Foto Baru Di-Upload Untuk 9 Oktober 2012

Weekend lepas aku pergi bergambar kat Taman Tasik Empangan, Putrajaya, dannnn… aku sempat snap beberapa elemen lain yang ada di sekitar kawasan itu, yang mana at that time aku cuma bawa 50mm lens aku, of course jarak akan terbatas, tapi sekurang-kurangnya aku berpuas hati dengan beberapa shots aku sempat ambil.

Aku baru saja renew Flickr Pro aku hingga Oktober tahun hadapan, dan aku sangat berpuas hati dengan jumlah bayaran $24.95 tahunan aku untuk servis Flickr. The best photo sharing site ever! Sangat berpuas hati.

Dan jikalau anda photographer, aku sangat cadangkan korang bayar $24.95 tahunan itu, sebab disitulah korang boleh persembahkan hasil seni fotografi korang tanpa cacat-cela seperti di Facebook. Believe me! Its been 2 years as Flickr Pro user and counting…

Find me on Flickr here.

Foto Sekitar #MaulidurRasul Di Putrajaya

Setelah berpindah ke Putrajaya ini, nak jugak aku lihat bagaimana rupa bentuk majlis Maulidur Rasul di Putrajaya sini, tapi.. sayangnya kami terlepas bab perarakan, sebab kami pun tak tahu pukul berapa sebernanya majlis itu akan bermula, jadi.. inilah beberapa foto aku sempat ambil semasa majlis tersebut masih lagi berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya. Harap anda pun turut sama menyertainya pagi tadi, tapi kalau tak dapat nak pergi pun takpe.. lagipun bukannya wajib kan?

Salam Maulidur Rasul untuk semua :)

























Setelah pulang sahaja dari majlis tersebut, kami semua ngantuk penat, lebih lebih lagi si kecik Hannah ni yang comel je setiap masa.

Selamat bercuti semua!

Foto-Blogging Kembali!

Dah lama rasanya aku tak upload foto-foto ke blog aku nih sekarang kan? Dah la tercalon kat Social Media Week (walaupun kedudukan aku secara terang-terang dah jauh kebawah), tapi dah jarang dah ber-foto blogging? #EhAdaKer? Jadi harini, aku kongsikan beberapa foto yang ada penceritaan sebaliknya.

First up, 2 minggu lepas kalau tak silap aku pergi shopping kat IOI Mall, ini adalah yang pertama kali aku ke shopping complex ini, namun aku takkan ceritakan mengenai pengalaman aku ber-shopping tuh. Instead, aku nak ceritakan ada kawasan hijau yang terdapat di belakang kompleks tersebut.

Ia seolah seperti pemandangan di kawasan kampung nelayan jer, aku tak pasti samada ianya adalah sungai ataupun lombong, tapi bagi aku kawasan yang tak terusik tu sangat menarik pemandangannya dengan warna yang menghijau, angin bertiup sepoi and rumput tinggi memanjang yang bagi aku sangat menenangkan. Mana lagi tempat yang dekat dengan bandaraya Kuala Lumpur dengan pemandangan begini lagi yer tak?

Ada tu ada la, tapi anggap sahaja bilangannya sangat sedikit sekali.

Ada sikit macam tempat The Hobbit kan? :P

Even @HailAkid pun kata best. Ha haa..

Seterusnya adalah ketika aku pergi melawat tempat sewa rumah adik aku di Ampang, ia sebuah apartment, agak tak terjaga, tapi yang aku suka adalah pemandangan KL dari tempatnya tuh yang buat aku suka, pasti kalau time new year, tahun baru cina, atau apa-pun sambutan yang membakar fireworks, mesti cantik kan?

Okay sebernanya warna dia takde la sampai macam tuh, aku jer yang edit contrast, vibrance dan lain-lain yang bagi warna dia lebih terselah. Tapi orait ker?

Kawasan ni banyak burung hinggap, maybe ada tempat mereka membuat sarang, atau takpun sebab dekat dengan hutan yang kat sebelah apartment nih. Lens aku tak cukup jauh boleh snap, jadi inilah yang termampu lens aku mampu menangkap imej.

Akhir sekali, kalau korang ada masa, sudi nak undi untuk aku, tolonglah undikan aku yer, its okay kalau aku tak menang, cuma nak tengok seberapa banyak undian je aku boleh dapat setakat nih.

Meneroka Ke Alam Haiwan (a.k.a. Zoo Negara)

Pada hari Sabtu semalam, aku memikirkan untuk bawa keluarga aku berjalan ke suatu tempat lain dari shopping complex, tempat yang selama ini Hail Akid asyik lihat sahaja dalam buku mengenali binatang dia, iaitu ke Zoo Negara.

Secara jujur, kali terakhir aku menjejakkkan kaki aku ke tempat itu adalah ketika aku sekolah rendah dahulu, tak pasti samada aku pergi under rombongan sambil belajar atau dengan parents aku, yang pastinya ia seperti memory lane feel dia. Eh yeke?

Tiket untuk orang dewasa adalah RM25 (tak termasuk tempat Taman Rama-Rama, yang aku sendiri pun tak tau kat mana, d’oh!) dan kanak-kanak bawah 3 tahun (syukur Hail Akid dan Hannah Jasmin masih bawah 3 tahun) adalah percuma. Dan sebelum aku masuk ketika itu pun dah terdengar beberapa suara rungutan dengan sistem pengurusan pihak Zoo. Namun kerana aku tak sabar nak bagi Akid tengok binatang didalamnya, maka aku blah dari kelompok perungut tersebut (terdengar sikit yang diorang bising pasal cara nak beli tiket masuk kedalam time tuh). So.. off we go!

Masuk sahaja kedalam, aku berasa sangat pelik dengan keadaan didalam, ayat pertama aku adalah: “WTH?” – kenapa aku rasa macam aku masuk ke dalam Zoo Melaka nih? tapi aku macam rasa Zoo Melaka lebih baik dari ini? Ini Zoo Negara kan? N.E.G.A.R.A? kenapa kelihatan seperti tak terurus dan macam masuk ke dalam hutan yang sebenar?

Tak pasti samada pihak pengurusan Zoo memang sengaja buat begitu pasal nak wujudkan ‘feel’ seperti dalam alam semulajadi sebenar? atau sebaliknya? So aku abaikan apa yang aku tak suka lihat itu dan terus kedalam melihat apakah tarikan yang telah tersedia untuk kami pengunjung..


















Aku dah lama tak bersenam, dan aku rasa pergi ke Zoo ini seperti aku dah lengkap berjogging di taman untuk 10 pusingan macam tuh, bukan salah pada pihak pengurusan, memang kami sengaja nak berjalan, sebab aku rasa lagi seronok kalau buat macam tuh sebab aku tak mau terlepas anything (Pasang lagu Aerosmith “I Don’t Wanna Miss A Thing”).












Apa yang penting bagi aku, kami sekeluarga enjoy (itew sangat penting), sifat keterujaan Hail Akid melihat haiwan-haiwan tersebut adalah sangat sweet, biar dia dari kecik lagi dah didedahkan sedikit dengan dunia veterinar ni, semoga dah besar nanti dia ada inisiatif untuk membantu dan beri kesedaran kat orang lain betapa pentingnya menjaga ekosistem di bumi ini, terlalu ‘grand’ sangat tujuan itu? Problem?

Okay, selamat hari Ahad dan enjoylah hari Isnin kemudiannya nanti ;)

Demi Manusia, Alam Dimusnahkan

Harini Kuala Lumpur hujan lebat, saat masa hujan tuh aku pergi ke tingkap, bawak kamera, dengan harapan aku boleh dapat ambik gambar petir dan guruh yang masa tuh tengah kuat, tapi ternyata aku tidak bersabar ketika itu dan kuasa Allah terlalu hebat maka aku membatalkan niat aku itu, dan terlihat kawasan pembinaan di sebelah kondominium aku duduk ketika ini.

Kelihatan segalanya tidak bergerak, barangkali harini adalah hari Ahad, dan mereka semua buruh binaan cuti, namun terdengar juga beberapa bunyi drilling sedang dilakukan ketika itu, dan melihatkan skala pembinaan yang sedang dilakukan itu aku terfikirkan apakah yang terjadi kepada binatang-binatang yang pernah mendiami kawasan itu sebelum terusik? Kalau ular mungkinkah kulitnya sudah disiat menjadi kasut dan beg tangan? Kalau biawak mungkinkah ia sudah lama masuk ke perut tokey syarikat binaan itu? Dan untuk korang sendiri lihat bagaimanakah kemusnahan itu telah berlaku, inilah foto-foto yang aku ambil ketika hujan lebat itu.




Kalau anda rasa kerja korang berat dan terlalu memenatkan, tengoklah orang ini bekerja drilling ketika hujan lebat, seorang diri dan di kawasan yang sangat tidak selamat.

Aku tak tau apa cara lagi kita boleh bendungkan kemusnahan ini selagi kita ada di bumi, manusia semakin ramai, dan syarikat korporat nak keuntungan, aku rasakan satu-satunya cara untuk kita hentikan adalah pergi sahaja ke angkasa lepas, tiada penebangan pokok, tiada kemusnahan tempat tinggal haiwan, tiada pencemaran, dan segalanya mungkin akan menjadi normal semula di bumi dengan flora dan fauna, serta ekosistem yang kembali indah semula.

Aku cakap terlalu kehadapan, esok dah hari isnin, dan aku sangat tak suka selagi aku hidup terpaksa menerima arahan dari orang yang klaim sebagai pemberi gaji, tapi itu akan aku tuliskan di masa hadapan.

Oleh itu, selamat malam semua dan have a happy monday blues tomorrow! Blerghhh!!

Lahirnya Puteri Ku

Maaf kerana sangat lewat buat blogpost mengenai ini, sepatutnya aku ingin buatkan sebuah blogpost yang panjang mengenai cerita yang berlaku pada aku sepanjang aku menempuh menjadi bapa kepada dua orang anak, tapi oleh kerana ia masih belum siap (dan masih dalam draft), maka aku rasa lain kali sajalah aku akan publish story tersebut dalam blog, for now.. all i can says are, segalanya Alhamdulillah selamat, dan nama yang aku akan berikan adalah Hana Nur Jasmin bermaksud ‘Kegembiraan’, ‘Cahaya’, ‘Bunga’ dalam bahasa arab (aku pilih nama Hana, wife aku yang dua dibelakang tuh).

Pada mulanya aku menghantar wife aku ke Hospital Yan, tapi oleh kerana terdapat permasalahan pada ketika kelahiran, terpaksa dihantar ke hospital Hospital Sultanah Bahiyyah di Alor Star sana.



Kalau tengok pada wajah, korang rasa ia lebih dekat pada siapa? Maknya atau bapak eh?

Sekarang ni @HailAkid dah jadi abang dah. :)

Terima kasih atas semua ucapan tahniah korang berikan tempoh hari, sangat banyak datang dari Twitter dan Facebook, aku doakan korang semua yang memberikan ucapan tersebut agar dipermudahkan rezeki dan panjang umur hendaknya. Amin.

Event: Aloud Asia Vol #2

Thanks to mister @KarrotGold yang menjemput aku untuk datang ke event ini, katanya ia adalah show Altimet, tapi bila aku sampai disana aku dapat tengok performance lebih banyak band lagi di atas stage. And here it is..

Ia adalah event Aloud Asia, berlangsung di Bentley Music, tak banyak yang aku tahu mengenai gig ini, tapi menurut yang aku dengar dari apa yang Sasi The Don kata diatas stage ia adalah yang kedua dibuat, i’m like.. okay itu adalah satu permulaan yang bagus, tapi still have no idea sapa lagi band yang akan perform lain, sebab aku datang ke sana pun memang main hantam je datang dari rumah terbuka member aku. All i have to say: “suprise me fella..”

And komen aku mengenai gig ini dari mula hingga akhir cumalah ‘okay…’ la, beberapa performer sahaja yang aku rasa betul-betul stand out. Tapi takpe.. perjalanan team Aloud Asia masih jauh lagi, begitu juga dengan performer, i’m sure it will turn out awesome in future.

Oh by the way, here’s some photos.

Eliza Thomas

Nota: Gambarnya tak berapa banyak aku ada, sebab masa aku masuk ke dewan jer dia dah nak habis perform, anyway what’s up dengan tak ingat lirik tuh?

Angie Lym



Nota: Not bad la the songs, tapi yang aku kagum adalah penerimaan muziknya yang telah sampai ke United States sana, Boston kalau tak silap, this girl will get into big scene soon if she still continue what she’s doing right now. I believe in that.

Bohemian


Nota: Band yang sangat jambuuu sekali di atas pentas.

Beat The System





Nota: Aku dah lama tau pasal kewujudan band nih dari majalah ROTTW dulu-dulu, tau pasal muzik mereka yang metal i would say, dan buat pertama kalinya dalam hidup aku dapat tengok diorang perform sabtu lepas, memang pecah kepala beb, band yang paling aku suka dengan performance mereka. Thumbs up!

Paperplane Pursuit


Nota: Muzik mereka bagi aku biasa sahaja, radio friendly punya, okayla. Tu saja komen aku boleh elaborate kan.

Estranged




Nota: Nama yang tak asing lagi dalam industri muzik tempatan, dah hilang entiti Akademi Fantasia mereka, performance yang bagus, cuma.. boleh stop nyanyi lagu ‘Itu Kamu’ lagi tak? Walaupun fan anda minta, i’m really bored listen to that song. #justsaying

Altimet





Nota: Inilah artis yang aku diundang datang untuk tengok persembahannya, sedang mencuba sesuatu yang baru kata Altimet, boleh pergi ke hadapan lagi dalam industri muzik tempatan kalau dia bawa genre muzik yang dipersembahkan pada hari itu. Altimet, you have my bless.

So itu sahaja yang boleh aku ceritakan segalanya, jadilah fan kepada Aloud Asia di Facebook dan follow mereka di Twitter. Kerana pastinya akan ada siri gig mereka yang ke-3 di masa hadapan. Aku ada banyak lagi foto-foto pada hari tersebut, check-out photo-sets aku di Flickr, Saya Sham Hardy, signing off.

P/S: Untuk keselamatan profil Twitter dan Facebook korang, semua link aku sediakan adalah HTTPS punya. Always safety first! :)

Ceritera Dari Maxis Hari Raya Open House

Malam semalam aku telah menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka oleh Maxis di Pusat Konvensyen KLCC bersama rakan se-cyber (se-Android) iaitu Ahmad Saiful Bahri bagi tujuan sebenar yang semua orang tahu kalau pergi ke mana-mana rumah terbuka iaitu, makan, berkumpul, beramah mesra dan berkenalan.

Sayangnya oleh kerana kami tidak menjumpai sebarang ally di malam tersebut, maka tujuan yang ke 2, 3 dan 4 kami terpaksa strikethrough.

Hadirin yang datang sangat ramai, hinggakan ada yang terpaksa makan di luar.







Tapi ada sesuatu yang istimewa aku perasan pada malam tersebut, sesuatu yang sangat-sangat bermakna sebagai seorang photographer.

You see, ingatkah lagi dengan pertanyaan aku di twitter tempoh hari mengenai Sebuah agensi dari London telah memohon untuk menggunakan foto aku untuk klien mereka di Malaysia? Well.. that klien is Maxis sebernanya.

Jikalau anda perhatikan imej dalam foto ini semasa mereka pasangkan pada TV slide mereka, terdapat sebuah foto milik aku sebernanya, dan itulah foto yang agensi tersebut mohon untuk digunakan pada kerja mereka.

TADA!

Dan inilah foto yang sebernanya dalam akaun Flickr aku.

Gambar yang aku ambil ketika mak dan wifey aku berfsama-sama menganyam ketupat untuk makan di pagi hari raya pada tahun 2010 yang lepas.

Dan aku sangat bangga kerana sebuah karya aku dalam bentuk foto telah diambil untuk kerja mereka. Dan aku sangat tak sangka masih ada individu diluar sana yang menghargai apa yang aku lakukan.

Oh dan tak perlu takut, aku memang membenarkan mereka menggunakan foto tersebut, dengan bayarannya sekali, KAA$$HINGG! Berapa mereka bayar dan berapa banyak mereka ambil aku takkan ceritakan disini, kalau nak tahu message aku secara private, tapi yang pastinya aku sendiri tak sangka foto yang sebegitu dibayar dengan harga yang tinggi, memang benarlah kata orang, ‘omputih’ memang menghargai karya sebuah seni, berbeza sekali dengan keadaan di tempatan kita.

Jadi, nasihat aku kepada rakan, jikalau anda rasa anda ada foto yang menarik, edit kan dia supaya nampak jadi lebih menarik lagi, upload ke Flickr, dan letakkanlah tag yang bersesuaian dengannya. Insyallah, kalau ada rezeki, anda akan dapat sesuatu yang tidak disangka. Yang penting, kena nampak se-menarik yang boleh. Adobe Photoshop, Lightroom kan ada.. He hee.

P/S: Aku menjadi photographer bukan kerana mencari wang, tapi memang hobi aku suka menangkap foto kerana minat yang mendalam pada seni.

Kenangan Berbuka Puasa Weekend Lepas

Warning: Gambar-gambar dalam blogpost ini tidak selamat ditonton pada ketika berpuasa, anda sudah diberi amaran!

Sepanjang hujung minggu yang lepas, aku telah terima banyak pelawaan dari rakan Twitter dan rakan lama aku untuk berbuka bersama-sama di tempat yang telah dicadangkan, dan untuk yang pertama (Sabtu), adalah Tweetup kecil berbuka puasa yang aku telah dijemput oleh seorang brader yang hensem di Twitter iaitu @ZasIshak di restoren Dapoer Bandoeng, Kelana Jaya sana.

Dapoer Bandoeng adalah sebuah restoren yang menyajikan makanan dari Indonesia, pada mulanya ketika aku tiba di restoren ini, aku agak ragu-ragu dengan makanan yang akan aku dapat nanti, kerana, pengalaman aku bercuti sebelum ini di Indonesia aku mendapati yang kuantiti makanan yang disajikan disana agak kecil dari kebiasaan di Malaysia, dan memandangkan ianya adalah dalam bulan puasa, aku risau yang ianya tidak dapat mengenyangkan raksasa-raksasa yang sedang bertarung dalam perut aku ketika itu, namun sangkaan aku meleset sekali.. Keenakan makanan yang disajikan pada ketika itu telah melupakan aku akan segala yang aku fikirkan ketika datang kesitu pada mulanya, memang puas hati, dan pastinya akan aku datang lagi, thanks @suzannajuwita kerana telah memperkenalkan restoren tersebut kepada kami. Memang ohsem!

Antara makanan yang kami order pada hari tersebut.






Lagi video dari tweetup tersebut, poker di meja berbuka puasa.

Yang kedua pada hari Ahad esoknya aku keluar berbuka puasa dengan rakan-rakan lama aku iaitu Saiful dan Farid, di sebuah restoren masakan negeri Kelantan di bandar Seremban. Tak banyak boleh aku komenkan mengenai restoren ini cuma masakan dia aku cuma boleh kata bestla jugak, dan aku sangat-sangat minat dengan Nasi Goreng Cina yang dibuat oleh mereka, sampaikan aku order lagi satu bungkus untuk makan time sahur nanti. :D

Umur mereka berdua ni sebernanya tak jauh beza, cuma beberapa bulan jer, tapi saiz anak aku memang ketara nampak besar dari kawan sebelah dia. Yelah, tengok saiz bapak ah cemana.




Jadi kepada anda pembaca beragama islam yang membaca blogpost ini saya mengucapkan, selamat berbuka puasa kepada anda dan keluarga, dan jangan makan sampai nak pecah perut, sekian..

Menanti Sesuatu Yang Lebih Baik

Pada minggu lepas, aku menghantar wife aku ke Everly Resort Hotel di Pantai Klebang Melaka, dan inilah beberapa foto yang aku sempat ambil disana.


Dan sesuatu yang korang tak perlu tahu tapi aku tetap akan tulis jugak kat sini adalah, wife aku dah berpindah sementara ke Putrajaya ketika ini, dan aku amat-amat-amat harapkan yang dia dapat kekalkan kerjanya disitu, dan tidak lagi di Seremban.

Bukan sebab aku tak suka dengan bandar Seremban, dah bertahun-tahun aku tinggal sana, dan terasa sayang teramat sangat jika aku tinggalkan, namun oleh kerana aku ketika ini bertugas di (partially menganggap diri sebagai orang) Kuala Lumpur, jadi masa bersama keluarga sendiri terasa kurang sangat, dan jikalau dia dapat pindah ke Putrajaya, boleh la aku balik selalu, sebab jarak dah dekat and tambang nak ulang-alik pun dah kurang, itulah yang aku fikirkan sangat ketika ini.

Bak kata Najib dan di edit oleh diri sendiri.. Keluarga didahulukan, Pencapaian diutamakan.. Cheers!

Lihat Samsung Galaxy S II Secara Dekat

Untuk blogpost kali ni aku ingin tunjukkan rekabentuk Samsung Galaxy S II (I9100) secara lebih dekat lagi. Dan inilah rupa jika anda melihatnya.

Saiznya memang sangat nipis, jikalau anda lihat dalam blogpost review yang aku buat sebelum ini, ia hampir menyamai dengan saiz sebatang pen.

Kedudukan kamera belakang dan hadapan, yang mana di belakang ianya berkualiti 8 mega-pixel, dan di hadapan 2 mega-pixel.

Port untuk charging di bahagian bawah.

Rekabentuknya dari sudut belakang.

Butang menu, option dan back di skrin utama bawah.

Ini adalah butang power di bahagian kanan telefon.

Port audio di bahagian atas.

Butang untuk mengawal audio di bahagian kiri telefon.

Dan akhir sekali, kedudukan bateri serta port simcard untuk diletak.

Aku rasa dah cukup aku tunjukkan imej-imej Samsung Galaxy S II (I9100) ini secara dekat, sekarang keputusannya terletak pada anda untuk menilainya.

Seterusnya, aku nak senaraikan aplikasi yang korang boleh download dalam telefon Android. Dan korang rasa cam perlu ke aku buat video review untuk telefon ni? Pasal aku rasa macam dah banyak dah aku terangkan setakat nih. He he he he hee..

Pameran Transformers Di 1 Utama

Terdapat pameran Transformers sedang berlangsung sekarang di pusat membeli belah 1 Utama, ia bermula dari tarikh 7 Jun (Selasa) yang lepas hinggalah 12 Jun 2011 (Ahad) nanti. Dan kedatangan aku kesana petang tadi nampaknya adalah satu usaha yang tidak sia-sia rupanya. Selain dari pergi menonton filem Kung-Fu Panda 2 tadi (best giler!), dapat jugak aku melepaskan perasaan ‘nerdgasm’ aku dengan dikelilingi dengan robot-robot Transformers. Yang pastinya, ini mesti punya adalah untuk promosi filem terbaru mereka nanti iaitu, Transformers: Dark of The Moon.

Dan inilah yang korang akan lihat jika pergi kesana nanti. Banyak giler toys dipamerkan, tak senang duduk aku dibuatnya. Ha haa..





Tapi model Optimus Prime yang ni aku agak tertarik sikit, sebab sayap tambahan dia tuh macam lain jer dari filem dia yang sebelum nih, maybe akan ada muncul kot dalam filem baru ni nanti. Hmmmmm..

Yang pastinya, watak Bumblebee lah yang paling banyak korang akan lihat pada masa pameran ni, bukan sahaja toys nya banyak, malah model kereta Chevrolet Camaro SS, Transformers Edition pun ada ditunjukkan, perghhh! Gila smart sial! Tengok ah sendiri..





Harganya kamu nak tahu berapa?

Ada yang dah mula pasang angan-angan nak beli kalau kaya nanti? Ha ha ha haa..

Aku rasa cukup sampai sini saja, banyak sangat gambar aku upload, makin panjang lak blogpost ni karang, anyway ingat! Filemnya akan mula ditayangkan pada 30 Jun 2011 nanti, dan tahukah kamu Linkin Park sudah ada video klip soundtrack utama filem itu? Tak tau ker, atau dah tau ker, check this music video aite!

Komen aku? Nnnnnnnnnnnooo komen! Thank you.

P/S: Aku bukan peminat filem Transformers secara jujurnya, cuma minat pada Transformers itu sahaja (animasi, kartun, toys tu semua), kerana tidak ada satu pun yang menjadi kegemaran aku langsung, effects dahsyat, tapi storyline sampah giler, kenapa la dia amik Michael Bay jadi pengarah tu. *sheesh

Ber-Foto Sebentar Di Masjid Jamek

Sementara menunggu kedatangan adik aku untuk ambil aku di stesen LRT Masjid Jamek semalam, sempat aku singgah sebentar di Masjid Jamek punya masjid (cam susah kan?) untuk menunaikan solat-solat di sana. Pada mulanya aku tak berani nak ambil gambar di masjid tersebut kerana pernah dilarang mengambil apa-apa gambar di masjid Putrajaya dulu, namun setelah bertanya kepada pengawai masjid dan mendapat kebenaran, jadi aku snap beberapa foto yang aku rasa cam okay untuk diambil.

Gambar di-dalam masjid aku tak ambil, sebab aku tak berani, heeeeeeee…

Pada mulanya lampu tersebut tidak dipasang, namun apabila pegawai masjid tersebut nampak aku sedang mengambil gambar sekitar masjid, beliau hidupkan lampu tersebut, mungkin untuk bagi nampak lawa kot foto-foto ini diambil nanti. Terima kasih yer bang!

Aku suka dengan rekabentuk tabung masjid nih, nampak begitu unik dan cantik.

Ada banyak lagi foto aku dah ambil, namun semua tu akan aku upload-kan kemudian ke akaun Flickr aku jer nanti, sebab banyak gambar aku ambil pun dalam bentuk kedudukan potrait, dan aku sangat tak suka letakkan gambar kedudukan tuh dalam blogpost aku (kecuali kalau memang aku takde pilihan), sangat tak cantik mata memandang, bagi aku laaa..

Eh takde ke korang ada plan nak buat photo-walk? Aku rindu siot aktiviti yang macam tu, kalau korang yang membaca ni photographer jugak, jom la kita set tempat, tarikh and masa.. aku sure punya join. Okay?

Bye, cheers!

Dua Foto Baru Untuk Hujung Minggu Ini

Inilah gambar yang memberi keadaan aku sedang menunggu wife aku setiap kali malam Jumaat (Jumaat malam Sabtu yeah, bukan Khamis malam Jumaat), setelah tiba di stesen bas Terminal 1, Seremban, setelah 5 hari aku berada di Kuala Lumpur, bekerja disana.

Hail Akid sekarang suka kalau ayahnya tengah syok dengar lagu guna ear-phone, mesti dia nak dengar sama.. like father like son nampaknya eh..

Cerita Dari Majlis #NEFAwaniAwards

Tamat sudah akhirnya majlis NEF-Awani ICT Fair dan Awards yang berlangsung selama 2 hari, bermula dari semalam (23 Mac, 2011) hingga ke hari ini (24 Mac, 2011). Banyak syarikat telah ditonjolkan kepada umum dalam pelbagai acara, menunjukkan bahawa banyak syarikat IT di Malaysia sebernanya mampu menghasilkan produk berasaskan teknologi yang baik.

Kepada senarai-senarai nama mereka atau syarikat dibawah, syabas diucapkan!

Usahawan Tekno Muda Terbaik
Reza Razali – Terato Tech

Aplikasi Media Terbaik
Lot.my

Aplikasi Mudah Alih terbaik
IslamKids Media Sdn. Bhd.

Syarikat Paling Terbaik
Animonsta Studios Sdn. Bhd.

Animasi Kreatif/Permainan Terbaik
Netcarbon Sdn. Bhd.

Syarikat Paling Inovatif
Orea Technologies Sdn. Bhd.

Syarikat Telekomunikasi Pilihan
TM

Penyedia Perkhidmatan Dalam Talian Pilihan
Maybank

Perkhidmatan e-Kerajaan Pilihan
LHDN

Portal Hiburan Pilihan
Tonton.com.my

e-Komuniti/e-Perkhidmatan Pilihan
MyEG

Anugerah Khas NEF Awani (Tun Mahathir)
Les Copaque Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan, aku sebernanya bersama-sama dengan krew 1Tube.my selama 2 hari disana, banyak perkara telah dilakukan, banyak rakaman video telah dibuat, hanya menunggu masa sahaja dari mereka untuk upload video-video tersebut ke laman 1Tube.my nanti.

Selain dari itu, beberapa blogger juga telah hadir ke majlis tersebut, antaranya adalah Aman Firdaus, Kong Gengblogger, Ben Ashaari, dan Nisa Kay. Mereka semua sangat hebat! Aku bagaikan blogger picisan sahaja bila bersama mereka. *kof *kof

Foto-foto pada hari majlis NEF-Awani ICT Fair dan Awards.










Video Eksklusif: Pengakuan Nisa Kay

Nota: Tak sempat nak edit, sorry kalau video terlalu gelap.

Apapun, ia adalah majlis yang berjaya, aku harap semua syarikat yang menyertai majlis ini telah dapat menggunakan peluang ini untuk memajukan lagi pencapaian syarikat masing-masing. Dan kita pasti akan bertemu lagi di tahun hadapan.

Sekian. Terima kasih kepada semua!

Malaysia Airlines Mahu Terbang Bersama Blogger

Pada 26 Februari 2011 yang lepas, syarikat penerbangan Malaysia MAS telah mengadakan sebuah party event yang menjemput pihak Advertlets beserta para blogger khususnya traveler blogger, bagi menghargai kerjasama antara agensi-agensi dan blogger dalam bantu mempromosikan nama syarikat MAS tahun 2010 yang lepas, dan juga memperkenalkan dua website baru kepada para pelanggan iaitu:

  1. MASTraveller.com untuk sebarang tips dan maklumat mengenai destinasi ingin anda pergi. Terdapat maklumat lebih lanjut MasTraveller, aku akan terangkan lebih lanjut dibawah nanti.
  2. MHBuddy, sebuah aplikasi Facebook yang membolehkan anda untuk booking, check-in dan kongsikan bersama dengan rakan anda yang lain didalam Facebook.

Beginilah suasana ketika event tersebut.






Event tersebut berlangsung di Tamarind Hill (http://4sq.com/gtYA3x), sebuah restoran yang eksklusif, dengan rekabentuk yang menarik serta hidangan sajian yang sungguh melazatkan kepada para pengunjung.

Baiklah, mengenai MASTraveller.com, ia merupakan sebuah program antara blogger yang mana pihak MAS sendiri akan menaja sepenuhnya percutian anda ke tempat destinasi eksotik.

Bagaimana cara untuk anda menyertai?

  1. Daftar dahulu sebagai MASTraveller.
  2. Kongsikan blogpost anda mengenai percutian dan pengembaraan, tak kisah samada ianya blogpost baru atau lama anda.
  3. Buat sebuah video selama seminit dan terangkan mengapa anda perlu menang.
  4. Promosikan blogpost anda dengan mendapatkan jumlah komen yang banyak atau sebarang cara yang anda rasa anda boleh memenanginya.

Itu sahaja!

Dan apakah yang anda akan menang nanti?

  1. Percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Paris, Auckland, Tokyo, Seoul dan banyak lagi.
  2. Blog anda akan featured dalam website Yahoo! Travel Malaysia.
  3. Blogger training session dengan Yahoo! South East Asia.

Dan siapakah akan menjadi juri anda itu nanti?

  1. Raja Zamilia, Executive Vice President, Communications Malaysia Airlines.
  2. Farzleen Fadzil Khan, Editorial Team Advisor for Going Places, Malaysia Airlines In-Flight Magazine.
  3. Karen Vera, Regional Editor for Custom Sites, Yahoo! Southeast Asia.
  4. Yuna Zarai, Singer/Songwriter.

Bunyi terlalu menarik? Apa tunggu lagi, mulakan kempen anda itu sekarang!

Berbalik semula kepada cerita event tersebut, oleh kerana aku sangat letih pada hari itu, dengan event Facebook Developer Garage pada paginya hingga petang, dan perlu pulang ke Seremban semula selepas itu, aku tidak dapat tunggu lama sehingga majlis selesai.

Tapi apa yang pasti, event tersebut telah berlangsung dengan baik sekali, dan aku dapat pulang dengan cenderahati yang sangat menarik diberikan oleh mereka. Terima kasih MAS!

Untuk maklumat lanjut, sila pergi ke Facebook fan page MAS Airlines dan juga Advertlets untuk info terkini dan lebih banyak foto pada hari event tersebut.

P/S: Ya aku sedar mengenai foto aku yang terlalu noisy. *sob *sob

Cerita Dari #KnizamKawen

Pada hari Sabtu yang lepas (19 Februari 2011), telah berlangsung satu perkahwinan oleh seorang blogger yang cukup terkenal dalam blogosphere, iaitu Knizam Omar (Knizam.com), bertempat di rumahnya, Jasin, Melaka (http://4sq.com/hJ1PXX).

Seperti yang dirancang oleh kami semua pada tweetup #KnizamTweetup yang sebelum ini, kami merancang untuk kumpul dahulu di RnR restoran jejantas Ayer Keroh (http://4sq.com/ihwEcD), berkumpul disitu, dan bergerak beramai-ramai selepas itu.

Tapi oleh kerana ‘penantian itu suatu penyiksaan’ dari team yang ke-3, maka aku, wife dan anak aku bercadang untuk breakfast dahulu disitu bersama-sama dengan team yang ke-2 sampai (Azri, Fiona, Edwin and Aisyah Rozi, Khairul and his wife Munira dan Ikhwan dengan wife dia Hazwani).

Sesudah dapat call yang mereka telah tiba, kami pack all stuffs dan bergerak ke destinasi. Jasin!

Bila sampai, aku perasan dengan kehadiran polis yang mengawal lalu lintas di hadapan rumah Knizam, dan aku dapat tahu juga dari geng yang lain bahawa Najib Razak ada datang ke Melaka pada hari itu juga. Membuatkan aku tertanya, “Wow! Knizam jemput Najib dengan Ali Rustam datang sekali ker?” kata aku pada wife aku.

Sayangnya, sangkaan aku meleset sama sekali, mereka tidak singgah pun sebernanya. Oh well..

Menyedari bahawa mungkin Najib dan Ali Rustam tidak singgah disebabkan PageRank blog kami masing-masing tidak setinggi Google, maka kami pun masuk ke rumah pengantin untuk berjumpa dengan budak baru kahwin itu terus.







Yang menyedihkan aku adalah aku tidak sempat berbual dengan Zara Syed, dan Zool Ligakampung langsung, mana korang pergi uh?

Once everything setel, bergambar susah, perut kenyang, sakit perut belum terasa lagi, Knizam hilang bersama photographer nya, maka kami terus ke plan ke-2 pada hari itu, iaitu menjelajah ke kota bersejarah Melaka. Woot!

Untuk pengetahuan, kami tak pasti pun nak kemana pada mulanya, cuma masa di rumah Knizam kami rasa Dataran Pahlawan (http://4sq.com/fc22dJ) tempat okay untuk berjalan-jalan, semua setuju, dan terus kami pergi kesana, atas petunjuk tempat oleh MrKayMy sendiri. Thanks bro!

Seterusnya, masa untuk kami semua enjoyyyy!




Oh dan tak lupa juga, kami ada naik Menara Taming Sari (http://4sq.com/i4aSJB) pada hari itu, harga RM10 untuk tiket dewasa. :)



Tapi yang menjadi acara paling epik kami pada hari itu adalah, acara jalan-jalan cari makan yang betul-betul berjalan kaki ke tempat makan.

Menyedari bahawa perut kami masing-masing kelihatan bulat dan comel begitu, kami diajak untuk merentas hampir suku bandar Melaka, mencari restoran Asam Pedas (http://4sq.com/eHbwVa) yang best itewwww..

Aku rasa untuk cerita selanjutnya korang boleh baca conversations pada group photo ini: http://on.fb.me/ee44R2, serius.. sebuah group photo dapat menceritakan segalanya dari A to Z. First time! Ha ha ha haa..

So aku rasa itulah sahaja buat masa ini, kepada rakan yang tak dapat pergi tak mengapa, kerana beliau Knizam dikatakan akan buat live streaming untuk persandingan beliau di Islamabad pula, kalau anda rasa itu tidak cukup pun tak mengapa, kerana Aman Firdaus, Khairil Afzal, Julia Mahir, Fazreen, Andy Howtt, dan SickChild pun belum kahwin lagi, so.. nanti bila diorg dah kahwin kita tweetup pula disana ramai-ramai yer. He hee..

Akhir kata kepada saudara Knizam, selamat pengantin baru, dan kekal lah ke anak cucu. Ikhlas dari saya dan sekeluarga.

Orait, chow!

P/S: Sorry kerana lewat post pasal cerita nih, agak busy sket lorr.. :P

Kredit Foto Dari Jauh Sana

Ini merupakan kali pertama aku menerima message yang berbentuk begini, sebuah agensi dari U.K. bernama WHAM memohon bagi mengambil sedikit foto Malaysia yang aku ambil untuk dimasukkan dalam yearbook mereka. Foto yang mana satu mereka mahu, aku sendiri tak tahu lagi.

Namun, perkara yang penting aku ingin tekankan disini adalah, kefahaman mereka mengenai lesen yang aku letakkan dalam setiap foto aku. semuanya adalah Creative Common License 3.0, Attribution-ShareAlike.

Bermaksud mana-mana individu atau organisasi yang mahu menggunakan hasil kerja seseorang MESTI meletakkan kredit semula terhadap hasil kerja mereka ambil tersebut, jadi sila hormati pemilik karya tersebut okay.

This license lets others remix, tweak, and build upon your work even for commercial purposes, as long as they credit you and license their new creations under the identical terms. This license is often compared to “copyleft” free and open source software licenses. All new works based on yours will carry the same license, so any derivatives will also allow commercial use. This is the license used by Wikipedia, and is recommended for materials that would benefit from incorporating content from Wikipedia and similarly licensed projects.

Aku takkan lokek kalau orang mintak, tapi akan marah kalau ada yang menggunakan tanpa kredit dan letak watermark lagi tuh. So please… ya? Tak susah sebernanya.

Cerita Dari WebCamp KL Alpha

Semalam (26 Januari 2011) telah diadakan WebCamp KL α (Alpha) di MindValley HQ (http://4sq.com/goFA2u), bangunan UOA Bangsar, yang mana merupakan event pertama mereka bagi tahun ini, dimana ia merupakan satu platform bagi para developer di Malaysia, untuk berkongsi idea atau memperkenalkan produk mereka kepada hadirin.

Walaupun kedatangan aku lewat semalam, jam 8 malam macam tuh aku baru sampai (kerana ia bermula pukul 7 malam), namun sempat aku huraikan beberapa sesi yang sempat aku tengok.

Pertama adalah sesi dari geng Wootfood, yang dimana ia merupakan platform social media bagi penggemar makanan, dan ketika ini mereka telah menghasilkan sebuah app untuk iPhone, yang mana anda boleh check dalam iTunes, dan bagi Android pula mereka menyatakan akan dilancarkan pada minggu ini (i’m waiting..).

Anda boleh pergi ke link http://bit.ly/wootfood untuk mencubanya sendiri. Dan yang menariknya, mereka juga telah beli URL http://yum.my untuk dijadikan short URL bagi aplikasi Wootfood mereka.

Kedua adalah dari @euveng, dimana beliau telah mengumumkan bahawa beliau akan melancarkan private beta bagi http://FongFeikei.com minggu hadapan, dimana ia merupakan satu laman social media, bagi pencari tiket atau tempat kekosongan, bagi event atau sebagainya.

Aku akan terangkan lebih lanjut mengenai FongFeiKei.com ini pada blogpost akan datang.

Dan akhir sekali, Aizatto dari Facebook Malaysia mengumumkan akan ada event Facebook Developers Garage di Malaysia, pada 25 – 27 Februari akan datang, tempat masih belum ditentukan, sila check event page mereka di Facebook (d’oh! mana lagi..) untuk update, bagi mereka-mereka yang berminat untuk menghasilkan aplikasi sendiri di laman Facebook.

Ini merupakan acara menarik bagi semua developers tempatan, jadi sila pastikan kehadiran anda nanti untuk event ini. Dan apa yang pasti, ia adalah PERCUMA.

Itulah saja untuk laporan WebCamp kali ini, mereka akan adakan lagi di tempat yang sama bulan hadapan, jadi sila join Facebook group page, dan follow Twitter hashtag #WCKL, bagi mengetahui tarikh seterusnya Webcamp akan datang.

Cheers!

Hari Kedua Energizer Night Strike

Seperti yang aku janjikan, inilah foto sekitar pertandingan Energizer Night Strike bagi hari kedua.

Harga bagi senapang ni adalah dalam lingkungan RM3000++ keatas. Nice kan?








To be honest, event ini telah mengajar aku untuk bagaimana teknik mengambil gambar di waktu malam dengan pencahayaan yang kurang, walaupun aku masih tidak sepenuh berpuas hati dengan kualiti gambar yang diambil, tapi apabila ada yang memuji tu, membuatkan aku bersemangat untuk mencubanya lagi di masa akan datang. Hehe..












Sebernanya event tersebut berlangsung selama 3 hari (dari Jumaat hingga Ahad), oleh kerana terdapat hal pada hari ketiga, maka tiada gambar aku ambil pada hari tersebut, namun aku pasti member aku yang lain ada blogpost untuk hari ketiga punya event.

Walau apapun, event tersebut berlangsung dengan jayanya, walaupun konsep paintball di waktu malam agak baru ketika ini, banyak lagi yang boleh diperbetulkan, tapi hey.. mana tau, mungkin akan ada lagi konsep yang sebegini lagi selepas ini?

Kepada yang tidak menang, tidak mengapa, anda boleh cuba lagi dalam pertandingan paintball akan datang, dan yang menang, tahniah, anda memang betul-betul layak memenanginya. Kekalkan kejuaraan anda di masa hadapan nanti okay. Dan akhir sekali, kepada kenalan baru aku jumpa disana, penganjur, team Advertlets dan blogger yang hadir, anda semua memang best! Kita akan jumpa lagi okay! Cheers..

P/S: Aku rasa cam aku lelama akan bertukar dari tech blogger ke photography blogger ni karang. Haha..

Hari Pertama Energizer Night Strike

Pada 21 Januari 2011 lepas, aku, team Advertlets dan blogger lain telah dijemput untuk hadiri event paintball kelolaan Energizer Malaysia yang memperkenalkan konsep baru permainan sukan ini iaitu bermain dalam waktu malam, yang diberi nama, Energizer Night Strike.

Memang konsep yang diperkenalkan ini belum pernah lagi aku dengar sebelum ini, malah ramai peserta paintball yang aku bertanyakan pun telah berkata perkara yang sama, tapi permainan ini sebernanya telah dibantu oleh cat yang boleh glow in the dark kepada set tempat permainan perang mereka, bayangkan ia seolah seperti perang di Pandora pada waktu malam. You get the idea?

Dari segi jumlah penglibatan pasukan yang sertai Energizer Night Strike ini memang ramai, pelbagai stail individu anda boleh lihat, ada yang dari mereka yang boleh nampak sangat la diorg ni dari badan beruniform (mungkin polis, mungkin askar), ada yang hanya individu biasa sahaja yang datang bermain untuk just have fun, namun apa yang sebernanya penting adalah bagaimana anda mengatur strategi anda ketika dalam kawasan permainan nanti, kemampuan anda untuk menang membuktikan bahawa anda adalah seorang survivor yang hebat sebernanya.

Inilah foto-foto pada hari tersebut. Keadaan kawasan permainan di waktu petang.












Sebelum bermula pertandingan, pihak penganjur akan memberi taklimat penting dahulu kepada semua peserta, bagi memastikan mereka faham akan peraturan semasa dalam kawasan pertandingan nanti dan segalanya berjalan dengan lancar.








Bila semua itu telah selesai, dan malam pun menjelma, keadaan di sekitar padang permainan semakin rancak dengan pelbagai aktiviti dan orang ramai yang semakin memenuhi tempat.











LET THE GAMES BEGIN! BANG! BANG! KAPOWW!!










Kami semua yang hadir pada hari itu berpuas-hati dengan seluruh event tersebut, membuatkan aku rasa macam aku nak join gak, tapi tak tahu siapa yang nak diajak, hmmmmmm…

Anyway, selepas ini akan ada sambungan blogpost Energizer Night Strike untuk hari kedua, so get ready ya!

P/S: Cuba teka aku yang mana satu? :P

Rombongan #KnizamTweetup Ke Melaka

Juga pada hari semalam (20 Januari 2011), sebuah tweetup telah berlangsung di restoran Burger King, Kuala Lumpur Sentral pada pukul 1 petang, dimana aku (blogger biasa) dijemput untuk datang berbincang sama dengan blogger-blogger OTAI untuk menentukan cara untuk hadir ke majlis perkahwinan Knizam yang akan berlangsung pada 19 Februari 2011 hadapan, di Jasin, Melaka.

Lihat jemputan Majlis Knizam tersebut disini: http://bit.ly/eOwPDL

Individu-individu yang otai hadir tersebut adalah Aman Firdaus (amanz.my), Azman Ishak (azmanishak.com), Khairil Afzal (khairilafzal.com), Roslan Nazri (qiilans87.com), Mr Piratz (mrpiratz.com), Julia Mahir (bubbles182.com), Fazreen (fazreen.com), Sejuk (ciskek.com/blog), dan Ayong Qiela (nhaqilla.com).

Berikut adalah foto-foto ketika tweetup tersebut.






Kami juga ada bercadang untuk berjalan-jalan ke Melaka nanti selepas hadiri majlis Knizam tersebut, jadi kepada blogger dan twitterer di Melaka, jangan lupa untuk bersama-sama kami nanti.



Kepada yang bercadang untuk hadir juga nanti, mungkin tiada transport untuk turun kesana, send tweet kepada nama-nama mereka yang aku mention diatas, berbincang dengan mereka, kalau anda di Seremban, ada 3 tempat kosong aku boleh provide, kalau anda di Rawang, send tweet kepada Aman Firdaus, beliau sudah berkereta.

Kepada saudara Knizam, nantikan kedatangan epic swarm kami!

P/S: Maaf kerana tak edit foto, sangat malas sekali hari ini.

Dashing Roadshow Bersama Remy Ishak Di Sogo Kuala Lumpur

Sepertimana yang telah diberitahukan sebelum ini dalam Twitter dan Facebook, Dashing telah melancarkan roadshow mereka di pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur (http://4sq.com/e7J41I) yang bermula dari Rabu yang lepas (19 Januari 2011), hinggalah ke hari Ahad ini (23 Januari 2011), untuk mempromosikan produk terbaru mereka kepada umum, beserta memperkenalkan duta mereka yang terkini iaitu, Remy Ishak.

Oleh itu pada hari Khamis yang lepas (20 Januari 2011), Remy Ishak sendiri telah turun ke roadshow tersebut sebagai duta Dashing, dan beramah mesra dengan semua pengunjung yang hadir pada ketika itu.

Berikut adalah foto-foto pada masa tersebut.




Pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh pihak penganjur untuk menjadikan event tersebut sangat menarik. Antaranya adalah pertandingan bermain car racing games dengan Nintendo Wii, dan juga sesi bertandatangan dengan Remy Ishak sendiri.






Dari apa yang aku amati, ramai yang hadir ke event tersebut sangat gembira dan berpuas hati dengan apa yang dianjurkan.





Roadshow tersebut masih akan berlangsung hingga Ahad ini (23 Januari 2011), terdapat pelbagai promosi yang dilakukan, antaranya adalah percuma beg pelengkap mandi dengan setiap pembelian barangan Dashing yang bernilai RM30 keatas.

Seterusnya untuk orang Kubang Kerian pula, Dashing roadshow akan datang ke tempat anda 27 hingga 29 Januari ini di pusat membeli belah MyDin sana, jangan lupa untuk beramai-ramai hadir dan berjumpa dengan artis kegemaran anda Remy Ishak sendiri sambil membeli pelbagai barangan Dashing, dan mendapat pelbagai banyak promosi ditawarkan.

Kepada pihak penganjur saya sangat berterima kasih kerana telah menjemput saya untuk hadir ke event yang menarik ini. Pasti kita akan jumpa lagi di masa hadapan kelak. Cheers!

Pemandangan Cantik Bandaraya KL Dari Hotel G Tower

Aku telah hadir banyak event di bangunan G Tower ini (http://4sq.com/eDqmjw), dan sesuatu yang aku sangat suka mengenainya adalah, pemandangan metropolitan KL yang anda boleh lihat dari bangunan ini, especially dari tingkat atas sekali, sangat menakjubkan, sesuai untuk photographer yang ingin mengambil shot bandaraya Kuala Lumpur, pilihan masa aku sudah pastinya adalah pada waktu malam, kerana pelbagai jenis cahaya dari lampuan kenderaan, hinggalah ke bangunan, rumah dan sebagainya, membuatkan anda terfikir bahawa Kuala Lumpur, sememangnya adalah bandaraya yang tidak pernah tidur sebernanya, sungguh cantik.

Pemandangan ketika waktu petang.


Pemandangan di waktu senja dan malam.




Jikalau anda mempunyai jemputan event untuk datang kesana di masa akan datang, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar pemandangannya nanti, anda pasti akan puas hati.

Peta untuk ke-sana:

View Larger Map

Jikalau anda ada sebarang cadangan tempat menarik untuk dilakukan photoshoot, sila share dengan aku ya di ruang komen dibawah ini.

Foto Pada Malam Majlis Honda Bersama Media

Pada hari Jumaat, 14hb January 2011 yang lepas telah berlangsung satu majlis makan malam oleh Honda Malaysia untuk menghargai pihak media tempatan yang telah bersama membantu menaikkan nama mereka sepanjang tahun 2010 yang lepas.






Berlangsung di tingkat atas bangunan G Tower Hotel (http://4sq.com/eDqmjw) yang terletak dekat sahaja dengan Ampang Park, ia adalah suatu malam yang sangat menarik dan kami semua yang dijemput sangat gembira, especially dengan pelbagai makanan yang telah disajikan oleh pihak restoran mewah Tanzini, dan juga pemandangan tingkat atas bangunan G Tower yang sangat-sangat mengagumkan.


Walaubagaimanapun, tidak ada satu pun foto makanan yang sempat aku tangkap, kerana.. tahap kelaparan aku yang agak extreme ketika itu, so.. sesudah sahaja aku habis makan semua, baru aku teringat yang sepatutnya aku tangkap foto nya dahulu sebelum aku makan. Sorry!

Percaya atau tidak, inilah produk pertama oleh Honda, sebuah basikal pada tahun 1947. (Mungkinkah basikal ini juga digunakan oleh tentera Jepun ketika memasuki Tanah Melayu? #justsaying)

Inilah Yoichiro Ueno, Managing Director & Chief Executive Officer of Honda Malaysia sekarang.

Cuaca pada malam itu sebernanya sangat lebat, membuatkan aku berbasah sedikit jugak la nak berjalan semula ke stesen LRT Ampang Park (http://4sq.com/eyCwwu) dari bangunan tersebut. Namun sebagai seorang yang extreme, semua itu tidak menjadi masalah.

Hopefully akan ada lagi event menarik dari Honda untuk Advertlets tahun ini, sepertimana event ronda dengan Honda Freed untuk tahun 2010 yang lepas, can’t wait for it, will see about it later la.. kbye!

Di hari #TekongKawin yang lepas

Pada hari Sabtu yang lepas (4 December 2010), @tekong atau nama sebenarnya Ikhwan Nazri telah pun menjemput (http://its.weddingkami.com) aku sekeluarga untuk hadir ke majlis perkahwinan beliau yang terletak di Ampang, Selangor.

Berikut adalah foto-foto pada hari tersebut:

Kepada saudara Ikhwan Nazri (@tekong) dan Hazwani (@n3thead), selamat pengantin baru diucapkan, semoga kekal selamanya, hinggalah ke anak cucu dan cicit. Aminnnnnn…

Tahniah!

P/S: Dalam perjalanan pulang dari majlis, kami bertemu dengan kejadian kemalangan yang aku kira agak jarang berlaku, yang mana sebuah kereta telah berlanggar dengan paip air, dan menghasilkan satu pancutan air yang besar di tempat kejadian.

Sila berhati-hati di jalan-raya!

Event: Sidang media Dashing for Men

Pada 15 November yang lepas, telah berlangsung majlis oleh Dashing di restoren Tanzini, G Tower (http://4sq.com/ef2q96), bagi memperkenalkan produk terbaru mereka di pasaran, serta memperkenalkan model baru mereka untuk tahun 2010 ini, iaitu artis popular tempatan, Remy Ishak.

Aku bersama rakan Advertlets yang lain telah bersama menjayakan pelancaran ini, yang mana kami juga telah diberi peluang untuk menemubual pendek dengan Remy Ishak sendiri berkenaan dengan pemilihan diri beliau sebagai duta Dashing yang terbaru.

Berikut adalah sedikit foto pada hari tersebut:

Ketika sesi menemubual dengan Remy, kami bertanya soalan tentang yang mana satukah produk yang menjadi pilihan beliau sendiri? Dan beliau memilih perfume ‘Cool’, kerana merasakan ia sesuai dengan tugasnya yang aktif seharian, dan baunya juga sangat ‘Cool’, sesuai dengan nama..

Selain dari bertanyakan soalan mengenai diri beliau dan Dashing, aku sempat juga mencelah bertanyakan sedikit soalan kepadanya, samada beliau blogging ataupun tidak? (Well, since kami semua bloggers, nak tau jugak samada beliau juga blogger atau tidak..)

Dan seperti yang aku jangka, beliau sangat sibuk dengan tugas ketika ini, dan itu telah membataskan diri beliau untuk meluangkan masa untuk ber blogging langsung, dan hanya social media seperti Facebook dan Twitter menjadi tempat untuk beliau menulis tentang status terkini kepada peminat secara online.

Walau bagaimanapun, pihak Dashing telah bijak memilih Remy Ishak sebagai duta baru mereka, memang beliau seorang yang sangat berkeyakinan tinggi dan berani, dan kami semua yang hadir pada hari itu,

telah menerima gifts percuma ini, hadiah khas daripada pihak Dashing. Terima kasih.

Jangan lupa untuk menjadi fan kepada Dashing for men di Facebook: facebook.com/DASHINGForMen

Majlis pelancaran HTC HD7 oleh Maxis

Pada 24 November yang lepas, telah berlangsung satu majlis perasmian smart=phone terbaru dari HTC di Chinoz On The Park, KLCC (http://4sq.com/hZannY) yang dianjurkan oleh Maxis bagi memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu HTC HD7.

Kebiasaan kita melihat HTC banyak mengeluarkan produk phone terbaru mereka dengan platform OS Android, tapi untuk HTC HD7, ia menggunakan platform terbaru dari Microsoft iaitu, Windows Phone 7 (microsoft.com/windowsphone). Dan komen aku setelah mencubanya adalah, phone ini sangat menarik! Windows Phone 7 mempunyai UI (user interface) yang amat berlainan dari apa yang iPhone, BlackBerry dan Android ada, dan juga pelbagai produk dari Microsoft seperti Office, Outlook, Internet Explorer, Zune, segalanya ada dalam satu phone. Imagine!

Aku masih menggunakan Windows sekarang, disebabkan beberapa aplikasi yang perlu aku ada untuk membuat kerja, dan apabila aku melihat HTC HD7 ini, ia seperti Windows desktop anda, cuma ia dikecilkan kedalam sebuah phone yang saiz screen nya 4.3″ inch.

Foto-foto semasa pelancaran:

Kita lihat pada specs HTC HD7 (aku ambil mana yang penting):

Type: Touch screen with pinch-to-zoom capability
Size: 4.3 inches
Resolution: 480 x 800 WVGA
CPU Processing Speed: 1 GHz
Internal storage: 16 GB (Asia)
ROM: 512 MB
RAM: 576 MB
Camera: 5 megapixel color camera, Auto focus and dual LED flash, 720p HD video recording.
3G: Up to 7.2 Mbps download speed, Up to 2 Mbps upload speed
GPRS: Up to 114 kbps downloading
EDGE: Up to 560 kbps downloading
Wi-Fi®: Wi-Fi®: IEEE 802.11 b/g/n
Battery type: Rechargeable Lithium-ion battery
Capacity: 1230 mAh

Talk time:
WCDMA: Up to 320 mins
GSM: Up to 380 mins

Standby time:
WCDMA: Up to 320 hours
GSM: Up to 310 hours

Network:
Asia Pacific:
HSPA/WCDMA: 900/2100 MHz
GSM: 850/900/1800/1900 MHz

via HTC.com (http://bit.ly/i1Z91H)

Selalunya aku akan melihat kepada 6 point utama bagi specs phone, yang pertama adalah saiz screen, aku suka big screen, lagi besar lagi bagus, dan HTC HD7 ada 4.3″ inch bagi touch-screen nya (480 x 800 WVGA), sama besar dengan Desire HD, dan lebih besar dari iPhone 4 (3.5″ inch), dan itu sesuatu yang bagus.

Seterusnya ke dua, Processor, HTC HD7 mempunyai kelajuan 1 GHz, meaning kepantasan dia load sesuatu program dalam phone memang pantas, ketiga adalah internal storage, ini penting jika anda mahu install banyak aplikasi dalam phone anda, dan HTC HD7 punyai 16GB, itu satu ruang yang sangat besar jika anda mahu install pelbagai aplikasi, games, foto dan video. Keempat ialah RAM, memori yang diperlukan untuk bantu memproses data, phone ini mempunyai 512MB, which is big kalau kita cerita mengenai phone la, kalau desktop atau laptop, boleh menimbulkan perasaan nak campak je dalam tong sampah. LOL!

Dan yang terakhir dua adalah camera dan battery, untuk kamera, ia adalah 5 megapixel kamera, standard spec yang ada dalam banyak phone hari ini, even iPhone pun 5MP juga. Last sekali Battery, specs yang paling penting bagi aku sekarang, tulis disitu 1230 mAh, tapi macam biasa.. kalau korang on 3G all the times, bermaksud penggunaan battery memang kuat, dan sekejap saja paras battery boleh menurun, nasihat aku.. either korang guna 2G (Edge & GPRS) atau tutup data connection bila tak memerlukan, kerana tanpa battery, there’s nothing you can do. *meh!

Harga:
Kontrak 12 bulan: RM1699
Kontrak 24 bulan: RM1399
Lihat maklumat lanjut di Maxis.com.my: http://bit.ly/fTArTo

You choose!

Tapi yang menjadi persoalannya sekarang adalah Marketplace, tempat dimana anda boleh beli atau download aplikasi lain yang boleh digunakan dalam phone, Windows Phone 7 adalah pemain baru dalam industri mobile OS, dan ‘mungkin’ masih tak banyak jika dibandingkan dengan apa yang iOS dan Android ada, tapi masih terlalu awal untuk kita semua membuat rumusan dengan semua itu sekarang, hopefully Microsoft akan push developers di luar sana untuk membuat aplikasi yang lebih banyak lagi bagi platform ini.

Bagi dalam 2 – 3 tahun kita lihat bagaimana, jika mereka punyai banyak aplikasi, aku percaya ia dapat menarik ramai pengguna di luar sana untuk mendapatkan phone yang mempunyai platform OS ini. Dan iOS dan Android mungkin akan terpaksa berusaha lebih keras lagi kerana pemain baru ini telah menjadi pesaing terbaru mereka.

Akhir kata, it doesn’t matter what phone you’re using, its how you use it that’s matter. Sekian..

P/S: Malam itu juga aku telah dijemput oleh Astro Awani untuk menjadi tetamu mebincangkan tentang topik ‘Aplikasi Telefon Pintar’ bersama-sama Dzulfitri Yusop (Host), Afiq Hanif (Wartawan IT, Harian Metro), dan Norhizam Abdul Kadir (OEM Marketing Manager, Microsoft Malaysia)

Thanks guys! Kita jumpa lagi!

Event: Shout! Awards 2010

Pada malam hari Sabtu yang lepas (20 November 2010), telah berlangsung Shout! Awards oleh 8TV di Stadium Putra, Bukit Jalil (http://4sq.com/a1MOG7), bagi memberi anugerah kepada pengkarya dalam industri muzik, perfileman dan rancangan TV tempatan, yang mana anda sebagai penonton dan pendengar, diberi peluang untuk undi kepada artis atau hasil karya yang anda rasa layak, untuk dinobatkan sebagai yang terbaik bagi tahun 2010 ini.

Ini adalah Shout! Awards yang ke-2, dan rasanya ramai rakyat Malaysia dah tau bagaimana bentuk keseluruhan konsep majlis penganugerahan ini.

Kepada Xpax, terima kasih banyak kerana telah memberi VIP tickets kepada kami semua, it’s a great night, we really enjoyed the whole event from start to end, aku pun ada dapat jugak 4 tickets (free standing) dari Shout! Awards Facebook page (http://on.fb.me/bYlAd3), juga dapat berjumpa few Twitter friends hari tu seperti @rararawr, @khiromar, @kruel74, @loveykatz and @blogrichie.

Yang lain tak sempat tu maaf bebanyak, pasal cell-phone aku masa dah nak start event pun dah black-out, forgot to charge cukup-cukup sebelum pergi, mana yang tak pergi tu takpe, aku tau korang masing-masing ada awesome activities di luar sedang berjalan, just tengok pada Foursquare masing-masing dah tau, and hopefully tahun 2011 nanti kalau ada rezeki kita pergi beramai-ramai ke Shout! Awards la eh. He hee..

Foto-foto pada malam tersebut:
























Ini Cuma few photos aku put dalam blogposts ni, untuk lihat yang selebihnya, check out dalam Facebook album (http://on.fb.me/9Ev1bs) dan Flickr photostream (http://bit.ly/a6OA97) aku.

Nak tau mana aku duduk malam tuh? Betul-betul kat tempat dalam foto bawah ni. *heh!

Kepada yang menang pada malam tersebut, tahniah diucapkan, dan kepada yang tidak, jangan berputus asa, anda sememangnya adalah yang hebat-hebat sebernanya, that’s why tercalon, just teruskan berkarya, dan mana tau suatu hari nanti rezeki anugerah akan sampai ke diri anda jua. So, berusahalah! Kami pendengar, penonton sentiasa menantikan. Yeah!

See you guys next year on Shout! Awards 2011!

P/S: Aku punya lens 135mm jer, tu saja jarak yang termampu aku boleh snap.

Event: Ceritera #Oct23rdTwtup

#Oct23rdTwtup adalah satu majlis tweetup yang paling terbaru sekali diadakan pada Sabtu lepas (23 October, 2010) yang bertempat di Pusat Komuniti TTDI (http://4sq.com/bY9e3E), ia bukan sahaja berjaya dari segi penganjurannya, malah paling terbesar dan paling terhebat tweetup diadakan di Malaysia (sehingga kini).

Pelbagai aturcara telah diatur, pelbagai aktiviti boleh anda lakukan, seperti anda boleh bermain PlayStation 3, bermain board games, card games, game Rockband, ada sesi untuk #tributepramlee, gigs, menonton perlawanan bola sepak, dan pelbagai sangat. Serious! Inilah bentuk tweetup yang aku impikan akan ada di Malaysia.

Video untuk #tributepramlee ketika #Oct23rdTwtup yang aku jumpa di YouTube (Thanks rosstafathegeek):

Aku hadir dalam pukul 8:30 malam, cadangnya pukul 5 petang camtuh, tapi sebab aku memikirkan aku ada bawa wife (@zawizainal) dan anak aku (@hailakid) bersama, aku rasa macam tak boleh nak attend lebih awal, takut pulak meragam anak aku nanti kalau lebih dari 3 jam kat situ, lagipun masa aku tengok susunan masa program pun untuk the main event (Super Swarm Badge) start pukul 9 malam camtuh, so.. aku rasa kehadiran aku pukul 8:30 malam macam perfect time rasanya. Walaupun aku terlepas beberapa tweepz yang telah balik awal masa tuh. *heh!

Anyway, satu perkara yang paling awesome mengenai tweetup kali ini adalah buat pertama kalinya di Malaysia dalam sejarah Foursquare, kita telah dapat Super Swarm Badge ladies and gentleman, sebuah badge yang memerlukan 250 orang untuk check-in serentak dalam satu tempat dalam satu masa. Bukan senang tau nak dapat badge nih, siapa terlepas memang sayang teramat sangat lorr..

Link: http://4sq.com/9Erxhk

Super Swarm Badge penting bagi aku adalah kerana kita memberi message kepada Foursquare admins dan dunia social media bahawa users Foursquare di Malaysia besar, dan juga memberi keyakinan kepada syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menggunakan servis (Foursquare) ini bagi membantu meningkatkan perniagaan mereka di Malaysia.

Itulah jawapan aku in-case kalau ada orang tanya kenapa penting sangat badge ni laa.. (aku pun pernah buat blog-post mengenai perlunya kita ada Super Swarm Badge di Malaysia sebelum ni: http://shamhardy.com/9169)

Foto sekitar #Oct23rdTwtup tersebut (10 foto):









Individu yang menjadi King bagi event #Oct23rdTwtup ini adalah tidak lain tidak bukan, Mr. @karrotgold ladies and gentleman.

Bro, you got my respect! Dan juga kepada mereka-mereka yang telah bersama menjayakan event ini, anda semua memang hebat! Bukan sahaja dalam social media world, tapi juga dalam dunia realiti. Kita perlukan individu-individu seperti ini lagi di Malaysia. Bersama-sama kita bangunkan komuniti web di Malaysia ini menjadi lebih menarik lagi selepas ini. If you got what it takes, then do it!

Terima kasih.

Selepas #Oct23rdTwtup, kami @finafedora, @zawizainal, @hailakid, @tekong, @odin88, @MrKayMY, @wfxyz, @khairul, dan @holocoustine bergerak ke Rasta TTDI (http://4sq.com/d1nqRT) pula untuk menyambung lagi Tweetup kami sehingga tengah malam rasanya.

Untuk melihat lebih banyak lagi foto-foto dari event ini, sila pergi ke album #Oct23rdTwtup aku di Facebook (70 jumlah kesemuanya): http://on.fb.me/9ffXZb

P/S: Ada lagi Tweetup korang plan lagi lepas nih?

Foto: Taman Buaya, Melaka (Jumlah: 22)






















Tarikh: October 10, 2010 (Ahad).
Tempat: Taman Buaya, Melaka (http://4sq.com/cwmsn3).
Kamera: Canon EOS 60D.
Lens: EF-S 18-135mm f/3.5-5.6 IS
Tiket: RM10.00 (Dewasa), RM6.00 (Kanak-kanak 5 tahun – 12 tahun), Percuma (Kanak-kanak bawah 4 tahun) – http://bit.ly/cHuz8D (thanks myqza!)

Komen aku terhadap tempat ini sekarang: Kelihatan banyak keadaan haiwan di tempat ini tidak diurus dengan baik, ditambah lagi dengan tempat yang masih lagi dalam pembinaan, banyak permukaan jalan di tempat ini amatlah tidak selesa untuk berjalan kepada pengunjung, permainan juga kelihatan banyak ditinggalkan, rumah hantu, rumah cermin yang masih aku ingat lagi aku pernah masuk waktu kecil dahulu masih tidak lagi berubah, pembakaran sampah juga nampak dibakar dekat dengan sangkar ayam disitu, and then what’s up dengan taman permainan air yang berdekatan dengan kolam buaya? Tak rasa ker kalau berlaku insiden tidak diingini berlaku dan buaya tersebut masuk ke dalam kolam mandian boleh mengakibatkan kecederaan teruk kepada pengunjung? Dan pelbagai lagi kalau aku nak komenkan dalam blog-post nih, apa sudah jadi pada pengurusan tempat nih?

Advertlets Dan Samsung Dalam Sesi Memasak Dengan Dato’ Lee Chong Wei

Pada hari Khamis (September 30, 2010) yang lepas di Cilantro Culinary Academy (http://4sq.com/9uREtV), telah berlangsung satu event dimana Samsung telah memperkenalkan sebuah produk terbarunya iaitu sebuah peralatan Oven, model: CE117AE-S (http://bit.ly/bQ5bxF), yang juga menjemput pemain hebat Badminton negara kita Malaysia iaitu Dato’ Lee Chong Wei. Kami semua blogger dari Advertlets hadir ketika itu untuk memeriahkanya.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, anda mendengar dengar betul, Dato’ Lee Chong Wei telah bersama kami pada hari itu bagi menunjukkan bagaimana mudahnya anda memasak makanan anda dengan model Oven ini.

Mungkin ada yang akan berkata, “Sham.. mengapa blog-post ini tak ada kena mengena dengan blog-posts anda sebelum-sebelum ini? Mengapa tiba-tiba buka cerita tentang Oven?”. Baiklah, di masa sekarang ini kita sentiasa ingin pantas, Oven adalah salah salu peralatan dapur yang boleh membantu anda mengenyangkan perut anda, ia tidaklah sukar untuk menggunakannya, aku pasti ramai tahu cara menggunakannya. Lagipun ianya sesuatu yang elektronik, like you all know, i like technologies, and oven is one of it.

Tapi yang sebernanya aku excited untuk berada pada hari itu adalah aku dapat berjumpa dengan Dato’ Lee Chong Wei secara lebih dekat, i mean seriously sungguh dekat, mengajar memasak pulak tuh, jadi ini satu peluang kepada aku untuk mendekati beliau yang selama ini terkenal kerana Badminton nya dan lihat bagaimana beliau menyiapkan makanan beliau di dapur. Bukan stalker stuff, tapi ingin melihat sifat beliau yang berlainan.



Aku rasa ganjil untuk terangkan secara detail mengenai Oven ini kepada anda semua disini, better untuk korang yang berminat untuk ketahui mengenai apakah model Oven yang dipersembahkan pada hari itu, pergi ke link Samsung Malaysia disini: http://bit.ly/bQ5bxF

Namun gambar yang paling aku tak akan lupakan adalah dibawah ini, dimana kami semua bergambar dan aku berdiri betul di belakang Dato’s sendiri.

Antara kenangan terhebat aku to be honest.

Anyway, tempat yang Samsung pilih pada hari itu sungguh hebat, bersesuaian dengan tema event pada ketika itu juga sebernanya, beberapa foto di sana membuktikannya.




Terima kasih kepada Advertlets dan Samsung atas event yang menarik ini, hopefully di masa akan datang kita akan bertemu lagi ya. :)

(Semua foto diatas diambil dengan menggunakan kamera Sony NEX-3, lihat maklumat lanjut mengenai kamera ini di website Sony Malaysia sendiri: http://bit.ly/czFvO4)

P/S: Makanan yang dimasak oleh Dato’ pada hari itu adalah Seafood Pizza.

Dari Malam Majlis #Maxis10 BlackBerry Torch


Pada tarikh 1 Oktober, 2010 yang lepas, telah berlangsung satu event gemilang di The Westin Hotel Kuala Lumpur (http://4sq.com/cjaTld) yang dianjurkan oleh pihak RIM dalam memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu BlackBerry Torch 9800. Mengikut apa yang diberitahu, ini merupakan pelancaran pertama untuk model ini di peringkat Asia Pasifik.





Kami yang hadir malam itu sangat bertuah dan seronok dengan anjuran event itu sepanjang malam yang bermula dari pukul 7:30 hingga 11:00 malam, yang dihadiri oleh pelbagai individu dari golongan ahli perniagaan, media, dan juga kami bloggers.

Sebernanya tujuan aku hadir ke dalam majlis ini adalah kerana aku terpilih antara 10 orang yang bertuah dalam memiliki BlackBerry Torch 9800 ini oleh pihak Maxis (http://bit.ly/a5TXBS). Terima kasih yang teramat sangat Maxis. Tak rugi jadi customer korang yang dah bertahun-tahun ni.

Rakan yang aku kenal dan hadir malam semalam adalah seperti @eizil (#maxis10), @lightyoruichi (#maxis10), @joshlim, @bryanlyt (#maxis10), @icednyior, @WaLauWei, @amanfirdaus, @Bennimaru, @aprilyim, @jasonmumbles, dan ramai lagi, juga ada dalam majlis tersebut. Keseluruhannya kami semua seronok, dan apa yang RIM lakukan dalam majlis itu malam semalam sangat hebat, sungguh! AKu tak tipu, berani aku kata.. lebih baik dari iPhone 4 launch day yang lepas (http://shamhardy.com/9597). 5x times better. Sebab tak berapa ramai yang dijemput dan tak kelam kabut (sarcastic inside!). Tahniah!





Secara jujurnya, aku tidak pernah menggunakan lagi BlackBerry sepanjang hidup aku, mencuba rakan punya banyak kali, dan aku tak sabar nak tunjukkan pada anda semua apakah yang menjadikkan BlackBerry Torch 9800 ini menarik kepada semua, aku juga cuba bandingkan dengan Android yang aku sedang gunakan sekarang, berikan beberapa perspektif dengan apa yang Android user lihat dalam phone ini, buat comparison all that, dan seterusnya memahami apakah yang membuatkan Barack Obama dan Najib Razak memilih Blackberry sebagai pilihan utama dalam cell-phone mereka, dan bukan iPhone, ataupun sebarang Android phones lain-lain. Ia tanda tanya bagi aku tau.. :)

Foto BlackBerry Torch 9800 yang di demo kan malam semalam.


Segala foto-foto yang anda lihat disini menggunakan kamera DSLR Canon EOS 60D, untuk maklumat lanjut, sila layari ke website Canon Malaysia sendiri di http://bit.ly/aKFenB atau menjadi fan mereka di Facebook (http://bit.ly/cVuBYK).

Foto Sekitar Maxis iPhone 4 Launch Day (45 Photos) – Sorry Lewat!

Semua foto ini menggunakan kamera DSLR Canon EOS 60D pada hari itu, sila lawati lawati website Canon untuk maklumat lanjut.

Foto ini juga boleh anda lihat dalam Facebook album saya disini: http://bit.ly/d4odtg













































Untuk @knizam94 @azmanishak @amanfirdaus @noktahhitam @khairul @tekong dan @icednyior, i’m really enjoy meeting with you guys! ;)

Kepada mereka yang sudah memilikinya, tahniah kepada anda. Kepada yang masih belum dan memasang hasrat untuk mendapatkannya, jangan lengah-lengah lagi, pergi ke mana-mana Maxis centre terdekat anda, dapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh mendapatkannya disana.

Foursquare Meetup Bersama Tune Hotels

Menurut dari blog Foursquare:

After the overwhelming popularity of the first annual Foursquare Day (4/16/2010), we realized there was demand for getting a bunch of you all together in one place. And then we were asked to be a launch partner for the new Meetup everywhere, which helps people who want to have foursquare meetups self-organize, anywhere in the world!

Sumber: Foursquare Blog (http://bit.ly/9uAILj)

Oleh itu, pada June 16, 2010 yang lepas, Tune Hotels telah menjadi penganjur utama bagi Foursquare Day di Kuala Lumpur. Dan lagi sekali, Advertlets bersama rakan blogger yang dijemput telah bersama menjayakan event pada hari tersebut yang dikira telah berjaya dalam mengumpul ramai Foursquare users datang.

Dan kepada mereka yang masih tidak mempunyai Swarm Badge, itulah sebernanya masa untuk mereka mendapatkannya. (Aku dah dapat lama dah sebernanya, hehe)

Berikut adalah foto-foto ketika event tersebut:


Tune Hotels pada hari itu juga telah membawa hadirin untuk menikmati jamuan makanan di Bangkok Wasabe yang terletak dekat sahaja dari tempat mereka tersebut.

Foursquare: http://foursquare.com/venue/1557192

Swarm Badge juga berjaya dapat pada ketika itu. Tahniah!

Namun apa yang penting pada aku adalah, aku dapat tahu yang hotel milik Tune Hotels adalah superb, dengan kelengkapan yang seperti 5 stars hotel, dengan harga yang cukup murah seperti 1 star hotel sahaja bayarannya. Memang pastnyai adalah pilihan aku kalau pergi travel kemana-mana, ini bukan ayat advertisement, tapi memang aku akan cari hotel Tune dulu sebelum aku pergi mencari hotel yang lain.

Mengapa bayar lebih jika anda boleh dapat servis yang sama seperti 5 stars tapi dengan harga yang murah?

Thanks Tune Hotels, aku akan lawat hotel anda mulai akan datang. :)

Tune Hotels, Kota Damansara (Foursquare): http://foursquare.com/venue/3986809
Foursquare Meetup (Event page): http://www.meetup.com/foursquare/5002/

Sumber Foto: MynJayz.com (http://bit.ly/aNogzz), Firdaus Feeq (http://bit.ly/aEJ8Li), Tune Hotels.com Facebook (http://bit.ly/a7Ur5J)

Sidang Media Toy Story 3

Pada 9 June yang lepas telah berlangsung sidang media yang dikelolakan oleh Disney Malaysia dan TM bagi filem terbaru dari Disney iaitu, Toy Story 3. Pihak dari Advertlets termasuk bloggers juga adalah antara yang dijemput bagi memeriahkan event tersebut di Mid Valley Shopping Centre itu.

Tidak hanya berakhir disitu, kami semua dijemput untuk menonton tayangan awal filem Toy Story 3 yang memang lama aku nantikan sejak dahulu lagi, kerana aku memang big-fan kepada filem-filem Toy Story (senang cerita semua filem Disney), yang mana aku anggap ia sebagai antara filem child-hood aku ketika dahulu.

Berikut adalah antara foto-foto ketika event tersebut:

Sumber Foto: Mynjayz.com (http://bit.ly/9HCFJ7)

Baiklah, untuk review kepada filem Toy Story 3:

Kepada peminat filem Toy Story 1 dan Toy Story 2, anda harus tonton filem ini, bukan kerana ianya bagus dan kerana cuteness toys tu semua, tapi dalam filem ke-3 ini ianya amat-amat bermakna. Kerana Andy, tuan kepada toys tersebut, akan meninggalkan mereka semua, kerana Andy terpaksa sambung belajar di University yang dia dapat.

Terasa seperti ingin tahu bukan? Haha.. me too semasa mula-mula baca synopsis filem ini di IMDB.

Pada awal filem tersebut, anda akan lihat bagaimana toys tuh semua menghadapi cabaran mereka semua ketika ‘terhantar’ ke nursery care (yang gila budak-budak dia ganas), dan bagaimana mereka berhadapan dengan toys yang baru, serta menyelamatkan diri dari toys yang jahat juga.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=TNMpa5yBf5o[/youtube]

Tapi yang paling touching adalah dalam part yang akhir, dengar dan hayati ayat yang Andy kata kepada seorang kanak perempuan ketika memberikan kesemua toys miliknya. Anda mungkin akan rasa tersentuh serta akan menghargai dan teringat kemanakah perginya toys anda semua semasa kecil dahulu. :(

Selepas aku tonton filem ini, aku mungkin tidak akan membuang semua permainan anak aku nanti, aku akan simpan, dan akan tunjukkan kepadanya bila besar nanti supaya dia ingat balik kenangan zaman child-hood dia.

Rating: 4.5/5 (wajib tengok)

“to… infinity, and beyond!!!”

#EarthHour Di Seremban #Malaysia

Nampaknya bandar Seremban juga turut menyambut masa Earth Hour malam sabtu lepas, boleh aku katakan 40% bangunan di sekitar Seremban menutup lampu mereka selama 60 minit seperti yang dicadangkan, especially bangunan-bangunan kerajaan (agak terkejut sebernanya aku bila mereka turut sertai sama), syabas! Dan even kedai mamak pun bergelap aku tengok, guna lilin je dia letak kat meja-meja. Kreatif!

Rumah pula, aku of course segala plug di rumah aku tutup, kecuali fridge sahaja la, sebab aku tak mau terima risiko bahan-bahan mentah didalamnya alami kecairan yang melampau (Lagipun kan aku keluar kan?).

Continue reading

Jamuan Petang 1Malaysia – March 13, 2010

PUTRAJAYA: Kira-kira lima juta warga Malaysia sangat aktif dalam laman web sosial Facebook, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak dapat menjemput semua rakan internetnya yang kini kira-kira 120,000 orang dan jumlah itu meningkat setiap hari.

Beliau berkata, 300 orang dipilih memandangkan ia jumlah maksimum yang dapat memenuhi saiz dewan bankuet di Seri Perdana dan lebih ramai lagi dijemput pada majlis seumpama itu pada masa akan datang.

Continue reading

Google Analytics Master Class – March 11, 2010

Google Analytics Master Class on Actionable Insights. An afternoon packed with tips and insights from local and international web analytics professionals and Google Analytics speakers. See how analytics helps drive value through case studies from the travel, fashion, retail, technology, and telecommunications industries. Walk away knowing how to improve your site’s user experience and increase your marketing ROI.

https://sites.google.com/site/analyticsmasterclass/malaysia

Continue reading