Infografik: Bagaimana Untuk Buat kajian Keyword Untuk Orang SEO

Ramai rakan aku yang gilakan SEO, especially blogger, of course la, siapa yang tak mau blog site muncul dalam carian pertama dalam Google, atau Yahoo, atau Bing. Bukan sahaja boleh attract banyak pembaca, tapi juga boleh make money from it if you know how to do it.

Thanks to Promodo, mereka telah membuat sebuah infografik untuk rujukan anda, orang gila SEO! LOL!

Klik untuk lihat saiz besar


Sumber: Search Engine Land

Infografik: Sudahkah Hollywood Kehilangan Jalan Cerita Original?

Secara jujurnya, kebanyakan filem Hollywood yang menerima kutipan yang tinggi pada masa sekarang kebanyakannya adalah diadaptasi dari kartun lama, sambungan filem lama, filem lama dibuat baru, dan dari taman tema (Pirates of The Caribbean). Dan aku macam tak percaya apabila pembuat infografik ini meletak filem Bridesmaids sebagai filem yang mempunyai jalan cerita yang original. Bukan ker dia lebih kurang macam filem My Best Friend’s Wedding? Just saying.

Sumber: Short Of The Week

Infografik Rancangan TV Gordon Ramsay Kitchen Nightmare

Harini aku baru tahu (TIL) yang kebanyakan restoren muncul dalam rancangan TV Kitchen Nightmare oleh Gordon Ramsay telah pun ditutup atau dijual. Antara sebab utamanya adalah pemilik mahu kembali kepada cara asal, walaupun Ramsay telah memberi tunjuk ajar (dengan cara baik punya) untuk memajukan restoren mereka. Bak kata orang lah, habit lama susah dibuang, dan akhirnya merana diri pada pemilik restoren tersebut.

Korang boleh lihat semua senarai restoren yang masih lagi beroperasi dan sudah pun out of business di Quora. Kalau kita di Malaysia kebanyakan gerai makan dan restoren mana ambik kisah sangat pasal kualiti makanan dan rekabentuk tempat makan yang menarik, kebanyakannya cuma nak save cost and untung lebih, bagi diorang sedap ke tak sedap ke itu korang punya masalah, janji duit dorang masuk, kurang garam ke, kurang gula ke, pedulik apa diorang, layanan kat korang pun macam korang mintak sedekah je, padahal korang nak beri duit kat diorang nih, setuju tak?

Maaf, tapi itu adalah tersangat benar.

Klik untuk lihat infografik dalam saiz besar

BONUS (NSFK)

Sumber: Reddit

Infografik: Pelanggan Social Media

Aku rasa infografik nih sangat bagus untuk dibaca kepada mereka yang sedang menjalankan perniagaan melalui social media, yang aku boleh katakan pada ketika ini memang ramai jumlahnya kalau kita lihat di laman Facebook sahaja. Dan infografik ini juga memberi anda idea jikalau anda (peniaga) mahu mencuba menjual di luar dari Facebook.

Lihat dan fahamkan infografik dibawah, semoga berjaya!

(Klik untuk lihat lebih besar lagi)

Sumber: Mashable