Video: Inilah Hadiah Paling Hebat Dari WETA Workshop Kepada Valve

DIAM DAN AMBIK SEMUA DUIT AKU!!!!! *campak-not-RM100-banyak-banyak*



Nota: Aku rasa dalam zaman sekarang, salah satu business yang aku rasa boleh buat duit yang banyak dan berjaya adalah buat prototaip yang sebegini, ambik la apa-apa watak game ker, movie ker, macam Master Chief dalam Halo ke, and jual lah dalam eBay ke, Amazon ker, serious aku dapat rasakan ianya memang *Ka-chiiiingggg* punya idea.

Mesin LEGO Yang Sangat Ohsem!

NO NO NO NO and NO! Ini bukan iklan untuk LEGOland Malaysia, tapi ini adalah ciptaan oleh Akiyuki yang hanya menggunakan LEGO dan beberapa modul tambahan, menggunakan sedikit matematik, dan sains, maka terhasillah mesin ini yang membuatkan orang ternganga dengan hasil kerja beliau, sangat genius!

Berikut adalah senarai modul LEGO tersebut.

  1. Ball factory
  2. Zigzag stair
  3. Zigzag lift
  4. Pneumatic
  5. Cup
  6. Screw T1
  7. Basket shooter
  8. Mechanical train
  9. Screw T2
  10. Screw T3
  11. Spiral lift T2
  12. Elevator & coaster
  13. Fork
  14. Spiral lift T1 & step
  15. Catch & release
  16. Belt conveyor & pinball
  17. 5-axis robot S750

LEGOland Malaysia sepatutnya ambil Akiyuki ni bekerja disana buat pelbagai magical thing disana. In b4 “orang melayu tak ada talent nak buat benda macam nih” LOL (Gaya Obe).

Sumber: Gizmodo

Video: Bumi Mengeluarkan Bunyian Yang Sangat Unik

Rupa-rupanya bumi sebernanya boleh bercakap, tapi dalam bentuk chirps dan wisel yang disebabkan oleh gelombang radio yang boleh didengar oleh pendengaran manusia, dan seterusnya dipancarkan oleh magnetosfera Bumi. Ia dipanggil “korus,” atau “korus subuh.”

Para saintis telah lama mengetahui tentang fenomena ini, kerana ianya boleh diambil hanya dengan menggunakan penerima radio. Ia paling mudah dikesan pada waktu pagi, dan digabungkan dengan bunyi kicauan yang diberi nama samaran “korus subuh.”

Apa yang menyebabkan hal ini berlaku? Ini terhasil dari gelombang radio yang boleh didengar yang dipancarkan oleh zarah dalam magnetosfera, satu fenomena yang mengelilingi mana-mana planet atau bulan dengan medan magnetik, seperti juga Bumi. Zarah-zarah ini kemudian menyentuh dan dipengaruhi oleh radiasi yang juga mengelilingi planet ini, lalu terhasil-lah bunyi yang sangat unik.

Ini merupakan rakaman yang baru daripada satelit NASA yang dilancarkan pada akhir bulan Ogos lepas. Mereka juga telah merekod lima fenomena berasingan pada 5 September lepas. Kan bagus kalau ada sesiapa boleh mentafsirkan bunyian yang dihasilkan ini?

Sumber: Universe Today

Jaket Assasin’s Creed Ini Adalah Untuk Anda Dengan Harga Hanya $320

Bagi para peminat permainan video Assasin’s Creed, pereka fesyen Volante Design telah menghasilkan satu jaket yang pastinya membuatkan korang mahu campak duit anda ke monitor sekarang ini. Kecuali! Jika anda ada $320 (bersamaan dengan RM980) dalam bank anda.

Jamukan mata anda lagi!

Sumber: Volante Design

6 Stail Dalam Filem Hollywood Yang Selalu Diguna

Kalau korang tengok filem Hollywood banyak kali, korang akan perasan 6 typical stail yang selalu digunakan oleh pengarah filem disana, seperti contoh filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull, yang mana Indy terselamat didalam peti sejuk besi dari letupan bom atom, ataupun penjahat ada beratus tembak serentak guna mini-gun (ambik contoh) kat hero and nothing happen! Incredibi-SHIT!

BONUS

Sumber: Tumblr

Video: Bagaimana Kamera Dan Lens Canon Dihasilkan

Sebagai orang I AM CANON (LOL), dengan bangganya aku berkongsi video bagaimana cara kamera dan lens Canon dihasilkan. Ianya adalah satu proses yang sangat kompleks, setiap hasil kerja dilakukan dengan sangat perincian, tidak hairanlah jika kamera dan lens Canon adalah yang terbaik dalam dunia fotografi.

Aku terasa macam aku patut buat blog mengenai fotografi jugak ah, he heee..

Sumber: PetaPixel

Video Penghasilan Lukisan 3D – Super Mario

Selalunya aku tengok foto lukisan 3D yang diorang buat kat lantai-lantai jalan, parking lot, and pada hari ini akhirnya aku dapat tengok timeline bagaimana lukisan 3D yang sebernanya dihasilkan di lantai jalan, yang menggunakan watak Mario dan controller Nintendo (aku ingat SNES kot) untuk hasil karya beliau (Chris Carlson).

Go check it out!

Sumber: Reddit

2 Video Geek Yang Menarik Dikongsi Harini

Walaupun aku belum lagi tengok filem Prometheus (alasan: tak minat filem horror), tapi aku dah banyak baca spoiler, so aku tau sedikit jalan cerita keseluruhan filem itu. Dan kepada yang dah pun menonton, aku rasa video di bawah ini akan make sense to you guys.

Video dibawah pula menceritakan bagaimana sekumpulan pekerja pejabat menghadap Diablo III dalam dunia sebenar…. Parody damn’it!

Sumber: Geeks are Sexy dan ComicBookMovie.com

Rupa Bumi Dan Bulan Dari Planet Mercury

Inilah rupa bentuk bumi dan bulan dari jarak 183 JUTA kilometer, dan gambar tersebut telah diambil pada 6 Mei 2010 yang lepas. Mercury adalah planet yang paling terdekat dengan matahari dalam bima sakti (milky way), dan diambil menggunakan kapal angkasa MESSENGER.

Walaupun ianya berita yang lama, tak bagi aku masih lagi menarik untuk dikongsi bersama.

Sumber: NASA

Video Faveret Hari Ini

Semua orang harini share video Project Glass dari Google, memang nice konsep yang diorang impikan, tapi bagaimana pula kalau jadi yang sebaliknya? inilah video parodi user di YouTube, sangat kelakar.

Satu lagi video yang pastinya akan mengakibatkan kesakitan punggung pengguna Canon sekalian, ianya menunjukkan perbandingan antara Nikon D800 dan Canon 5D MK III, check it out!

Dan akhir sekali, sebuah video trailer untuk filem Ted, yang mana pencipta asalnya adalah dari Seth MacFarlane, pencipta rancangan TV Family Guy, akan muncul nanti di pawagam terdekat anda mulai bulan Julai 2012 nanti.

Cheers!

Rakaman CCTV Rafizi Hamdan Dilanggar Lari (Al-fatihah)

Mengejutkan! Aku rasa tindakan pemandu tersebut melampau, seorang rakan aku pun pernah kena kejadian seperti ini, dilanggar dan dibiarkan terbaring kesakitan di jalanraya. Nasib baik dia sempat hafal nombor plat kereta yang dilanggar tuh, kalau tak memang orang yang langgar dia tu pun masih happily ever after sampai sekarang.

Kepada arwah Rafizi Hamdan yang meninggal dunia akibat kejadian malang tersebut, kita sedekahkan Al-fatihah kepada dia beramai-ramai, moga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminnn..

P/S: Terima kasih Sokernet.com!

Chanteknya Malaysia

Setiap kali aku melihat video ini, hati aku akan berkata “damn! kamera apa and lens apa diorang guna nih?”. Jawapannya ada terletak dibawah sekali. LOL!

Malaysia adalah sebuah negara membangun yang sangat unik dan indah, kita ada banyak tradisi, pelbagai warna dan budaya disatukan dalam satu negara, takde masalah langsung kan?

Tidak ada satu negara di dunia pun yang terlepas dari masalah, ia datang dari pelbagai punca, yang penting kita janganlah jadi antara individu yang menjadikkan masalah tersebut, kita semua berkongsi negara yang satu ini, baik atau buruk semua tercalit pada diri masing-masing, jadi mari kita bersama menjaga nama baiknya, okeh.. tetiba aku rasa aku cakap macam typical meleis. But its true! LMAO.

Okeylah aku cuma nak kata, aku sayang Malaysia! Dan aku nak hidup senang dan aman di negara ini. Jyeahhh!!

Oh btw, kamera tersebut adalah Canon 7D dan lens EF-S 17-55mm f/2.8, EF-S 18-135mm f/3.5-5.6 serta Tamron wide-angle 11-14. Sumber dari deskripsi dalam video YouTube ini.

Video: Mengapa Anda Perlu Ada Akaun Google+?

Laman social network memang banyak di internet sekarang, namun yang paling besar ketika ini adalah Facebook, manakala Google+ masih lagi orang baru dalam arena tersebut.

Namun begitu, anda perlu memiliki sebuah akaun dalam Google+, walaupun dalam kepala otak anda (sesetengah orang), satu akaun social network sudah cukup untuk menceritakan hidup anda, berbual dengan rakan & keluarga, dan sebagainya. Namun semua itu mungkin akan berubah, selepas menonton video ini, anda mungkin akan terfikir untuk membuka sebuah akaun di Google+, mengapa? saksikan..

Ia adalah sebuah fakta yang benar bukan?

Jikalau anda sudah buka akaun Google+ anda, masukkan saya dalam circle anda, begitu juga dengan page ShamHardy.com ini. Jumpa di sana!

Sumber: Google+

Membuat Mayonis Di Rumah Anda Dalam Masa 2 Minit

Kebiasaan aku suka tuliskan mengenai cerita teknologi dan fotografi dalam blog aku ni, tapi cuma untuk blogpost kali ini aku nak share sebuah video tentang bagaimana untuk menghasilkan Mayonis di rumah anda dalam masa 2 minit!

Aku tau.. aku tau.. ia menyebabkan kegemukan, tapi mayonis adalah antara penyedap makanan yang paling excellent aku pernah rasa, dan video ini membuatkan aku sendiri ingin mencubanya di rumah.

Cuma… aku perlu carik mana nak beli dijon mustard tuh, neutral oil yang mana satu sesuai untuk dipakai, dan hand blender tu rasanya tak pernah aku beli. Heh.

Thanks LifeHacker!

Keluarga Yang Bermain World of Warcraft Bersama

Ini sangat cool! Tapi adakah aku pun akan buat seperti mereka? Nah.. pasal aku prefer family aku menjadi web developer dari hardcore gamers. Walaupun begitu, kami pasti akan menghadap bermain computer and console games bersama dan itu kawanku adalah pasti.

For the horde!

Sumber: TechEBlog

Video Real-Life Plants Vs. Zombies Di China

Sekumpulan fan-boy Plants Vs Zombies di China telah membuat sebuah ‘hippie party’ seperti yang M.I.C Gadget laporkan di sebuah bandar di utara, Shenyang sana yang menunjukkan mereka sedang menari dan berlawan sesama mereka.

Enjoy!

Sumber: M.I.C Gadget

P/S: Random Alphabets taknak buat flashmob untuk ini jugak ker? :P

Jerung Dan Clown Fish Terbang Di Udara? Control Dengan Remote?

Bila sahaja aku tengok video ini, terus terdetik kata dalam hati aku yang berbunyi “FUHH! Ini mesti dibeli! WAJIB!”, ia adalah sebuah set permainan yang paling cool aku pernah jumpa seumur hidup aku, even set koleksi Gundam pun kalah dengan ini…………………. eh wait! *fikir-sekejap* ish ish ish takleh takleh takleh..

Ia dinamakan Air Swimmers, harga setiap satunya adalah $39.99 (RM119.20), $71.98 (RM214.75) bagi combo pack, mempunyai dua pilihan sahaja pada ketika ini, iaitu Clown Fish, dan Shark, dan banyak kali ditunjukkan kepada umum, antaranya adalah pada majlis Comic-con yang lepas, Toy Fair, dan pelbagai lagi.

Sayangnya pada ketika blogpost ini ditulis, ianya sudah habis stok buat sementara, yang tinggal hanyalah Clown Fish sahaja, dan update paling terbaru sekali (paling terbaik!), mereka tidak lagi tawarkan servis penghantaran ke negara-negara selain U.S dan Canada. Dan aku sangat geram sangat dengan berita tersebut, sangat-sangat DAMMNN yang teramat sangat!

But still, there must be a way to get it, right?

Sumber: Gizmodo (http://gizmo.do/nupDFC)

iPhone 4 Gergasi Bersaiz Meja

Ini adalah iTableous, ia bukanlah iPhone 4 yang anda fikirkan, cumalah sebuah komputer yang memaparkan seperti antaramuka iPhone 4 yang ada sekarang, tambahan pula ia tiada skrin sesentuh, jadi kalau anda ingin makan atau minum diatasnya tiada masalah langsung, dan cara untuk anda mengawalnya adalah dengan menggunakan wireless keyboard dan mouse, tak pasti pula mengenai kegunaannya, maybe untuk memenuhi nafsu golongan appletard?

Sumber: Engadget (http://engt.co/p1whn7)

Preview Pertunjukan How To Train Your Dragon Live On Stage

Dia punya naga dah nampak awesome, tapi pelakon dia memang lame gila la nampaknya. Atau mungkin dia belum betul-betul serious lakonkannya? Pasal ini cuma preview sahaja pada pertunjukan ‘How To Train Your Dragon’ live on-stage dekat Australia. Kalau show ni datang ke Malaysia nanti, aku pun nak pergi gak tengok (minus pelakon mereka) :P

Sumber: Awards Daily

Bersiap Sedialah Semua Untuk Kejatuhan Ekonomi Dunia

Terima kasih pada Nuruddin Zainal Abidin yang share video ini di Facebook.

Membuatkan aku terfikir, kita akan menghadapi kejatuhan ekonomi dunia global, pastuh solar storm lagi dah nak berlaku, nampak gayanya tahun 2012 akan menjadi satu tahun yang sangat-sangat tak berapa baik untuk kita hidup la nampaknya. Bersiap sedialah semua!

Theme Park Untuk Starcraft Dan WoW Sudah Dibuka

Woah! Theme Park untuk StarCraft dengan World of Warcraft sudah pun dibuka kepada umum di China, nampaknya impian geek aku untuk dunia ini mempunyai tempat untuk Zerg dan Protoss semakin tercapai, tapi.. kenapa mesti kat China? Kenapa taknak U.S?

Blizzard! What is this? Aku taknak mati dengan roller-coaster made in China karang!

Check-out gambar sekitar World Joyful (环球动漫嬉戏谷, Huánqiú Dòngmàn Xīxì Gǔ) yang mereka letakkan untuk nama theme park Starcraft/World of Warcraft tersebut.

Sumber: Kotaku (http://bit.ly/pDoab9)

Parody DragonBall Z Paling Terbaik

Aku rasa inilah parody DragonBall Z yang paling terbaik pernah aku tonton selama ni. Memang funny giler kalau korang tengok sampai habis. Must see this!

Aku tengok dalam playlist user nih (TeamFourStar) ada banyak lagi video dia buat untuk parody DragonBall, check-out YouTube channel dia untuk video yang lebih banyak lagi. Dan sila pastikan namanya adalah TeamFourStar, kerana aku tengok banyak parody account yang buat nama seakan sama macam user ni buat dan upload yang sama, tak pasti pulak kalau memang user ni buat akaun yang bebanyak atau memang betul orang lain yang buat kerja.

Apa-pun, enjoyyyyyyyy!!!

Sumber: Reddit (http://bit.ly/itf4wm)

Tentera Harus Hati-Hati Apabila Check-In

Kementerian pertahanan British telah memberi arahan kepada tentera-tentera mereka di sana untuk tidak menggunakan Foursquare bagi tujuan keselamatan, dan ini adalah video yang mereka sediakan di dalam YouTube.

Tapi bagi pendapat aku kalau nak menggunakan Foursquare ke, Gowalla ke, Twitter atau Facebook check-in tu boleh, tapi kalau boleh sila pastikan la ia dikongsi pada individu yang anda kenali sahaja, dan tidak kepada umum begitu sahaja.

Untuk diri aku sendiri, aku rasa aku takde benda yang perlu aku sembunyikan, aku takde hutang dengan sesapa kecuali bank dan kerajaan (loan MARA), aku tak bekerja di tempat yang dikelilingi dengan maklumat rahsia dan pertahanan negara, dan aku cuma orang biasa yang mempunyai minat yang besar dalam perkara berkaitan teknologi, seni dan sains, jadi aku rasa aku okay untuk menggunakannya, cuma aku perlu kawal lebih lagi info mengenai aku supaya ianya tidak nampak terlalu ‘transparent’ kepada umum, sebuah nota penting kepada diri sendiri dan kepada anda juga yang membaca.

Jadi sudahkah anda check-in tempat yang anda berada sekarang? LOL!

Sumber: About Foursquare (http://bit.ly/jOxMQU)

Kubur Bagi Arked Game

Video ini dihasilkan oleh Allied Coin bagi Winnitron 1000, menunjukkan banyak mesin game arked yang sudah terbiar lamanya dan.. kita kena akui, game konsol masa-kini dan komputer sebernanya telah membunuh mesin-mesin ini yang pada suatu ketika dahulu adalah.. hiburan kita dan sekeluarga.

Saksikan..

Masih aku ingat lagi game pertama yang aku main di arked adalah game tank yang berperang kat bandar tuh (lupa namanya) dengan game Time Crisis. Masa tuh, tempat dia adalah kat pusat membeli-belah Astaka di bandar Muar. Entah wujud lagi ke tak tempat tuh.

Sumber: Kotaku (http://bit.ly/lq8Yyt)

Antara Kecederaan Palsu Dalam Bola Sepak Yang Paling Epik

Korang kalau tengok video ni mula-mula korang mesti ingat yang player tu memang kena tangan kat muka dia, tapi bila dah nak akhir video nih korang akan ditunjukkan close-up siapa yang injured-kan siapa masa dalam perlawanan nih. Seriously WTF?

Sumber: Reddit (http://bit.ly/lTDkHk)

Tapi apa-pun, aku masih ingat lagi fake injury yang dibuat oleh Rivaldo dalam video bawah ni.

Bola sepak takkan sah tanpa fake injury. Sekian.

Cara Membeli-belah Yang Seronok

AMARAN: Video ini adalah fake semata-mata, tolong jangan lakukan ini di dunia sebenar, kena kepala orang nanti, dua-dua naya karang (sorang kepala berdarah, sorang lagi kena pukul).

Okay ini sangat menyeronokkan, tapi cuba bayangkan kalaulah benda ni betul (angan-angan), aku memang nak praktis kan buat benda nih masa aku tengah shopping jer. Bergaya.. seh! Konpem orang lain cepat-cepat tunduk nak selamatkan kepala masing-masing.

Sumber: Reddit (http://bit.ly/m2flJ4)

Animasi ‘The Progress Bar’ Yang Ohsem

Animasi ni kool giler weih! Teringat diri aku masa nak install OS Windows 98 dulu, nak format pun kene guna disket, tapi tak sebanyak yang dalam video ni la, sampai 22 disket ah nak kena guna. FFFFFFUUUUUUUUU

Apa-pun, Guy Collins (pembuat animasi ni), ada banyak video terbaik dia dalam YouTube, pergi check-out lagi dalam YouTube channel dia.

Sumber: Reddit (http://bit.ly/lvdxJ9)

Skil Bungkus Barang Yang Hebat Punya

Video memaparkan skil seorang pekerja di The Chennai Silks, India dalam membungkuskan barangan anda. Deskripsi video ini dalam YouTube cakap yang style dia macam Rajnikanth, tapi bagi aku dia macam alien dalam cerita Men In Black 2 yang susun surat dengan tangan yang banyak tuh dalam mesin, ingat lagi tak? Sorry, gambar takde.. Damn!

Atau mungkinkah dia memang…… ?

Sumber: Reddit (http://bit.ly/lOoXNQ)