Tentera Harus Hati-Hati Apabila Check-In

Kementerian pertahanan British telah memberi arahan kepada tentera-tentera mereka di sana untuk tidak menggunakan Foursquare bagi tujuan keselamatan, dan ini adalah video yang mereka sediakan di dalam YouTube.

Tapi bagi pendapat aku kalau nak menggunakan Foursquare ke, Gowalla ke, Twitter atau Facebook check-in tu boleh, tapi kalau boleh sila pastikan la ia dikongsi pada individu yang anda kenali sahaja, dan tidak kepada umum begitu sahaja.

Untuk diri aku sendiri, aku rasa aku takde benda yang perlu aku sembunyikan, aku takde hutang dengan sesapa kecuali bank dan kerajaan (loan MARA), aku tak bekerja di tempat yang dikelilingi dengan maklumat rahsia dan pertahanan negara, dan aku cuma orang biasa yang mempunyai minat yang besar dalam perkara berkaitan teknologi, seni dan sains, jadi aku rasa aku okay untuk menggunakannya, cuma aku perlu kawal lebih lagi info mengenai aku supaya ianya tidak nampak terlalu ‘transparent’ kepada umum, sebuah nota penting kepada diri sendiri dan kepada anda juga yang membaca.

Jadi sudahkah anda check-in tempat yang anda berada sekarang? LOL!

Sumber: About Foursquare (http://bit.ly/jOxMQU)

Khas Bagi Pengumpul Badge Foursquare

Ini sangat menarik, bagi penggemar badge Foursquare di luar sana (aku pasti memang ramai jumlahnya *koff *koff), jikalau korang masih mencari jalan untuk mendapat badge tertentu dalam Foursquare yang sehingga kini korang masih buntu untuk mendapatnya, look no further.

Check out 4sq Badge Crawl!

Aplikasi web ini bukan tujuan untuk memberikan anda cara cheat untuk mendapatkannya, tapi cuma ia menunjukkan venue terdekat dengan korang ketika ini yang membolehkan korang mendapat badge yang masih korang belum dapat. Senang je kan?

Contoh berapa kali anda perlu check-in dan badge yang korang boleh dapat.

Cara nak menggunakan aplikasi ni mudah sahaja, log-in dengan akaun Foursquare korang, authorize, dan segalanya ia telah diuruskan. Yang penting, perlu check-in la tempat sekarang ko berada la, mudah untuk lakukan misi targeting. Ha haa!

Good luck!

Begini Cara Saya Guna Foursquare


Image source: Mo-foto (Flickr)

Aku pasti ramai sekarang ni dah familiar dengan nama Foursquare kan? So, blogpost kali ini aku nak terangkan bagaimana cara aku gunakan Foursquare setiap hari, dan tak seperti apa yang sesetengah orang katakan mengenainya. Biar aku perjelaskannya okay?

Isu ni mungkin ada sesetengah blogger mengatakan yang Foursquare adalah semata-mata untuk ‘bermain’ mendapatkan mayor bagi tempat-tempat, serta pelbagai badge untuk dikumpul, well.. kalau korang berkata cenggitu kat aku, dengan serta merta aku akan kata yang ko dah silap! Dalam beberapa part..

Aku tak nafikan ada users yang menggunakannya dengan cara begitu, namun dalam hal tersebut aku tak boleh nak salahkan sesiapa, and there might be reasons why Foursquare admins let them do that.. dan diorang bukan bodoh, kalau tak diorang tak akan worth (estimate) $100 million dollars company sekarang ni betul tak? Hmmm.. kena carik tuh.

Cukup dengan itu, kita terus ke penjelasan lanjut aku okay?

Biarkan aku terangkan, aku menggunakan Foursquare adalah untuk merekod perjalanan aku dari satu tempat ke satu tempat lain, setiap satu rekod mempunyai catatan tarikh, masa dan lokasi tempat dimana aku berada.

Dan ini adalah penting kerana aku boleh melihat semula catatan perjalanan aku yang lama-lama dan ingat semula apakah perkara aku lakukan ketika ke tempat tersebut, samada mungkin aku sampai ke stesen LRT ke, sampai ke tempat kerja, berjumpa dengan orang, membeli-belah, pergi makan dan sebagainya. Foursquare, boleh menjadi diari harian perjalanan anda setiap masa.

Nak letakkan nota? Sure.. Cuma shout saja, nak masukkan gambar sekali? No problem.. sekarang dah boleh dah.. video je yang belum boleh lagi.

Dan kalau anda bekerja di syarikat yang memerlukan anda untuk isi borang claim anda kesana-kesini, lagi la Foursquare boleh banyak membantu, just open history page korang dan selesai. Betul tak?

Seterusnya adalah navigasi.

Navigasi yang aku maksudkannya adalah, contoh apabila anda sampai ke kompleks sukan Bukit Jalil, dan anda nak mencari sebuah Paintball park yang anda tahu ia berada di sekitar situ, Cuma tak pasti tempat sebenar dimana.. apa perlu anda buat, anda buka aplikasi Foursquare anda melalui phone, buka info peta untuk venue tersebut, dan memandulah anda ke lokasi tempat itu, ia sungguh senang! Tak perlu nak berhenti tanya dengan orang sekeliling, atau habiskan duit untuk menelefon rakan anda yang sudah ada disana, Foursquare boleh membantu. Dan ini kisah benar terjadi pada aku sebernanya. Haha.

Tapi… ia boleh menjadi kalau anda dekat dengan tempat tersebut, dan kedudukan peta venue betul, dan connection mobile internet anda okay. Selain dari itu, pergilah turun bertanya dengan orang, atau call member anda yang sudah ada disana (kalau dia dah ada kat sana lah). Well at least ia ada jugak membantu sedikit yer tak?

Tips: Integrasi dengan Google Calendar.

Sesuatu yang readers perlu tahu, semenjak aku mula menggunakan smart-phone, aku dah berhenti menggunakan diari untuk apa-apa catatan, semua to-do lists aku, semua event, semua rekod panggilan dan tempat aku pergi ada dalam Google Calendar, ia sangat banyak kegunaan, sangat suka dan aku mengajak juga korang sama menggunakan aplikasi Google yang hebat ini.

Oleh itu ini adalah tips (sebernanya tips ini sudah lama) untuk integrasikan Foursquare check-ins korang dengan Google Calendar.

1. Login ke akaun Foursquare korang
2. Pergi ke Foursquare feeds
3. Copy link (URL) untuk ICS feed
4. Paste link tersebut kedalam pilihan Calendar app subscription
5. Itu sahaja!

Dan untuk membaca lebih info mengenai integrasi tersebut, pergi ke link Foursquare blog mereka.

Akhir sekali, bersosial.

Salah satu perkara aku suka mengenai Foursquare ini adalah, aku kadangkala dapat tahu siapa lagi rakan aku yang hadir dalam sesebuah event tersebut, ini bagus kerana kita mungkin dapat berkomunikasi dengan rakan online yang biasa kita jumpa, atau tak pernah bertemu pun selama ini, dan untuk business person pula, boleh mendapat client baru untuk syarikat mereka, blogger sama blogger dapat bertukar pendapat, developer dengan developer boleh berbincang tentang coding, dan seluruh proses interaksi yang sebegini sangat bagus kalau kita pandai manfaatkan ia.

Ingat! Komunikasi itu bagus!

Ada banyak lagi kegunaan Foursquare kalau aku nak terangkan, itu belum lagi kalau aku masuk ke bahagian untuk perniagaan pula. Aku rasa lebih bagus kalau aku letakkan tajuk tersebut untuk blogpost akan datang. Beserta kalau ada tambahan tips aku boleh ceritakan mengenai aplikasi Foursquare ini.

Tapi mesej yang jelas aku nak terangkan disini adalah, Foursquare adalah bukan aplikasi yang sia-sia, kalau korang pandai menggunakan, korang pasti mendapat faedahnya, sama juga macam kereta, sebuah kereta boleh melakukan apa sahaja, boleh bawak pergi bersiar kemana-mana, dan boleh juga digunakan untuk bertemu dengan awek-awek yang baru anda kenal (yang mana ia boleh membawa untung), dan kalau kita mensia-siakan peranan kereta untuk kebaikan, seperti melanggar kereta lain ke, melanggar polis, melanggar tiang lampu, melanggar dinding parking tingkat ke-20 dan sebagainya, maka ia bukan sahaja mendatangkan nama tidak baik kepada kita, tapi juga wang kita akan terbang melayang membayar ganti rugi kita lakukan tersebut, lebih teruk lagi, mati.

Sekian..

P/S: Aku rasa aku ter over sikit bila menceritakan pasal kebaikan keburukan kereta tuh.

Event: Ceritera #Oct23rdTwtup

#Oct23rdTwtup adalah satu majlis tweetup yang paling terbaru sekali diadakan pada Sabtu lepas (23 October, 2010) yang bertempat di Pusat Komuniti TTDI (http://4sq.com/bY9e3E), ia bukan sahaja berjaya dari segi penganjurannya, malah paling terbesar dan paling terhebat tweetup diadakan di Malaysia (sehingga kini).

Pelbagai aturcara telah diatur, pelbagai aktiviti boleh anda lakukan, seperti anda boleh bermain PlayStation 3, bermain board games, card games, game Rockband, ada sesi untuk #tributepramlee, gigs, menonton perlawanan bola sepak, dan pelbagai sangat. Serious! Inilah bentuk tweetup yang aku impikan akan ada di Malaysia.

Video untuk #tributepramlee ketika #Oct23rdTwtup yang aku jumpa di YouTube (Thanks rosstafathegeek):

Aku hadir dalam pukul 8:30 malam, cadangnya pukul 5 petang camtuh, tapi sebab aku memikirkan aku ada bawa wife (@zawizainal) dan anak aku (@hailakid) bersama, aku rasa macam tak boleh nak attend lebih awal, takut pulak meragam anak aku nanti kalau lebih dari 3 jam kat situ, lagipun masa aku tengok susunan masa program pun untuk the main event (Super Swarm Badge) start pukul 9 malam camtuh, so.. aku rasa kehadiran aku pukul 8:30 malam macam perfect time rasanya. Walaupun aku terlepas beberapa tweepz yang telah balik awal masa tuh. *heh!

Anyway, satu perkara yang paling awesome mengenai tweetup kali ini adalah buat pertama kalinya di Malaysia dalam sejarah Foursquare, kita telah dapat Super Swarm Badge ladies and gentleman, sebuah badge yang memerlukan 250 orang untuk check-in serentak dalam satu tempat dalam satu masa. Bukan senang tau nak dapat badge nih, siapa terlepas memang sayang teramat sangat lorr..

Link: http://4sq.com/9Erxhk

Super Swarm Badge penting bagi aku adalah kerana kita memberi message kepada Foursquare admins dan dunia social media bahawa users Foursquare di Malaysia besar, dan juga memberi keyakinan kepada syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menggunakan servis (Foursquare) ini bagi membantu meningkatkan perniagaan mereka di Malaysia.

Itulah jawapan aku in-case kalau ada orang tanya kenapa penting sangat badge ni laa.. (aku pun pernah buat blog-post mengenai perlunya kita ada Super Swarm Badge di Malaysia sebelum ni: http://shamhardy.com/9169)

Foto sekitar #Oct23rdTwtup tersebut (10 foto):









Individu yang menjadi King bagi event #Oct23rdTwtup ini adalah tidak lain tidak bukan, Mr. @karrotgold ladies and gentleman.

Bro, you got my respect! Dan juga kepada mereka-mereka yang telah bersama menjayakan event ini, anda semua memang hebat! Bukan sahaja dalam social media world, tapi juga dalam dunia realiti. Kita perlukan individu-individu seperti ini lagi di Malaysia. Bersama-sama kita bangunkan komuniti web di Malaysia ini menjadi lebih menarik lagi selepas ini. If you got what it takes, then do it!

Terima kasih.

Selepas #Oct23rdTwtup, kami @finafedora, @zawizainal, @hailakid, @tekong, @odin88, @MrKayMY, @wfxyz, @khairul, dan @holocoustine bergerak ke Rasta TTDI (http://4sq.com/d1nqRT) pula untuk menyambung lagi Tweetup kami sehingga tengah malam rasanya.

Untuk melihat lebih banyak lagi foto-foto dari event ini, sila pergi ke album #Oct23rdTwtup aku di Facebook (70 jumlah kesemuanya): http://on.fb.me/9ffXZb

P/S: Ada lagi Tweetup korang plan lagi lepas nih?

@4sqkl Kita Perlu Super Swarm Badge Di Malaysia

Super Swarm badge adalah salah satu badge yang anda boleh unlock jika anda dan 249 rakan anda (250 semuanya) lain check-in di satu tempat dalam masa yang sama untuk mendapatkannya. Ia bukan mudah, kerana ini memerlukan kerjasama dari semua Foursquare users untuk turun dan melakukan serentak menekan butang check-in. Bunyi ‘macam’ mudah? Tapi nak mengajak tu yang susah.

Tapi aku ada cadangan…

Apa kata kita set gather place masa tayangan filem? Kita pilih tajuk filem yang agak geeky sikit, sebab Foursquare ni sebernanya adalah something yang geek like to-do right? No? Move along.. Okay so, kita ambil jenis filem yang sesuai dengan tuh, Scott Pilgrim vs. The World? Atau Tron: Legacy?

Scott Pilgrim vs. The World ditayangkan November nih, dan Tron: Legacy pada Disember, masih jauh lagi masa, kita boleh set plan dan think about how to attract people (Foursquare users) come together to watch the movie dan unlock that badge as the same time?

Tempat yang aku cadangkan adalah di GSC Mid Valley, pasal ada banyak panggung disana, dan besar, lagipun ianya di dalam shopping complex. Nak kesana pun mudah, ada pengangkutan bas dan komuter. Semua orang rasanya tak susah nak kesana, kecuali jalannya yang agak sibuk pada peak hours.

Lagi satu cadangan adalah kita propose untuk dapatkan sponsor daripada distributor company filem-filem ini:

Scott Pilgrim vs. the World – Universal Pictures
Tron: Legacy – Walt Disney Pictures

Dan masing-masing Universal Pictures dan Walt Disney ada pejabat mereka di Malaysia:

United International Pictures
C-27-03, 3 Two Square,
2 Jalan 19/1,
46300 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Tel: +603-7955 9923
Fax: +603-7955 9972
Email: contact@uip.com.my
Website: http://www.uip.com.my/

Walt Disney Studios Motion Pictures (Malaysia)
Petaling Jaya, Malaysia
Tel: 03-77102323

Okay, Super Swarm badge memerlukan 250 people, aku tak pasti berapa ramai satu panggung boleh tampung, so kita mungkin separate into-half, means, 125 kat panggung A, dan 125 kat panggung B, that way everyone can watch the movie at the same time. So, lepas habis filem tersebut kita boleh gather reramai, take pictures, dan bersurai, atau maybe nak kumpul di tempat lain? Terpulang pada diri masing-masing.

That’s how i plan. Not sure bout you guys. Maybe nak tambah-tambah sikit acara? Just want to make sure everyone’s happy lagi. Tapi jangan la sesuatu yang memenatkan, tak mau la bau busuk-busuk ketiak. :P

Mengapa perlu Super Swarm badge?

Menurut Penn Olson:

This new badge has provided businesses with another reason to gather fans and followers together. It is a win-win situation for both parties. We get to unlock the badge and enjoy the event, while businesses get to engage with potential customers. – http://bit.ly/aVoA3m

Lagipun negara ‘jiran’ kita iaitu Indonesia telah mempunyai 3 kali Super Swarm event mereka (menurut sumber About Foursquare):
Festival Jajanan Bango 2010 – Jul 3, 2010
Monumen Tragedi 12 Mei – May 12, 2010
blitzmegaplex – Grand Indonesia (Iron Man 2 Screening) – May 3, 2010

Tapi aku dapat bau mereka ni ada yang tipu, cuba lihat badge mamat sorang ni dapat (http://4sq.com/cDbHR3) seriously? takde check-in kat mana-mana tempat kat U.S. and suddenly dapat join party bersama @naveen (Co-founder Foursquare)? I smell RAT!

Tapi kita masih belum lagi ada satu pun di Malaysia, itu amatlah tak boleh diterima. Bukan sebab dengki, tapi.. kerana semangat Malaysia Boleh! Are you with me Malaysian!!!

Kepada @4sqkl, @lightyoruichi, @davidlian, @Bennimaru, @icednyior, @thechannelc dan @mikecampton. Kita perlu Super Swarm Badge di Malaysia. Sila ambil perhatian!

P/S: Aku suka bekerjasama, kalau aku tamak aku takkan buat blog-post ni.

Foursquare Meetup Bersama Tune Hotels

Menurut dari blog Foursquare:

After the overwhelming popularity of the first annual Foursquare Day (4/16/2010), we realized there was demand for getting a bunch of you all together in one place. And then we were asked to be a launch partner for the new Meetup everywhere, which helps people who want to have foursquare meetups self-organize, anywhere in the world!

Sumber: Foursquare Blog (http://bit.ly/9uAILj)

Oleh itu, pada June 16, 2010 yang lepas, Tune Hotels telah menjadi penganjur utama bagi Foursquare Day di Kuala Lumpur. Dan lagi sekali, Advertlets bersama rakan blogger yang dijemput telah bersama menjayakan event pada hari tersebut yang dikira telah berjaya dalam mengumpul ramai Foursquare users datang.

Dan kepada mereka yang masih tidak mempunyai Swarm Badge, itulah sebernanya masa untuk mereka mendapatkannya. (Aku dah dapat lama dah sebernanya, hehe)

Berikut adalah foto-foto ketika event tersebut:


Tune Hotels pada hari itu juga telah membawa hadirin untuk menikmati jamuan makanan di Bangkok Wasabe yang terletak dekat sahaja dari tempat mereka tersebut.

Foursquare: http://foursquare.com/venue/1557192

Swarm Badge juga berjaya dapat pada ketika itu. Tahniah!

Namun apa yang penting pada aku adalah, aku dapat tahu yang hotel milik Tune Hotels adalah superb, dengan kelengkapan yang seperti 5 stars hotel, dengan harga yang cukup murah seperti 1 star hotel sahaja bayarannya. Memang pastnyai adalah pilihan aku kalau pergi travel kemana-mana, ini bukan ayat advertisement, tapi memang aku akan cari hotel Tune dulu sebelum aku pergi mencari hotel yang lain.

Mengapa bayar lebih jika anda boleh dapat servis yang sama seperti 5 stars tapi dengan harga yang murah?

Thanks Tune Hotels, aku akan lawat hotel anda mulai akan datang. :)

Tune Hotels, Kota Damansara (Foursquare): http://foursquare.com/venue/3986809
Foursquare Meetup (Event page): http://www.meetup.com/foursquare/5002/

Sumber Foto: MynJayz.com (http://bit.ly/aNogzz), Firdaus Feeq (http://bit.ly/aEJ8Li), Tune Hotels.com Facebook (http://bit.ly/a7Ur5J)

Selamat Hari Foursquare Day! #4sqdayKL #Malaysia

Okay okay aku sorry, aku patut buat blogpost ni awal-awal pagi tadi, tapi sebab aku sibuk, so.. masa yang ‘agak’ terluang sikit petang ni aku buat satu blogpost khas bagi semua para pengguna Foursquare okay (rasa sebelum ni ada jugak aku buat blogpost mention pasal Foursquare Day, tapi tu.. lebih pada umum la), kerana.. harini adalah hari anda, harini.. adalah hari Foursquare! Yeah!

Continue reading