Imej background ini diambil dari APK Google Now, ada 4 keseluruhannya. Klik pada setiap imej untuk buka imej yang bersaiz asal.
Apa? Malas nak klik satu-satu? Okeh fine! Download dari dropbox aku kat sini.
Sumber: Reddit
Laman social network memang banyak di internet sekarang, namun yang paling besar ketika ini adalah Facebook, manakala Google+ masih lagi orang baru dalam arena tersebut.
Namun begitu, anda perlu memiliki sebuah akaun dalam Google+, walaupun dalam kepala otak anda (sesetengah orang), satu akaun social network sudah cukup untuk menceritakan hidup anda, berbual dengan rakan & keluarga, dan sebagainya. Namun semua itu mungkin akan berubah, selepas menonton video ini, anda mungkin akan terfikir untuk membuka sebuah akaun di Google+, mengapa? saksikan..
Ia adalah sebuah fakta yang benar bukan?
Jikalau anda sudah buka akaun Google+ anda, masukkan saya dalam circle anda, begitu juga dengan page ShamHardy.com ini. Jumpa di sana!
Sumber: Google+
Penjelasan yang mudah, senang difaham, tapi hati-hati dengan apa yang anda cari itu, mungkin boleh kantoi kalau orang lain menggunakan PC yang sama. #justsaying
Sumber: Gizmodo

Tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 merupakan sambungan kepada kejayaan produk mereka yang sebelum ini iaitu Galaxy Tab, saiznya yang lebih besar dari model mereka yang sebelum ini (perbezaan 3″) dan lebih nipis dari iPad 2, model ini sebernanya sudah mula terkenal oleh peminat-peminat gajet sejak kisah Google telah memberikannya secara percuma kepada hadirin mereka semasa di majlis Google IO baru-baru ini iaitu model limited edition Galaxy Tab 10.1″, dan sejak dari peristiwa tersebut, model ini sangat ditunggu oleh peminat kerana legasinya, saiznya yang lebih besar dan menggunakan Android OS versi tablet iaitu Honeycomb.
Dan bagi aku, peluang mencuba tablet ini adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu sebernanya, mungkin kerana sudah lama tak ‘memegang’ sebuah tablet barangkali (kali terakhir iPad 2), jadi, peluang yang diamanahkan ini untuk aku mencuba dan menulis sebuah review mengenainya membuatkan aku mencari apa yang membolehkan tablet ini menjadi lebih baik dari yang lain-lain, dan komen pendek aku untuk intro, ianya sangat bagus.
Ianya sangat bagus sekali, sehinggakan Apple telah menghalangnya dalam bentuk undang-undang dari model ini dijual di pasaran Eropah. Scare the shit out of them. LOL!
Rekabentuk

Pertama kali anda melihatnya anda akan nampak saiznya yang besar, 10 inci yang kita katakan ini, lebih besar dari iPad 2, terus terang aku katakan aku tak berapa minat dengan saiz tersebut, sebab bagi aku, saiz 10 inci sebernanya dah terlalu besar, tambahan pula ianya nipis, sangat nipis, membuatkan anda terfikir bagaimana Samsung mampu memuatkan semua hardware dalam saiz yang setebal itu, mungkin itulah sebabnya model 10 inci untuk Galaxy Tab ini mengambil masa yang lama sikit untuk menghasilkannya.
Tapi apa yang aku perasan adalah, kekurangan tersebut berlaku jika aku menggunakannya ketika berjalan atau berdiri, cuba fikirkan, ketika anda menaiki escelator dan saat itu anda ingin keluarkannya, pasti agak sukar bukan? Namun, model ini aku rasakan ianya lebih sesuai digunakan pada masa anda duduk, atau berbaring sambil menonton rancangan TV kegemaran anda, kerana anda tak perlu risau jika ia terlepas jatuh ke lantai dan merosakkannya. Tapi itu aku, terpulang kepada minat masing-masing.
Spesifikasi

Sumber dari GSM Arena.
Aku mempunyai rakan sekerja yang mempunyai Motorola Xoom, dan aku dengan rakan aku bersependapat yang Galaxy Tab model ini lebih pantas dari tablet beliau, melihatkan pada spec mungkin tak ada beza langsung, tapi memang rasa iaseperti lebih laju sedikit jika dibandingkan dengan Motorola Xoom beliau, konklusi aku boleh letakkan disini adalah, mungkin Galaxy Tab yang aku terima tak mempunyai banyak aplikasi yang di install di dalam, berbanding rakan aku yang mempunyai berpuluh-puluh aplikasi yang dimasukkan, mungkin jawapannya ada disitu, dan mungkin juga versi Honeycomb kami berbeza, kerana dia jarang update, dan model yang ini masih baru lagi keluar di pasaran.
Lagi satu mengenai Honeycomb, aku anggap ia masih terlalu muda, masih terlalu banyak lagi Google boleh perbaiki untuk menjadikkanya lebih stabil. Tambahan info lagi, tidak ada banyak aplikasi yang dihasilkan oleh developer apliaksi Android untuk menjadikkanya dalam bentuk tablet, unlike iPad, yang memang (aku harus akui) banyak aplikasi tablet yang bagus di market mereka, dan ini sesuatu yang Google harus pandang bagi memastikan penjualan tablet jenis Android menjadi laris.






Kalau anda tanya pada aku, jika dibandingkan dengan Galaxy Tab yang pertama mereka, aku lebih prefer yang pertama punya, kerana point yang utama aku adalah Android OS yang digunakan adalah sama seperti dengan mobile, bukan Honeycomb punya, jadi pilihan pada aplikasi yang boleh anda download dan sesuai dengannya memang banyak, cuma perbezaan adalah semua aplikasi yang anda gunakan dibesarkan saiz paparan sahaja.
Kesimpulan

Samsung Galaxy Tab 10.1 sesuai digunakan bersama dengan seisi keluarga anda, dan juga sesuai untuk mereka yang bekerja dan melakukan perniagaan, kerana aku adalah photographer, dan pernah sekali rakan Twitter aku @techsupremo memberitahu mengenai ideanya untuk menunjukkan hasil kerja fotonya yang diambil menggunakan tablet, sudah pastinya anda mahu tunjukkan dalam paparan yang besar bukan? Customer boleh nampak dan membantu perniagaan anda betul tak?
Bagi mereka yang bekerja pula, sesuai jika anda ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada boss anda, mungkin sebuah spreadsheet? mungkin dokumen dalam PDF? Mana lagi cara yang paperless dan bagus dalam memaparkan apa yang ingin boss anda lakukan kalau tak dengan tablet bersaiz 10 inci? Boss anda happy dan anda juga happy. Itu sudah pasti.
Dan bagi seisi keluarga pula lihat video dibawah.
Even anak aku @HailAkid juga seronok menggunakannya, mungkin jika dia besar sikit dia tahu mana area yang patut ditekan dan mana yang tak, LOL! Walau apa-pun ia sesuai kalau digunakan bersama keluarga, menonton TV rancangan kegemaran anda sambil membalas komen status anda dari keluarga anda yang jauh sana di Facebook, membaca resipi sambil rancangan kegemaran anda, menyelesaikan puzzle Sudoku dengan isteri bersama-sama, terdapat banyak benda anda boleh gunakan dengan tablet yang bersaiz ini.
Its all in your imagination my friend.
So there you go, penjelasan aku mengenai tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 ini, mungkin banyak negatif aku sebutkan dalam review aku ini, well, mungkin kerana aku mahukan yang lebih kecil sedikit saiznya mungkin? Tablet 8″ akan muncul, dan itulah yang aku amat-amat-amat tunggukan sebernanya, tak terlalu besar dan it feels right when you hold it and use it, itu mungkin untuk review aku yang akan datang.
Oleh itu, selamat berpuasa dan hope you have a great day everyone! Bye..
P/S: Hail to Android!
Dah makin jarang aku menulis blogpost nih, bukan sebab aku dah malas, tapi dengan kerjanya yang agak banyak, dengan perkara-perkara lain yang aku buat, rasa macam nak luangkan sedikit masa tuh nak menulis blogpost rasa agak malassss jer… Okeh aku dah kata malas, aku malas, what the hell… warghhhh!
Moving on…
Aku rasa harini setelah bertahun-tahun lamanya aku mengaktifkan diri aku dalam Twitter dan Facebook, akhirnya Google telah merampas semua masa itu dengan social network terbaru mereka iaitu Google+.
Mungkin ada yang diluar sana yang masih lagi tidak tahu apakah Google+ ini, dan biar aku disini terangkan.. Google+ adalah sebuah social networking seperti Facebook dan Twitter yang serupa seperti itu, cuma ianya adalah daripada Google, dan ia seperti gabungan Google Buzz + Google Profile + Google Wave + Google Talk. Kalau anda pernah menggunakan keempat-empat aplikasi tersebut anda akan tahu bagaimanakah rasanya apabila anda menggunakan Google+ ini.
Ia sangat laju dan sangat ‘clean’ bagi kebanyakan orang, ia tidak ada Farmville, Cityville, Mafia Wars dan even poke pun dalam Google+ ini, purely adalah sebuah social network untuk kita semua berkomunikasi, berkongsi link atau video, chatting dan pelbagai lagi. Dan mengapa ia masih lagi basic? Well.. kerana ianya masih lagi baru dan pihak Google aku percaya masih belum release secara rasmi lagi kepada umum, mereka yang ingin menggunakannya perlu mendapat invite dari mereka yang telah ada akaun dalam Google+, tapi sayangnya kerana proses invite yang Google terima harini terlalu banyak, maka mereka terpaksa menutupnya buat sementara bagi mengawal proses yang terlalu banyak, aku boleh bayangkan macam-mana mereka terpaksa berhadapan dengan panggilan data yang terlalu banyak dalam satu masa, boleh jadi terkejut beruk tau mereka semua dan paling penting sekali server mereka. Itulah yang kenkadang users dapat error retrieve data masa mereka gunakan.
Mungkinkah ini akan menjadi pembunuh Facebook dan Twitter? Well.. ianya masih terlalu awal untuk dicakapkan, dan excitement users sedang gunakan dalam Google+ sekarang ini mengingatkan aku pada ketika Google Wave diperkenalkan pada mula-mula, semuanya jadi hipster, semuanya sibuk berbual, sehinggalah kami semua users menyedari yang Google Wave masih tidak ada banyak faktor lain lagi yang boleh menjadikannya lebih seronok. Aku rasa mungkin itulah sebabnya ia dinamakan sebagai Wave, sebab ia seperti Tsunami, ia datang secara tiba-tiba, merosakkan dengan pantas, dan bila segalanya sudah reda, ia kembali normal, dan lesu + tenang, kerana segalanya bagaikan padang jarak padang tekukur. Dan aku tak katakan Google Wave ini membinasakan, cuma feel excitement dia lebih kurang macam tuh la.
Kepada yang betul-betul berminat dan tahu mengenai Google+ ini tapi masih belum ada invite untuk masuk, letakkan komen anda disini atau beritahu aku dalam Facebook dan Twitter jika anda mahukan, aku akan send invite pada korang dan hopefully korang akan mendapat pass untuk masuk bila pihak Google membenarkannya, sila pastikan anda menghantar email Gmail anda dan bukan email yang lain-lain. Mereka yang aku rasa berbaloi untuk dijemput akan mendapatnya, i will stalk you first before i send it.
Masa sekarang sudah pukul 12 a.m. dari jam laptop aku, esok pagi harus bangun awal kerana nak pergi kerja, oleh itu aku ucapkan selamat malam dan selamat tidur dan jumpa anda di Google+ esok pagi nanti.
Sekian..

Google telah banyak berkejasama dengan syarikat teknologi dalam mengeluarkan produk device mereka. Dan yang terbaru, Google dikatakan akan berkejasama dengan LG pula, untuk mengeluarkan produk tablet mereka kali ini. Tapi tak pasti pula jikalau Google masih mahu mengekalkan nama Nexus tersebut atau tidak, kerana nama Nexus sebelum ini telah digunakan pada produk telefon, mungkin untuk tablet mereka akan keluarkan dengan nama baru? Siapa tahu yer tak? Tapi yang pasti ia akan menggunakan versi Android yang terbaru apabila dikeluarkan nanti.
Maklumat lanjut mengenai bilakah tarikh ia akan dikeluarkan masih lagi menjadi tanda tanya. Kita perlu tunggu update terbaru dari mereka mengenai keluaran tablet ini nampaknya.
Sumber: http://bit.ly/hH1qP3 (Link), http://bit.ly/fuMffp (Imej)
Masih tak puas? Nak lagi? Lihat video ke-2 pula.
Nak tau rahsia mengapa LG Optimus 2X (also known as LG P990 Star) jauh lebih hebat dari iPhone 4? LG Optimus 2X menggunakan processor 1Ghz Dual-Core Cortex-A9, dan iPhone 4 800MHz Cortex-A8 1 GHz Apple A4 (thanks Shibli Nuqman). Dual core la yang membuatkan ia 2 kali ganda lebih pantas dari iPhone 4. That’s why la the device is the winner.
Aku sebernanya planning nak beli PSP Phone (codenamed Zeus Z1), tapi bila lihat pada specs LG Optimus 2X ni buatkan aku fikirkan dua tiga kali la pasal PSP phone ni, kecualilah kalau Sony dapat lakukan sesuatu untuk menaiktarafkan lagi prototype mereka telah hasilkan sekarang dengan menggunakan Dual Core processor juga?
Prestasi atau kemampuan bermain PSP games dalam phone, mana lebih penting?
Jepun, sebuah negara Samurai yang cukup terkenal dalam bidang pembangunan robotik, telah menghasilkan sesuatu yang mungkin akan menggembirakan semua pengguna Android phones di seluruh dunia, inilah RIC Android.
Ia dipersembahkan dalam Google’s Developer Show di Tokyo, robot ini mampu melakukan perkara seperti, bergerak (macam R2-D2), boleh bercakap, juga melambai kepada orang. Dan semuanya, dikawal menggunakan cell-phone dengan Android OS.
Aku rasa Google akan ambil dan letak robot ni kat HQ Google di U.S. nanti. Dan dalam masa yang sama, ramalan John Connor (Terminator) tak akan menjadi kenyataan.
![]()
That’s why i choose <3 Android
Peringatan: Ini adalah sekadar lawak sahaja, bukan filem sebenar atau cadangan sekalipun.
Tapi yang pasti, filem Google yang sibuk diceritakan oleh movie blogs adalah benar, dan dalam perancangan untuk difilemkan nanti. Boleh baca kisah tentang itu disini (http://bit.ly/dowq1r).
Just aku nak share reply e-mail aku terima dari pihak HTC sendiri berkenaan isu ketiadaan Android app dalam phone baru aku sekarang ni. Sungguh mengecewakan!
Anyway, ini mungkin satu rujukan untuk pemilik Android phone baru di masa akan datang. Sekiranya anda tiada app market dalam phone anda. Inilah penjelasannya.
Update #1: Aku akan terangkan lebih lanjut tentang phone Android aku yang terbaru dalam blog-post kemudian nanti.
Semoga anda boleh terima dengan hati yang tabah..
A: Dear Sham Hardy, Thank you for contacting HTC. The Hero, being a non-Google branded device, will not come with the Android market when you purchase from Malaysia or Indonesia. Instead, users will download and install applications using an application called SLIDEMe, which comes as a part of the Hero firmware/operating system. The reason for the exclusion of the Android Market is because of licensing issues. Because of the geographical nature of the Market, and due to HTC customising the core Android operating system to include the Sense UI, the Market cannot currently be pre-loaded onto the Hero. HTC is in negotiations with Google to include the Market in a future firmware upgrade. Thank you for your continuous support of our products and services. Should you require further assistance, please do not hesitate to contact us again. We look forward to be of service to you again. HTC Hotline: 1800-238-7788 Service Hours : 8 am – 8 pm, Monday – Saturday (except Public Holidays)
Ini mungkin akan berubah di masa akan datang, seperti-mana mereka reply dalam e-mail: “HTC is in negotiations with Google to include the Market in a future firmware upgrade”. So.. nantikan update terbaru blog-post ini jika ada sebarang berita baik dari HTC nanti. Oleh itu.. Android FTW!! (walaupun aku harus mengakui bahawa iPhone 4 yang terbaru look really damn nice weih)
Aku pun pernah menghadapi masalah tersebut, bila letak code widget Google Friend Connect aku, dia tak muncul.. Cuma white box je yang appear. So bila aku buat searching untuk mencari jalan penyelesaian tersebut. Aku jumpa tempatnya.
Mengikut cara yang diberikan oleh seorang Google employee sendiri, anda perlu menambah lagu satu code diatas widget anda tersebut. Copy dan paste code dibawah.

Ini mungkin akan berakhir pada keesokan harinya, so sementara pihak Google memberi anda peluang, test la Google Street View 3D ni, dan jangan lupa juga cermin mata 3D anda sekali (akunya takde, huhuhu..).
Google Street View in 3D: McMahons Point, NSW, Australia.

Last time aku pergi ke Google Analytics Master Class, dan terima voucher ni, panel haritu memberitahu bahawa ia adalah sebuah exam untuk Google Analytics under Google sendiri, jika aku berjaya lulus aku akan dapat terima sijil Google Analytics berharga USD $150, dan jika fail.. maka aku burn camtuh jela peluang aku.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=debO2FroXA0[/youtube] Hope they don’t end up like iPad…
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=XyoGbd1iJIw[/youtube] I must say.. this group called Whirled Interactive does create an awesome video telling all big stories that happens along 2009… by just only using Google Wave. Pretty sweet!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=0QRO3gKj3qw[/youtube]
Everybody’s been talking about Google’s Chrome OS today.. watch the video above if you haven’t. The question is.. Will you goin to change your everyday’s OS today to Chrome OS? I’m afraid Mac people wouldn’t. Windows.. possibly. Linux.. also possibly.

Update (10 November 2009): Sudah 6 Google Wave invites telah dihantar, maka itu baki yang tinggal adalah 6 sahaja lagi. Come on..
Good news everyone, i will give away 12 Google wave invites to all yang request daripada aku, tak kisahlah samada dari Facebook ke, Twitter ke, Comment kat bawah blogpost ni ke, everything is acceptable, just say the magic words, and you will get it. Is that simple i tell you?
By now, already 4 people yang dah request, and i will start sending now, hopefully dlm 2-3 days (or even a week) you will get your Google Wave invitation nanti. And as usual, don’t forget to add me: eisham[a]googlewave.com

Nampaknya rakan-rakan yang request Google Wave invite dengan aku dah dapat waving sesama hari ini, bagaimana? Best? Slowwwww…?? Haha.. Ada yang belum dapat lagi ka? Kalau belum report pada aku okay.
Segala kesulitan amatlah dikesali, dan seandainya jika minggu depan jugak anda-anda yang telah di invite masih tidak menerima Google Wave invite anda lagi, sila beritahu aku. At least aku leh send report pada Google sendiri. Thanks to @redzwanjapri for notifying this.

Dah dapat tu, add aku dalam contact list Google Wave korang. eisham[a]googlewave.com orait! Aku tau ada lagi permintaan orang mintak untuk invite Google Wave nih. So.. aku tengah figure out cemana.

Aku tau aku ada 8, tapi aku nak reserve kan 3 lagi dalam kerusi simpanan aku. Hehe!
Dengan syarat.. siapa yang 5 pertama beri e-mail nya dalam comment aku dibawah blogpost ni, get’s it! Like most wise-man said la.. Early bird gets early worm. Only.. this is not a worm. *UWEKKKK!!
Aku tidak sengaja aku boleh terlepas pandang satu invite code yang aku ada untuk wave.google.com account, so.. aku gunakannya untuk email google aku, pasal Google Wave aku sebelum ni adalah untuk email ShamHardy.com aku. What a clumse! haha..
Mine Google Wave id is: eisham[a]googlewave.com (change that [a] to @ okay)

Dan ini.. adalah resultnya, account google wave aku ladies and gentleman. Huh! My mom and dad must be proud (kidding!)..

Uh-oh orang Seramban (Seremban), kita telah di prank oleh Google right now.
P/S: Tengah figure out cemana aku nak contact Google maps admin untuk tukar balik nama..

Sibuk sekarang ni di web tentang Google telah memberi invite 100,000 kepada lucky users mereka, tahniah besar kepada anda semua.

Aku sebernanya sekarang ni sedang dalam mod menuntut ilmu dari dua “pakar” blogger Malaysia kita iaitu AzmanIshak.com dan Knizam.com, tentang bagaimanakah anda hendak membuat blogpost secara live! atau secara bergerak, atau secara mobile.
So.. seandainya kalau dalam RSS kamu ada muncul blogpost baru dari RSS feed aku, tapi tiada wujud, maksudnya aku sedang lakukan testing-testing la antara blog aku dan Flickr aku la tuh.
Aku rasa MySpace dress-up patut lebih rocking, what’s up dengan YouTube? adakah suppose Twitter jadi macam tuh?? Erghhh.. anyway.. mana Ustream.TV ngan Flickr?
Daripada elontirien di Deviantart.com

Kini seandainya anda ingin subscribe melalui e-mail berkenaan any perbincangan dan notification dari OSDC.my, please head down to
http://groups.google.com/group/osdcmy-list
Dan pada Facebookers pula, jadilah sebagai fan dalam Facebook page mereka disini.
http://www.facebook.com/pages/Open-Source-Developers-Club-Malaysia/80292283545
Anymore info please go to OSDC.my for more detail, thank you.
Aku wondering, samada new tool Google buat ni boleh menjadi ‘real’ rival kepada Firefox nanti? I mean, this Google Wave thing.. they start mixing social recipe something sekaligus dengan Google Chrome, with video, maps, photos everything. Google is doing something now, and it seem like a total world domination.. Even API juga mereka share kepada public.
Haha.. Yeah i guess..
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=v_UyVmITiYQ[/youtube] Continue reading
Update terbaru bagi Google Chrome hari ini, mereka telah bring out new updates pada browser yang mana lebih 30 percent cepat apabila loading sesebuah web pages. Seriously? Haven’t try it… yet!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=rubd9bqjS64[/youtube]By the way Google, where’s PageRank in Google Chrome?

Inilah yang paling aku tak faham, daripada berita aku baca dalam PC World hari ini ada memberitahu bahawa, Microsoft planning untuk kemukan bantahan dengan European Commission terhadap Google kerana membenarkan Google Chrome di bundle kan softwarenya ke dalam Windows, atas sebab ditakuti akan di monopoly oleh Google untuk web browser.
I mean WTF? Bukan ke mereka dahulu yang memulakan all this monopoly thing in first place dengan Internet Explorer mereka, dan yang menjadi mangsa mereka ketika itu adalah Netscape, hinggakan damage terhadap company mereka begitu teruk dan mereka kini telah slow, due to most surfer menggunakan Internet Explorer yang dibekalkan sekali dengan Microsoft Windows.
Link ni appear dalam main site Google petang tadi. Dinamakan sebagai Doodle 4 Google. Ia adalah event yang dianjurkan oleh Google sendiri, dengan mengadakan competition yang terdiri dari pelajar sekolah rendah (K-12 students) mereka disana dalam designing artwork bagi Google logo untuk tema good cause Google choose every year.
Dan pada tahun ini, Google telah memilih tema tajuk “What I Wish for the World.” dalam competition tersebut. So.. Google asking for your vote, and there’s 4 category bagi artwork tersebut, dan korang boleh vote as many as you want bagi design korang fikir as interesting.
Its a good cause, so.. aku share it to you guys. Hope you have time to vote for it. ![]()
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=rsvTtKUCNHk[/youtube]And anyway, video diatas adalah explanatory kepada Google 4 Doodle competition mereka yang lepas. Smile….
Google kini mula approaching TV audience untuk mempromosikan product browser mereka kepada dunia, dan dalam beberapa bulan yang lepas, Google’s Japan telah mencipta commercial baru untuk Chrome bagi TV advertisement program.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=SHZFsJKlsuA[/youtube]Namun begitu, terdapat petikan dalam TechCrunch yang somewhat interesting tentang Google making this video. Continue reading
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=lfNayaL9MYc[/youtube]Aku kira video ni penuh dengan inspiration, penting kepada mereka yang ingin berjaya bukan sahaja dalam bidang web atau teknologi, tapi jua dalam apa sahaja business anda ingin lakukan dan diceburi. Dirakam pada konvokesyen University of Michigan 2 May lepas. Tempat dimana beliau juga turut menerima Bachelor of Science dalam bidang Computer Engineering ketika dulu. Continue reading
Google telah mengubah logo mereka hari ini (27 April) bagi memperingati kelahiran pencipta single wire telegraph system iaitu Samuel F.B. Morse. Jasa beliau dalam ciptaannya terdahulu, telah melihat kepada perkembangan lebih hebat sistem telekomunikasi dunia ada sekarang. Korang boleh baca full biografi tentang beliau dalam Wikipedia.
Thank you so much Morse, anda telah mencipta satu keajaiban hebat di dunia suatu masa dahulu, dan kini dengan kejayaan ciptaan anda tersebut, kami semua boleh ber’facebook’ dan ber’twitter’ dengan orang seluruh dunia tanpa batasan. Million thanks again.
Aku selalu tertanya kadangkala dengan bagaimana mereka ini beri free service pada people dan masih lagi buat duit? Bukan senang tau, pasal mereka terpaksa approach rich business company lain untuk invest pada service mereka provide, just for getting people’s to know their brand. So aku search dalam Google, mencari jalan bagaimana mereka semua ini buat duit. Dan based pada apa aku baca yang tertulis, konsepnya adalah lebih kurang sama dengan advertisers makes money.
So aku gather only service yang matters to me dan selalu aku guna, antaranya adalah Facebook, Twitter, UStream.TV, Google, WordPress, Firefox, Digg dan StumbleUpon. Let us semua belajar dari professional, dan deploy untuk web service kita akan datang pada mereka yang ingin lakukan. Continue reading
Diharap pada readers yang visiting this blog boleh meluangkan masa sebentar untuk connect Google account anda dengan Google Friend Connect dalam blog ni, tujuan aku adalah supaya lebih ramai lagi friends aku boleh connect pada social web. Tak semestinya sahaja dalam Twitters dan Facebook, because ini adalah Google, biggest, coolest and darkest search engine world ever had. Lagipun siap bosar lagi Google social baar aku letak dalam blog ni, tu pun kalau tak connect tu aku pun tak faham laa..
Dan pada yang telah connect tu, jutaan terima kasih semula kepada anda. Rasanya aku dah pun join pada blog korang masing-masing.
Oh dan pada siapa yang telah pun exchange link blog ini dengan blog korang, please notify me.. Supaya aku boleh letakkan balik dalam blog ni as return. I really do need co-operation with you guys all. Thank you!
Mereka yang follow tech news pasti tau tentang apa yang berlaku pada The Pirate Bay owner, 4 of them didapati bersalah dan dipenjarakan setahun setiap sorang. Entertainment Industry berjaya sekali lagi selepas menundukkan TorrentSpy sebelum ini hingga terpaksa ditutup. Tapi selepas daripada effect itu, timbul pula satu lagi berita buruk bagi entertainment industry Hollywood, Google pula dilihat sebagai alternative kepada The Pirate Bay, satu langkah dramatik tu kalau nak beat Google pula.
Dan itulah yang aku cuba nak show dalam illustrasi blogpost ni, walaupun mereka berjaya mengalahkan The Pirate Bay, lawan seterusnya ialah Google pula berdiri di belakang, dan mau tak mau my friend. Itulah next contender you will have to face. Beat that!

Aku rasa bersamaan dengan earth day ni sebernanya adalah hari Google jugak la, mana taknya.. 3 benda favorite aku tunggu untuk muncul dalam service Google dah pun keluar. Iaitu Google Profiles, Google event gadget, dengan Google video chat. Tapi yang betul-betul aku exciting adalah 2 jer, Google Profile dengan Google event gadget. Yerla sebab sekarang ni kan dah masuk zaman social media happening around, dengan Facebook nya, Twitter nya.. So.. Google pun mula melangkah maju untuk sertai dunia itu sekarang dan bersaing dengan apa yang ada. That’s awesome to me..
By the way, check my profile dalam Google. Cool eh.. Dia macam personality profile masa korang search dalam Google tu.
Anyway, it says yang bila korang type for example ‘Sham Hardy’ tu nanti dalam search box, akan keluar kita punya bits profile tu. Tapi tak muncul apa pun bila aku search.. huhu..
Tu satu, the next big thing is Google event gadget, i mean i need this thing. Dia boleh jadi display kepada event yang aku nak pergi dalam blog, fungsi agak a little bit same macam event application dalam Facebook. Cumanya this is Google, and kalau korang nak britahu nak attend atau tak, korang akan memerlukan Google account. Penerangan tentang itu boleh lihat pada video di bawah.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=MfAIFlgH2go[/youtube]Korang boleh get the idea right? Dan akhir sekali, adalah Google video chat, selalunya IM kita tengok dalam Google chat adalah text based semata-mata, tapi kali ni Google implement video chatting macam Skype. Mungkinkah selepas ni Facebook pula akan tambah feature pada chat application nya untuk ada video? Kemungkinan besar..
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=JFGJRfoK9xQ[/youtube]Well there you have it, 3 big things Google dah pun wujudkan. Mungkin ada yang dah old tentang berita ni semua, tapi pastinya aku baru saja tau. So.. don’t blame me. LOL!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=6fD2t4d2Ln4[/youtube]Selain daripada Google News Timeline, Google hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menambah majukan Google searching bagi images yang kalau sebelum ni korang type ‘jaguar’ for instant, dan yang keluar kenkadang tu bukan ‘jaguar’ tapi something else yang other web author nakal buat. So.. tu semua tak membantu dalam mencari searching yang efektif la. Tu contoh.. Belum masuk lagi kalau korang cari ‘Nike’ ker dan yang keluar pulak photo hot girl naked something like that. Hahaha..
So.. there you are.. pembaharuan teknologi kita manusia terima hari ini daripada Google. I wonder what’s next?
Dalam Google search kan ada feature yang suggest people untuk pergi kepada what most people search berdasarkan ayat yang kita letak dalam search bar, so aku jalankan few experiment dengan benda tu untuk lihat apakah benda atau perkara kebanyakan orang melayu Malaysia cari dalam Google berdasarkan sepotong ayat atau perkataan diberi, dan pastinya hasil ujikaji tersebut adalah sesuatu yang “kita boleh bajet la” apa yang kebanyakan orang kita search. Very interesting..

Kebanyakan website yang based kepada perkataan ‘melayu’ itu adalah website blue.. hurmmmm..

Kenapa singgah kalau tak masuk lirik?? Aku tak ngerti…

Paklah tidur dan bodoh? Hahhahaa…

Boleh bajet laaa kalau masuk perkataan ‘awek’ nih..

Tolong………. apa??
Korang sendiri tafsir la apa yang ada dalam kepala dorang masa cari dalam Google tuh. :S
Saya suka melihat any progress update atau development any developers buat untuk future technology, especially web, yang semakin berkembang everyday non-stop, dan mungkin in 5 years from now, jangkaan bahawa kita akan ber’social’ melalui mobile device akan terjadi kerana most inventors yang ada sekarang pun cuba mengecilkan device seperti PC dan laptop kepada smaller dan lagi smaller size supaya kita boleh bawanya anywhere without any problem at all.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=Q-Oq-9enE-k[/youtube]Dan pada kali ini saya tertarik dengan apa yang developers Google hasilkan ketika ini yang diberi nama Google Latitude. Basically function ini adalah untuk melihat dimana rakan kita berada melalui maps dalam mobile device yang menggunakan Android system (dihasilkan oleh Google juga). Dan Google Latitude ini juga akan bergerak mengikut dimana kita bergerak as long as mobile device kita itu berada dalam poket kita bawa. Think of it as self global positioned! Scary ayte?
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=h0GA73O_9O4[/youtube]Namun begitu, keberkesanan pada privacy setting adalah penting, dan Google Latitude ada memilikinya, kerana in the future, communication adalah always on the go. Expect more things to come..
Bagi mereka yang menggunakan Gmail, korang boleh add gadgets dalam gmail account korang. Fungsinya adalah sama seperti widget function dalam blog. You get the idea right? Korang boleh letak pada left or right sidebar dalam Gmail, bergantung pada account setting. Untuk start, pergi ke bahagian ‘settings’ dahulu, and then pergi ke ‘Gadgets’ tab.Copy the links, and paste. easy~! try it now.
Twitter Gadget: http://www.twittergadget.com/gadget_gmail.xml
Google Map Search: http://www.google.com/ig/modules/mapsearch.xml
Facebook Gadget: http://www.brianngo.net/ig/facebook.xml
FriendFeed Gadget: http://friendfeed.com/embed/googlegadget/spec
Digg Gadget: http://digg.com/goog/ig.xml
World Clock: http://gad.getpla.net/poly/clock.xml
Google Translate: http://www.google.com/ig/modules/dictionary.xml
Ask a Word (Dictionary, Thesaurus, Encyclopedia): http://www.openinventions.com/spellcheck/openinventions_spellcheck.xml
Delicious Gadget: http://www.labpixies.com/campaigns/delicious/delicious.xml
MySpace Gadget: http://hosting.gmodules.com/ig/gadgets/file/100080069921643878012/myspace.xml
Flickr Gadget: http://hosting.gmodules.com/ig/gadgets/file/100080069921643878012/flickr.xml
Remember the Milk (Task List): http://www.rememberthemilk.com/services/modules/googleig/rtm.xml
Bit.ly URL Shortner: http://hosting.gmodules.com/ig/gadgets/file/107368512201818821991/bitly-shortener.xml
Orkut Scrapbook: http://hosting.gmodules.com/ig/gadgets/file/105297062528314471242/doomer_orkut_scrapbook.xml
Wikipedia Search: http://www.google.com/ig/modules/wikipedia.xml
Currency Converter: http://www.ac-markets.com/forex/currencyconverter.xml
Quick Links to Google Services: http://blakewest.googlepages.com/googleservices.xml
Gadget ini bukan sahaja boleh function dalam Gmail, iGoogle pun boleh turut digunakan sama. Dan peringatan seperkara lagi, sesetengah design gadget ini mungkin tidak berapa nampak menarik dalam appearance. Terpulang pada masing-masing untuk memilihnya.