
Satu lagi penghargaan aku terima sebagai seorang blogger, dan juga pengguna internet, adalah kerana semalam (13 November 2010), aku telah muncul sekali lagi dalam media massa iaitu Berita Harian (Facebook, Twitter), dalam ruangan XY Ikon Lelaki, yang memperkenalkan 3 jejaka Trio blogger di Malaysia.
Petikan dari Berita Harian tersebut:
Tiga jejaka online – Menambah kehangatan dunia blog, sisipan XY – Ikon Lelaki minggu ini berkongsi kisah tiga jejaka blogger – Mohd Hisham, Muhammad Ridzuan dan Mohamad Shafiq Ezhan. Mengendalikan kolum gosip, paparan gaya hidup hinggalah informasi gajet elektronik terkini, ikuti nuansa dunia blog dari kaca mata jejaka ini…
TARIKAN dunia maya yang dimiliki trio blogger ini membolehkan mereka mengecapi kemasyhuran tersendiri. Jangan tidak tahu, ada antara jejaka ini mampu meraih pendapatan mencecah empat angka sebulan.
Bukan omong kosong kerana dengan ribuan pelayar blog saban hari, bukan mustahil penaja dan pengiklan mahu mengambil kesempatan daripada ribuan hit yang menjengah laman blog trio ini.
Aura blog milik Mohd Hisham Mohd Hardi, 27; Muhammad Ridzuan Mohd Rashidin, 22; dan Mohd Shafiq Ezhan Khairul Azli, 19, masing-masing memiliki genre tersendiri hingga berjaya mengumpul peminat di seluruh dunia.
Seperti Mohd Hisham yang memfokuskan blog kepada paparan gajet elektronik terkini, anak muda ini berpeluang mendapat akses kepada pelbagai informasi IT terkini di pasaran. Malah, ada gajet terhangat yang belum dipasarkan secara meluas, sudah dimiliki Mohd Hisham terlebih dulu.
“Mulanya minat menulis blog hanya suka-suka, siapa tahu blog saya akhirnya mendapat perhatian kerana memang minat saya terhadap barangan gajet. Melalui medium blog, saya tidak hanya mendapat maklumat baru tetapi mencurah idea serta berkongsi informasi dengan pelayar blog saya,” kata Mohd Hisham yang bekerja sebagai pengaturcara iklan di Advertlets.com.
Andai Mohd Hisham membahagikan masa antara kerjaya dan dunia blog, Muhammad Ridzuan pula menjadikan dunia blog sebagai pekerjaan tetap dengan pendapatan lumayan setiap bulan.
“Melihat potensi yang ada, saya nekad untuk menumpukan perhatian kepada dunia blog. Macam-macam yang saya boleh kongsi hingga blog saya menjadi antara pilihan pelayar blog mendapatkan maklumat terkini,” kata jejaka kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini.
Tanggungjawab sebagai pelajar bukan penghalang kepada Mohd Shafiq Ezhanaktif aktif dalam dunia blog. Pelbagai informasi berhubung teknik perisian dikongsi anak muda ini dengan pembaca.
“Melalui laman blog, saya pernah ditawar menghasilkan papan tanda dan rekaan grafik lain. Ini semua berpunca daripada kemahiran yang saya pelajari melalui laman blog ini,” katanya.
Mari ikuti kisah hidup tiga blogger ini…
Aku ambik part aku je, he he hee..
Dunia gajet Mohd Hisham
TERASA iri hati pula mendengar cerita Mohd Hisham yang memiliki akses terhadap gajet terbaru di pasaran sejak beliau mengendalikan laman blognya, www.shamhardy.com.
Dengan pengaruh tersendiri hingga menjadi sebutan peminat gajet tempatan dan antarabangsa, Mohd Hisham sering dibekalkan gajet terbaru dalam kempen promosi pengeluar produk terbabit.
Ini bermakna, Mohd Hisham menjadi antara individu terawal di Malaysia yang berpeluang mengulas gajet terkini di pasaran – sama ada telefon pintar, laptop, kamera digital hinggalah aplikasi internet.
Berkongsi kisahnya, anak kelahiran Muar, Johor ini berkata, beliau tidak menyangka blog kendaliannya mendapat sambutan walaupun pada awalnya, paparannya lebih banyak berkisar kepada kehidupan seharian.
“Disebabkan saya sukakan fotografi dan barangan gajet, timbul idea untuk berkongsi maklumat mengenai dunia teknologi maklumat (IT) mengikut persepsi saya.
“Tidak perlu menjadi terlalu teknikal dalam memberi huraian kerana tidak semua di antara kita faham dan arif mengenai IT,” katanya yang mula berjinak-jinak dalam dunia blog pada 2006.
Impak blog yang dikendalikan Mohd Hisham membolehkan beliau mendapat tajaan dari segi sumbangan gajet terkini atau membuat ulasan mengenai produk baru di pasaran.
“Hari ini peranan blogger juga penting selain media massa lain. Ini kerana semakin ramai orang memilih blog sebagai alternatif mendapatkan maklumat. Disebabkan itulah, pemilik blog berlumba-lumba memberikan maklumat terkini serta mencipta perbezaan untuk menambat hati pelayar internet.
“Bukan senang membentuk pengikut blog. Ini kerana paparan dan maklumat yang disampaikan menjadi kekuatan serta yang membezakan antara blog kita dengan bloh lain,” katanya yang gembira dengan peranan penulis blog yang semakin mendapat perhatian sekarang.
Mengenai perbezaan antara blog lelaki dan perempuan, Mohd Hisham berkata, gender tidak menjadi persoalan kerana apa yang diinginkan pembaca blog ialah soal kandungan.
Sambil berkongsi panduan, beliau mengakui tidak sukar menghasilkan blog peribadi asalkan sentiasa berpegang kepada objektif blog serta menjaga etika sebagai penulis blog setiap masa.
Profil:
Nama: Mohd Hisham Mohd Hardi
Umur: 27 tahun
Tarikh lahir: 11 Mei 1983
Tempat lahir: Lumut, Perak
Tinggi: 181 sentimeter
Berat: 71 kilogram
Pekerjaan: Programmer
Status: Berkahwin
Update: Better aku copy artikel dalam online dahulu sebelum ianya hilang dalam arkibnya nanti.
Bila tengok je gambar aku dalam bahagian tu aku terus kata “Wow! Panas giler nih!”, patutlah rasa paper ni suam-suam je masa aku beli. Tapi aku bukan yang paling terkacak, sebab aku dah terlalu berusia sangat (tambahan dah kahwin lagi), dan aku rasa dua orang lagi tu yang paling membuatkan paper ni jadi suam. Of course sebab mereka masih muda, dan ‘single’ (ladies! sila catit itu) ketika ini, so.. aku cuma tumpang aura mereka sahaja dalam ruangan XY Ikon Lelaki ini. *wink
Aku cuma nak tambah sedikit beberapa kata yang aku sebut dalam Berita Harian, iaitu aku sarankan kepada setiap individu, untuk mulakan blogging kepada yang belum pernah ada blog, dan yang ada blog, sila jaga reputasi diri anda serta kualiti blog anda, kerana percayalah.. aku dah bekerja dalam dunia web advertising ini, banyak kelebihannya bila kita menjadi blogger. Believe me!
Banyak business companies di Malaysia sudah mula approach media baru, iaitu salah satunya blog, so bila anda mula blog, anda adalah orang media automatically, dan tambah lagi bila anda ada ramai readers setiap hari, lagi bertambahlah nilai anda dan blog anda kepada mereka, jadi sila get serious dengan blogging, banyak benefit.
Tapi aku cadangkan (ini hanya pendapat aku sahaja), jadi niche blogger, iaitu specific type blogger kepada apa yang anda suka, let say aku bagi contoh, kau minat photography? Mulakan blog tentang photography, take photos, cerita mengenai kamera, dan aspek teknikal dalam shooting, ko specific diri kau dalam part itu. Mungkin ada yang suka memasak ke, mulakan blog tentang masakan, share resipi yang anda dapat, buat contoh video masakan yang anda buat, anything, be specific type blogger.

Contoh, aku suka tentang teknologi, aku share tentang apa story tentang teknologi aku dapat, kadangkala ianya adalah gadget, computer, graphic design, anything yang related, just do it. Itulah cara aku dapat banyak invite untuk pergi ke event atau buat product review. Smart kan?
Serious blogging is fun! Betul tak blogger-blogger?
Tapi tulis la jugak pasal personal life korang kalau boleh, kita just blogger ma, bukan syarikat blog macam Mashable atau TechCrunch, blog kita sukatilah apa kita nak buat yer tak? Cuma aku cadangkan be specific untuk certain blogposts korang nak buat jer. At least orang lain tau apakah minat kau dan apakah expertise kau sebernanya. Just to let them know that’s all.
Tapi itu hanya pendapat aku saja, berbentuk cadangan, ko ada blog, hiaskan dengan penulisan hebat korang. Itulah portfolio anda kepada dunia. Tak siapa nak halang (kecuali kalau ko duduk kat Iran atau China la).
Dan lagi satu, kita ni manusia, ada sifat amarah, mungkin ianya disebabkan faktor di tempat kerja, rakan-rakan sekeliling, mungkin kita ingin kongsi pendapat kita terhadap sesuatu isu, sila pastikan (kalau boleh) jaga nama baik diri anda, tapi aku “tak halang”, sungguh aku cakap ni, aku… tak halang, ko nak tulis apa, itu hak kau sebagai blogger, kau ada hak, tulislah.. tapi harus ingat! Orang di luar akan judge balik, bukan aku (aku tak akan sesekali attack somebody, samada dalam blogposts atau bahagian komen) tapi berjuta pengguna internet diluar sana! You are responsible in everything you type on your blog, if you ready to take the risk, you better be ready to face up with everything. There’s your advice, aku taknak bagi contoh. Sendiri taulah..
Sesuatu tentang blog lagi kalau korang nak tau, kita akan ada harapan yang bagus la di masa hadapan, salah satu faktor, mengikut kajian menjelang tahun 2015 (hopefully kita masih ada lagi), dunia akan ada 400 juta lebih pengguna smart-phones (tapi selalunya jumlah akan lebih), bermaksudnya bahawa, media baru (seperti blog dan social media) akan menjadi lebih popular lagi dan lebih dibaca di masa hadapan, kerana content blog anda boleh dibaca dimana sahaja, dalam apa jua keadaan, dengan cara mobile.
Itu baru smart-phones, belum lagi masuk bahagian desktop dan laptop. Of course lagi banyak. Betul tak?
Dan ada lagi (aku banyak betul idea nak menulis malam cenggini), sila engage lebih lagi dalam social media (Facebook, Twitter), kerana disitulah tempat utama bagi jutaan orang banyak menghabiskan masa hidup mereka (termasuklah tuan punya badan sendiri), promote blog ko kasi kaw-kaw punya, confirm ko boleh jadi selebriti blogger. Ha ha.
Aku rasa macam dah banyak sangat aku tulis ni, tak pasti berapa ramai yang baca dari mula sampai habis (kebarangkalian mungkin half sahaja), so aku tamatkan blogpost ‘Terima Kasih Berita Harian’ setakat ini. Kalau ada pendapat lagi aku akan share di masa hadapan, tapi yang pasti, aku wajib berterima kasih kepada individu yang bernama Ariff Shah (yang memberi cadangan: http://bit.ly/bQWGBs) dan Fairuz Zaidan (dari Berita Harian sendiri) kerana memberi aku peluang untuk muncul dalam Berita Harian semalam, dan aku make sure akan frame kan keratan tersebut sebagai tanda ‘as seen on newspaper’ untuk dilihat oleh generasi aku dimasa akan datang.
Tambahan lagi, semalam blog aku punya pageviews terus mendadak naik bagaikan roket (3000 dalam satu hari!) dan alangkah bagusnya kalau aku dapat kekalkan angka yang sebegitu setiap hari.
Anyway, terima kasih, dan selamat hari ahad dan selamat hari bekerja atau pergi ke kelas atau take exam pada esok harinya okay.
P/S: Padahal aku kata nak “..tambah sedikit beberapa kata yang aku sebut dalam Berita Harian..”, tapi panjangnya dah nak macam skrip filem Star Wars.