1″, dan sejak dari peristiwa tersebut, model ini sangat ditunggu oleh peminat kerana legasinya, saiznya yang lebih besar dan menggunakan Android OS versi tablet iaitu Honeycomb.

Dan bagi aku, peluang mencuba tablet ini adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu sebernanya, mungkin kerana sudah lama tak ‘memegang’ sebuah tablet barangkali (kali terakhir iPad 2), jadi, peluang yang diamanahkan ini untuk aku mencuba dan menulis sebuah review mengenainya membuatkan aku mencari apa yang membolehkan tablet ini menjadi lebih baik dari yang lain-lain, dan komen pendek aku untuk intro, ianya sangat bagus.

Ianya sangat bagus sekali, sehinggakan Apple telah menghalangnya dalam bentuk undang-undang dari model ini dijual di pasaran Eropah. Scare the shit out of them. LOL!

Rekabentuk

Pertama kali anda melihatnya anda akan nampak saiznya yang besar, 10 inci yang kita katakan ini, lebih besar dari iPad 2, terus terang aku katakan aku tak berapa minat dengan saiz tersebut, sebab bagi aku, saiz 10 inci sebernanya dah terlalu besar, tambahan pula ianya nipis, sangat nipis, membuatkan anda terfikir bagaimana Samsung mampu memuatkan semua hardware dalam saiz yang setebal itu, mungkin itulah sebabnya model 10 inci untuk Galaxy Tab ini mengambil masa yang lama sikit untuk menghasilkannya.

Tapi apa yang aku perasan adalah, kekurangan tersebut berlaku jika aku menggunakannya ketika berjalan atau berdiri, cuba fikirkan, ketika anda menaiki escelator dan saat itu anda ingin keluarkannya, pasti agak sukar bukan? Namun, model ini aku rasakan ianya lebih sesuai digunakan pada masa anda duduk, atau berbaring sambil menonton rancangan TV kegemaran anda, kerana anda tak perlu risau jika ia terlepas jatuh ke lantai dan merosakkannya. Tapi itu aku, terpulang kepada minat masing-masing.

Spesifikasi

Sumber dari GSM Arena.

Aku mempunyai rakan sekerja yang mempunyai Motorola Xoom, dan aku dengan rakan aku bersependapat yang Galaxy Tab model ini lebih pantas dari tablet beliau, melihatkan pada spec mungkin tak ada beza langsung, tapi memang rasa iaseperti lebih laju sedikit jika dibandingkan dengan Motorola Xoom beliau, konklusi aku boleh letakkan disini adalah, mungkin Galaxy Tab yang aku terima tak mempunyai banyak aplikasi yang di install di dalam, berbanding rakan aku yang mempunyai berpuluh-puluh aplikasi yang dimasukkan, mungkin jawapannya ada disitu, dan mungkin juga versi Honeycomb kami berbeza, kerana dia jarang update, dan model yang ini masih baru lagi keluar di pasaran.

Lagi satu mengenai Honeycomb, aku anggap ia masih terlalu muda, masih terlalu banyak lagi Google boleh perbaiki untuk menjadikkanya lebih stabil. Tambahan info lagi, tidak ada banyak aplikasi yang dihasilkan oleh developer apliaksi Android untuk menjadikkanya dalam bentuk tablet, unlike iPad, yang memang (aku harus akui) banyak aplikasi tablet yang bagus di market mereka, dan ini sesuatu yang Google harus pandang bagi memastikan penjualan tablet jenis Android menjadi laris.





Kalau anda tanya pada aku, jika dibandingkan dengan Galaxy Tab yang pertama mereka, aku lebih prefer yang pertama punya, kerana point yang utama aku adalah Android OS yang digunakan adalah sama seperti dengan mobile, bukan Honeycomb punya, jadi pilihan pada aplikasi yang boleh anda download dan sesuai dengannya memang banyak, cuma perbezaan adalah semua aplikasi yang anda gunakan dibesarkan saiz paparan sahaja.

Kesimpulan

Samsung Galaxy Tab 10.1 sesuai digunakan bersama dengan seisi keluarga anda, dan juga sesuai untuk mereka yang bekerja dan melakukan perniagaan, kerana aku adalah photographer, dan pernah sekali rakan Twitter aku @techsupremo memberitahu mengenai ideanya untuk menunjukkan hasil kerja fotonya yang diambil menggunakan tablet, sudah pastinya anda mahu tunjukkan dalam paparan yang besar bukan? Customer boleh nampak dan membantu perniagaan anda betul tak?

Bagi mereka yang bekerja pula, sesuai jika anda ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada boss anda, mungkin sebuah spreadsheet? mungkin dokumen dalam PDF? Mana lagi cara yang paperless dan bagus dalam memaparkan apa yang ingin boss anda lakukan kalau tak dengan tablet bersaiz 10 inci? Boss anda happy dan anda juga happy. Itu sudah pasti.

Dan bagi seisi keluarga pula lihat video dibawah.

Even anak aku @HailAkid juga seronok menggunakannya, mungkin jika dia besar sikit dia tahu mana area yang patut ditekan dan mana yang tak, LOL! Walau apa-pun ia sesuai kalau digunakan bersama keluarga, menonton TV rancangan kegemaran anda sambil membalas komen status anda dari keluarga anda yang jauh sana di Facebook, membaca resipi sambil rancangan kegemaran anda, menyelesaikan puzzle Sudoku dengan isteri bersama-sama, terdapat banyak benda anda boleh gunakan dengan tablet yang bersaiz ini.

Its all in your imagination my friend.

So there you go, penjelasan aku mengenai tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 ini, mungkin banyak negatif aku sebutkan dalam review aku ini, well, mungkin kerana aku mahukan yang lebih kecil sedikit saiznya mungkin? Tablet 8″ akan muncul, dan itulah yang aku amat-amat-amat tunggukan sebernanya, tak terlalu besar dan it feels right when you hold it and use it, itu mungkin untuk review aku yang akan datang.

Oleh itu, selamat berpuasa dan hope you have a great day everyone! Bye..

P/S: Hail to Android!

Trailer Battleship (2012)

Milton Bradley’s strategic board game gets a sci-fi facelift with this Universal Pictures production from director Peter Berg (Hancock). The action will pit a small fleet of naval ships against an alien force intent on enriching Earth’s valuable assets to ensure their survival.

Trailer nampak menarik, tapi hopefully storyline dia tak terlalu ‘American’ sangat la. Anyway, cool giler alien ship dia.

Theme Park Untuk Starcraft Dan WoW Sudah Dibuka

Woah! Theme Park untuk StarCraft dengan World of Warcraft sudah pun dibuka kepada umum di China, nampaknya impian geek aku untuk dunia ini mempunyai tempat untuk Zerg dan Protoss semakin tercapai, tapi.. kenapa mesti kat China? Kenapa taknak U.S?

Blizzard! What is this? Aku taknak mati dengan roller-coaster made in China karang!

Check-out gambar sekitar World Joyful (环球动漫嬉戏谷, Huánqiú Dòngmàn Xīxì Gǔ) yang mereka letakkan untuk nama theme park Starcraft/World of Warcraft tersebut.

Sumber: Kotaku (http://bit.ly/pDoab9)

Pakej BlackBerry Playbook Dari Maxis Dan RIM


Sumber imej: estilopda (Flickr)

Pada hari Jumaat yang lepas, telah berlangsung sebuah majlis pelancaran oleh Maxis dengan kerjasama RIM di GTower Hotel bagi memperkenalkan pakej terbaru mereka iaitu BlackBerry Playbook di Malaysia. Ini pastinya satu berita yang menggembirakan bagi peminat BlackBerry semua, kerana setelah sekian lamanya mereka menunggu, akhirnya Playbook telah pun sampai ke negara ini.

Dan setelah saya mencubanya sendiri semasa hari pelancaran tersebut, nampaknya RIM telah bersedia untuk bersaing dalam industri komputer jenis tablet dengan Playbook mereka yang mempunyai beberapa keistimewaannya sendiri.

Lihat pada harga yang Maxis telah letakkan bagi gajet ini.

Dengan harga serendah RM990 sahaja, anda sudah boleh memiliki Playbook anda sendiri mengikut pakej yang Maxis telah tawarkan.

Antara ciri-ciri menarik tablet ini termasuk berbilang tugas (multi tasking), pengalaman media terbaik, pelayaran web tanpa batasan dengan sokongan Adobe® Flash®, prestasi kelajuan terbaik di dalam industri, serta akses selamat ke data perniagaan (enterprise).

Tablet ini juga merupakan suatu peranti sahabat yang baik bagi para pengguna telefon pintar BlackBerry yang mementingkan nilai yang ekonomikal, kebolehpercayaan serta kaya dengan pelbagai fungsi. Ianya bertindak sebagai suatu pintu yang selamat ke dalam data pengguna telefon pintar BlackBerry yang membolehkan mereka mengakses emel, BBM™ (BlackBerry® Messenger), dan pelbagai data lain di dalam telefon pintar mereka.

  • 7” 1024×600 WSVGA skrin sentuh LCD kapasitif
    Ultra-mudah alih dengan berat kurang satu paun dan ketebalan kurang satu inci
    setengah: 0.9 lbs (425g) dan 5.1” x 7.6” x 0.4” (130mm x 194mm x 10mm)
  • Pemproses 1 GHz dual-core
  • Sistem operasi (OS) Tablet BlackBerry® dengan sokongan multi-pemprosesan
    simetrik
  • Pemain semula (playback) audio MP3, AAC dan WMA
  • Sokongan untuk pemain semula (playback) video resolusi tinggi (H.264, MPEG4,
    WMV) output 1080p HDMI
  • Kamera-dual HD 1080p untuk persidangan video dan rakaman video (3MP
    depan dan 5MP belakang)
  • Memori 1 GB RAM
  • Kapasiti simpanan dalaman sehingga 64 GB (model 16, 32 dan 64 GB)
  • GPS, Sensor Orientasi (Accelerometer), Sensor Pergerakan 6-Paksi (Giroskop),
    Kompas Digital (Magnetometer)
  • Pembesar suara dan mikrofon stereo
  • Sambungan Wi-Fi® (802.11 a/b/g/n)
  • Bluetooth® 2.1+sokongan EDR

Tablet BlackBerry PlayBook boleh didapati di semua cawangan Maxis Center serta cawangan-cawangan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara mulai 17 Julai 2011. Pelanggan Maxis boleh mendail 123 dari telefon bimbit Maxis mereka atau layari www.maxis.com.my/playbook untuk maklumat lanjut mengenai BlackBerry PlayBook dan pakej-pakej yang berkaitan dari Maxis.

Sehari Bersama Google+

Dah makin jarang aku menulis blogpost nih, bukan sebab aku dah malas, tapi dengan kerjanya yang agak banyak, dengan perkara-perkara lain yang aku buat, rasa macam nak luangkan sedikit masa tuh nak menulis blogpost rasa agak malassss jer… Okeh aku dah kata malas, aku malas, what the hell… warghhhh!

Moving on…

Aku rasa harini setelah bertahun-tahun lamanya aku mengaktifkan diri aku dalam Twitter dan Facebook, akhirnya Google telah merampas semua masa itu dengan social network terbaru mereka iaitu Google+.

Mungkin ada yang diluar sana yang masih lagi tidak tahu apakah Google+ ini, dan biar aku disini terangkan.. Google+ adalah sebuah social networking seperti Facebook dan Twitter yang serupa seperti itu, cuma ianya adalah daripada Google, dan ia seperti gabungan Google Buzz + Google Profile + Google Wave + Google Talk. Kalau anda pernah menggunakan keempat-empat aplikasi tersebut anda akan tahu bagaimanakah rasanya apabila anda menggunakan Google+ ini.

Ia sangat laju dan sangat ‘clean’ bagi kebanyakan orang, ia tidak ada Farmville, Cityville, Mafia Wars dan even poke pun dalam Google+ ini, purely adalah sebuah social network untuk kita semua berkomunikasi, berkongsi link atau video, chatting dan pelbagai lagi. Dan mengapa ia masih lagi basic? Well.. kerana ianya masih lagi baru dan pihak Google aku percaya masih belum release secara rasmi lagi kepada umum, mereka yang ingin menggunakannya perlu mendapat invite dari mereka yang telah ada akaun dalam Google+, tapi sayangnya kerana proses invite yang Google terima harini terlalu banyak, maka mereka terpaksa menutupnya buat sementara bagi mengawal proses yang terlalu banyak, aku boleh bayangkan macam-mana mereka terpaksa berhadapan dengan panggilan data yang terlalu banyak dalam satu masa, boleh jadi terkejut beruk tau mereka semua dan paling penting sekali server mereka. Itulah yang kenkadang users dapat error retrieve data masa mereka gunakan.

Mungkinkah ini akan menjadi pembunuh Facebook dan Twitter? Well.. ianya masih terlalu awal untuk dicakapkan, dan excitement users sedang gunakan dalam Google+ sekarang ini mengingatkan aku pada ketika Google Wave diperkenalkan pada mula-mula, semuanya jadi hipster, semuanya sibuk berbual, sehinggalah kami semua users menyedari yang Google Wave masih tidak ada banyak faktor lain lagi yang boleh menjadikannya lebih seronok. Aku rasa mungkin itulah sebabnya ia dinamakan sebagai Wave, sebab ia seperti Tsunami, ia datang secara tiba-tiba, merosakkan dengan pantas, dan bila segalanya sudah reda, ia kembali normal, dan lesu + tenang, kerana segalanya bagaikan padang jarak padang tekukur. Dan aku tak katakan Google Wave ini membinasakan, cuma feel excitement dia lebih kurang macam tuh la.

Kepada yang betul-betul berminat dan tahu mengenai Google+ ini tapi masih belum ada invite untuk masuk, letakkan komen anda disini atau beritahu aku dalam Facebook dan Twitter jika anda mahukan, aku akan send invite pada korang dan hopefully korang akan mendapat pass untuk masuk bila pihak Google membenarkannya, sila pastikan anda menghantar email Gmail anda dan bukan email yang lain-lain. Mereka yang aku rasa berbaloi untuk dijemput akan mendapatnya, i will stalk you first before i send it. :)

Masa sekarang sudah pukul 12 a.m. dari jam laptop aku, esok pagi harus bangun awal kerana nak pergi kerja, oleh itu aku ucapkan selamat malam dan selamat tidur dan jumpa anda di Google+ esok pagi nanti.

Sekian..

Lihat Samsung Galaxy S II Secara Dekat

Untuk blogpost kali ni aku ingin tunjukkan rekabentuk Samsung Galaxy S II (I9100) secara lebih dekat lagi. Dan inilah rupa jika anda melihatnya.

Saiznya memang sangat nipis, jikalau anda lihat dalam blogpost review yang aku buat sebelum ini, ia hampir menyamai dengan saiz sebatang pen.

Kedudukan kamera belakang dan hadapan, yang mana di belakang ianya berkualiti 8 mega-pixel, dan di hadapan 2 mega-pixel.

Port untuk charging di bahagian bawah.

Rekabentuknya dari sudut belakang.

Butang menu, option dan back di skrin utama bawah.

Ini adalah butang power di bahagian kanan telefon.

Port audio di bahagian atas.

Butang untuk mengawal audio di bahagian kiri telefon.

Dan akhir sekali, kedudukan bateri serta port simcard untuk diletak.

Aku rasa dah cukup aku tunjukkan imej-imej Samsung Galaxy S II (I9100) ini secara dekat, sekarang keputusannya terletak pada anda untuk menilainya.

Seterusnya, aku nak senaraikan aplikasi yang korang boleh download dalam telefon Android. Dan korang rasa cam perlu ke aku buat video review untuk telefon ni? Pasal aku rasa macam dah banyak dah aku terangkan setakat nih. He he he he hee..

Review: Samsung Galaxy S II (I9100)

Makluman: Semua foto telefon Samsung Galaxy S 2 dalam blogpost review ini aku terpaksa ambil dahulu dari orang lain, aku akan update esok dengan foto aku sendiri.

Kredit foto: paulosba (Flickr)

Selepas sekian lamanya aku tidak buat sebarang reviu terhadap mana-mana gajet yang baru di pasaran, akhirnya aku mendapat sebuah produk baru dari Samsung untuk mencuba iaitu, Samsung Galaxy S 2 (I9100).

Kejayaan model Samsung Galaxy S yang sebelum ini membuatkan Samsung mahu meneruskannya bagi versi ke-2, yang mana ianya lebih pantas, spesifikasi yang telah ditingkatkan lagi, paparan yang lebih cantik, lebih ringan, rekabentuk baru dan sebagainya. Samsung Galaxy S 2 telah dilancarkan di seluruh dunia pada bulan Mei 2011 yang lepas, dan pada bulan ini Jun 2011, giliran aku pulak menjadi antara yang merasmikannya di Malaysia. Dan sesuatu perkara yang anda perlu tahu, bila sesuatu model produk itu diteruskan pengeluarannya, maka anda boleh pasti yang modelnya yang sebelum ini sangat berjaya dalam permintaan, dan model barunya pasti lebih hebat lagi dari yang sebelumnya.

Komen pendek aku mengenai Samsung Galaxy S 2? Ianya sangat pantas apabila melakukan proses data, besar dari segi dimensi, dan paparan Super AMOLED nya memang superb bila anda main game atau tengok video dengan telefon ni.

Mahukan penjelasan lebih lanjut? Teruskan membaca..

Rekabentuk.

Setelah bertahun-tahun lamanya aku menggunakan HTC Hero, aku memang inginkan sangat sebuah phone yang mempunyai skrin paparan yang lebih luas lagi, dan Samsung Galaxy S 2 mempunyai ciri yang aku kehendaki sangat, dengan skrin yang bersaiz 4.3 inci, dan paparan resolusinya bersamaan dengan 480 x 800 pixel, phone ini boleh memberikan pengalaman yang lebih baik lagi kepada anda ketika menonton video dari YouTube ataupun bermain game melalui phone tersebut.

Namun begitu, oleh kerana saiz telefon ini besar, anda mungkin akan menghadapi kesukaran sikit apabila ingin menyentuh sesuatu dalam skrin di bahagian atas, dan juga rupa fizikal telefon ini juga terasa seperti ianya adalah plastik, dan licin. Jadi banyak kali jugakla telefon ni hampir-hampir terlepas dari genggaman, lebih-lebih lagi ketika aku sedang dalam keadaan baring menggunakannya, nasib baik tak jatuh atas muka. LOL!

Kredit foto: samsungtomorrow (Flickr)

Tapi, aku rasa cara terbaik kepada pemilik Samsung Galaxy S 2 adalah, samada anda memegangnya dengan dua belah tapak tangan anda, kerana dalam cara tersebut anda boleh memastikan telefon anda selamat dari risiko jatuh, dan keduanya memudahkan anda untuk menyentuh mana-mana permukaan skrin sesentuh tanpa sebarang masalah. Atau dengan cara lain, anda keluarkan sikit duit untuk beli casing khas telefon ini, untuk memberikan cengkaman ketika anda memegangnya dalam apa jua keadaan sekalipun, sebuah pelaburan yang berbaloi bagi aku, kerana ia melindungi gajet yang penting bagi anda, janji ianya tak akan jatuh, nangis nanti wooo…

There you go, problem and solution!

Hardware.

Bagi aku adalah perkara pertama yang paling penting mana-mana pembeli telefon patut melihatnya terlebih dahulu sebelum membelinya, kerana anda tak mahu selepas anda beli nanti anda akan berada dalam situasi dimana telefon yang anda baru sahaja anda beli lambat ketika membuka aplikasi yang anda mahu gunakan, ataupun tersekat berkali-kali ketika anda ingin cepat menghubungi rakan atau bos anda sebagai contoh. Jadi Samsung Galaxy S 2 pastinya tidak akan mengecewakan anda, tak percaya? Lihat benchmark yang aku dah buat di-bawah, satu Quadrant Standard, dan satu lagi adalah dengan Linpack for Android. Nice right?

Untuk makluman, aku masih belum lagi root telefon ini, jadi benchmark yang anda lihat ini adalah menggunakan Android OS yang masih lagi standard, dan masih belum lagi diusik. Tapi bila anda dah root dan anda menggunakan CyanogenMod latest version seperti contoh, pastinya keputusan yang anda akan dapat akan lebih tinggi lagi daripada apa yang aku berikan sekarang ini. Jadi anda boleh nampak kemampuan telefon ini kan?

Lihat spesifikasi penting bagi Samsung Galaxy S 2 ini.

3 Perkara yang aku mahu anda semua ambil penting dahulu dari spesifikasi telefon ini.

Pertamanya adalah processor, Samsung galaxy S 2 memberikan anda pemproses dual-core dengan kelajuan 1.2 GHz (ARM Cortex-A9), pada mereka yang tidak tahu, pemproses dual-core adalah suatu kegilaan kepada pembeli dan penghasil telefon ketika ini, ramai yang mahu berpindah ke dual-core kerana mahukan telefon yang lebih pantas lagi (boleh memproses data 2x ganda laju), dan itu adalah berita yang baik pada industri telekomunikasi seluruh dunia, kerana apabila dunia makin pantas, anda pasti mahukan peranti yang mampu gerak pantas juga, dan Samsung Galaxy S 2 boleh memberikan kelajuan yang anda hendakkan.

Namun tak terhenti disitu sahaja, model ini juga mempunyai 1GB RAM, dan storan dalaman yang sebesar 16GB atau 32GB, anda boleh bayangkan la berapa banyak yang anda boleh sumbatkan dalam phone anda dengan saiz storan sebesar itu, dan itu tak termasuk sekali jika anda tambahkan dengan kad SD kedalam phone ni, batasan anda untuk letak apa sahaja (muzik, video, gambar) amat banyak, dan itulah sebabnya aku katakan telefon ini mempunyai spesifikasi yang diinginkan oleh mana-mana pemilik telefon.

Seterusnya mengenai hardware yang aku rasa sangat berpuas hati apabila menggunakan telefon ini adalah kepantasan GPRS nya, bayangkan sebelum ini ketika menggunakan HTC Hero aku, aku terasa macam lambat sangat telefon aku tuh nak kesan kat mana aku berada, and kelajuan 3G dan HSPA aku untuk hantar dan receive data balik pun mengambil masa, namun dengan Samsung Galaxy S 2 ini aku rasa macam sangat pantas jer bila menggunakannya, seperti contoh aku selalu menggunakan Foursquare dan Gowalla untuk check-in pada tempat aku berada, selalunya ketika menggunakan telefon lama aku mungkin akan tunggu sebentar di tempat itu sehingga aku telah check-in, tapi dengan telefon Samsung ini aku boleh check-in sambil berjalan tanpa mengambil masa yang panjang, dan itulah perkara yang aku rasakan telefon ini sangat best dengan keupayaan GPRS nya. Aku rasa Samsung Galaxy S 2 ini boleh menjadi penyaing yang hebat kepada iPhone 4.

Mengapa aku suka bandingkan dengan telefon lama aku? Sebab bagi aku bila anda dah menggunakan peranti yang perlahan dan lama, anda akan rasa perbezaannya dengan jelas sekali, senang citer.. aku bandingkan dari segi pengalaman aku dalam menggunakan telefon jenis Android. Jadi faham kan?

Android OS

Samsung Galaxy S 2 menggunakan OS Android yang paling terkini untuk peranti telefon, secara tepatnya adalah Gingerbread versi 2.3.3. Dan apakah yang best nya dengan Gingerbread ini berbanding versi yang sebelumnya kamu kata?

Kepantasan. Google menjanjikan yang Gingerbread ini adalah versi OS Android yang paling pantas buat masa ini, dan setakat yang aku gunakan sekarang, ia memang pantas.

Hayat bateri untuk Gingerbread adalah lebih baik lagi. Kerana sistem ini mampu mengawal aplikasi-aplikasi dari menghabiskan masa bateri telefon anda. Secara mudahnya kalau aku nak terangkan, Gingerbread akan menutup mana-mana aplikasi yang tidak aktif dan tidak anda gunakan ketika itu, selalunya aplikasi yang berjalan di belakang la, dan tak akan menggangu aplikasi yang sedang anda gunakan.

Anda lebih suka jika anda sendiri yang mengawalnya dari Android OS sendiri lakukan? Boleh juga.. Dalam Gingerbread ni ada pelbagai aplikasi khas sistem yang dibina untuk anda melakukan tugasan itu, seperti anda ingin menutup mana-mana aplikasi yang anda mahu secara manual, melihat mana aplikasi yang kuat menggunakan bateri, clear kan memori supaya telefon anda tidak menjadi perlahan, dan pelbagai banyak lagi. Kawalan sepenuhnya berada di tangan anda dengan Gingerbread.

Yummmmm.. Gingerbread..

Terdapat banyak lagi yang Google telah senaraikan apa yang terbaru dalam sistem Gingerbread ini, untuk melihatnya sila pergi ke website Android developers sendiri untuk membacanya: http://bit.ly/kEfnBM.

Kamera

Kredit foto: samsungtomorrow (Flickr)

Aku sangat suka dengan kamera Samsung Galaxy S 2, ianya cantik, kualiti pun terbaik, dan aku rasa kalaulah aku tak bawa kamera DSLR aku pun aku boleh menggunakan telefon ini untuk mengambil gambar tanpa risaukan kualiti imej yang aku tangkap.

Dan untuk telefon ini ia mempunyai 2 kamera di hadapan dan belakang, tapi berbeza pixel bagi keduanya. Di belakang ianya adalah 8 mega-pixel dari segi spesifikasi, dan dihadapan adalah 2 mega-pixel sahaja. Aku rasa kamera hadapan tu adalah bertujuan untuk lakukan video-call sahaja yang tak memerlukan kualiti yang tinggi sangat untuk digunakan, manakala belakang itu adalah bertujuan untuk mengambil gambar-gambar yang berkualiti. Oh tak lupa juga ia mempunyai flash di kamera belakang untuk digunakan pada persekitaran yang gelap.

Contoh gambar yang aku ambil dengan kamera ini (menggunakan aplikasi kamera yang standard sahaja dan tidak menggunakan sebarang aplikasi lain ketika mengambil gambar ini).

Puas hati bukan?

Saiz imej yang dihasilkan adalah ber diameter 3264 x 2448 pixel, dan ianya adalah dalam format JPEG.

Bateri

Untuk bahagian ini aku rasakan tak ada banyak yang boleh aku katakan, kerana ianya pasti akan terpulang kepada bagaimana anda gunakan telefon ini, sebab kalau anda menggunakan connection 2G, Edge atau GPRS sahaja aku rasa bateri akan save banyak, tapi kalau anda guna 3G dan HSPA pula pasti bateri akan banyak digunakan, yang penting.. mesti selalu charge telefon anda selagi dapat, kerana anda tak akan tahu bila berlaku kecemasan untuk menggunakan telefon nanti.

Harga

Menurut apa yang diberitahu oleh pihak Samsung, harga masih belum mereka dapat umumkan, tapi tarikh rasmi ianya akan dilancarkan adalah pada 22 Jun, 2011 ini pada hari Rabu minggu hadapan. Aku akan update jika mendapat berita baru dari mereka.

Jikalau anda ingin baca lagi review mengenai Samsung Galaxy S 2, inilah senarai website yang aku cadangkan:
CNET UKhttp://bit.ly/jLSwUB
TechRadarhttp://bit.ly/ih3pou
Engadgethttp://engt.co/myXqO8
SlashGearhttp://bit.ly/jLcHQ2
Pocketnowhttp://bit.ly/lkD51i
Android Policehttp://bit.ly/l2QFya
PCWorldhttp://bit.ly/jrCqRF
Wired UKhttp://bit.ly/kSOVbt
MobileCrunchhttp://bit.ly/mmPLnz

Dan seperti biasa, maklumat rasmi anda boleh pergi ke website Samsung Malaysia (http://www.samsung.com/my/), atau Facebook page mereka (http://www.facebook.com/SamsungUnivez) untuk informasi lanjut.

Aku rasa cukuplah penerangan aku mengenai telefon ni sampai sini, panjang sangat aku tulis haa.. Seterusnya aku akan tunjukkan kualiti lebih banyak gambar lagi, video dan mungkin juga video review untuk Samsung Galaxy S 2 ini. Jadi nantikan okay!

Rakaman Video Temuramah #yorais Mengenai Serangan Cyber #opsMalaysia

Aku tak tengok berita tadi, terima kasih kepada si tukang upload atas video yang sangat aku mahukan ini.

#yorais nampaknya sangat konfiden yang organisasi nya mampu untuk menangani serangan cyber tersebut, dan pada ketika aku menulis blogpost ini pada pukul 1:50 pagi, kebanyakan website government tak boleh dimasuki langsung dan aku syak yang mereka seperti telah menutupnya buat sementara waktu, mungkin sehingga ancaman serangan cyber ini reda? Atau mungkin esok paginya nanti baru bukak balik.

Apa-pun, sebagai peminat website The Pirate Bay, tindakan ini turut mendapat sokongan aku. Sila laksanakan tugas anda wahai kesatria sekalian..

P/S: Ini bukan bertujuan untuk menjahanamkan, tapi ini adalah penyampaian mesej..

Tentera Harus Hati-Hati Apabila Check-In

Kementerian pertahanan British telah memberi arahan kepada tentera-tentera mereka di sana untuk tidak menggunakan Foursquare bagi tujuan keselamatan, dan ini adalah video yang mereka sediakan di dalam YouTube.

Tapi bagi pendapat aku kalau nak menggunakan Foursquare ke, Gowalla ke, Twitter atau Facebook check-in tu boleh, tapi kalau boleh sila pastikan la ia dikongsi pada individu yang anda kenali sahaja, dan tidak kepada umum begitu sahaja.

Untuk diri aku sendiri, aku rasa aku takde benda yang perlu aku sembunyikan, aku takde hutang dengan sesapa kecuali bank dan kerajaan (loan MARA), aku tak bekerja di tempat yang dikelilingi dengan maklumat rahsia dan pertahanan negara, dan aku cuma orang biasa yang mempunyai minat yang besar dalam perkara berkaitan teknologi, seni dan sains, jadi aku rasa aku okay untuk menggunakannya, cuma aku perlu kawal lebih lagi info mengenai aku supaya ianya tidak nampak terlalu ‘transparent’ kepada umum, sebuah nota penting kepada diri sendiri dan kepada anda juga yang membaca.

Jadi sudahkah anda check-in tempat yang anda berada sekarang? LOL!

Sumber: About Foursquare (http://bit.ly/jOxMQU)

Kubur Bagi Arked Game

Video ini dihasilkan oleh Allied Coin bagi Winnitron 1000, menunjukkan banyak mesin game arked yang sudah terbiar lamanya dan.. kita kena akui, game konsol masa-kini dan komputer sebernanya telah membunuh mesin-mesin ini yang pada suatu ketika dahulu adalah.. hiburan kita dan sekeluarga.

Saksikan..

Masih aku ingat lagi game pertama yang aku main di arked adalah game tank yang berperang kat bandar tuh (lupa namanya) dengan game Time Crisis. Masa tuh, tempat dia adalah kat pusat membeli-belah Astaka di bandar Muar. Entah wujud lagi ke tak tempat tuh.

Sumber: Kotaku (http://bit.ly/lq8Yyt)

Pameran Transformers Di 1 Utama

Terdapat pameran Transformers sedang berlangsung sekarang di pusat membeli belah 1 Utama, ia bermula dari tarikh 7 Jun (Selasa) yang lepas hinggalah 12 Jun 2011 (Ahad) nanti. Dan kedatangan aku kesana petang tadi nampaknya adalah satu usaha yang tidak sia-sia rupanya. Selain dari pergi menonton filem Kung-Fu Panda 2 tadi (best giler!), dapat jugak aku melepaskan perasaan ‘nerdgasm’ aku dengan dikelilingi dengan robot-robot Transformers. Yang pastinya, ini mesti punya adalah untuk promosi filem terbaru mereka nanti iaitu, Transformers: Dark of The Moon.

Dan inilah yang korang akan lihat jika pergi kesana nanti. Banyak giler toys dipamerkan, tak senang duduk aku dibuatnya. Ha haa..





Tapi model Optimus Prime yang ni aku agak tertarik sikit, sebab sayap tambahan dia tuh macam lain jer dari filem dia yang sebelum nih, maybe akan ada muncul kot dalam filem baru ni nanti. Hmmmmm..

Yang pastinya, watak Bumblebee lah yang paling banyak korang akan lihat pada masa pameran ni, bukan sahaja toys nya banyak, malah model kereta Chevrolet Camaro SS, Transformers Edition pun ada ditunjukkan, perghhh! Gila smart sial! Tengok ah sendiri..





Harganya kamu nak tahu berapa?

Ada yang dah mula pasang angan-angan nak beli kalau kaya nanti? Ha ha ha haa..

Aku rasa cukup sampai sini saja, banyak sangat gambar aku upload, makin panjang lak blogpost ni karang, anyway ingat! Filemnya akan mula ditayangkan pada 30 Jun 2011 nanti, dan tahukah kamu Linkin Park sudah ada video klip soundtrack utama filem itu? Tak tau ker, atau dah tau ker, check this music video aite!

Komen aku? Nnnnnnnnnnnooo komen! Thank you.

P/S: Aku bukan peminat filem Transformers secara jujurnya, cuma minat pada Transformers itu sahaja (animasi, kartun, toys tu semua), kerana tidak ada satu pun yang menjadi kegemaran aku langsung, effects dahsyat, tapi storyline sampah giler, kenapa la dia amik Michael Bay jadi pengarah tu. *sheesh

Baju Idaman Apple-ish Sekalian

Inilah baju yang menjadi idaman mana-mana Apple fanboy di seluruh dunia tak syak lagi, bentuk sweater yang terkenal kerana sering diperagakan oleh Steve Jobs dalam majlis-majlis keynote Apple, dan kini syarikat Vonrosen yang telah menghasilkan pakaian Steve dalam majlis WWDC 2011 yang lepas telah memperkenalkan diri mereka kepada dunia. Dan inilah dia Apple pie sekalian.. opsss i mean.. Apple fans sekalian, kagumilah ia..

Aku sendiri tak pasti sama-ada pihak Vonrosen juga merupakan pihak yang sama menghasilkan sweater yang dipakai oleh Steve Jobs dalam majlis keynote yang lepas-lepas. Tapi apa-pun korang akan memerlukan EURO 420.00, bersamaan RM1,846.63 untuk memiliki sweater yang eksklusif ini. Fuuuuuhhhhhh.. dah nak sama dah dengan harga iPad 2. LOL!

Berminat? Pergi ke website Vonrosen untuk buat order korang sekarang. Serius nih!

Sumber: TechCrunch (http://tcrn.ch/jGIYEG)

Khas Bagi Pengumpul Badge Foursquare

Ini sangat menarik, bagi penggemar badge Foursquare di luar sana (aku pasti memang ramai jumlahnya *koff *koff), jikalau korang masih mencari jalan untuk mendapat badge tertentu dalam Foursquare yang sehingga kini korang masih buntu untuk mendapatnya, look no further.

Check out 4sq Badge Crawl!

Aplikasi web ini bukan tujuan untuk memberikan anda cara cheat untuk mendapatkannya, tapi cuma ia menunjukkan venue terdekat dengan korang ketika ini yang membolehkan korang mendapat badge yang masih korang belum dapat. Senang je kan?

Contoh berapa kali anda perlu check-in dan badge yang korang boleh dapat.

Cara nak menggunakan aplikasi ni mudah sahaja, log-in dengan akaun Foursquare korang, authorize, dan segalanya ia telah diuruskan. Yang penting, perlu check-in la tempat sekarang ko berada la, mudah untuk lakukan misi targeting. Ha haa!

Good luck!

Di Sebalik Tabir Filem Transformers: The Dark of the Moon

Ada sesiapa yang semakin teruja? Aku tak.. la la la laa la laaa..

Sinopsis (Dalam english): The Autobots, led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009’s Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There’s new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime “Transformers” character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth.

Tarikh tayangan: 30 June 2011

Sumber: ComicBookMovie.com (http://bit.ly/jEHQaI)

Animasi ‘The Progress Bar’ Yang Ohsem

Animasi ni kool giler weih! Teringat diri aku masa nak install OS Windows 98 dulu, nak format pun kene guna disket, tapi tak sebanyak yang dalam video ni la, sampai 22 disket ah nak kena guna. FFFFFFUUUUUUUUU

Apa-pun, Guy Collins (pembuat animasi ni), ada banyak video terbaik dia dalam YouTube, pergi check-out lagi dalam YouTube channel dia.

Sumber: Reddit (http://bit.ly/lvdxJ9)

Mesti Tonton: 4 Filem Yang Akan Keluar Di Pawagam Bulan Jun Ini

Senarai ini aku dapat dari website IMDB, senarai filem-filem yang akan muncul di pawagam Malaysia (harap-harap la) untuk bulan Jun ini, 4 filem yang aku sangat-sangat tunggukan kemunculannya di negara ini. Tarikh tepat bilakah ianya akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan aku sendiri tak pasti, tapi bila aku tau nanti aku akan update kan blogpost ini okay.

Oleh itu, inilah senarainya.

X-Men: First Class

Sinopsis (Dalam English): X-MEN FIRST CLASS charts the epic beginning of the X-Men saga, and reveals a secret history of famous global events. Before mutants had revealed themselves to the world, and before Charles Xavier and Erik Lehnsherr took the names Professor X and Magneto, they were two young men discovering their powers for the first time. Not archenemies, they were instead at first the closest of friends, working together with other Mutants (some familiar, some new), to prevent nuclear Armageddon. In the process, a grave rift between them opened, which began the eternal war between Magneto’s Brotherhood and Professor X’s X-Men.

Tarikh Ditayangkan: 2 June 2011.

Super 8

Sinopsis (Dalam English): In 1979 in the fictional town of Lillian, Ohio a group of teenagers are making a movie with a Super 8 mm film camera when they witness a train crash. They suspect it was not an accident. There are disappearances and unexplained events around town, and the local deputy investigates the cause of the events leading to the discovery of something inhuman.

Tarikh Ditayangkan: 9 June 2011 (Di-anggarkan).

Green Lantern

Sinopsis (Dalam English): In a universe as vast as it is mysterious, a small but powerful force has existed for centuries. Protectors of peace and justice, they are called the Green Lantern Corps. A brotherhood of warriors sworn to keep intergalactic order, each Green Lantern wears a ring that grants him superpowers. But when a new enemy called Parallax threatens to destroy the balance of power in the Universe, their fate and the fate of Earth lie in the hands of their newest recruit, the first human ever selected: Hal Jordan.

Hal is a gifted and cocky test pilot, but the Green Lanterns have little respect for humans, who have never harnessed the infinite powers of the ring before. But Hal is clearly the missing piece to the puzzle, and along with his determination and willpower, he has one thing no member of the Corps has ever had: humanity. With the encouragement of fellow pilot and childhood sweetheart Carol Ferris (Blake Lively), if Hal can quickly master his new powers and find the courage to overcome his fears, he may prove to be not only the key to defeating Parallax…he will become the greatest Green Lantern of all.

Tarikh Ditayangkan: 16 June 2011.

Transformers: Dark of the Moon

Sinopsis (Dalam English): The Autobots, led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009’s Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There’s new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime “Transformers” character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth.

Tarikh Ditayangkan: 30 June 2011.

Itu sahaja…

Semua sinopsis filem-filem tersebut diambil dari Wikipedia, itulah sebab ia nampak macam terperinci banyak. LOL! Apa-pun, reserve-kan gaji anda untuk 4 filem ini untuk ditonton di pawagam nanti, kalau yang nak download tu bersedialah untuk bulan hadapannya di laman-laman torrent kegemaran anda, dan kalau ada sesiapa diluar sana yang boleh beri aku sebuah website atau Facebook fan page yang boleh beri senarai filem Malaysia yang akan ditayangkan, tolong beritahu kat aku, sebab aku pun penyokong filem tempatan jugak.

Dan ya, aku meninati filem yang ber-genre sains fiksyen, animasi dan dari buku komik.

Okay, cheers!

Jam G-Shock Yang Menjadi Target

Harini aku tetiba terasa cam nak window-shopping (web version) jam tangan apa yang tengah best yang ada kat dalam pasaran sekarang, so cam biasa, pilihan aku yang nombor satu mestilah Casio G-Shock, favorite choice aku bila ditanya mengenai jam tangan, dan tempat paling terpantas dan tak mengecewakan untuk cuci-cuci mata adalah Amazon.com. Sehinggalah aku jumpa model ini..

Model GA-100-1A1CU

Cuba ko tengok jam ni, buatkan mata aku berair, keluar darah yang pekat, terbakar hangus dibuatnya, gila smart design dia. Black.. ala-ala tentera gitu. Aku sangat pasti aku mesti dapatkan jam nih! Ha ha!

Harga.. $114.99 convert kepada Ringgit Malaysia.. RM348.48

Campur delivery, tung tang tung tang.. errrr.. RM450 macam tuh?

Wow…… boleh secara rasmi menjadi jam tangan aku yang paling mahal pernah aku ada dalam sejarah hidup aku. Jam yang aku ada sekarang pun baru RM200++

Oh well, of course bukan sekarang lah aku nak beli. Tapi aku jadikan model G-Shock ni sebagai wishlist aku untuk aku taburkan duit di masa akan datang, aku akan kembali lagi.. tengok la nanti.

Tapi kalau aku dapat model yang sama dengan harga yang lebih murah lagi kat mana-mana kedai jam local, lagi terbaik! Pray for me.

Well well well.. whaddaya know.. ada video rupanya aku jumpa dalam YouTube. Nice! Un-boxing lagi? Ohsemmm!!

P/S: Blogpost ini sangatlah tidak berteknologi maklumat langsung, saja nak update pada benda-benda junk, tapi still geeky kan?

HP Printer K209a: Solusi Perniagaan Anda

Dunia perniagaan hari ini memerlukan peralatan teknologi yang boleh membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan mereka bagi segala urusan, dan printer merupakan salah satu daripadanya. Jadi pada hari ini, aku nak memperkenalkan satu produk printer daripada HP yang boleh melaksanakan tugasan tersebut dengan baik, iaitu HP Deskjet Ink Advantage All-in-One Printer K209a.

Bentuknya juga sangat elegan, malah ketika printer ini sampai di pejabat, rakan sekerja juga memuji dengan rekabentuknya, namun aku akan ceritakan pula mengenai kemampuan printer ini boleh lakukan.

Dari foto yang anda lihat, HP Deskjet Ink Advantage All-in-One Printer K209a adalah merupakan printer yang all-in-one. Bermaksud, ia boleh melakukan kerja printing, scanning dan juga kerja copying. Ia seperti anda memiliki mesin printer dan mesin fotostat dalam satu masa. Ia sangat memudahkan!

Malah kerja printing yang dilakukan juga sangat pantas, begitu juga dengan kerja scanning. Ia seperti, anda pasangkan kabel ke komputer anda, install driver, dan everything ready to-go!

Anyway, sebagai seorang programmer, mesti korang akan kata “mengapa programmer perlu penting sangat dengan printer?”, documentation ladies and gentleman, documentation, bukan jumlah yang sedikit, tapi sungguh banyak, ya laa.. kalau kita nak tunjukkan timeline progress kerja kita untuk diterangkan kepada client, mana lagi cara kalau kita nak tunjukkan secara offline kalau bukan dengan printing? Of course I want a good printer. Aku lagi arif bab-bab technology stuffs nih. Dan tak terhad kepada itu, kadang-kala ada jugak sesetengah tugas aku yang lain memerlukan penggunaan printer.

Berikut adalah spec printer ini boleh laksanakan:

Kepantasan Printing:
Mono Text (rtf) 16 seconds
Coloured text (rtf) 27 seconds
Text + Graphic (pdf) 35 seconds
Picture in A4 48 seconds

Kepantasan Copying:
Mono Text (rtf) 18 seconds
Text + Graphics (pdf) 34 seconds
Pictures(jpg) 43 seconds

Kepantasan Scanning:
Photo in A4 (100dpi) 11 seconds
Photo in A4 (300dpi) 28 seconds
Photo in A4 (600dpi) 1 minute35 seconds

*Update: Menjawab persoalan Twit N View.
Harga Katrij Printer:
HP 703 Black Ink – RM27 bagi 600 muka halaman print.
HP 703 Tri-Colour Ink Catridge – RM27 bagi 250 muka halaman print.

Daripada info yang boleh didapati dari laman HP sendiri, mereka telah meletakkan harga ini bagi model printer ini. Bagaimana? Nampak murah bukan?

Mengenai harganya pula, HP Deskjet Ink Advantage All-in-One Printer K209a adalah berharga RM319. Mungkin agak mahal bagi sesetengah orang, tapi jika difikirkan mengenai kemampuan dan keupayaan printer ini, anda mungkin akan terus tutup sebelah mata sahaja dan beli produk ini. Good thing comes in good price right?

So.. apakah printer anda gunakan ketika ini?

Sudahkah Anda Menonton Mortal Kombat: Legacy?

Aku menganggap diri aku sebagai peminat besar kepada Mortal Kombat. Bermula dengan bermain game mereka ketika aku memiliki Micro Genius lagi dari saat aku bersekolah rendah, hinggalah sekarang, aku masih lagi meminati francais ini kerana mempunyai kepelbagaian karakter dalam game mereka dan yang paling penting sekali, elemen ganas, darah, patah-tulang, kecederaan otot, potong-kepala, tikam dan kematian yang melampau membuatkan aku menjadi sangat teruja menonton filem-filem dan bermain game baru mereka yang berada di pasaran.

Walaupun aku tak boleh nafikan yang filem ke-2 nya (Mortal Kombat: Annihilation) adalah antara yang paling teruk sekali selepas filem Super Mario Bros, Max Payne dan Street Fighter. *meh!

Namun apa yang aku nak share dengan korang dalam blogpost kali ini adalah, yang Mortal Kombat sudah mempunyai rancangan web nya yang tersendiri yang boleh anda tonton dalam channel mereka di YouTube. Dibawakan khas kepada anda oleh Machinima.

Komen aku mengenai episod-episod mereka setakat ini? Sangat menarik! Pada mulanya aku ingatkan Kano takkan ada kepingan besi di mukanya, dan ingin membuat sesuatu yang baru berdasarkan dari trailer yang aku tengok sebelum ini, namun dalam episod nya yang kedua dalam akhir sekali perlawanan dengan Jax, muka Kano tercedera, dan doktor yang merawatnya menggunakan kepingan besi untuk menutup kecederaan teruk tersebut. Maka muncullah watak Kano yang sebenar. Woohoo!

Berdasarkan dari tarikh video di upload, nampak gayanya macam rancangan web Mortal Kombat: Legacy ini akan muncul pada setiap hari dalam channel YouTube mereka. Dan kepada anda diluar sana yang meminati juga, jangan lupa untuk untuk subscribe update channel mereka untuk tidak terlepas sebarang episod rancangan. Pasti tidak akan mengecewakan anda.

Tonton dua episod yang sudah pun muncul.

Untuk episod-episod yang seterusnya anda boleh pergi tonton sendiri di YouTube, sebab kalau aku nak share semuanya disini nanti, pasti blogpost ini akan menjadi yang paling terpanjang sekali dalam sejarah dunia blog pernah ada.

Pada saat blogpost ini ditulis, sudah sebanyak 6,321,526 views dua video ini sudah ditonton, dan pasti akan meningkat lagi setiap hari punya, aku sangat pasti.

Mengikut apa yang diberitahu dalam blog Complex Pop Culture, mereka akan mengeluarkan rancangan ini dalam bentuk DVD dan Blu-Ray pada akhir tahun nanti di U.S. Yang itu kita perlu tunggu lebih lama lagi.

Tak sabar aku nak tengok watak-watak lain yang akan keluar, especially Scorpion. My favorite character! Ha ha ha haa.. GET OVER HERE!

Update: Check-out video review game terbaru Mortal Kombat (2011) dari GameSpot. Boleh didapati hanya di PlayStation 3 dan Xbox 360 sahaja.

Gila gerek sehhh..

Astro Memperkenalkan Astro B.yond IPTV

Pada malam semalam (19 April, 2011) telah berlangsung satu majlis pelancaran rasmi oleh pihak Astro, bagi memperkenalkan produk terbaru mereka dalam senarai servis mereka iaitu, Astro B.yond IPTV di DoubleTree Hilton hotel, Kuala Lumpur.

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum mengenai servis Astro B.yond ini, namun bagi Astro B.yond IPTV pula, ia merupakan gabungan servis Astro dan perkhidmatan Fibre Broadband, yang kelajuannya adalah sama seperti pakej Unifi oleh TM. Fikirkan ia seperti anda melanggan 2 bentuk servis berlainan, dalam 1 pakej, dalam 1 harga. Memudahkan betul tak?

Tambahan lagi, decoder yang Astro berikan dalam pakej ini boleh memberi anda kualiti high definition dalam siaran, Personal Video Recorder yang membolehkan anda merakam rancangan kegemaran anda (disimpan dalam hardisk decoder anda), dan keupayaan untuk menonton semula rancangan kegemaran anda yang telah anda pilih itu bila-bila masa sahaja, tanpa perlu anda terlepas lagi sebarang rancangan yang anda mahu tonton.

Seperkara lagi yang aku minat mengenai pakej yang Astro tawarkan kali ini adalah, anda tidak perlu lagi memasang piring Astro di kediaman anda untuk mendapatkan siaran mereka, kerana kali ini mereka akan menggunakan kabel bawah tanah bagi menyambungkan siaran Astro ke tempat anda terus, tanpa perlu lagi anda menunggu orang tukang pasang piring yang dilantik pihak Astro itu datang sendiri ke tempat anda, panjat atas bumbung rumah anda memasang piring dan terpaksa membayar caj pemasangan kerja mereka tersebut. Tak perlu lagi itu semua! Sekarang, barulah boleh anda panggil ini sebagai siaran TV kabel yer tak?

Namun, hanya terdapat beberapa kawasan tertentu sahaja dahulu yang boleh mendapatkan servis ini buat masa ini, lain-lain tempat haruslah tunggu pengumuman dari mereka sendiri di masa akan datang.

Terdapat 4 pakej yang mereka tawarkan, iaitu:

*Speed Boost adalah penggunaan khas 30 jam anda dengan kelajuan yang berbeza mengikut pakej yang anda langgan, sebagai contoh pakej TF6, anda boleh mendapat kelajuan sehingga 10Mbps dalam masa 30 jam sahaja untuk sebulan bagi servis Broadband. Fikirkan ia seperti Super Mario yang mendapat star dalam dunia game nya. Ha ha haa..

Mungkin ada yang akan bertanyakan soalan, bolehkah saya mengambil rancangan yang saya simpan itu kedalam PC? Jawapannya, Tidak. Kerana seperti yang diterangkan oleh pihak Astro semasa dalam majlis tersebut, mereka telah secure kan data itu untuk tontonan melalui decoder Astro mereka sahaja. Tidak boleh dibawa keluar. Oleh itu, janganlah bersedih.

Kedua, Astro akan memastikan anda menggunakan perkhidmatan Fibre Broadband mereka dengan berhemah. Bermaksud yang anda tidak dibenarkan untuk melakukan ‘aktiviti’ yang akan menggunakan bandwidth yang melampau. Faham dengan pernyataan tu kan para-para ‘teluk-lanun’ sekalian?

Well, nampaknya itu sahaja yang aku boleh terangkan mengenai servis Astro B.yond IPTV ini, segala maklumat lanjut mengenainya anda boleh pergi terus ke laman rasmi mereka iaitu di www.astro.com.my/iptv.

Bersambung dalam blogpost seterusnya. Bye!

4 Video Menarik Anda Patut Tonton Harini

Buka Google Reader aku harini aku terjumpa banyak video menarik yang aku rasa lebih mudah aku terus jadikan satu blogpost untuk dikongsikan bersama dengan korang semua. Check it out!

Anda menggunakan Facebook, anda tahu cerita mengenai syarikat mereka, anda mungkin telah menonton filem (The Social Network) mereka juga, dan kini, MTV akan membuat satu rancangan realiti yang mengisahkan tentang bagaimana dunia kerja didalam pejabat Facebook sendiri, yang diberi nama ‘Diary of Facebook’.

Menurut dari blogpost MTV mengenai rancangan ini, ‘Diary of Facebook’ akan membawa anda melihat bagaimana cara kerja seorang technical engineer disana yang bernama Pedram dan seorang pekerja pemasaran bagi pelanggan bernama Erin. Sambil itu juga MTV akan menunjukkan anda bagaimana event hack-a-thons 24 Jam Facebook berlaku, serta berbicara dengan Mark Zuckerberg sendiri tentang bagaimana bentuk budaya dalam syarikat beliau.

Tak diketahui pula bila rancangan ini akan mula ditayangkan di MTV Asia. Hopefully diorang dapat cepat tayangkan sebab aku memang berminat nak tonton rancangan ni sangat. Tapi sebelum itu, aku perlu langgan dahulu pakej ‘Entertainment’ di Astro. :P

Sumber: Mashable (http://on.mash.to/elFL8h)

Sebuah band dari Ontario, Kanada yang dinamakan The Blue Stones, telah menghasilkan video muzik ‘I’m a Stereo’ mereka dengan menggunakan teknologi Facetime.

Selain dari menggunakan iPhone, mereka menggunakan Canon T2i untuk merakamkan video mereka dalam Facetime tersebut. Saksikan sendiri bagaimana hasil kerja mereka akhirnya dengan menggunakan dua bentuk device dalam video diatas. Amat kreatif!

Sumber: The Next Web (http://tnw.co/eWRuWa)

Seterusnya adalah video yang memaparkan dua robot yang mampu membuat imbangan bola di udara. Menariknya mengenai robot tersebut adalah, ia merupakan robot jenis helikopter, yang dinamakan sebagai quadrocopter. Aku kagum bagaimana sistem mereka hasilkan dapat mengimbangkan bola tersebut, dengan faktor graviti dan udara di sekeliling. Sangat hebat!

Sumber: Engadget (http://engt.co/hhLyH1)

Akhir sekali, seorang pengarah filem pendek dari China bernama Mingjai telah membuat video (aku anggap parody) tentang bagaimana dalam 30 tahun akan datang nanti, produk iPhone 44G (pada masa itu kononnya) akan digunakan dalam semua perkara.

Bagi aku cam dahsyat jugak iPhone developers pada masa tu. Tapi yang aku tak boleh tahan adalah apabila telur mentah tu dipecahkan atas iPad. Aku macam.. “Perghhh!! Mesti berbau telur punya la nanti iPad tuh” LOL!

Sumber: The Next Web (http://tnw.co/hk845R)

Twimal Menjadi Twitter Timeline Anda Lebih Cute

Pengeluar permainan Takara Tomy akan menjadikkan update Twitter timelines anda dengan lebih cute lagi dengan keluaran produk terbaru mereka iaitu, Twimal.

Twimal ini adalah semudah anda menyambungkan kabel USB nya dengan PC/Laptop Windows anda, dan (menurut apa yang mereka kata) ia akan membaca semua Twitter timelines anda secara automatik. Tapi sayangnya, ia hanya tahu satu sahaja bahasa, iaitu bahasa Jepun. Yang lain-lain aku rasa korang boleh masukkan kalau korang reti nak hack benda nih. :P

Didatangkan dalam dua warna (Biru, Putih), dan ia akan dikeluarkan pada 31 Mac, 2011 ini di negara sana, dengan harga ¥2,480, bersamaan RM92 di Malaysia.

Sumber: Engadget (http://engt.co/ePWwvu)

P/S: Hmmm.. aku follow lebih 3,000 orang dalam Twitter, mesti non-stop dia akan bercakap kan? Cukup seminggu, meletop!

Google Akan Berkejasama Dengan LG Untuk Produk Tablet

Google telah banyak berkejasama dengan syarikat teknologi dalam mengeluarkan produk device mereka. Dan yang terbaru, Google dikatakan akan berkejasama dengan LG pula, untuk mengeluarkan produk tablet mereka kali ini. Tapi tak pasti pula jikalau Google masih mahu mengekalkan nama Nexus tersebut atau tidak, kerana nama Nexus sebelum ini telah digunakan pada produk telefon, mungkin untuk tablet mereka akan keluarkan dengan nama baru? Siapa tahu yer tak? Tapi yang pasti ia akan menggunakan versi Android yang terbaru apabila dikeluarkan nanti.

Maklumat lanjut mengenai bilakah tarikh ia akan dikeluarkan masih lagi menjadi tanda tanya. Kita perlu tunggu update terbaru dari mereka mengenai keluaran tablet ini nampaknya.

Sumber: http://bit.ly/hH1qP3 (Link), http://bit.ly/fuMffp (Imej)

Video Temuramah Aku Di Majlis NEF-Awani Bersama 1Tube.my

Dalam majlis NEF-Awani yang lepas, aku dengan krew 1Tube.my sebernanya telah merakamkan beberapa video temuramah dengan individu-individu penting dalam beberapa syarikat IT yang kami temui disana, diantaranya adalah MDec, Skali, Hud-Hud Media, Enershia, dan presiden NEF sendiri iaitu En. Ashran Ghazi.

Dan ini adalah antaranya. Check it out!

Ini sebernanya merupakan video temuramah yang pertama aku buat, so.. aku rasa macam ada banyak yang perlu aku perbaiki lagi di masa hadapan nanti.

Krew 1Tube.my juga telah mengajak blogger Nisa Kay dan Ben Ashaari untuk beberapa lagi rakaman video temuramah di majlis NEF-Awani tersebut. Dan untuk melihat semua itu, anda hanya perlu pergi ke laman web 1Tube.my, pergi ke bahagian ‘featured‘, atau juga anda boleh lakukan search nama ‘NEF-Awani‘ untuk melihat semua video kami dirakamkan pada hari itu.

Jikalau anda mempunyai video anda sendiri yang ingin anda kongsikan bersama, uploadkanlah ke laman 1Tube.my, mana tahu kalau video anda nanti boleh menjadi hit seperti Rebecca Black disana? :P

Sekian..