Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah dijemput sebagai pihak media oleh Shell Malaysia, bagi melancarkan tiga lagi model kereta mereka iaitu Scuderia Ferrari Truck, Ferrari F40, dan Ferrari FXX di acara majlis yang berlangsung di Blue Concourse, Pusat Membeli Belah Sunway Piramid. Acara tersebut turut disertai oleh Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Tuan Haji Azman Ismail bagi merasmikan majlis gilang gemilang tersebut.
“Shell dan Kumpulan LEGO telah bekerjasama lebih daripada 18 bulan demi menghasilkan motor mini ini yang mengintipatikan semangat inovasi teknologi yang merupakan teras minyak Shell V-Power; di formulasi untuk peningkatan prestasi menerusi teknologi canggih,” Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.
Bukan sahaja tiga model kereta yang menjadi perhatian utama bagi aku pada ketika itu, tetapi juga dengan kehadiran kereta Ferrari 150 Italia saiz sebenar yang dibina sepenuhnya dengan menggunakan blok LEGO.
Kini semua model kereta LEGO tersebut telah lengkap untuk dimiliki oleh peminat Ferrari, lumba motor atau blok LEGO, dari stesen-stesen minyak Shell yang terdapat diseluruh negara. Bagi memudahkan lagi pelanggan untuk mendapatkan set lengkap model kereta tersebut, pelanggan Shell hanya perlu menunjukkan kad Bonuslink mereka untuk salah satu model unik LEGO pada harga RM12.90 setiap satu. Sebarang pembelian barang Shell tidak diperlukan. Promosi ini sah mulai 8 November 2012 selagi stok masih ada.
Setelah berpindah ke Putrajaya ini, nak jugak aku lihat bagaimana rupa bentuk majlis Maulidur Rasul di Putrajaya sini, tapi.. sayangnya kami terlepas bab perarakan, sebab kami pun tak tahu pukul berapa sebernanya majlis itu akan bermula, jadi.. inilah beberapa foto aku sempat ambil semasa majlis tersebut masih lagi berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya. Harap anda pun turut sama menyertainya pagi tadi, tapi kalau tak dapat nak pergi pun takpe.. lagipun bukannya wajib kan?
Salam Maulidur Rasul untuk semua
Setelah pulang sahaja dari majlis tersebut, kami semua ngantuk penat, lebih lebih lagi si kecik Hannah ni yang comel je setiap masa.
Inilah saat yang aku kira paling mendebarkan (teramat sangat!) ketika menontonnya. Sampaikan member aku yang teman aku tadi tak sanggup nak tengok keadaan match yang sangat tegang ini. Tapi Alhamdulillah.. akhirnya Malaysia juara.
Sebernanya aku mengharapkan match ini sampai ke peringkat sepakan penalti ni, pasal aku percaya dengan kemampuan Khairul Fahmi a.k.a Apek yang superb la aku kata, dan aku pasti ramai yang bersetuju juga dengan aku dalam hal ini (tolak beberapa sepakan beliau tak dapat tangkap tadi).
Tapi tak kisah! Kerana Malaysia telah menjadi juara! Itu yang penting sekarang. Pedulikkan isu-isu lain, yang penting Malaysia menang okeh. MALAYSIA MENANG!!!! HAHAHAHAHHAHAAA..
P/S: Aku baru sedar yang Khairul Fahmi masih bawah 23 tahun. LOL!
Sebagai rakyat Malaysia aku berbangga dengan pencapaian team Malaysia sekarang ni yang akan ke Final nanti, menentang…….. Indonesia…. okeh! Aku taknak komen banyak-banyak, ianya ditakuti akan menimbulkan semangat patriotism yang melampau hingga memperlekehkan negara lawan, sebab negara Malaysia kita semua rakyatnya ada otak, dan itulah yang membuatkan kita lebih maju.. (terdiam)
Okeh ayat aku diatas dah ada menunjukkan tanda emo sedikit, let’s move on.. dan ini adalah 3 video untuk tontonan anda, sebagai rakyat Malaysia, kita harus berikan sokongan. MALAYSIA BOLEH!
Bonus: Jumpa di YouTube, walaupun bukan pasal Sukan SEA, tapi melihat ramai penyokong skuad Harimau Malaya dalam video ini (i lied!) membuatkan aku rasa bangga dengan apa yang telah kita capai setakat ini.
Thanks to mister @KarrotGold yang menjemput aku untuk datang ke event ini, katanya ia adalah show Altimet, tapi bila aku sampai disana aku dapat tengok performance lebih banyak band lagi di atas stage. And here it is..
Ia adalah event Aloud Asia, berlangsung di Bentley Music, tak banyak yang aku tahu mengenai gig ini, tapi menurut yang aku dengar dari apa yang Sasi The Don kata diatas stage ia adalah yang kedua dibuat, i’m like.. okay itu adalah satu permulaan yang bagus, tapi still have no idea sapa lagi band yang akan perform lain, sebab aku datang ke sana pun memang main hantam je datang dari rumah terbuka member aku. All i have to say: “suprise me fella..”
And komen aku mengenai gig ini dari mula hingga akhir cumalah ‘okay…’ la, beberapa performer sahaja yang aku rasa betul-betul stand out. Tapi takpe.. perjalanan team Aloud Asia masih jauh lagi, begitu juga dengan performer, i’m sure it will turn out awesome in future.
Oh by the way, here’s some photos.
Eliza Thomas
Nota: Gambarnya tak berapa banyak aku ada, sebab masa aku masuk ke dewan jer dia dah nak habis perform, anyway what’s up dengan tak ingat lirik tuh?
Nota: Not bad la the songs, tapi yang aku kagum adalah penerimaan muziknya yang telah sampai ke United States sana, Boston kalau tak silap, this girl will get into big scene soon if she still continue what she’s doing right now. I believe in that.
Nota: Aku dah lama tau pasal kewujudan band nih dari majalah ROTTW dulu-dulu, tau pasal muzik mereka yang metal i would say, dan buat pertama kalinya dalam hidup aku dapat tengok diorang perform sabtu lepas, memang pecah kepala beb, band yang paling aku suka dengan performance mereka. Thumbs up!
Nota: Nama yang tak asing lagi dalam industri muzik tempatan, dah hilang entiti Akademi Fantasia mereka, performance yang bagus, cuma.. boleh stop nyanyi lagu ‘Itu Kamu’ lagi tak? Walaupun fan anda minta, i’m really bored listen to that song. #justsaying
Nota: Inilah artis yang aku diundang datang untuk tengok persembahannya, sedang mencuba sesuatu yang baru kata Altimet, boleh pergi ke hadapan lagi dalam industri muzik tempatan kalau dia bawa genre muzik yang dipersembahkan pada hari itu. Altimet, you have my bless.
So itu sahaja yang boleh aku ceritakan segalanya, jadilah fan kepada Aloud Asia di Facebook dan follow mereka di Twitter. Kerana pastinya akan ada siri gig mereka yang ke-3 di masa hadapan. Aku ada banyak lagi foto-foto pada hari tersebut, check-out photo-sets aku di Flickr, Saya Sham Hardy, signing off.
P/S: Untuk keselamatan profil Twitter dan Facebook korang, semua link aku sediakan adalah HTTPS punya. Always safety first!
Malam semalam aku telah menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka oleh Maxis di Pusat Konvensyen KLCC bersama rakan se-cyber (se-Android) iaitu Ahmad Saiful Bahri bagi tujuan sebenar yang semua orang tahu kalau pergi ke mana-mana rumah terbuka iaitu, makan, berkumpul, beramah mesra dan berkenalan.
Sayangnya oleh kerana kami tidak menjumpai sebarang ally di malam tersebut, maka tujuan yang ke 2, 3 dan 4 kami terpaksa strikethrough.
Hadirin yang datang sangat ramai, hinggakan ada yang terpaksa makan di luar.
Tapi ada sesuatu yang istimewa aku perasan pada malam tersebut, sesuatu yang sangat-sangat bermakna sebagai seorang photographer.
You see, ingatkah lagi dengan pertanyaan aku di twitter tempoh hari mengenai Sebuah agensi dari London telah memohon untuk menggunakan foto aku untuk klien mereka di Malaysia? Well.. that klien is Maxis sebernanya.
Jikalau anda perhatikan imej dalam foto ini semasa mereka pasangkan pada TV slide mereka, terdapat sebuah foto milik aku sebernanya, dan itulah foto yang agensi tersebut mohon untuk digunakan pada kerja mereka.
TADA!
Dan inilah foto yang sebernanya dalam akaun Flickr aku.
Gambar yang aku ambil ketika mak dan wifey aku berfsama-sama menganyam ketupat untuk makan di pagi hari raya pada tahun 2010 yang lepas.
Dan aku sangat bangga kerana sebuah karya aku dalam bentuk foto telah diambil untuk kerja mereka. Dan aku sangat tak sangka masih ada individu diluar sana yang menghargai apa yang aku lakukan.
Oh dan tak perlu takut, aku memang membenarkan mereka menggunakan foto tersebut, dengan bayarannya sekali, KAA$$HINGG! Berapa mereka bayar dan berapa banyak mereka ambil aku takkan ceritakan disini, kalau nak tahu message aku secara private, tapi yang pastinya aku sendiri tak sangka foto yang sebegitu dibayar dengan harga yang tinggi, memang benarlah kata orang, ‘omputih’ memang menghargai karya sebuah seni, berbeza sekali dengan keadaan di tempatan kita.
Jadi, nasihat aku kepada rakan, jikalau anda rasa anda ada foto yang menarik, edit kan dia supaya nampak jadi lebih menarik lagi, upload ke Flickr, dan letakkanlah tag yang bersesuaian dengannya. Insyallah, kalau ada rezeki, anda akan dapat sesuatu yang tidak disangka. Yang penting, kena nampak se-menarik yang boleh. Adobe Photoshop, Lightroom kan ada.. He hee.
P/S: Aku menjadi photographer bukan kerana mencari wang, tapi memang hobi aku suka menangkap foto kerana minat yang mendalam pada seni.
Warning: Gambar-gambar dalam blogpost ini tidak selamat ditonton pada ketika berpuasa, anda sudah diberi amaran!
Sepanjang hujung minggu yang lepas, aku telah terima banyak pelawaan dari rakan Twitter dan rakan lama aku untuk berbuka bersama-sama di tempat yang telah dicadangkan, dan untuk yang pertama (Sabtu), adalah Tweetup kecil berbuka puasa yang aku telah dijemput oleh seorang brader yang hensem di Twitter iaitu @ZasIshak di restoren Dapoer Bandoeng, Kelana Jaya sana.
Dapoer Bandoeng adalah sebuah restoren yang menyajikan makanan dari Indonesia, pada mulanya ketika aku tiba di restoren ini, aku agak ragu-ragu dengan makanan yang akan aku dapat nanti, kerana, pengalaman aku bercuti sebelum ini di Indonesia aku mendapati yang kuantiti makanan yang disajikan disana agak kecil dari kebiasaan di Malaysia, dan memandangkan ianya adalah dalam bulan puasa, aku risau yang ianya tidak dapat mengenyangkan raksasa-raksasa yang sedang bertarung dalam perut aku ketika itu, namun sangkaan aku meleset sekali.. Keenakan makanan yang disajikan pada ketika itu telah melupakan aku akan segala yang aku fikirkan ketika datang kesitu pada mulanya, memang puas hati, dan pastinya akan aku datang lagi, thanks @suzannajuwita kerana telah memperkenalkan restoren tersebut kepada kami. Memang ohsem!
Antara makanan yang kami order pada hari tersebut.
Lagi video dari tweetup tersebut, poker di meja berbuka puasa.
Yang kedua pada hari Ahad esoknya aku keluar berbuka puasa dengan rakan-rakan lama aku iaitu Saiful dan Farid, di sebuah restoren masakan negeri Kelantan di bandar Seremban. Tak banyak boleh aku komenkan mengenai restoren ini cuma masakan dia aku cuma boleh kata bestla jugak, dan aku sangat-sangat minat dengan Nasi Goreng Cina yang dibuat oleh mereka, sampaikan aku order lagi satu bungkus untuk makan time sahur nanti.
Umur mereka berdua ni sebernanya tak jauh beza, cuma beberapa bulan jer, tapi saiz anak aku memang ketara nampak besar dari kawan sebelah dia. Yelah, tengok saiz bapak ah cemana.
Jadi kepada anda pembaca beragama islam yang membaca blogpost ini saya mengucapkan, selamat berbuka puasa kepada anda dan keluarga, dan jangan makan sampai nak pecah perut, sekian..
Aku tak tengok berita tadi, terima kasih kepada si tukang upload atas video yang sangat aku mahukan ini.
#yorais nampaknya sangat konfiden yang organisasi nya mampu untuk menangani serangan cyber tersebut, dan pada ketika aku menulis blogpost ini pada pukul 1:50 pagi, kebanyakan website government tak boleh dimasuki langsung dan aku syak yang mereka seperti telah menutupnya buat sementara waktu, mungkin sehingga ancaman serangan cyber ini reda? Atau mungkin esok paginya nanti baru bukak balik.
Apa-pun, sebagai peminat website The Pirate Bay, tindakan ini turut mendapat sokongan aku. Sila laksanakan tugas anda wahai kesatria sekalian..
P/S: Ini bukan bertujuan untuk menjahanamkan, tapi ini adalah penyampaian mesej..
Pada hari Jumaat, 20hb Mei 2011 yang lepas, telah berlangsung event oleh Nestle di Sunway Giza, bagi memperkenalkan produk NESTLE DRUMSTICK® terbaru mereka iaitu NESTLE DRUMSTICK ® Almond Thrill™.
Keluaran terbaru mereka kali ini memperkenalkan resipi terbaru, dengan ice-cream yang berperisa kekacang yang lembut dan berkrim, kon gelap yang diselaputi dengan jalur coklat, dan di atasnya dilitupi dengan kacang Almond yang ranggup. Ia pastinya akan membuatkan korang terasa lapar apabila aku menulisnya begitu.
Harga bagi NESTLE DRUMSTICK® Almond Thrill™ cuma RM2.80 dan ia mempunyai seleksi yang lain iaitu “Vanilla’s Got Nuts”, “ Chocolate Blast”, dan “Saucy Strawberry”, termasuk sekali “KIT KAT®”.
Lihat video bagi NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™.
Oh selain dari ice-cream mereka yang sangat hebat itu, NESTLE DRUMSTICK® Almond Thrill™ juga ada mengadakan pertandingan kepada peminat ice-cream semua, dengan hadiah mereka sediakan berjumlah RM57,000. Woah!
Kemudian upload video anda yang bertemakan aplikasi Facebook NESTLE DRUMSTICK®, pastikan ianya tidak lebih dari 2 minit, ataupun pergi ke website NESTLE DRUMSTICK® Almond Thrill™ di www.drumstick.com.my untuk tuntut video anda dari event-event mereka disana. Itu sahaja!
Pada ketika ini hingga 22hb Mei nanti, sedang berlangsung pertandingan Petronas Primax 95 Xtra Race yang mana aku memerlukan sokongan anda semua sebagai pembaca blog ini untuk membantu Juliana Evans kita untuk memenangi pertandingan itu nanti.
Caranya mudah sahaja, ikut langkah yang telah aku tuliskan dibawah:
1. Layan ke http://fb.com/petronasbrands, klik pada “Savings All The Way” tab
2. Klik “Enter”
3. Kemudian klik pada “The Petronas Primax 95 Xtra Race”, dan ingat untuk beri sokongan pada Juliana dengan klik pada butang “Pump”! Lebih banyak “pumps” dia miliki, lebih dekat dia akan menamatkan garisan, dan terus kepada kemenangan!
Jikalau Juliana menang, dan anda telah undi untuk dia, anda mungkin akan mendapat peluang menyertai parti eksklusif khas untuk berjumpa dengannya!
Aku tahu ramai peminat Juliana Evans diluar sana, so.. marilah kita bantu cik Juliana Evans kita untuk menang pertandingan ini, dan mana tahu.. mungkin anda boleh sertai parti eksklusif dengan dia sendiri? Menari-nari dengan dia? Ca ca kuu ca! Ha ha haa..
Maaf kerana terlalu lewat membuat blogpost laporan ini, kerana kesibukan serta pelbagai program dilakukan, menyebabkan baru sekarang aku dapat masa untuk menulis laporan sepenuhnya. So, here we go!
Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada HTC dan Ogilvy kerana telah memberikan 2 tiket percuma pada aku untuk pergi ke konsert ini, walaupun pada awalnya untuk masuk ke stadium agak lama beratur, tak silap dari pukul 6 lebih hingga dalam area pukul 8 baru dapat masuk ke dalam stadium Putra, namun.. semua itu telah aku lupakan apabila band Maroon 5 memulakan persembahan mereka pada malam tersebut.
Komen mengenai persembahan, diorang sangat awesome, bertenaga, dan aku sangat pasti kebanyakan lagu mereka mainkan pada malam itu semuanya peminat sudah pun tahu, kerana aku dapat dengar dari mula konsert hingga akhir tidak henti-henti crowd sing-a-long dengan mereka bersama.
Berikut adalah senarai lagu yang mereka mainkan pada malam tersebut:
1. Misery
2. If I Never See Your face Again
3. Harder to Breathe
4. Give a Little More
5. The Sun
6. Billie jean (Michael Jackson cover)
7. Won’t Go Home Without You
8. Never Gonna Leave This Bed
9. Secret
10. What’s Love Got to do With It (Tina Turner cover)
11. She Will Be Loved
12. Wake up Call
13. Shiver (Mash up with previous song)
14. Stutter
15. This Love
16. Hands All Over
17. Makes me Wonder
18. Sunday Morning
Sesuatu yang aku rasa special adalah apabila mereka juga turut memainkan lagu Billie Jean dari Michael Jackson yang memang sebijik sama dari segi style dan suara mereka, suara Adam Levine memang macam Michael Jackson sikit yang zaman dahulu punya! LOL..
Tamat dengan Maroon 5, seterusnya adalah konsert Incubus! Woooottt! Can’t wait for that!
Pada malam semalam (19 April, 2011) telah berlangsung satu majlis pelancaran rasmi oleh pihak Astro, bagi memperkenalkan produk terbaru mereka dalam senarai servis mereka iaitu, Astro B.yond IPTV di DoubleTree Hilton hotel, Kuala Lumpur.
Mungkin ramai yang sudah sedia maklum mengenai servis Astro B.yond ini, namun bagi Astro B.yond IPTV pula, ia merupakan gabungan servis Astro dan perkhidmatan Fibre Broadband, yang kelajuannya adalah sama seperti pakej Unifi oleh TM. Fikirkan ia seperti anda melanggan 2 bentuk servis berlainan, dalam 1 pakej, dalam 1 harga. Memudahkan betul tak?
Tambahan lagi, decoder yang Astro berikan dalam pakej ini boleh memberi anda kualiti high definition dalam siaran, Personal Video Recorder yang membolehkan anda merakam rancangan kegemaran anda (disimpan dalam hardisk decoder anda), dan keupayaan untuk menonton semula rancangan kegemaran anda yang telah anda pilih itu bila-bila masa sahaja, tanpa perlu anda terlepas lagi sebarang rancangan yang anda mahu tonton.
Seperkara lagi yang aku minat mengenai pakej yang Astro tawarkan kali ini adalah, anda tidak perlu lagi memasang piring Astro di kediaman anda untuk mendapatkan siaran mereka, kerana kali ini mereka akan menggunakan kabel bawah tanah bagi menyambungkan siaran Astro ke tempat anda terus, tanpa perlu lagi anda menunggu orang tukang pasang piring yang dilantik pihak Astro itu datang sendiri ke tempat anda, panjat atas bumbung rumah anda memasang piring dan terpaksa membayar caj pemasangan kerja mereka tersebut. Tak perlu lagi itu semua! Sekarang, barulah boleh anda panggil ini sebagai siaran TV kabel yer tak?
Namun, hanya terdapat beberapa kawasan tertentu sahaja dahulu yang boleh mendapatkan servis ini buat masa ini, lain-lain tempat haruslah tunggu pengumuman dari mereka sendiri di masa akan datang.
Terdapat 4 pakej yang mereka tawarkan, iaitu:
*Speed Boost adalah penggunaan khas 30 jam anda dengan kelajuan yang berbeza mengikut pakej yang anda langgan, sebagai contoh pakej TF6, anda boleh mendapat kelajuan sehingga 10Mbps dalam masa 30 jam sahaja untuk sebulan bagi servis Broadband. Fikirkan ia seperti Super Mario yang mendapat star dalam dunia game nya. Ha ha haa..
Mungkin ada yang akan bertanyakan soalan, bolehkah saya mengambil rancangan yang saya simpan itu kedalam PC? Jawapannya, Tidak. Kerana seperti yang diterangkan oleh pihak Astro semasa dalam majlis tersebut, mereka telah secure kan data itu untuk tontonan melalui decoder Astro mereka sahaja. Tidak boleh dibawa keluar. Oleh itu, janganlah bersedih.
Kedua, Astro akan memastikan anda menggunakan perkhidmatan Fibre Broadband mereka dengan berhemah. Bermaksud yang anda tidak dibenarkan untuk melakukan ‘aktiviti’ yang akan menggunakan bandwidth yang melampau. Faham dengan pernyataan tu kan para-para ‘teluk-lanun’ sekalian?
Well, nampaknya itu sahaja yang aku boleh terangkan mengenai servis Astro B.yond IPTV ini, segala maklumat lanjut mengenainya anda boleh pergi terus ke laman rasmi mereka iaitu di www.astro.com.my/iptv.
Dalam majlis NEF-Awani yang lepas, aku dengan krew 1Tube.my sebernanya telah merakamkan beberapa video temuramah dengan individu-individu penting dalam beberapa syarikat IT yang kami temui disana, diantaranya adalah MDec, Skali, Hud-Hud Media, Enershia, dan presiden NEF sendiri iaitu En. Ashran Ghazi.
Dan ini adalah antaranya. Check it out!
Ini sebernanya merupakan video temuramah yang pertama aku buat, so.. aku rasa macam ada banyak yang perlu aku perbaiki lagi di masa hadapan nanti.
Krew 1Tube.my juga telah mengajak blogger Nisa Kay dan Ben Ashaari untuk beberapa lagi rakaman video temuramah di majlis NEF-Awani tersebut. Dan untuk melihat semua itu, anda hanya perlu pergi ke laman web 1Tube.my, pergi ke bahagian ‘featured‘, atau juga anda boleh lakukan search nama ‘NEF-Awani‘ untuk melihat semua video kami dirakamkan pada hari itu.
Jikalau anda mempunyai video anda sendiri yang ingin anda kongsikan bersama, uploadkanlah ke laman 1Tube.my, mana tahu kalau video anda nanti boleh menjadi hit seperti Rebecca Black disana?
Tamat sudah akhirnya majlis NEF-Awani ICT Fair dan Awards yang berlangsung selama 2 hari, bermula dari semalam (23 Mac, 2011) hingga ke hari ini (24 Mac, 2011). Banyak syarikat telah ditonjolkan kepada umum dalam pelbagai acara, menunjukkan bahawa banyak syarikat IT di Malaysia sebernanya mampu menghasilkan produk berasaskan teknologi yang baik.
Kepada senarai-senarai nama mereka atau syarikat dibawah, syabas diucapkan!
Usahawan Tekno Muda Terbaik
Reza Razali – Terato Tech
Aplikasi Media Terbaik
Lot.my
Aplikasi Mudah Alih terbaik
IslamKids Media Sdn. Bhd.
Syarikat Paling Terbaik
Animonsta Studios Sdn. Bhd.
Animasi Kreatif/Permainan Terbaik
Netcarbon Sdn. Bhd.
Syarikat Paling Inovatif
Orea Technologies Sdn. Bhd.
Syarikat Telekomunikasi Pilihan
TM
Penyedia Perkhidmatan Dalam Talian Pilihan
Maybank
Perkhidmatan e-Kerajaan Pilihan
LHDN
Portal Hiburan Pilihan
Tonton.com.my
e-Komuniti/e-Perkhidmatan Pilihan
MyEG
Anugerah Khas NEF Awani (Tun Mahathir)
Les Copaque Sdn. Bhd.
Untuk pengetahuan, aku sebernanya bersama-sama dengan krew 1Tube.my selama 2 hari disana, banyak perkara telah dilakukan, banyak rakaman video telah dibuat, hanya menunggu masa sahaja dari mereka untuk upload video-video tersebut ke laman 1Tube.my nanti.
Selain dari itu, beberapa blogger juga telah hadir ke majlis tersebut, antaranya adalah Aman Firdaus, Kong Gengblogger, Ben Ashaari, dan Nisa Kay. Mereka semua sangat hebat! Aku bagaikan blogger picisan sahaja bila bersama mereka. *kof *kof
Foto-foto pada hari majlis NEF-Awani ICT Fair dan Awards.
Video Eksklusif: Pengakuan Nisa Kay
Nota: Tak sempat nak edit, sorry kalau video terlalu gelap.
Apapun, ia adalah majlis yang berjaya, aku harap semua syarikat yang menyertai majlis ini telah dapat menggunakan peluang ini untuk memajukan lagi pencapaian syarikat masing-masing. Dan kita pasti akan bertemu lagi di tahun hadapan.
Untuk pengetahuan semua, malam ini kita akan dapat menyaksikan rupa bentuk bulan yang saiznya akan kelihatan lebih besar sedikit daripada malam-malam yang biasa, 14% lebih besar secara teknikal. Ini kerana, kedudukan bulan adalah sejauh 50,000 KM pada malam ini.
Menurut NASA, kali terakhir Super Moon berlaku adalah pada tahun 1993 lepas, dan ia akan berlaku sekali pada setiap 18 tahun. Jadi, ambil kamera anda, dan tangkap gambar fenomena menarik ini untuk simpanan memori anda.
Malam semalam juga (17 Mac, 2011) di The Bee, Jaya One (http://4sq.com/h6hEZP) telah berlangsung satu lagi pelancaran rasmi website news aggregator Newszapped yang telah sedia untuk dibuka luas lagi kepada semua pengguna umum.
Jikalau anda seorang pengguna biasa kepada Digg dan Reddit sebelum ini, anda pasti sudah tahu mengguna Newszapped ini. Mengikut penerangan yang mereka beritahu kepada aku, Newszapped adalah laman news aggregator tempatan yang menyediakan artikel berkualiti kepada pengguna. Bermakna anda akan mendapat pelbagai artikel yang sesuai dengan kategori yang anda cari.
Sekiranya anda pernah buka Newszapped sebelum ini, anda pasti akan sedar mengenai perubahan baru dalam rekabentuk website yang lebih menarik.
Untuk pelan masa hadapan, Newszapped akan keluarkan versi mobile site mereka kepada umum, beserta juga dengan aplikasi mobile untuk iOS, Android dan juga Blackberry. Aku tak sabar nak tunggu untuk berita itu nanti.
Pergi ke website Newszapped sekarang untuk daftar sebagai pengguna, ataupun jika anda sudah menjadi ahli, anda boleh terus menggunakannya sekarang untuk tidak terlepas sebarang berita terkini tentang perkara yang anda minati.
Untuk sebarang info mengenai Newszapped terkini, follow mereka di Twitter: @NewsZapped
P/S: Bila agaknya aku pulak akan release dari versi KIV nih.. *kof *kof
Pada tarikh 17 Mac, 2011 yang lepas, Samsung Malaysia telah mengadakan sebuah majlis perasmian di kompleks Low Yat Plaza (http://4sq.com/iigXAW) bagi mengumumkan beberapa produk terbaru mereka yang akan muncul dalam pasaran nanti. Pihak Advertlets juga turut dijemput untuk hadiri ke majlis ini.
Bermula dengan ucapan pada majlis tersebut iaitu Pengarah Urusan, Samsung Malaysia, Encik Yu Jai Sul berkata:
“Samsung sentiasa mendapat permintaan dalam industri teknologi kerana kepakaran yang kami telah sedia ada, dengan pelbagai komponen yang Samsung telah cipta dalam banyak produk notebook dan netbook di pasaran, kami akan sentiasa melakukan lebih banyak lagi penyelidikan dan pembangunan untuk memenuhi keperluan teknologi dimasa hadapan”
Beberapa foto dalam majlis pelancaran tersebut.
Banyak produk yang mereka telah terangkan pada majlis tersebut, namun yang paling berjaya sekali menangkap perhatian aku pada hari itu adalah, sebuah notebook model 900X3A, dan barisan baru monitor LED 3D.
Lihat pada bentuk model notebook ini, saiznya adalah nipis, senipis seperti Macbook Air mungkin? Dan ia menggunakan processor generasi ke-2 Intel i5 untuk prosesan data utamanya.
Lihat spesifikasi model notebook 900X3A.
Harga yang diletakkan bagi model produk ini bermula dari harga RM4,999. Dan info selanjutnya anda boleh dapatnya disini: http://bit.ly/gIabJd.
Sebuah lagi adalah monitor LED baru Samsung yang berkemampuan dalam menghasilkan imejan 3D. Untuk pengetahuan, aku memang peminat kepada produk monitor keluaran syarikat ini. Dari monitor komputer, hinggalah ke HDTV. Sangat best! Dan aku pasti model baru monitor ini pasti boleh berikan kualiti imejan yang terbaik.
Dan untuk model monitor LED ini ia didatangkan sekali dengan cermin mata 3D. Harga bermula dari RM1,299 hinggalah kepada RM2,199.
Foto selanjutnya dari majlis itu.
Namun apa yang paling kami terkejut adalah, pihak Samsung juga sebernanya telah buat pelan untuk dance flash-mob pada akhir majlis. Aku pasti ramai hadirin pasti terhibur dengan segala perjalanan majlis tersebut.
Pengumuman dari majlis pelancaran tersebut juga memberitahu bahawa Samsung akan melakukan Roadshow mereka di Low Yat Plaza, bermula dari semalam, 17 Mac, hinggalah ke 20 Mac, 2011 ini. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk melihat semuanya.
Update: Aku baru sedar yang Mashable juga ada buat blogpost mengenai notebook Samsung Series-9 tersebut, baca disini: http://on.mash.to/gXfh4c
Pada 26 Februari 2011 yang lepas, syarikat penerbangan Malaysia MAS telah mengadakan sebuah party event yang menjemput pihak Advertlets beserta para blogger khususnya traveler blogger, bagi menghargai kerjasama antara agensi-agensi dan blogger dalam bantu mempromosikan nama syarikat MAS tahun 2010 yang lepas, dan juga memperkenalkan dua website baru kepada para pelanggan iaitu:
MASTraveller.com untuk sebarang tips dan maklumat mengenai destinasi ingin anda pergi. Terdapat maklumat lebih lanjut MasTraveller, aku akan terangkan lebih lanjut dibawah nanti.
MHBuddy, sebuah aplikasi Facebook yang membolehkan anda untuk booking, check-in dan kongsikan bersama dengan rakan anda yang lain didalam Facebook.
Beginilah suasana ketika event tersebut.
Event tersebut berlangsung di Tamarind Hill (http://4sq.com/gtYA3x), sebuah restoran yang eksklusif, dengan rekabentuk yang menarik serta hidangan sajian yang sungguh melazatkan kepada para pengunjung.
Baiklah, mengenai MASTraveller.com, ia merupakan sebuah program antara blogger yang mana pihak MAS sendiri akan menaja sepenuhnya percutian anda ke tempat destinasi eksotik.
Bagaimana cara untuk anda menyertai?
Daftar dahulu sebagai MASTraveller.
Kongsikan blogpost anda mengenai percutian dan pengembaraan, tak kisah samada ianya blogpost baru atau lama anda.
Buat sebuah video selama seminit dan terangkan mengapa anda perlu menang.
Promosikan blogpost anda dengan mendapatkan jumlah komen yang banyak atau sebarang cara yang anda rasa anda boleh memenanginya.
Itu sahaja!
Dan apakah yang anda akan menang nanti?
Percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Paris, Auckland, Tokyo, Seoul dan banyak lagi.
Blog anda akan featured dalam website Yahoo! Travel Malaysia.
Blogger training session dengan Yahoo! South East Asia.
Dan siapakah akan menjadi juri anda itu nanti?
Raja Zamilia, Executive Vice President, Communications Malaysia Airlines.
Farzleen Fadzil Khan, Editorial Team Advisor for Going Places, Malaysia Airlines In-Flight Magazine.
Karen Vera, Regional Editor for Custom Sites, Yahoo! Southeast Asia.
Bunyi terlalu menarik? Apa tunggu lagi, mulakan kempen anda itu sekarang!
Berbalik semula kepada cerita event tersebut, oleh kerana aku sangat letih pada hari itu, dengan event Facebook Developer Garage pada paginya hingga petang, dan perlu pulang ke Seremban semula selepas itu, aku tidak dapat tunggu lama sehingga majlis selesai.
Tapi apa yang pasti, event tersebut telah berlangsung dengan baik sekali, dan aku dapat pulang dengan cenderahati yang sangat menarik diberikan oleh mereka. Terima kasih MAS!
Untuk maklumat lanjut, sila pergi ke Facebook fan page MAS Airlines dan juga Advertlets untuk info terkini dan lebih banyak foto pada hari event tersebut.
P/S: Ya aku sedar mengenai foto aku yang terlalu noisy. *sob *sob
Facebook Developer Garage #1 telah mula berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu (26 Februari 2011) yang lepas di Asia Pacific UCTI (http://4sq.com/eumoI8). Actually dia ada 3 hari bermula dari Jumaat hingga Ahad, tapi memandangkan kesihatan aku tak berapa bagus pada weekend kali ini, aku cuma dapat hadir hanya pada hari Sabtu itu sahaja. So sad me..
Well, aku cuma share few points sahaja yang aku dapat pada hari aku hadir tersebut.
Menurut dari apa yang diberitahu, kini pengguna Facebook adalah berjumlah 600 juta users aktif diseluruh dunia, dan tujuan utama Facebook adalah untuk menghubungkan anda dengan rakan dan keluarga, selebriti dan dengan tempat. Yang mana sayangnya, Facebook Place masih belum secara rasmi dilancarkan di negara kita Malaysia hingga kini kerana permasalahan dengan IP Address dengan Singapore camtuh.
Anyway, Aizat juga berkata kebanyakan trafik besar dari Malaysia ke Facebook adalah ketika pada waktu pagi, dan kurang pada waktu malam. Aku rasa most bloggers tahu mengenai fakta itu kan?
Sedikit foto-foto pada hari tersebut.
Ingatan kepada Facebook users semua, sila pastikan anda menggunakan ‘https’ setiapkali anda menggunakan Wifi percuma dimana-mana tempat. Kerana itulah cara bagaimana Mark Zuckerberg punya fan page kena hack. *wink
Pelbagai aktiviti telah diatur, antaranya adalah sesi berkongsi pendapat Facebook aplikasi yang bagaimana sesetengah hadirin mahu, tips-tips dalam mengurus Database, menghasilkan aplikasi Facebook dengan iOS SDK, pelbagai Facebook API diterangkan, Hackathon dan banyak lagi.
Oh tak lupa juga, hos 3R musim dahulu, Low Ngai Yuen (@ngaiyuen) juga hadir ke Facebook Developer Garage ini untuk menerangkan mengenai kempen Women 100 dalam social media, lebih-lebih lagi dalam Facebook.
Tapi oleh kerana kebanyakan hadirin adalah lelaki, keleliruan berlaku bila soal mengenai hak wanita. LOL!
Aku ada banyak lagi gambar pada event tersebut, untuk melihatnya sila pergi ke foto-album nya nanti di Facebook profile aku, ataupun juga di akaun Flickr aku. Tunggu, sedang di edit sebelum di upload.
Akhir kata, sesuatu yang aku masih geram tak dapat dari kehadiran aku ketika itu adalah… the official shirt! *blergh
Lupakan sajala *sob *sob pasal shirt tuh, bagi aku keseluruhan event ini sangat menarik, banyak perkara aku belajar pada hari itu, banyak benda yang membuatkan aku terfikir untuk hasilkan sesuatu, ramai kawan baru yang aku dapat, dan akhir sekali, aku harap event sebegini akan ada lagi di masa akan datang, dan tahun-tahun depan seterusnya.
Terima kasih kepada organizer event tersebut Urekaweekend!
P/S: Blogger retis Amanz ada membuat blogpost mengenai 3 Facebook app yang muncul dari sesi hackathon #klfb tersebut.
Aku rasa hari ini aku nak compile kan la apa aku nak share dalam blogpost aku kali ini, since hari ini hari bekerja, dan aku akan menjadi sangat sibuk lepas ni pasti punya. Tapi pasal nak pastikan ada blogpost untuk hari ini punya pasal, inilah aku rasa cara yang paling terbaik untuk dibuat. Let’s go!
Korang ada follow akaun Twitter @tv3malaysia dan @SonyMalaysia tak? Perasan sesuatu yang pelik? Well, kedua mereka ada tweet sesuatu yang berbentuk scam sebernanya, memperkenalkan cara nak tengok siapa yang stalk gambar kita lah, dan siapa yang tengok profile kita lah.
Kepada followers sekalian sila berhati-hati, elakkan dari klik ke link tersebut, ditakuti anda pula akan menjadi mangsa yang seterusnya.
Kepada yang mengawal dua akaun Twitter tersebut, atau lebih mudah dipanggil sebagai admin, sila tukar password akaun Twitter anda, selalunya itulah cara yang paling terbaik untuk selesaikan masalah itu. Dan juga langkah kedua, pastikan komputer atau device yang membuka akaun tersebut benar-benar bersih dari Virus, Malware atau Adware. Bila dua perkara dah dibuat, aku pasti takkan ada lagi tweet scam yang sebegitu.
Keduanya adalah syarikat korporat, mesti mau jaga maa reputasi. Kerana ribuan Twitter users sedang follow anda sebernanya.
Anehnya, @tv3malaysia menyedari mengenai perkara ini, tapi tidak pula delete tweet scam mereka tersebut. Hmmmm.. Kemungkinan terlupa kot.
Okay next adalah trailer terbaru dari filem Sucker Punch, uniknya tentang trailer baru mereka kali ini adalah ianya dalam bentuk music video, ditambah lagi dengan aksi-aksi gadisan comel sedang berlawan, aku pasti filem ini pasti akan menjadi menarik bila keluar nanti. Cekkidaut!
Bagi event pula, malam ini akan berlangsung WebCamp Deux di Menara UOA Bangsar (http://4sq.com/goFA2u) sana (bersebelahan dengan LRT Bangsar), dan event ini sesuai bagi mereka yang suka mengenai industri pembangunan web di Malaysia, dan juga developer-developer yang ingin belajar sesuatu yang baru dengan individu-individu yang akan berkongsi pengalaman mereka dengan anda semua disana nanti.
Maklumat lebih lanjut boleh lihat dalam Facebook event page mereka dalam link ini: http://on.fb.me/hbEE2J.
Event kedua pula, tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum Facebook Developers Garage akan bermula, jikalau anda masih belum berdaftar, sila pergi ke lama rasmi mereka disini klfb.urekaweekend.com untuk register dahulu. Mudah sahaja, hanya dengan menggunakan akaun Facebook anda jer.
Event ini sesuai bagi para web developer semua, ataupun mereka yang berminat untuk belajar mengenai bagaimana untuk hasilkan sebarang Facebook application, sila hadirkan diri anda ke event ini nanti. Ia pasti akan mejadi event yang menarik punya.
Dengar cerita mereka akan beri t-shirt, sticker dan pelbagai lagi untuk hadirin nanti.
Akhir sekali untuk info, hari ini (23 Februari 2011) telah genap menjadi 61 tahun peristiwa serangan keatas balai polis Bukit Kepong, Muar yang menyaksikan ramai anggota polis dan keluarga yang terkorban dalam peristiwa tersebut, mari kita bersama sedekahkan Al-fatihah kepada mereka semua. (via Facebook Polis Diraja Malaysia)
Kedua, anda peminat rancangan The Crocodile Hunter? Well, hari ini merupakan hari-jadi kepada mendiang Steve Irwin kalau anda nak tau, beliau akan berusia 49 tahun kalau masih lagi hidup, aku merupakan peminat dia dari dulu lagi, dan rancangan beliau yang sangat menarik dan sangat berinformasi tersebut sangatlah aku rindu, aku harap anaknya Bindi akan dapat meneruskan legasi hebat ayahnya itu suatu hari nanti.
Oklah, itu sahaja untuk harini, kalau aku rasa aku nampak benda yang best lagi aku akan buat satu lagi blogpost untuk share apa yang aku jumpa. Chowz!
Pada hari Sabtu yang lepas (19 Februari 2011), telah berlangsung satu perkahwinan oleh seorang blogger yang cukup terkenal dalam blogosphere, iaitu Knizam Omar (Knizam.com), bertempat di rumahnya, Jasin, Melaka (http://4sq.com/hJ1PXX).
Seperti yang dirancang oleh kami semua pada tweetup #KnizamTweetup yang sebelum ini, kami merancang untuk kumpul dahulu di RnR restoran jejantas Ayer Keroh (http://4sq.com/ihwEcD), berkumpul disitu, dan bergerak beramai-ramai selepas itu.
Tapi oleh kerana ‘penantian itu suatu penyiksaan’ dari team yang ke-3, maka aku, wife dan anak aku bercadang untuk breakfast dahulu disitu bersama-sama dengan team yang ke-2 sampai (Azri, Fiona, Edwin and Aisyah Rozi, Khairul and his wife Munira dan Ikhwan dengan wife dia Hazwani).
Sesudah dapat call yang mereka telah tiba, kami pack all stuffs dan bergerak ke destinasi. Jasin!
Bila sampai, aku perasan dengan kehadiran polis yang mengawal lalu lintas di hadapan rumah Knizam, dan aku dapat tahu juga dari geng yang lain bahawa Najib Razak ada datang ke Melaka pada hari itu juga. Membuatkan aku tertanya, “Wow! Knizam jemput Najib dengan Ali Rustam datang sekali ker?” kata aku pada wife aku.
Sayangnya, sangkaan aku meleset sama sekali, mereka tidak singgah pun sebernanya. Oh well..
Menyedari bahawa mungkin Najib dan Ali Rustam tidak singgah disebabkan PageRank blog kami masing-masing tidak setinggi Google, maka kami pun masuk ke rumah pengantin untuk berjumpa dengan budak baru kahwin itu terus.
Yang menyedihkan aku adalah aku tidak sempat berbual dengan Zara Syed, dan Zool Ligakampung langsung, mana korang pergi uh?
Once everything setel, bergambar susah, perut kenyang, sakit perut belum terasa lagi, Knizam hilang bersama photographer nya, maka kami terus ke plan ke-2 pada hari itu, iaitu menjelajah ke kota bersejarah Melaka. Woot!
Untuk pengetahuan, kami tak pasti pun nak kemana pada mulanya, cuma masa di rumah Knizam kami rasa Dataran Pahlawan (http://4sq.com/fc22dJ) tempat okay untuk berjalan-jalan, semua setuju, dan terus kami pergi kesana, atas petunjuk tempat oleh MrKayMy sendiri. Thanks bro!
Seterusnya, masa untuk kami semua enjoyyyy!
Oh dan tak lupa juga, kami ada naik Menara Taming Sari (http://4sq.com/i4aSJB) pada hari itu, harga RM10 untuk tiket dewasa.
Tapi yang menjadi acara paling epik kami pada hari itu adalah, acara jalan-jalan cari makan yang betul-betul berjalan kaki ke tempat makan.
Menyedari bahawa perut kami masing-masing kelihatan bulat dan comel begitu, kami diajak untuk merentas hampir suku bandar Melaka, mencari restoran Asam Pedas (http://4sq.com/eHbwVa) yang best itewwww..
Aku rasa untuk cerita selanjutnya korang boleh baca conversations pada group photo ini: http://on.fb.me/ee44R2, serius.. sebuah group photo dapat menceritakan segalanya dari A to Z. First time! Ha ha ha haa..
So aku rasa itulah sahaja buat masa ini, kepada rakan yang tak dapat pergi tak mengapa, kerana beliau Knizam dikatakan akan buat live streaming untuk persandingan beliau di Islamabad pula, kalau anda rasa itu tidak cukup pun tak mengapa, kerana Aman Firdaus, Khairil Afzal, Julia Mahir, Fazreen, Andy Howtt, dan SickChild pun belum kahwin lagi, so.. nanti bila diorg dah kahwin kita tweetup pula disana ramai-ramai yer. He hee..
Akhir kata kepada saudara Knizam, selamat pengantin baru, dan kekal lah ke anak cucu. Ikhlas dari saya dan sekeluarga.
Orait, chow!
P/S: Sorry kerana lewat post pasal cerita nih, agak busy sket lorr..
Bagi para penggemar telefon HTC, kini mereka telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan Maxis, dalam mempromosikan konsert band Maroon 5 yang akan berlangsung pada tarikh 29 April 2011 akan datang.
Oleh itu, dua kuasa besar dalam servis telekomunikasi ini telah merangka beberapa roadshow yang mereka akan jalankan nanti, bagi memberi peluang kepada anda-anda diluar sana, untuk pergi ke konsert yang hebat itu nanti.
Dan dalam kempen tersebut, Maxis dan HTC akan memberikan DUA tiket konsert berharga RM288 setiap satu kepada 500 orang yang pertama membeli telefon HTC HD7, HTC 7 Mozart ataupun HTC Desire Z, beserta dengan sebarang Value Plus Plan + 3GB Data Plan + 24 bulan kontrak, dengan PERCUMA.
Jadi bagaimana anda boleh mendapatkan semua ini? Datang terus ke roadshow mereka, maklumat lanjut seperti dibawah:
Pastikan anda adalah antara 500 orang yang pertama membeli, jadi datang awal!
Jikalau anda terlepas peluang, tapi masih mahu inginkan promosi yang hampir sama, maka Maxis ada memberikan diskaun tiket sebanyak 30% kepada pembeli yang mendapatkan pakej yang sama seperti yang telah diterangkan diatas, di mana-mana Maxis center yang terdapat di kawasan Semenanjung Malaysia sahaja.
Tidak cukup dengan itu? Pergi ke tempat rasmi bagi Ticketpro dengan menunjukkan logo ‘My Maxis’ dalam telefon anda pada tarikh-tarikh tersebut bagi mendapatkan diskaun terakhir sekali diberi untuk ke konsert.
Saksikan live show Maroon 5 dengan lagu terbaru Misery untuk mendapat sedikit ‘taste’ sebelum konsert mereka diadakan disini nanti.
Jadi tunggu apa lagi, turun hari ini hingga esok untuk mendapatkan promosi yang sangat terhad ini, sebarang maklumat lanjut boleh didapati melalui link ini: http://www.maxis.com.my/personal/maroon5/index.asp
Semoga berjaya!
Bagi mereka yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai 3 model telefon yang mereka tawarkan, lihat graf spesifikasi model yang telah disediakan dibawah.
P/S: Aku for sure punya akan pilih HTC Desire Z kerana ia Android! Woot!
Semalam (26 Januari 2011) telah diadakan WebCamp KL α (Alpha) di MindValley HQ (http://4sq.com/goFA2u), bangunan UOA Bangsar, yang mana merupakan event pertama mereka bagi tahun ini, dimana ia merupakan satu platform bagi para developer di Malaysia, untuk berkongsi idea atau memperkenalkan produk mereka kepada hadirin.
Walaupun kedatangan aku lewat semalam, jam 8 malam macam tuh aku baru sampai (kerana ia bermula pukul 7 malam), namun sempat aku huraikan beberapa sesi yang sempat aku tengok.
Pertama adalah sesi dari geng Wootfood, yang dimana ia merupakan platform social media bagi penggemar makanan, dan ketika ini mereka telah menghasilkan sebuah app untuk iPhone, yang mana anda boleh check dalam iTunes, dan bagi Android pula mereka menyatakan akan dilancarkan pada minggu ini (i’m waiting..).
Anda boleh pergi ke link http://bit.ly/wootfood untuk mencubanya sendiri. Dan yang menariknya, mereka juga telah beli URL http://yum.my untuk dijadikan short URL bagi aplikasi Wootfood mereka.
Kedua adalah dari @euveng, dimana beliau telah mengumumkan bahawa beliau akan melancarkan private beta bagi http://FongFeikei.com minggu hadapan, dimana ia merupakan satu laman social media, bagi pencari tiket atau tempat kekosongan, bagi event atau sebagainya.
Aku akan terangkan lebih lanjut mengenai FongFeiKei.com ini pada blogpost akan datang.
Dan akhir sekali, Aizatto dari Facebook Malaysia mengumumkan akan ada event Facebook Developers Garage di Malaysia, pada 25 – 27 Februari akan datang, tempat masih belum ditentukan, sila check event page mereka di Facebook (d’oh! mana lagi..) untuk update, bagi mereka-mereka yang berminat untuk menghasilkan aplikasi sendiri di laman Facebook.
Ini merupakan acara menarik bagi semua developers tempatan, jadi sila pastikan kehadiran anda nanti untuk event ini. Dan apa yang pasti, ia adalah PERCUMA.
Itulah saja untuk laporan WebCamp kali ini, mereka akan adakan lagi di tempat yang sama bulan hadapan, jadi sila join Facebook group page, dan follow Twitter hashtag #WCKL, bagi mengetahui tarikh seterusnya Webcamp akan datang.
Aku pasti mereka yang telah terima jemputan sebelum ini tapi terpaksa dibatalkan atas faktor kesihatan Najib Razak menerima jemputan ini sekali lagi untuk majlis jamuan minum petang 1Malaysia bersama Datuk Seri Najib Razak 20 Februari ini nanti.
Ada beberapa yang aku kenal telah dijemput, berharap agar kita semua boleh berkumpul nanti disana dan jadikan ia sebagai tweetup or blogger meetup something? That should be great yo.
Lihat foto jamuan minum petang 1Malaysia bersama Datuk Seri Najib Razak yang lepas: http://shamhardy.com/7348
Seperti yang aku janjikan, inilah foto sekitar pertandingan Energizer Night Strike bagi hari kedua.
Harga bagi senapang ni adalah dalam lingkungan RM3000++ keatas. Nice kan?
To be honest, event ini telah mengajar aku untuk bagaimana teknik mengambil gambar di waktu malam dengan pencahayaan yang kurang, walaupun aku masih tidak sepenuh berpuas hati dengan kualiti gambar yang diambil, tapi apabila ada yang memuji tu, membuatkan aku bersemangat untuk mencubanya lagi di masa akan datang. Hehe..
Sebernanya event tersebut berlangsung selama 3 hari (dari Jumaat hingga Ahad), oleh kerana terdapat hal pada hari ketiga, maka tiada gambar aku ambil pada hari tersebut, namun aku pasti member aku yang lain ada blogpost untuk hari ketiga punya event.
Walau apapun, event tersebut berlangsung dengan jayanya, walaupun konsep paintball di waktu malam agak baru ketika ini, banyak lagi yang boleh diperbetulkan, tapi hey.. mana tau, mungkin akan ada lagi konsep yang sebegini lagi selepas ini?
Kepada yang tidak menang, tidak mengapa, anda boleh cuba lagi dalam pertandingan paintball akan datang, dan yang menang, tahniah, anda memang betul-betul layak memenanginya. Kekalkan kejuaraan anda di masa hadapan nanti okay. Dan akhir sekali, kepada kenalan baru aku jumpa disana, penganjur, team Advertlets dan blogger yang hadir, anda semua memang best! Kita akan jumpa lagi okay! Cheers..
P/S: Aku rasa cam aku lelama akan bertukar dari tech blogger ke photography blogger ni karang. Haha..
Pada 21 Januari 2011 lepas, aku, team Advertlets dan blogger lain telah dijemput untuk hadiri event paintball kelolaan Energizer Malaysia yang memperkenalkan konsep baru permainan sukan ini iaitu bermain dalam waktu malam, yang diberi nama, Energizer Night Strike.
Memang konsep yang diperkenalkan ini belum pernah lagi aku dengar sebelum ini, malah ramai peserta paintball yang aku bertanyakan pun telah berkata perkara yang sama, tapi permainan ini sebernanya telah dibantu oleh cat yang boleh glow in the dark kepada set tempat permainan perang mereka, bayangkan ia seolah seperti perang di Pandora pada waktu malam. You get the idea?
Dari segi jumlah penglibatan pasukan yang sertai Energizer Night Strike ini memang ramai, pelbagai stail individu anda boleh lihat, ada yang dari mereka yang boleh nampak sangat la diorg ni dari badan beruniform (mungkin polis, mungkin askar), ada yang hanya individu biasa sahaja yang datang bermain untuk just have fun, namun apa yang sebernanya penting adalah bagaimana anda mengatur strategi anda ketika dalam kawasan permainan nanti, kemampuan anda untuk menang membuktikan bahawa anda adalah seorang survivor yang hebat sebernanya.
Inilah foto-foto pada hari tersebut. Keadaan kawasan permainan di waktu petang.
Sebelum bermula pertandingan, pihak penganjur akan memberi taklimat penting dahulu kepada semua peserta, bagi memastikan mereka faham akan peraturan semasa dalam kawasan pertandingan nanti dan segalanya berjalan dengan lancar.
Bila semua itu telah selesai, dan malam pun menjelma, keadaan di sekitar padang permainan semakin rancak dengan pelbagai aktiviti dan orang ramai yang semakin memenuhi tempat.
LET THE GAMES BEGIN! BANG! BANG! KAPOWW!!
Kami semua yang hadir pada hari itu berpuas-hati dengan seluruh event tersebut, membuatkan aku rasa macam aku nak join gak, tapi tak tahu siapa yang nak diajak, hmmmmmm…
Anyway, selepas ini akan ada sambungan blogpost Energizer Night Strike untuk hari kedua, so get ready ya!
Juga pada hari semalam (20 Januari 2011), sebuah tweetup telah berlangsung di restoran Burger King, Kuala Lumpur Sentral pada pukul 1 petang, dimana aku (blogger biasa) dijemput untuk datang berbincang sama dengan blogger-blogger OTAI untuk menentukan cara untuk hadir ke majlis perkahwinan Knizam yang akan berlangsung pada 19 Februari 2011 hadapan, di Jasin, Melaka.
Kami juga ada bercadang untuk berjalan-jalan ke Melaka nanti selepas hadiri majlis Knizam tersebut, jadi kepada blogger dan twitterer di Melaka, jangan lupa untuk bersama-sama kami nanti.
Kepada yang bercadang untuk hadir juga nanti, mungkin tiada transport untuk turun kesana, send tweet kepada nama-nama mereka yang aku mention diatas, berbincang dengan mereka, kalau anda di Seremban, ada 3 tempat kosong aku boleh provide, kalau anda di Rawang, send tweet kepada Aman Firdaus, beliau sudah berkereta.
Kepada saudara Knizam, nantikan kedatangan epic swarm kami!
P/S: Maaf kerana tak edit foto, sangat malas sekali hari ini.
Sepertimana yang telah diberitahukan sebelum ini dalam Twitter dan Facebook, Dashing telah melancarkan roadshow mereka di pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur (http://4sq.com/e7J41I) yang bermula dari Rabu yang lepas (19 Januari 2011), hinggalah ke hari Ahad ini (23 Januari 2011), untuk mempromosikan produk terbaru mereka kepada umum, beserta memperkenalkan duta mereka yang terkini iaitu, Remy Ishak.
Oleh itu pada hari Khamis yang lepas (20 Januari 2011), Remy Ishak sendiri telah turun ke roadshow tersebut sebagai duta Dashing, dan beramah mesra dengan semua pengunjung yang hadir pada ketika itu.
Berikut adalah foto-foto pada masa tersebut.
Pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh pihak penganjur untuk menjadikan event tersebut sangat menarik. Antaranya adalah pertandingan bermain car racing games dengan Nintendo Wii, dan juga sesi bertandatangan dengan Remy Ishak sendiri.
Dari apa yang aku amati, ramai yang hadir ke event tersebut sangat gembira dan berpuas hati dengan apa yang dianjurkan.
Roadshow tersebut masih akan berlangsung hingga Ahad ini (23 Januari 2011), terdapat pelbagai promosi yang dilakukan, antaranya adalah percuma beg pelengkap mandi dengan setiap pembelian barangan Dashing yang bernilai RM30 keatas.
Seterusnya untuk orang Kubang Kerian pula, Dashing roadshow akan datang ke tempat anda 27 hingga 29 Januari ini di pusat membeli belah MyDin sana, jangan lupa untuk beramai-ramai hadir dan berjumpa dengan artis kegemaran anda Remy Ishak sendiri sambil membeli pelbagai barangan Dashing, dan mendapat pelbagai banyak promosi ditawarkan.
Kepada pihak penganjur saya sangat berterima kasih kerana telah menjemput saya untuk hadir ke event yang menarik ini. Pasti kita akan jumpa lagi di masa hadapan kelak. Cheers!
Pada hari Jumaat, 14hb January 2011 yang lepas telah berlangsung satu majlis makan malam oleh Honda Malaysia untuk menghargai pihak media tempatan yang telah bersama membantu menaikkan nama mereka sepanjang tahun 2010 yang lepas.
Berlangsung di tingkat atas bangunan G Tower Hotel (http://4sq.com/eDqmjw) yang terletak dekat sahaja dengan Ampang Park, ia adalah suatu malam yang sangat menarik dan kami semua yang dijemput sangat gembira, especially dengan pelbagai makanan yang telah disajikan oleh pihak restoran mewah Tanzini, dan juga pemandangan tingkat atas bangunan G Tower yang sangat-sangat mengagumkan.
Walaubagaimanapun, tidak ada satu pun foto makanan yang sempat aku tangkap, kerana.. tahap kelaparan aku yang agak extreme ketika itu, so.. sesudah sahaja aku habis makan semua, baru aku teringat yang sepatutnya aku tangkap foto nya dahulu sebelum aku makan. Sorry!
Percaya atau tidak, inilah produk pertama oleh Honda, sebuah basikal pada tahun 1947. (Mungkinkah basikal ini juga digunakan oleh tentera Jepun ketika memasuki Tanah Melayu? #justsaying)
Inilah Yoichiro Ueno, Managing Director & Chief Executive Officer of Honda Malaysia sekarang.
Cuaca pada malam itu sebernanya sangat lebat, membuatkan aku berbasah sedikit jugak la nak berjalan semula ke stesen LRT Ampang Park (http://4sq.com/eyCwwu) dari bangunan tersebut. Namun sebagai seorang yang extreme, semua itu tidak menjadi masalah.
Hopefully akan ada lagi event menarik dari Honda untuk Advertlets tahun ini, sepertimana event ronda dengan Honda Freed untuk tahun 2010 yang lepas, can’t wait for it, will see about it later la.. kbye!
Pada 13 November, 2010 (Isnin) yang lepas, aku dan team Advertlets yang lain telah dijemput oleh pihak Holiday Villa untuk hadiri majlis makan malam mereka, iaitu di salah sebuah cawangan hotel mereka di Subang Jaya (http://4sq.com/i7U4LU), untuk merasai sendiri pakej hidangan makanan yang mereka akan sediakan bagi perayaan Krismas dan sambutan tahun baru nanti.
Terdapat pelbagai sajian Holiday Villa telah sediakan, pelbagai jenis masakan, dan antaranya adalah masakan Melayu, Cina, India, Barat, Jepun, Thailand dan pelbagai lagi. Sungguh banyak, rambang mata dibuatnya ketika kami nak memilih mana satu nak makan.
Dan seperti kebiasaan, selera aku selalunya akan memilih masakan Melayu, Cina, Barat dan Jepun. Especially Jepun.. sebab saya sangat sangat sangat suka Sushi!
Oh dan tambah lagi sweet memory aku ketika makan malam tersebut, apabila hos telah menyebut nama aku kerana terpilih sebagai pemenang dalam cabutan bertuah. (Jangan kisahkan topi aku pakai tuh)
Aku pasti ramai hadirin seronok dengan majlis malam tersebut, kerana semua orang nampak gembira sahaja berbual di meja masing-masing. Dan untuk akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Holiday Villa kerana menjemput kami semua blogger untuk merasai keenakan sajian yang disediakan di hotel anda.
Saya pasti ramai akan memilih Holiday Villa untuk lokasi mencari makanan mereka di masa akan datang. Sekian.
Dan untuk sebarang tempahan bagi Holiday Villa, Subang Jaya. Sila ambil alamat mereka di bawah ini:
Holiday Villa Hotel & Suites
9, Jalan SS12/1, 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel: 603-5633 8788 Website:www.holidayvillahotelsubang.com
Pada hari Sabtu yang lepas (4 December 2010), @tekong atau nama sebenarnya Ikhwan Nazri telah pun menjemput (http://its.weddingkami.com) aku sekeluarga untuk hadir ke majlis perkahwinan beliau yang terletak di Ampang, Selangor.
Berikut adalah foto-foto pada hari tersebut:
Kepada saudara Ikhwan Nazri (@tekong) dan Hazwani (@n3thead), selamat pengantin baru diucapkan, semoga kekal selamanya, hinggalah ke anak cucu dan cicit. Aminnnnnn…
Tahniah!
P/S: Dalam perjalanan pulang dari majlis, kami bertemu dengan kejadian kemalangan yang aku kira agak jarang berlaku, yang mana sebuah kereta telah berlanggar dengan paip air, dan menghasilkan satu pancutan air yang besar di tempat kejadian.
Kodu adalah sebuah game yang dihasilkan oleh Microsoft FUSE Labs, dan ia adalah berbentuk visual programming, sesuai untuk memberi pengenalan kepada anak anda kepada dunia programming di usia muda.
Kodu mungkin satu nama baru di negara ini, namun pada hari Khamis yang lepas (25 November 2010), telah berlangsung pertandingan Kodu Kup yang dianjurkan oleh Creative Robotics Learning Center (creativerobotics.com.my), satu-satunya pusat latihan bagi pembangunan robotik di Malaysia, untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar lembah Klang.
Pertandingan tersebut telah disertai oleh 40 penyertaan yang mana mereka pada mulanya diberi bengkel percuma dahulu tentang bagaimana untuk menggunakan Kodu ini, kemudian mereka diberi masa 2 jam untuk membangunkan game mereka masing-masing dengan menggunakan tema yang diberi iaitu “Kodu’s Great Adventure”.
Video dibawah menunjukkan demo anda menggunakan Kodu.
Pengarah kepada Microsoft Malaysia, Farad Alhusaini berkata pada hari itu
“We are extremely proud that Creative Robotics Learning Centre has taken the initiative to spearhead the Kodu movement. It is indeed a whole new level of experience for them and now they feel the need to share their passion to bring this knowledge to other students.”
dan lagi..
“When we set out to host the Kodu Kup, we hoped to inculcate a spirit of self-learning and leadership among students, beyond teaching them the basics of software and game development. It is amazing to see this goal come to fruition now with the K3 competition,”
(Maaf kerana tak dialih-bahasa)
Tahniah kepada semua pemenang!
Dan untuk pengetahuan, Kodu boleh dijalankan di Xbox 360, Microsoft Windows XP, Windows Vista dan Windows 7. Ia juga boleh didapati di Xbox LIVE Marketplace. Luangkan masa anda kalau boleh untuk mencuba.
P/S: Actually aku memang target nak ajar anak aku dalam bidang programming masa dia kanak-kanak lagi, dan bila aku lihat Kodu ni aku rasa aku akan ajar dia gunakan nanti bila aku rasa dia dah bersedia. Amat bagus!
Pada 15 November yang lepas, telah berlangsung majlis oleh Dashing di restoren Tanzini, G Tower (http://4sq.com/ef2q96), bagi memperkenalkan produk terbaru mereka di pasaran, serta memperkenalkan model baru mereka untuk tahun 2010 ini, iaitu artis popular tempatan, Remy Ishak.
Aku bersama rakan Advertlets yang lain telah bersama menjayakan pelancaran ini, yang mana kami juga telah diberi peluang untuk menemubual pendek dengan Remy Ishak sendiri berkenaan dengan pemilihan diri beliau sebagai duta Dashing yang terbaru.
Berikut adalah sedikit foto pada hari tersebut:
Ketika sesi menemubual dengan Remy, kami bertanya soalan tentang yang mana satukah produk yang menjadi pilihan beliau sendiri? Dan beliau memilih perfume ‘Cool’, kerana merasakan ia sesuai dengan tugasnya yang aktif seharian, dan baunya juga sangat ‘Cool’, sesuai dengan nama..
Selain dari bertanyakan soalan mengenai diri beliau dan Dashing, aku sempat juga mencelah bertanyakan sedikit soalan kepadanya, samada beliau blogging ataupun tidak? (Well, since kami semua bloggers, nak tau jugak samada beliau juga blogger atau tidak..)
Dan seperti yang aku jangka, beliau sangat sibuk dengan tugas ketika ini, dan itu telah membataskan diri beliau untuk meluangkan masa untuk ber blogging langsung, dan hanya social media seperti Facebook dan Twitter menjadi tempat untuk beliau menulis tentang status terkini kepada peminat secara online.
Walau bagaimanapun, pihak Dashing telah bijak memilih Remy Ishak sebagai duta baru mereka, memang beliau seorang yang sangat berkeyakinan tinggi dan berani, dan kami semua yang hadir pada hari itu,
telah menerima gifts percuma ini, hadiah khas daripada pihak Dashing. Terima kasih.
Pada 24 November yang lepas, telah berlangsung satu majlis perasmian smart=phone terbaru dari HTC di Chinoz On The Park, KLCC (http://4sq.com/hZannY) yang dianjurkan oleh Maxis bagi memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu HTC HD7.
Kebiasaan kita melihat HTC banyak mengeluarkan produk phone terbaru mereka dengan platform OS Android, tapi untuk HTC HD7, ia menggunakan platform terbaru dari Microsoft iaitu, Windows Phone 7 (microsoft.com/windowsphone). Dan komen aku setelah mencubanya adalah, phone ini sangat menarik! Windows Phone 7 mempunyai UI (user interface) yang amat berlainan dari apa yang iPhone, BlackBerry dan Android ada, dan juga pelbagai produk dari Microsoft seperti Office, Outlook, Internet Explorer, Zune, segalanya ada dalam satu phone. Imagine!
Aku masih menggunakan Windows sekarang, disebabkan beberapa aplikasi yang perlu aku ada untuk membuat kerja, dan apabila aku melihat HTC HD7 ini, ia seperti Windows desktop anda, cuma ia dikecilkan kedalam sebuah phone yang saiz screen nya 4.3″ inch.
Foto-foto semasa pelancaran:
Kita lihat pada specs HTC HD7 (aku ambil mana yang penting):
Type: Touch screen with pinch-to-zoom capability Size: 4.3 inches Resolution: 480 x 800 WVGA CPU Processing Speed: 1 GHz Internal storage: 16 GB (Asia) ROM: 512 MB RAM: 576 MB Camera: 5 megapixel color camera, Auto focus and dual LED flash, 720p HD video recording. 3G: Up to 7.2 Mbps download speed, Up to 2 Mbps upload speed GPRS: Up to 114 kbps downloading EDGE: Up to 560 kbps downloading Wi-Fi®: Wi-Fi®: IEEE 802.11 b/g/n Battery type: Rechargeable Lithium-ion battery Capacity: 1230 mAh
Talk time: WCDMA: Up to 320 mins GSM: Up to 380 mins
Standby time: WCDMA: Up to 320 hours GSM: Up to 310 hours
Network: Asia Pacific: HSPA/WCDMA: 900/2100 MHz GSM: 850/900/1800/1900 MHz
Selalunya aku akan melihat kepada 6 point utama bagi specs phone, yang pertama adalah saiz screen, aku suka big screen, lagi besar lagi bagus, dan HTC HD7 ada 4.3″ inch bagi touch-screen nya (480 x 800 WVGA), sama besar dengan Desire HD, dan lebih besar dari iPhone 4 (3.5″ inch), dan itu sesuatu yang bagus.
Seterusnya ke dua, Processor, HTC HD7 mempunyai kelajuan 1 GHz, meaning kepantasan dia load sesuatu program dalam phone memang pantas, ketiga adalah internal storage, ini penting jika anda mahu install banyak aplikasi dalam phone anda, dan HTC HD7 punyai 16GB, itu satu ruang yang sangat besar jika anda mahu install pelbagai aplikasi, games, foto dan video. Keempat ialah RAM, memori yang diperlukan untuk bantu memproses data, phone ini mempunyai 512MB, which is big kalau kita cerita mengenai phone la, kalau desktop atau laptop, boleh menimbulkan perasaan nak campak je dalam tong sampah. LOL!
Dan yang terakhir dua adalah camera dan battery, untuk kamera, ia adalah 5 megapixel kamera, standard spec yang ada dalam banyak phone hari ini, even iPhone pun 5MP juga. Last sekali Battery, specs yang paling penting bagi aku sekarang, tulis disitu 1230 mAh, tapi macam biasa.. kalau korang on 3G all the times, bermaksud penggunaan battery memang kuat, dan sekejap saja paras battery boleh menurun, nasihat aku.. either korang guna 2G (Edge & GPRS) atau tutup data connection bila tak memerlukan, kerana tanpa battery, there’s nothing you can do. *meh!
Harga: Kontrak 12 bulan: RM1699 Kontrak 24 bulan: RM1399
Lihat maklumat lanjut di Maxis.com.my: http://bit.ly/fTArTo
You choose!
Tapi yang menjadi persoalannya sekarang adalah Marketplace, tempat dimana anda boleh beli atau download aplikasi lain yang boleh digunakan dalam phone, Windows Phone 7 adalah pemain baru dalam industri mobile OS, dan ‘mungkin’ masih tak banyak jika dibandingkan dengan apa yang iOS dan Android ada, tapi masih terlalu awal untuk kita semua membuat rumusan dengan semua itu sekarang, hopefully Microsoft akan push developers di luar sana untuk membuat aplikasi yang lebih banyak lagi bagi platform ini.
Bagi dalam 2 – 3 tahun kita lihat bagaimana, jika mereka punyai banyak aplikasi, aku percaya ia dapat menarik ramai pengguna di luar sana untuk mendapatkan phone yang mempunyai platform OS ini. Dan iOS dan Android mungkin akan terpaksa berusaha lebih keras lagi kerana pemain baru ini telah menjadi pesaing terbaru mereka.
Akhir kata, it doesn’t matter what phone you’re using, its how you use it that’s matter. Sekian..
P/S: Malam itu juga aku telah dijemput oleh Astro Awani untuk menjadi tetamu mebincangkan tentang topik ‘Aplikasi Telefon Pintar’ bersama-sama Dzulfitri Yusop (Host), Afiq Hanif (Wartawan IT, Harian Metro), dan Norhizam Abdul Kadir (OEM Marketing Manager, Microsoft Malaysia)
Pada malam hari Sabtu yang lepas (20 November 2010), telah berlangsung Shout! Awards oleh 8TV di Stadium Putra, Bukit Jalil (http://4sq.com/a1MOG7), bagi memberi anugerah kepada pengkarya dalam industri muzik, perfileman dan rancangan TV tempatan, yang mana anda sebagai penonton dan pendengar, diberi peluang untuk undi kepada artis atau hasil karya yang anda rasa layak, untuk dinobatkan sebagai yang terbaik bagi tahun 2010 ini.
Ini adalah Shout! Awards yang ke-2, dan rasanya ramai rakyat Malaysia dah tau bagaimana bentuk keseluruhan konsep majlis penganugerahan ini.
Kepada Xpax, terima kasih banyak kerana telah memberi VIP tickets kepada kami semua, it’s a great night, we really enjoyed the whole event from start to end, aku pun ada dapat jugak 4 tickets (free standing) dari Shout! Awards Facebook page (http://on.fb.me/bYlAd3), juga dapat berjumpa few Twitter friends hari tu seperti @rararawr, @khiromar, @kruel74, @loveykatz and @blogrichie.
Yang lain tak sempat tu maaf bebanyak, pasal cell-phone aku masa dah nak start event pun dah black-out, forgot to charge cukup-cukup sebelum pergi, mana yang tak pergi tu takpe, aku tau korang masing-masing ada awesome activities di luar sedang berjalan, just tengok pada Foursquare masing-masing dah tau, and hopefully tahun 2011 nanti kalau ada rezeki kita pergi beramai-ramai ke Shout! Awards la eh. He hee..
Foto-foto pada malam tersebut:
Ini Cuma few photos aku put dalam blogposts ni, untuk lihat yang selebihnya, check out dalam Facebook album (http://on.fb.me/9Ev1bs) dan Flickr photostream (http://bit.ly/a6OA97) aku.
Nak tau mana aku duduk malam tuh? Betul-betul kat tempat dalam foto bawah ni. *heh!
Kepada yang menang pada malam tersebut, tahniah diucapkan, dan kepada yang tidak, jangan berputus asa, anda sememangnya adalah yang hebat-hebat sebernanya, that’s why tercalon, just teruskan berkarya, dan mana tau suatu hari nanti rezeki anugerah akan sampai ke diri anda jua. So, berusahalah! Kami pendengar, penonton sentiasa menantikan. Yeah!
See you guys next year on Shout! Awards 2011!
P/S: Aku punya lens 135mm jer, tu saja jarak yang termampu aku boleh snap.
Kepada semua umat islam, saya bersama isteri (Zawifatul Aziyah) ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha, dimana jua anda sekalipun, dan semoga kita mendapat semangat daripada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. untuk meneruskan kehidupan kita di dunia ini, Insya Allah.
Saya akan berada di Muar dan Johor Bahru untuk raya Aidiladha tahun ini. Korang pulak bagaimana?
Anyway…
Sila berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman (jika anda pulang awal pagi raya), pastikan kenderaan dalam perfect condition, lesen road-tax up-to date, jika anda menaiki bas ekspress, dail 999 (unit FRU) segera jika anda terasa pemandu bas memandu terlalu laju, rumah semua dah siap terkunci, barang tidak ada yang tertinggal, dan yang pentingnya, semoga anda bergembira di Aidiladha ini ya. Aminn..
It is with much regret that I inform you that the special dinner with online friends planned for this coming Friday, 5 November, is postponed until further notice. Due to a bout of chicken pox, I have been advised by my doctor to avoid all public and official functions until I fully recover. An official statement was released by my office yesterday concerning this.
Nampaknya plan aku untuk pergi ke #dinnerwithnajib jumaat ini terpaksa dibatalkan la, so boleh la aku petang khamis nanti aku terus balik ke Muar untuk cuti sempena Deepavali ni.
Balik kampung…….. ho ho ho. Balik kampung…….. ho ho ho. Balik kampung…….. hati riang!!!
P/S: Actually dah lama aku tak balik Muar sebernanya.
Jika anda ingin mencari sebuah hotel budget di Kuala Lumpur, Leisure Inn kini telah membuka cawangan terbaru mereka yang terletak di Jalan Changkat Thambi Dollah, bersebelahan sahaja dengan bangunan Shaw Parade, yang juga berdekatan dengan bangunan yang terkenal di Kuala Lumpur, iaitu Berjaya Times Square.
Kedudukan Hotel Leisure Inn sangat strategik kerana ia terletak sungguh dekat dengan Bukit Bintang, yang terkenal dengan pelbagai bentuk hiburan disana dan banyak kawasan membeli-belah, hinggakan hanya berjalan kaki sahaja anda sudah boleh sampai kesana.
Inilah yang Leisure Inn sediakan dalam servis hotel mereka:
9 Channel TV (6 channel tempatan, BBC World News, ESPN dan Cinemax)
3 jenis tilam/katil disediakan
Kemudahan WIFI bagi setiap bilik
Pengering rambut
Set bilik air
2 botol air percuma
Deluxe Queen
Superior Single
Superior Twin
Utiliti yang disediakan
Juga di bahagian lobby, Leisure Inn ada menyediakan satu ruang dipanggil business corner untuk mereka yang perlu menggunakan komputer untuk apa jua kegunaan mereka. Perkhidmatan internet sudah tersedia sekali.
Lukisan yang menghiasi dalaman Hotel Leisure Inn ini.
Nota.
Parking: Tidak terdapat di bangunan hotel tersebut, tapi yang ada terletak paling hampir adalah 5 meter sahaja.
Taxi: Mudah didapati.
Pengangkutan awam: KL Monorail (Imbi atau Bukit Bintang), cuma berjalan 15 minit sahaja.
Pusat membeli belah terdekat: Berjaya Times Square, Low Yat Plaza, dan Sungai Wang yang hanya 15 hingga 20 minit berjalan kaki.
#Oct23rdTwtup adalah satu majlis tweetup yang paling terbaru sekali diadakan pada Sabtu lepas (23 October, 2010) yang bertempat di Pusat Komuniti TTDI (http://4sq.com/bY9e3E), ia bukan sahaja berjaya dari segi penganjurannya, malah paling terbesar dan paling terhebat tweetup diadakan di Malaysia (sehingga kini).
Pelbagai aturcara telah diatur, pelbagai aktiviti boleh anda lakukan, seperti anda boleh bermain PlayStation 3, bermain board games, card games, game Rockband, ada sesi untuk #tributepramlee, gigs, menonton perlawanan bola sepak, dan pelbagai sangat. Serious! Inilah bentuk tweetup yang aku impikan akan ada di Malaysia.
Aku hadir dalam pukul 8:30 malam, cadangnya pukul 5 petang camtuh, tapi sebab aku memikirkan aku ada bawa wife (@zawizainal) dan anak aku (@hailakid) bersama, aku rasa macam tak boleh nak attend lebih awal, takut pulak meragam anak aku nanti kalau lebih dari 3 jam kat situ, lagipun masa aku tengok susunan masa program pun untuk the main event (Super Swarm Badge) start pukul 9 malam camtuh, so.. aku rasa kehadiran aku pukul 8:30 malam macam perfect time rasanya. Walaupun aku terlepas beberapa tweepz yang telah balik awal masa tuh. *heh!
Anyway, satu perkara yang paling awesome mengenai tweetup kali ini adalah buat pertama kalinya di Malaysia dalam sejarah Foursquare, kita telah dapat Super Swarm Badge ladies and gentleman, sebuah badge yang memerlukan 250 orang untuk check-in serentak dalam satu tempat dalam satu masa. Bukan senang tau nak dapat badge nih, siapa terlepas memang sayang teramat sangat lorr..
Super Swarm Badge penting bagi aku adalah kerana kita memberi message kepada Foursquare admins dan dunia social media bahawa users Foursquare di Malaysia besar, dan juga memberi keyakinan kepada syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menggunakan servis (Foursquare) ini bagi membantu meningkatkan perniagaan mereka di Malaysia.
Itulah jawapan aku in-case kalau ada orang tanya kenapa penting sangat badge ni laa.. (aku pun pernah buat blog-post mengenai perlunya kita ada Super Swarm Badge di Malaysia sebelum ni: http://shamhardy.com/9169)
Individu yang menjadi King bagi event #Oct23rdTwtup ini adalah tidak lain tidak bukan, Mr. @karrotgold ladies and gentleman.
Bro, you got my respect! Dan juga kepada mereka-mereka yang telah bersama menjayakan event ini, anda semua memang hebat! Bukan sahaja dalam social media world, tapi juga dalam dunia realiti. Kita perlukan individu-individu seperti ini lagi di Malaysia. Bersama-sama kita bangunkan komuniti web di Malaysia ini menjadi lebih menarik lagi selepas ini. If you got what it takes, then do it!
Untuk melihat lebih banyak lagi foto-foto dari event ini, sila pergi ke album #Oct23rdTwtup aku di Facebook (70 jumlah kesemuanya): http://on.fb.me/9ffXZb
Semalam (October 19, 2010) telah berlangsung satu sidang media dan bloggers oleh syarikat AOC (Admiral Overseas Corporation, yang sebelum ini dikenali sebagai Admiral) untuk memperkenalkan produk terbaru mereka di Malaysia iaitu wLED Razor monitor.
Sidang tersebut telah disempurnakan oleh Mr. Tony Li (Timbalan Pengarah bagi produk APMEA, AOC), menerangkan bahawa produk wLED Razor mereka adalah produk paling terbaru dan terbaik mereka keluarkan bagi pasaran monitor hari ini.
Menurut katanya:
“In AOC, we practice responsible innovation where our creation is guided by our 1G2E concept: Green, Ergonomic Life and Entertaining Life. Green simply means our products are eco-friendly where they are designed with innovative energy saving features and use 100% pulp mold in packaging. Ergonomic life means our products are designed to occupy space at work or at home healthily and efficiently. Finally, our products seek to enhance one’s lifestyle by offering high quality viewing experience.”
Dan tak lupa juga pada hari itu, AOC telah membawa seorang aktres dari Taiwan, sungguh cantik sungguh molek, iaitu Ms. Anli Chen Yi Ting, sebagai model utama ketika sidang pelancaran tersebut.
Fakta menarik mengenai syarikat AOC ini (yang aku baru tahu) adalah:
Ia pertama sekali ditubuhkan di Chicago, IL, USA pada tahun 1934 dengan nama lama mereka iaitu Admiral, bererti mereka telah berada selama 76 tahun dalam arena pembuatan screen monitor ini sehingga 2010. Syarikat ini amat-amat berpengalaman maksudnya.
Produk pertama mereka adalah set TV color pada 1947, dan telah menjual sebanyak 5 juta produk mereka itu pada tahun 1951, mereka kemudiannya telah membuka kilang pembuatan di Taiwan pada 1967, dan kemudian menukar nama syarikat dari Admiral kepada AOC pada tahun 1978.
Kini, AOC terkenal di negara US sana, dan juga Eropah, dan kemudiannya mereka telah membuka pasaran mereka yang luas lagi di China, Hong Kong, Indonesia, Australia, Singapore dan Malaysia.
Mengapa aku ceritakan sejarah mengenai syarikat ini? Well kerana aku sangat terkejut dengan fakta mereka kerana menyangka pada mulanya AOC adalah salah satu produk monitor dari China, dan aku sangat silap mengenai syarikat ini. Bukan aku sahaja, ramai rakan aku berpendapat yang sama, so bila aku sudah tahu ini, rasanya elok aku kongsi bersama dengan anda-anda semua. Sharing is caring right?
Mengenai produk wLED Razor pula, ia terdapat dalam 4 model, iaitu:
Seperti biasa, favorite aku sentiasa adalah pada resolusi, jadi model e2243Fw dan e2343F boleh menyokong resolusi sehingga 1920×1080@60Hz, itu sudah amat cukup bagus la dengan aku, kerana lagi besar resolusi boleh support means lagi banyak perkara la dia boleh lakukan.
Kita pergi pada harga pulak, anda mesti takkan percaya dengan figure yang mereka letakkan:
Aku akan tekankan model e2243Fw dan e2343 lagi, beza antara dua produk, satu 21.5″ dan 23″ adalah RM30. Cuma RM30 untuk perbezaan screen size 1.5″. Bayangkan, harga monitor ini yang cukup menarik. Berminat?
Foto-foto lain pada hari event tersebut:
Juga pada hari itu telah dibuat cabutan bertuah, namun sayang kerana aku tak menang satu pun. Cis!
Anyway, tahniah kepada semua pemenang.
Terdapat pelbagai produk monitor di luar sana, pergi saja ke Lowyat dan anda akan lihat pelbagai brand, ada yang mahal dan ada yang murah, tapi itu semua bergantung kepada kualiti monitor tersebut boleh support, secara jujur aku kata, AOC monitors mempunyai pesaing mereka yang jauh lebih baik, siapa tak kenal dengan kehebatan syarikat Samsung dalam produk monitor? Tapi apa yang aku ingin tekankan disini adalah, harga mereka (AOC) adalah dalam peringkat ‘mampu dimiliki’ oleh pengguna, see the price, dan compare specs dengan produk brand lain, produk AOC memang antara yang termurah dalam pasaran, dan itu yang penting. Jika anda mahu big screen, resolusi yang tinggi, tapi murah, wLED Razor adalah pilihan anda, dengan teknologi yang terkini, rekabentuk yang cukup menarik, anda tak perlu pening sangat memikirkan kriteria pilihan anda itu, namun segalanya terpulang pada anda. Just think about it!
Untuk maklumat lanjut mengenai AOC dan segala produk mereka, sila pergi ke website utama mereka di: http://aoc.com, dan mengenai produk wLED Razor, site produk mereka adalah disini: http://bit.ly/blVkYO
Akhir kata, terima kasih kepada urusetia majlis, ia berlangsung dengan hebat, makanan juga semua sedap, pilihan venue (Bijou, Mont Kiara: http://4sq.com/ddaJWJ) sangat menarik, dan pasti ramai yang hadir terhibur dengan event anda. Terima kasih yang teramat sangat.
Pada Jumaat yang lepas telah berlangsung satu event oleh Energizer bagi memperkenalkan teknologi dan imej terbaru mereka iaitu Energizer Energy Beam di Malaysia.
Seperti-mana yang kita tau, Energizer amat terkenal dalam produk bateri mereka, yang ternyata lebih tahan lama, lebih berkualiti dan paling popular sekali di dunia. Dan sebagai salah seorang peminat kepada Energizer yang sudah lama, aku amat berbesar hati kerana dapat menyertai dalam pelancaran mereka bersama-sama dengan team Advertlets yang lain.
Menurut kata Mike Foong, Managing Director kepada Energizer Malaysia Sdn Bhd – “Konsep Energy Beam ini adalah cara kami memaparkan brand Energizer ini dengan mesej ‘Tenaga, Teknologi dan Kebebasan’ bertemu, sama seperti perubahan produk kami Energizer yang sentiasa meningkat maju dari masa ke semasa”.
Juga pada hari yang sama, Energizer Malaysia telah memperkenalkan produk bateri baru mereka iaitu Energizer Max, yang kini dengan Energizer Poser Seal Technology, dan bateri Energizer Ultimate Lithium, yang mana membolehkan anda untuk mengambil photo sebanyak 680 shots berbanding sebelum ini hanya mampu sebanyak 600 shots sahaja.
Lagi foto pada hari itu:
Energizer Malaysia juga berkata bahawa mereka akan menganjurkan sebuah perlawanan sukan Paintball iaitu Energizer Night Strike, yang akan diadakan pada Januari tahun hadapan (2011).
Bezanya event Paintball tournament ini adalah, ianya dilakukan pada waktu malam, dimana pemain akan berpakaian sut ultraviolet (UV) Paintball, dan juga dengan bola glow in the dark Paintball, seiring dengan konsep Energizer Beam mereka.
Untuk ketahui sebarang update terkini dari Energizer Malaysia seperti event dan produk terbaru mereka, jadi sebagai fan mereka di Facebook sekarang: http://www.facebook.com/EnergizerMY
Foto ini diambil dengan menggunakan kamera DSLR Canon EOS 60D dengan Lens EF-S 18-135mm f/3.5-5.6 IS. Untuk ketahui maklumat lebih lanjut, sila lawati info produk mengenai kamera ini di website Canon Malaysia.
Di timeline Twitter aku sekarang ni ramai yang sibuk bercerita tentang #Oct23Twtup yang berlaku (of course) October 23, 2010 ini di Pusat Komuniti TTDI yang bermula dari jam 4 petang hingga ke lewat 12 tengah malam. Siapakah mereka yang menguruskan Tweetup ini masih lagi tidak diketahui, tapi seperti yang di tweet oleh @techsupremo: “It’s a collaborative effort” (link), dan @norawrrr:”Everyone is behind @Oct23rdtwtup!” (link).
Jadi, senang citer, event ini adalah dari usaha kita semua dari komuniti Twitters Malaysia.
Tapi apa yang membuatkan aku tertarik tentang event #Oct23Twtup ini adalah:
Tapi yang menjadi winner dari aku apabila terbaca tweet dibawah ini.
5 Playstation 3? Woah! Ini sudah cukup bagus. Gila menarik apa yang event nih offer. Aku suka!
Jadi, untuk ketahui lebih lanjut lagi update terbaru dari mereka, follow account Twitter rasmi bagi event nih @Oct23rdtwtup dan follow hashtag #Oct23rdTwtup untuk membaca conversations dari semua Twitter users lain.
Seperti yang mereka kata, Tweetup ini adalah untuk semua, bermaksud semua dijemput hadir. Oleh itu, jumpa anda semua disana! (tinggal 14 hari sahaja lagi dari tarikh blog-post ini)
Pada hari Khamis (September 30, 2010) yang lepas di Cilantro Culinary Academy (http://4sq.com/9uREtV), telah berlangsung satu event dimana Samsung telah memperkenalkan sebuah produk terbarunya iaitu sebuah peralatan Oven, model: CE117AE-S (http://bit.ly/bQ5bxF), yang juga menjemput pemain hebat Badminton negara kita Malaysia iaitu Dato’ Lee Chong Wei. Kami semua blogger dari Advertlets hadir ketika itu untuk memeriahkanya.
Ya tuan-tuan dan puan-puan, anda mendengar dengar betul, Dato’ Lee Chong Wei telah bersama kami pada hari itu bagi menunjukkan bagaimana mudahnya anda memasak makanan anda dengan model Oven ini.
Mungkin ada yang akan berkata, “Sham.. mengapa blog-post ini tak ada kena mengena dengan blog-posts anda sebelum-sebelum ini? Mengapa tiba-tiba buka cerita tentang Oven?”. Baiklah, di masa sekarang ini kita sentiasa ingin pantas, Oven adalah salah salu peralatan dapur yang boleh membantu anda mengenyangkan perut anda, ia tidaklah sukar untuk menggunakannya, aku pasti ramai tahu cara menggunakannya. Lagipun ianya sesuatu yang elektronik, like you all know, i like technologies, and oven is one of it.
Tapi yang sebernanya aku excited untuk berada pada hari itu adalah aku dapat berjumpa dengan Dato’ Lee Chong Wei secara lebih dekat, i mean seriously sungguh dekat, mengajar memasak pulak tuh, jadi ini satu peluang kepada aku untuk mendekati beliau yang selama ini terkenal kerana Badminton nya dan lihat bagaimana beliau menyiapkan makanan beliau di dapur. Bukan stalker stuff, tapi ingin melihat sifat beliau yang berlainan.
Aku rasa ganjil untuk terangkan secara detail mengenai Oven ini kepada anda semua disini, better untuk korang yang berminat untuk ketahui mengenai apakah model Oven yang dipersembahkan pada hari itu, pergi ke link Samsung Malaysia disini: http://bit.ly/bQ5bxF
Namun gambar yang paling aku tak akan lupakan adalah dibawah ini, dimana kami semua bergambar dan aku berdiri betul di belakang Dato’s sendiri.
Antara kenangan terhebat aku to be honest.
Anyway, tempat yang Samsung pilih pada hari itu sungguh hebat, bersesuaian dengan tema event pada ketika itu juga sebernanya, beberapa foto di sana membuktikannya.
Terima kasih kepada Advertlets dan Samsung atas event yang menarik ini, hopefully di masa akan datang kita akan bertemu lagi ya.
(Semua foto diatas diambil dengan menggunakan kamera Sony NEX-3, lihat maklumat lanjut mengenai kamera ini di website Sony Malaysia sendiri: http://bit.ly/czFvO4)
P/S: Makanan yang dimasak oleh Dato’ pada hari itu adalah Seafood Pizza.
Pada tarikh 1 Oktober, 2010 yang lepas, telah berlangsung satu event gemilang di The Westin Hotel Kuala Lumpur (http://4sq.com/cjaTld) yang dianjurkan oleh pihak RIM dalam memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu BlackBerry Torch 9800. Mengikut apa yang diberitahu, ini merupakan pelancaran pertama untuk model ini di peringkat Asia Pasifik.
Kami yang hadir malam itu sangat bertuah dan seronok dengan anjuran event itu sepanjang malam yang bermula dari pukul 7:30 hingga 11:00 malam, yang dihadiri oleh pelbagai individu dari golongan ahli perniagaan, media, dan juga kami bloggers.
Sebernanya tujuan aku hadir ke dalam majlis ini adalah kerana aku terpilih antara 10 orang yang bertuah dalam memiliki BlackBerry Torch 9800 ini oleh pihak Maxis (http://bit.ly/a5TXBS). Terima kasih yang teramat sangat Maxis. Tak rugi jadi customer korang yang dah bertahun-tahun ni.
Rakan yang aku kenal dan hadir malam semalam adalah seperti @eizil (#maxis10), @lightyoruichi (#maxis10), @joshlim, @bryanlyt (#maxis10), @icednyior, @WaLauWei, @amanfirdaus, @Bennimaru, @aprilyim, @jasonmumbles, dan ramai lagi, juga ada dalam majlis tersebut. Keseluruhannya kami semua seronok, dan apa yang RIM lakukan dalam majlis itu malam semalam sangat hebat, sungguh! AKu tak tipu, berani aku kata.. lebih baik dari iPhone 4 launch day yang lepas (http://shamhardy.com/9597). 5x times better. Sebab tak berapa ramai yang dijemput dan tak kelam kabut (sarcastic inside!). Tahniah!
Secara jujurnya, aku tidak pernah menggunakan lagi BlackBerry sepanjang hidup aku, mencuba rakan punya banyak kali, dan aku tak sabar nak tunjukkan pada anda semua apakah yang menjadikkan BlackBerry Torch 9800 ini menarik kepada semua, aku juga cuba bandingkan dengan Android yang aku sedang gunakan sekarang, berikan beberapa perspektif dengan apa yang Android user lihat dalam phone ini, buat comparison all that, dan seterusnya memahami apakah yang membuatkan Barack Obama dan Najib Razak memilih Blackberry sebagai pilihan utama dalam cell-phone mereka, dan bukan iPhone, ataupun sebarang Android phones lain-lain. Ia tanda tanya bagi aku tau..
Foto BlackBerry Torch 9800 yang di demo kan malam semalam.
Segala foto-foto yang anda lihat disini menggunakan kamera DSLR Canon EOS 60D, untuk maklumat lanjut, sila layari ke website Canon Malaysia sendiri di http://bit.ly/aKFenB atau menjadi fan mereka di Facebook (http://bit.ly/cVuBYK).
Semua foto ini menggunakan kamera DSLR Canon EOS 60D pada hari itu, sila lawati lawati website Canon untuk maklumat lanjut.
Foto ini juga boleh anda lihat dalam Facebook album saya disini: http://bit.ly/d4odtg
Untuk @knizam94 @azmanishak @amanfirdaus @noktahhitam @khairul @tekong dan @icednyior, i’m really enjoy meeting with you guys!
Kepada mereka yang sudah memilikinya, tahniah kepada anda. Kepada yang masih belum dan memasang hasrat untuk mendapatkannya, jangan lengah-lengah lagi, pergi ke mana-mana Maxis centre terdekat anda, dapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh mendapatkannya disana.
Pada Isnin lepas (September 20, 2010) telah berlangsung satu sidang media oleh ESPN STAR Sports yang bertempat di La Bodega Deli bagi memperkenalkan produk terbaru mereka untuk semua pelanggan Astro Sports iaitu ESPN Player.
ESPN Player berfungsi sebagai platform kepada pelanggan yang mahu menonton rancangan sukan kegemaran mereka melalui web, dengan pelbagai fungsi didalamnya, kualiti yang terbaik, anda pasti tak akan terlepas lagi sebarang perlawanan sukan live anda selepas ini.
Menurut Nigel Harper (Pengarah, ESPN Player dari ESPN STAR Sports), untuk menggunakan ESPN Player ini adalah dengan pertama sekali, anda menjadi pelanggan kepada Astro dahulu, kemudian langgan Astro Sports, pergi ke laman rasmi website Astro sendiri untuk mendaftar sebagai ahli disitu, dan seterusnya anda dah boleh menggunakan ESPN Player anda kemudian itu. Ingat, yang penting sekali langgan Astro Sports, itu sahaja.
Peminat sukan Malaysia bakal menemui cara baharu lagi segar untuk menikmati senarai sukan antarabangsa terulung, dan ESPN Player memberi fleksibiliti dan kawalan yang lebih terhadap sukan yang diminati penonton, dan bagaimana menontonnya dengan platform dalam talian. Internet dan televisyen menjadi semakin rapat dengan pengenalan ESPN Player dan pihak kami komited untuk memperkaya pengalaman tontonan peminat sukan di samping meletakkan tanda aras baru dalam penikmatan sukan.
Pada pokoknya, ini memberi peminat sukan kawalan atas pengalaman tontonan keseluruhan dan memilih bagaimana dan bila mereka hendak menikmati kandungan sukan. Kami sukacita kerana mempunyai rakan yang kami hargai, Astro yang berkongsi komitmen kami untuk berusaha lebih demi memberi peminat sukan Malaysia kandungan dan interaktiviti sukan yang terbaik.
ESPN Player juga mempunyai ruang arkib yang besar, bermakna jika anda ingin menonton perlawanan mungkin 1 – 2 minggu yang lepas, atau 3 – 20 tahun yang lepas juga, anda boleh menontonnya. Segalanya ada disitu.
ESPN Player menyediakan pelbagai jenis sukan dalamnya, anda boleh tonton bolasepak, F1 racing, Golf, Renang, dan pelbagai lagi, ESPN Player ada menyediakan semuanya. Seperti yang saya kata, ia adalah alternative platform yang diperkenalkan oleh Astro kepada pelanggan mereka.
Akan berlangsung beberapa sukan dalam masa yang terdekat ini, contohnya iaitu Singapore Grand Prix pada weekend ini (25-26 Sept), Japan Grand Prix (9-10 Okt) dan acara sulung Korea Grand Prix (23-24 Okt). Anda boleh cuba menontonnya melalui ESPN Player nanti.
Saya telah mencubanya, dan beberapa test menggunakan browser yang berbeza tak ada masalah, cuma pastikan Flash player anda sentiasa up-to-date, dan browser yang dicadangkan adalah Mozilla Firefox dan Google Chrome.
Masih ingat lagi dalam ingatan saya semasa berlangsung acara World Cup (2010) yang lepas, ramai bertanya saya dimana mahu menonton live match melalui web ini, kerana ada yang tak sempat pulang kerumah kerana masih lagi bekerja ketika itu, ada yang tak dapat tempat duduk di restoren-restoren, terlalu banyak yang penuh, jadi disini peranan ESPN Player kepada mereka. Tonton melalui web dimana sahaja anda berada.
Jadi, kalau anda sudah menjadi pelanggan untuk Astro Sport, daftar sekarang sebagai ahli dalam web Astro di http://www.astro.com.my dan mulakan menonton sukan kegemaran anda dengan ESPN Player.
Pada September 19, 2010 (Ahad) yang lepas, aku telah dipilih antara 20 orang dalam Canon reviewer programme, untuk mencuba produk terbaru mereka iaitu, Canon EOS 60D. Yang mana menurut dari pihak Canon terangkan pada masa itu, produk ini masih belum lagi ada dalam pasaran di Malaysia sekarang, jadi terpilihnya aku dalam program ini merupakan satu penghormatan besar sebagai seorang photographer, dan juga sebagai seorang peminat pelbagai produk Canon. Ini cakap betul punya, tarak ‘kipas-kipas’.
Ada satu sesi masa event tersebut, kami diberi pilihan untuk mendapat salah satu dari 3 jenis lens yang mereka sediakan,dengan cara, cabutan undian, dan 3 jenis lens tersebut adalah 55mm, 135mm, dan 200mm. Thankfully, aku dapat yang tengah-tengah, 135mm, tak jauh, tak dekat sangat. Boleh tangkap gambar burung-burung dari jarak jauh. He hee..
Check out gambar kami semua semasa event tersebut di Facebook page Canon Malaysia disini (http://bit.ly/aJkhwR) dan gambar penyertaan kami semua disini (http://bit.ly/cfwrJl)
Tapi sebernanya, tak kisah la mana lens yang boleh dapat, semuanya ada kelebihan masing-masing, ada masa korang akan perlu yang 55mm punya, ada masa yang 200mm punya, bergantung pada situasi.
Sebernanya sebelum ni aku Cuma gunakan Canon EOS 1000D je, ia sebuah kamera entry-level. Jadi bila aku mula gunakan Canon EOS 60D ni, aku boleh terasa perbezaan yang besar la dari kamera yang aku miliki sekarang, dari segi controller, features, kualiti gambar, everything. Membuatkan aku rasa aku mesti dapatkan kamera ni selepas tamat program reviewer ini.
Untuk blog-post yang pertama ini, aku mungkin tak akan ceritakan dahulu mengenai full technical details mengenai kamera tersebut, aku Cuma nak ceritakan tentang event yang berlaku lepas dahulu, dan selepas ini, akan ada banyak lagi blog-post coming akan datang untuk terangkan secara menyeluruh tentang kamera ini, untuk rujukan semua.
P/S: Aku masih lagi sayang dengan kamera yang aku ada sekarang, terlalu banyak memori aku bersamanya.
Nota: Semarakkan hari Malaysia anda dalam online dengan Malaysia Wave Twibbon, maklumat lanjut sila pergi link ini: http://twibbon.com/join/Malaysia-Wave
Aku rasa ini adalah pertama kali aku menulis blog-post untuk mengucapkan sambutan hari Malaysia kepada semua.
Sebagai rakyat Malaysia, ini adalah peristiwa terpenting berlaku dalam sejarah negara kita, cantuman negeri Sabah, Sarawak, (Singapura sebelum keluar dari Malaysia) dan semenanjung Malaysia menguatkan lagi kemunculan kita dalam peta dunia. Dan kalau kita lihat dalam negara kita hari ini, kita ada pelbagai bangsa, bahasa, budaya, makanan, perayaan, dan sebagainya. Membuatkan aku bersyukur kerana lahir dalam negara ini, dan dapat mempelajari tentang pentingnya kita patut hormat terhadap bangsa lain, belajar budaya dan bahasa selain bahasa Melayu, dan yang paling pentingnya, dapat berkawan baik dengan mereka. Sungguh menarik suasana begini.
Namun yang pentingnya bagi aku untuk hari Malaysia ini adalah, kita semua dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak, bersama-sama maju dengan pembangunan negara kita, tidak ada perbezaan dari mana kita lahir, dimana kita membesar, sekolah mana kita belajar, semuanya sama, yang rajin akan berjaya, dan yang berjaya semakin berjaya.
Dan untuk semua itu, kita duduk di bawah satu nama, iaitu 1Malaysia. Sekian, Selamat hari Malaysia semua! dan (masih) Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Tarikh 19 September, 2010 ini, adalah merupakan hari kepada Software Freedom (SFD), bertujuan untuk memberi pendidikan kepada semua orang tentang kebaikannya menggunakan perisian Open Sourse (FOSS) yang bagus dimana jua, samada ianya di tempat belajar anda, tempat bekerja, di rumah, dan juga untuk perniagaan anda. Senang cerita, ia patut digunakan dimana sahaja la!
Jadi hari Software Freedom ini dibuat adalah untuk memberi penghargaan kepada mereka-mereka (programmer) yang telah menghasilkan perisian mereka untuk membantu komuniti masyarakat dunia secara percuma dan lebih Open Source.
Ianya disambut oleh seluruh negara di dunia, dan Malaysia tak terlepas untuk mengambil peluang dalam event ini. Berikut adalah butiran event tersebut:
Masa: 09:30am – 19:00pm or maybe late Lokasi:Hackerspace KL Diuruskan oleh: Hackerspace Kuala Lumpur
Jadual aturcara:
09:30 – Checking in
10:00 – Welcoming + Lightning Talk
11:00 – Screening of Revolution OS or Patent Absurdity
12:30 – lunch/social networking/gathering
13:30 – Unix Geeks
15:30 – FragFest/LAN Party
Fragfest adalah gaming session dalam bentuk LAN party dengan menggunakan FOSS games.
Saya akan pergi kesana, kerana saya berminat nak ketahui bagaimana industri Open Source ini dalam Malaysia, dan juga mengenali siapakah mereka-mereka yang hebat itu (walaupun saya dah kenal beberapa individu). Jadi, saya mengajak anda, kita bersama memeriahkan event ini, kalau ada masa, datanglah.. kalau tak berkesempatan, tak mengapa, tahun hadapan ada lagi, tapi saya mengharapkan agar anda dapat hadir la yer.
(Sumber: ruiwen – Flickr)
Kita semua bersatu, kerana satu benda, sambal belacan! Makan semua, mesti nak sambal belacan, Tempoyak boleh juga, tapi lagi best kalau ada sambal belacan, sebab kalau takde sambal belacan, mati!
Superb ah iklan korang untuk hari Malaysia nih. Oh dan jangan lupa, letakkan Malaysia flag anda sempena Hari Malaysia (16 September) khamis ini dengan Malaysia Wave: http://twibbon.com/join/Malaysia-Wave
Hari ni aku sudah mula bekerja, walaupun baru hari raya ke-5 (buat pertama kalinya), tapi demi mencari rezeki buat famili aku sendiri, terpaksalah aku berkorban untuknya, tapi tak mengapa, kerana Khamis ini cuti lagi, kerana hari Malaysia pula (16 September) dan mungkin selepas habis kerja esok, aku akan mula terus gerak ke Muar kembali untuk berjumpa dengan keluarga aku tersayang pula disana. Mau kekalkan Raya mood selama yang boleh (terhad sebulan sahaja).
Anyway, semalam ada tonton Agenda Awani dalam Astro Awani (8:15pm – 9pm)? Diskusi mengenai peranan ‘Social Media’ dan Hari Raya dalam komuniti dalam negara kita Malaysia. Cemana penampilan aku? Agak black right? Dengan t-shirt Devfest lagi. Haha.. Banyak kali aku blur, bukan tak tahu, tapi sudden blank sungguh memalukan aku sebentar.
(Thanks to @spinzer for the Twitpic)
Ala lagipun ianya adalah pertama kali bagi aku, dan bukan kali terakhir tau. Sungguh! Tapi apapun, terima kasih atas sokongan anda semua, especially mereka yang menonton dan tweet aku semalam, 89 new mentions aku terima lepas aku buka phone, korang memang awesome! Aku janji aku akan perbaiki cara aku muncul dalam TV lagi selepas ini. Nantikan!
Anyway, selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Dan berhati-hati ketika pulang memandu ke rumah masing-masing okay.
P/S: Aku akan upload video rancangan tersebut bila aku terima hard-copy nya nanti.
Satu hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri, pasti aku rasa banyak preparation korang dah buat, baju raya mungkin dah siap dan menanti untuk dipakai pada pagi syawal, songkok baru, kereta dah full-servis, duit raya dah siap dimasukkan dalam angpau, barang-barang untuk memasak juadah pagi raya pun dah dibeli, ada yang dah berada di kampung, ada yang bercadang selepas pulang kerja harini atau besok, atau mungkin memikirkan apa perkara nak dilakukan pada pagi syawal nanti kepada mereka yang tidak dapat pulang..
Walau apa pun keadaan anda nanti, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada semua umat islam di mana sahaja anda berada, tak kira apa bangsa, budaya dan bahasa sekalipun, Selamat Hari Raya. Ingatlah, bahawa kita telah berjaya menghadapi ujian berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan ini, syabas kepada anda, dan sebagai hadiah, Syawal lah yang diberi kepada anda.
Tak lupa juga, seandainya ada salah silap yang saya lakukan sebelum ini, mungkin ada yang kecil atau besar, saya mohon maaf, dari hujung rambut ke hujung kaki, saya hanyalah manusia biasa yang sentiasa memiliki kelemahan, tiada sebarang kesempurnaan dalam diri ini, oleh itu.. harap anda maafkan, untuk Aidilfitri yang indah nanti. Dan aku cuba tak ulangi lagi kesalahan aku walau apa jua selepas ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Maaf kerana aku terlambat buat blog-post merdeka nih, takde masa langsung nak online semalam
Selamat hari kebangsaan Malaysia yang ke 53 semua, Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Baiklah, mesej yang aku nak sampaikan dalam blog-post merdeka ini adalah, kita perlu bersatu, dan terus maju, lakukan sesuatu untuk negara, tak kisah la samada ianya sekecil plankton sekalipun, ataupun sebesar gergasi, lakukan.. sesuatu yang komuniti rakyat negara ini nampak akan kebaikannya. Samada ianya dalam dunia virtual (online), ataupun dunia sebenar, lakukan. Kepada bangsa, agama dan negara.
Tanya pada diri anda, apa kelebihan ada pada anda?
Anda seorang akauntan? seorang programmer? graphic designer? pelukis pelan bangunan? pemasar? penjual? apa sahaja. Anda boleh lakukan sesuatu untuk negara, fikirkan.. lihat sekeliling anda, dan tanya soalan “apa kelebihan yang aku ada, orang lain boleh dapat manfaat?” dan cuba jawab seikhlasnya. Pasti anda akan dapat idea untuk lakukan sesuatu. Pasti punya.
Itu soal ‘berbakti kepada negara’, kita pindah ke isu ‘perpaduan’.
Sejak kebelakangan ini, kita dengar banyak isu yang menyentuh tentang perkauman, samada ianya disengajakan atau tidak, kita sering dengar ianya berlaku kadang-kala. Dan komen aku adalah…
Tak usahlah! Kita 1 Malaysia maa.. tak kiralah apa bangsa anda sekalipun, kita semua lahir di Malaysia dan hidup sebagai rakyat Malaysia, kita tak patut bermusuh hanya kerana perbezaan warna kulit, pertuturan bahasa, agama, budaya dan sebagainya. Kita patut bersatu.
Kerana jika orang negara luar lihat Malaysia, mereka tak akan sebut sesuatu bangsa tersebut, mereka akan sebut ‘Malaysian’ atau negara Malaysia.. siapa lagi yang mereka maksudkan itu? Kitalah! Semua bangsa dalam Malaysia. Sebab itulah aku kata pentingnya semangat 1 Malaysia tersebut. Bukan kerana aku penyokong kerajaan, no.. no.. aku tak akan sekali-sekali letakkan diri aku atas nama mana-mana parti politik di Malaysia. Tapi sebab aku suka dengan konsep tersebut. Kita bersatu maa.. banyak kebaikannya tau. Fikirkan. Kita bergerak sebagai satu kumpulan, dan kita lakukan tugas sebagai satu kumpulan, aku percaya segala permasalahan boleh diselesaikan dalam sekelip mata dengan mudah. Betul tak? So.. kita pegang konsep 1 Malaysia tersebut.
Propaganda 1 Malaysia nih macam 1 Israel la, apa lah tu semua, tu merepek bagi aku. Kalau aku tanya anda soalan, kalau kita semua umat manusia bersatu-padu bagus tak? Bagus? Kalau kita tak bergaduh bagus tak? Tak bagus? Kalau kita amalkan musuh perkauman dalam negara bagus tak? Tak bagus?
Right? Aku percaya mana-mana agama dalam dunia nih tak suruh kita bermusuh kan? Jadi bagus tak kita rakyat Malaysia bersatu padu sebagai 1 Malaysia? Bagus? Bagus….
Ada banyak lagi perkara aku nak sentuh, tapi tak ada masa sekarang, nanti aku sambung dalam blog-post kemudian, jadi.. Selamat Hari Merdeka! (sepatutnya aku kata benda ni semalam) dan selamat maju jaya! 1Malaysia!
PETALING JAYA: For the first time in the country’s history, Malaysians are flying the Jalur Gemilang with a difference. They have taken to cyberspace with the flag proudly displayed on their Twitter and Facebook.
The most popular one is Malaysia Wave created by graphic designer and programmer Mohd Hisham Mohd Hardi, 27, who is more popularly known on Twitter as @shamhardy.
Since creating the Jalur Gemilang and posting it on http://twibbon.com/ a few days ago, some 2,000 people have already “picked it up”. It can also be placed on one’s Facebook profile.
“I was doing it for myself and then more people picked it up. I wanted to do something in the spirit of Merdeka Day,” he said.
“I didn’t expect it would be accepted by so many people. Many people have said the design is beautiful.”
Datin Paduka Marina Mahathir, known on Twitter as @netraKL, said she decided to place it on her Twitter avatar after someone tweeted about it.
“I thought it was cool. It is a very ‘in-the-moment’ thing to do besides showing unity and flying the flag in a different way,” she said.
She added that the plus point was that once one placed on their Twitter avatar, a tweet would be sent out, attracting other people to do the same.
Student Harinder Singh (@lightyoruichi), 22 said it was expressing one’s patriotism through the digital social media.
“It also reaches out to more people this way. If you have 1,000 followers, then they can see your avatar everytime you tweet. So, it shows the whole world,” he said.
He added that it was important to appreciate being a citizen of this country as Malaysians have it better than other countries such as China where they did not have the freedom to tweet.
The Star group chief editor Datuk Seri Wong Chun Wai (@chunwai09), who has more than 3,000 followers on Twitter and tweets under chunwai09, said this was a way to demonstrate love for Malaysia to the world and how social media could make a difference.
“It’s also a way of making a statement in a creative way,” he said.
Writer W.W Lim, 26 said it was a fun thing to do besides flying the Jalur Gemilang on one’s car.
“It’s also a way to say that you are proud to be Malaysian,” she said.
Semalam adalah hari yang amat gembira kepada aku, kerana berita ini bukan sahaja muncul dalam The Star sahaja, malah ianya dalam front-page, yer aku ulang.. FRONT-PAGE! haha! Gila.. aku tak expect ianya akan muncul muka hadapan, betol-betol tak percaya aku hingga hari ini.
Sebab selalunya berita muka hadapan adalah berkenaan kes bunuh, kes rompakan, politik, anything else yang besar, ini pulak tetiba muncul berita aku punya Twibbon lak yang kuar. Siap dengan nama penuh and Twitter user id lagi. Haha!
Aishhh.. ini yang buat aku bersemangat untuk lakukan sesuatu berguna untuk komuniti Malaysia nih. Ada few perancangan, nantikan!
Apapun, terima kasih kepada semua yang menggunakannya, kerana tanpa anda, semua ini tak akan berlaku. Jutaan terima kasih, yang amat sangat. Anda semua memang hebat! Sungguh..
Pada 7 Ogos, 2010 yang lepas, telah berlangsung satu event kelolaan Sony Malaysia di Sunway Lagoon yang menjemput Advertlets team dan bloggers bagi memperkenalkan produk terbaru mereka, iaitu Cyber Shot DSC-TX5.
Sesuatu yang aku minat dengan kamera Cyber Shot DSC-TX5 ini adalah ketahanannya dalam hentakan, ketahanan dalam suhu yang beku, dan juga kalis air, bermaksud anda boleh mengambil gambar di masa sahaja, walaupun di dalam air sekalipun.
Sony Cyber Shot DSC-TX5 datang dalam 5 jenis warna, dan harga yang diperkenalkan oleh Sony adalah RM 1,499.00 untuk permulaan.
Aku telah terjumpa video mengenai event Sony tersebut di YouTube oleh Channel Max, enjoy!
Untuk mengetahui mengenai lebih lanjut lagi tentang kamera Cyber Shot DSC-TX5 ini, pergi ke link Sony (http://bit.ly/bWw0MS) ini untuk maklumat lanjut. Dan juga check-out blog-post dari Advertlets mengenai event ini (http://bit.ly/dB0ZmL) juga.
Pada 31 July yang lepas (yer aku tau blog-post aku ni keluar terlampau lambat), Advertlets bersama Honda telah bersama di dalam sebuah event untuk mencuba model kereta terbaru dari mereka iaitu Honda Freed, bersama-sama dengan 32 blogger yang lain.
Bersama-sama dengan kami juga pada ketika itu adalah Paul Tan, seorang blogger automotive yang terkenal di Malaysia, dan Harvinder Singh Sidhu bersama berkongsi pendapat mereka tentang model terbaru Honda ini iaitu Honda Freed.
Perjalanan bermula dari Soul’ed Out di Desa Sri Hartamas hinggalah ke Putrajaya Waterpark dan kembali semula ke tempat asal kami yang sejauh 80KM, dimana setiap bloggers di minta untuk memandu kenderaan tersebut dalam lebih kurang 20KM untuk setiap destinasi.
Dan aku telah memandu untuk sesi yang terakhir tersebut ketika bermula dari hentian R&R (forgot the name) ke Soul’ed Out cafe semula.
Tahniah kepada semua pemenang-pemenang..
Update: Saya telah jumpa video berkenaan event tersebut yang di upload oleh Jason Ong dari Advertlets.
Ia merupakan sebuah pengalaman yang menarik kepada aku kerana pemanduannya sungguh smooth dan mudah beserta dengan pelbagai feature yang ada pada Honda Freed tersebut.
Aku sekarang berada di Open Web Asia selama 2 hari. Ia berkenaan tentang industri teknologi web di Malaysia dan Asia. Aku akan buat report apa yang aku dapat dari conference ini malam nanti. Nantikan blog-post aku berkenaan ‘Open Web Asia Day 1 – Report #owasea‘ okay.