Rupa-rupanya bumi sebernanya boleh bercakap, tapi dalam bentuk chirps dan wisel yang disebabkan oleh gelombang radio yang boleh didengar oleh pendengaran manusia, dan seterusnya dipancarkan oleh magnetosfera Bumi. Ia dipanggil “korus,” atau “korus subuh.”
Para saintis telah lama mengetahui tentang fenomena ini, kerana ianya boleh diambil hanya dengan menggunakan penerima radio. Ia paling mudah dikesan pada waktu pagi, dan digabungkan dengan bunyi kicauan yang diberi nama samaran “korus subuh.”
Apa yang menyebabkan hal ini berlaku? Ini terhasil dari gelombang radio yang boleh didengar yang dipancarkan oleh zarah dalam magnetosfera, satu fenomena yang mengelilingi mana-mana planet atau bulan dengan medan magnetik, seperti juga Bumi. Zarah-zarah ini kemudian menyentuh dan dipengaruhi oleh radiasi yang juga mengelilingi planet ini, lalu terhasil-lah bunyi yang sangat unik.
Ini merupakan rakaman yang baru daripada satelit NASA yang dilancarkan pada akhir bulan Ogos lepas. Mereka juga telah merekod lima fenomena berasingan pada 5 September lepas. Kan bagus kalau ada sesiapa boleh mentafsirkan bunyian yang dihasilkan ini?
Sumber: Universe Today