Aku dalam kategori ‘The News’!
Sumber: WeKnowMemes
Aku terasa kebosanan sangat hidup aku sekarang nih, kalau perasaan bosan aku itu ada version, mesti version dia sekarang Ultimate punya version, ia takde kena mengena dengan famili aku sekarang, tapi sebab keadaan kerja aku berada sekarang nih.
Ia bukan kerana bab gaji, the money is good, teman sekerja semua okeh, boss pun ‘baik’, tapi hati aku terlalu memberontak sangat sampaikan aku dah tak boleh tahan dengan keadaan kerja aku sekarang nih, aku rasa macam nak pergi ke satu tempat yang takde orang and JERIT sekuat hati.
Antara sebab aku rasa perasaan ini timbul adalah kerana mungkin aku terlalu penat, perjalanan pergi dan pulang aku bekerja yang terpaksa bersesak dengan orang ramai membuatkan aku terlalu penat dan lama kelamaan akhirnya bertukar menjadi letih bila sampai ke tempat kerja and pulang ke rumah nanti.
Aku dah menyampah dengan situasi aku lalui sekarang nih!
Bawak kereta? Aku bagi kat wife aku pakai, lagipun nak drive kereta ke KL tiap hari dari Putrajaya boleh bagi aku heart attack lelama. Yelah, dengan minyak lagi, dengan tol, dan paling epik sekali jem. Beli motor? Nantilah dulu, banyak lagi duit nak dipakai nih, ada lebih karang angkat la satu akan datang, Insyallah.
Buat masa sekarang.. idea paling bernas aku tengah work on adalah.. mencari jalan untuk bekerja sendiri, tak kisah la samada nak buat kerja freelance ker, atau jalankan perniagaan sendiri, as long as ianya dalam kategori bekerja sendiri, dan tidak lagi menerima arahan orang lain untuk apa yang sepatutnya aku buat dengan masa hidup aku.
Tapi seriously la, bila aku fikirkan balik, kenapa kita diajar untuk bekerja dengan orang lain bila habis belajar nanti? Kenapa kita tak diajar untuk berikan peluang pekerjaan kepada orang lain? Macam quote dalam filem The Social Network la pulak. Tapi seriously, ada sesuatu tak kena dengan sistem kita sekarang, system of the down! LOL!
Tapi kalau semua orang berniaga jugak tak boleh jugak kan? Abis siapa nak kerja? Robot? Kita masih terlalu jauh dari zaman Star Wars. Haishh…
Blogpost ini ditulis ketika aku sedang tunggu tren ERL ke rumah, selalunya aku akan naik bas dari Pasar Seni, tapi disebabkan harini aku tunggu bas punyalah lama, langsung tak nampak bas muncul, rasanya dah nak dekat sejam, dengan panas lagi masa menunggu tuh, imigran lak ramai berebut naik bas masing-masing, aku rasa ada baiknya aku habiskan duit lebih sikit untuk cepat balik ke rumah, dan dalam keadaan selesa juga.
Okaylah sampai situ saja, rasanya macam aku dah nak dekat sampai kat stesen aku berhenti (Putrajaya Sentral), akan aku continue lagi dengan blogpost khas seterusnya.
Have a nice day and ceria selalu yeah!
Aku tak tau kenapa, tapi lately aku suka dengan lagu-lagu 80′s nih, tak kisah la local ker, international ker, makin sedap la bila dipasang sejak akhir-akhir nih.
Aku bukan nak kondem, tapi aku rasakan lagu 80′s and 90′s susunan muzik dia, and lirik dia memang best betul, don’t you think? Aku rasa macam sekarang ni macam banyak lagu yang jenis hip-hop, tapi.. aku tak benci hip-hop, tapi cam.. ntahla. Macam dia dah sampai tahap “OKAY THAT’S IT! ENOUGH! TOO MUCH Y’ALL MUSIC BEIN PLAYED ON RADIO!”. Atau maybe sebab aku dah terbiasa dengan Indie bands kot, so.. aku kalau boleh nak lagu yang digubal dengan instrumen muzik, ada pemain muzik, bukan dari sampler dan beats itu semua, bagi itu itulah muzik sebenar, ia lebih dekat dengan jiwa para pendengar. Hmmmm.. sesungguhnya seni itu adalah sesuatu yang sukar untuk diterangkan maksudnya.
Sheila Majid? Ada sesiapa peminat dia? I do. No, i’m serious, punkster also likes Jazz music. Isn’t it weird? Haha..
Since aku dah lama tak menulis blogpost, jadi harini aku nak tulis satu, even saudara kita Azman Ishak pun dah tegur aku yang last blogpost aku adalah tahun lepas! Ha haa..
Just nak kongsi cerita sedikit dengan korang, perbualan ini dah lama berlaku, tapi aku teringat dan aku nak tuliskan dalam blog yang super awesome ini.
Ia berkenaan gaji, well.. tak pasti dengan korang, tapi aku dan ramai member rapat aku dah masuk ke dunia kerjaya, ia adalah sebuah dunia yang memerlukan tenaga kita, idea kita, dan tumpuan kita dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh syarikat. Ada macam-macam kerja, ada yang betul buat kerja syarikat lah, ada yang buat kerja ‘sendiri’. Ya know what i mean?
Tapi kalini kita nak cerita tentang gaji, straight to the point, aku rasa tak salah kalau seseorang nak berbelanja macam-mana pun dengan gaji dia, nak boros beli barang bukan-bukan ker, nak belanja 4-5 awek dia ada ke, nak beli Macbook Pro yang harga ribu-riban ker aku tak kisah, asalkan dia bekerja.
Bekerja tu penat tau, bangun pagi, solat dulu, drive ke tempat kerja, kalau motor or transport awam boleh la lepas dari jem (tak campur lagi bersesak), tapi kalau drive kereta sendiri waktu pagi especially kat bandaraya KL nih dengan jem dia lagi, itu belum cerita time balik kerja lagi, sampai rumah dah penat and ngantuk, berterusan situasi tu selama 5 hari seminggu, kalau yang dah berkahwin tu, nak uruskan anak lagi kat rumah, salah ker kalau mereka nak reward kan diri mereka dengan gaji yang diterima?
Ramai aku dengar member aku cakap “eh ko jangan beli barang yang bukan-bukan sangat”, “ntah hape-hape ntah la yang ko beli nih”, “baik ko belanja aku makan weh”, itu semua nonsense tau! Tegur cara baik sekali sudeh, and then yang seterusnya let the person learn how to manage the money itself, sebab pengalaman itu lah antara cikgu yang paling terbaik di alam semesta, sebab ko belajar dari kesilapan sendiri, ko sedar duit ko makin kurang, dan pasti punya akan terdetik dalam akal dia nak mengurus wang dia sendiri, itu semua proses kehidupan.
Aku ni kalau korang kenal.. takkan tegur apa member aku nak buat dengan gaji dia, sebab dia deserve nak buat apa sahaja dengan gaji dia dapat, bukan sebab aku pentingkan diri sendiri taknak nasihat member ker apa.. no! Ko nak beli apa saja tu ko punya pasal, asalkan ko gembira, jangan nyusahkan orang lain sudah, kalau ko perlukan member untuk mintak nasihat i’m always available to help, just ask! Kalau dia buat benda-benda pelik, and tak sedap mata ko memandang, tegur dia cara baik, dia dah cukup besar untuk berfikir apa kita cakap, sindir-menyindir nih memang orang takkan mau nak dengar punya, fahami tentang psikologi manusia sikit dan ko akan faham yang sikap suka menyindir-nasihat ini adalah perkara yang buang masa sahaja, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, betul.
Okay itu saja, aku rasakan karangan pendek aku ni agak tunggang terbalik sebernanya, i’m aware of that, sebab waktu aku menulis blogpost ni pun dah nak time aku tidur, tapi pasai gatai gak nak menulis, so.. ini dia. Anyway, aku doakan korang semua selamat dan sihat setiap masa, i’m Sham Hardy, signing off!
Pssst! First blogpost aku tulis dengan Ubuntu OS tau, power to Open Source!
Tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan memasuki tahun 2012, tahun yang penuh dengan spekulasi, ada yang baik, ada yang tidak, tapi aku harapkan korang dah akhirkan tahun 2011 ini dengan sesuatu yang sangat bermakna.
Terus terang aku katakan aku tak suka dengan angka 2011, sebab seperti susunan angkanya yang tak berapa betul, tapi walaupun aku kurang suka dengan nombor tahun tersebut, tapi telah banyak cerita suka duka berlaku sepanjang tahun ini.
Aku dapat seorang cahaya mata lagi, namanya Hannah Nur Jasmin, anak ke-2 aku, aku dapat kerja yang lebih elok lagi, kedudukan yang kukuh, ekonomi semakin baik, tapi masih perlu lebih kerja keras lagi, dan yang sedihnya adalah aku akan tinggalkan Bandar Seremban ini sebab aku akan berpindah ke Putrajaya pula, setelah 7 tahun aku menjadi warga nogori sombilan, akhirnya aku akan lucutkan kewarganegerian itu, mungkin sampai bila-bila.. tempat ini sungguh banyak dengan memori best, tapi aku perlu bergerak kehadapan dalam masa yang sama. Ala.. lagipun Putrajaya dengan Seremban pun bukannya jauh, tambahan lagi masih dalam wilayah semenanjung Malaysia. LOL!
Antara lain aku belajar pada tahun 2011 ini adalah.. aku semakin menghargai kehidupan ini, walaupun ia sangat pendek, penuh cabaran, tapi bagi aku ianya sangat seronok. Kita hidup atas dunia ini ada tujuan, dicipta oleh Allah yang maha esa, sungguh hebatnya kuasa Allah menciptakan alam semesta yang besar dan cantik dan mengagumkan ini membuatkan aku tunduk kepada kuasanya. Percaya atau tidak, Sains membuatkan aku lebih dekat kepada agama. Sebab bila lebih aku memahami dunia sains itu aku lebih memahami kekuasannya, sebelum ini aku tak, aku belajar setakat nak lepas dalam exam sahaja, tapi terima kasih pada rancangan/filem berkaitan sains aku lebih memahami dunia sekeliling aku, usually orang akan kata akidah kita akan terpesong dengan benda-benda macam tuh kan? Tapi aku tak.. Continue reading

Terima kasih Lifehacker, harini dahla hari Isnin, monday blues sikit-sikit, tetiba dapat notification dari member kat Google+ beritahu ada satu artikel kat Lifehacker featuring gambar tablet aku yang post dengan Picplz, really made my day, the best is.. front page pulak tuh! MUAHAHAHHAHAHAHAAA!!
Ini adalah antara hari Isnin yang sangat ter-awesome sekali, terima kasih pada semua rakan yang memujinya. Inilah bestnya menjadi photographer geek.
BTW, artikelnya adalah berkenaan Android juga, my favorite topic!
P/S: Taktau sampai bila ianya akan bertahan dalam front-page tuh, tapi sebelum ianya hilang, better aku printscreen cepat-cepat, sebagai bukti!
Minggu lepas adalah minggu pertama Hail Akid dihantar ke sebuah taska yang baru setelah 3 bulan tinggal bersama ibunya dan adiknya di Kedah dan Muar kerana mengikut wife aku yang berpantang disana. Taska yang kami jumpai ini adalah dari sebuah blogpost yang menunjukkan antara beberapa tempat taska yang terdapat di Putrajaya.
Kami menelefon satu persatu tempat taska ini untuk bertanyakan seandainya tempat mereka kosong, hinggalah sampai ke tempat taska ini yang aku nak rahsiakan sementara nama tempat mereka, memberitahu yang tempat mereka mempunyai kekosongan ketika ini dan boleh menerima dua anak aku, kami sangat gembira dengan perkhabaran tersebut dan aku mulai mencari tempatnya beberapa minggu selepas itu.
Tempatnya biasa seperti taska lain, takde apa-apa keraguan (seperti rumput panjang ke, alat permainan rosak), lalu saya berjumpa dengan pekerja disana, memberitahu mengenai informasi anak aku yang dua itu. Selesai sudah, beberapa hari selepas itu, wife aku mula masuk bekerja semula di Putrajaya, dan kami menghantar anak kami pada awal pagi.
Ketika sampai, aku ternampak seorang bayi didalam tempat baringnya menangis beberapa minit, tanpa seorang pun penjaga yang berada disitu lalu, dan aku terfikir “adakah anak aku Hannah akan menerima nasib yang sama seperti bayi itu nanti?”, aku sudah mula ragu-ragu sedikit, kerana ternampak benda itu berlaku, oh dan pada bayi itu, hampir seminit jugak la baru penjaga tersebut datang mengambil bayi itu. Agaknya mana la diorang pegi tadi kan? Think positif, aku fikir mungkin penjaga yang lain belum sampai, dan dia sorang je ketika itu, maybe dia sibuk menukar lampin bayi yang lain atau buat susu. Jadi aku buang ketepi keraguan itu dan aku masuk kedalam setelkan deposit untuk dua anak aku itu. Sorang RM100, memang mahal, tapi aku rasa itu harga standard di taska sekitar Putrajaya. Selesai segala urusan dan aku letakkan dua anak aku dan kami pergi ke tempat kerja masing-masing.
Selesai bekerja, isteri aku mengambil dua orang anak aku itu, sementara aku menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Seremban, sebab aku selalunya balik lewat, dan isteri aku akan ambil aku nanti di Terminal 1 Seremban, setelah sampai di rumah, meletakkan barang aku, aku perasan sesuatu pada leher Akid, ada kesan cubitan kecil, dan dah bertukar kepada bekas luka, ini bukan cubitan yang biasa bai, mesti kuat punya nih sampai jadi berkudis, dan aku terbayangkan wajah anak aku kuat menangis bila dicubit begitu, aku mulai naik berang, aku nakkan jawapan dari mereka.
Tapi aku cuba bersabar lagi, dan bila aku hantar anak aku ke taska itu semula hari ke-2 aku cuba diamkan diri, dan nak tengok cemana bila balik nanti, selesai pulang berkerja aku lihat pada muka anak aku lagi, kalini macam ada kesan sedikit terseret, tak pasti samada dia mungkin ada terjatuh semasa di taska tersebut, aku semakin geram! Ini adalah tempat jagaan anak aku yang ke-3 dan ini adalah pertama kali berlaku, penjaga diorang kat sana buat apa? Tidur ke masa bertugas?
Untuk hari ke-3 aku beritahu isteri aku, suruh dia tanyakan orang kat sana apa yang telah berlaku semalam? Kenapa ada kesan cubitan dan terseret pada muka anak aku? Aku tak dapat nak temankan wife aku untuk pagi itu kerana aku perlu sampai ke ofis awal pagi kerana ada tugasan penting di pejabat, maka wife aku sendiri pergi bertanya dengan orang disana tentang mengapa terjadi begitu? Wife aku bertanya baik, cuma nak dengar apa yang mereka boleh katakan, dan bak kata wife aku bila dia bertanya dengan mereka, mereka hanya senyum saja, dan seperti nak lari dari menjawab soalan tersebut. Aku dengar bila wife aku cakap camtuh aku macam “WTF? Ini tempat taska tahi apa aku hantar nih? Nak kata aku tak bayar segalanya dah selesai, bodoh giler ah tempat tuh!”.
Selepas sahaja wife aku memberitahu aku dalam telefon mengenai perkara tersebut, aku terlalu geram lalu aku menulis tidak kepuasan hati aku itu kedalam Facebook, Twitter dan Google+, banyak sokongan aku terima, nasihat tips dan tak juga kebangangan manusia yang terserlah bodoh dalam salah satu laman sosial tersebut.
Tapi yang paling terbaik adalah aku mendapat tips dari Melissa Wong, bekerja dalam Kementerian Wanita, beliau banyak berikan aku tips dan memberitahu betapa pentingnya kita sebagai ibu bapa memilih taska yang berdaftar bila mencari tempat penjaga, dan aku baru masa tuh tau tentang perkara ini semua, aku pun juga baru tau ada senarai Kementerian dah letakkan tempat-tempat jagaan yang berdaftar, dan ini melegakan hati aku sebagai ayah, tapi aku risau juga kerana dua anak aku terpaksa melalui sebulan yang perit di tempat taska yang aku hantar itu. Ada tak aku beritau korang yang tempat diorang takde dalam senarai? Aku sangat terkejut, dan bertambah rage dengan tempat ituh! Tapi perlu bersabar, jangan gopoh-gopoh terus buat andaian sendiri bila nama taska mereka tidak diletakkan dalam senarai tersebut, mungkin ada terselit cuma nama mereka yang mereka gunakan sekarang adalah baru, dan nama yang mereka daftarkan itu adalah lain, aku cuba think positif nih. Aku tak mau lompat ke taska sana dan tumbuk semua penjaga kat sana, itu barbaric punya style, takde tamadun, kena banyak bersabar, hanya Allah sahaja yang tahu rage aku pada ketika itu.
Tak mahu fikir panjang, aku telefon mana taska yang berada di Putrajaya semua, dan dapat sebuah di Presint 17, masih lagi belum tengok tempatnya macam mana, tapi dari apa yang aku bualkan dengan owner di telefon dia berkata yang semua penjaga dia telah terlatih, dan aku sebagai ibu-bapa boleh count-on dengan servis dia, inilah baru betul! Bukannya senyum mahu lari aku mahukan dari mereka, itu bodoh bangang!
So untuk blogpost ini, aku nak tunjukkan anda semua imej bukti kesan lebam dan luka anak aku ada sekarang nih, dan mungkin aku juga akan pergi ke klinik untuk mendapatkan kesahihan tersebut, sebab kalau kita nak buktikan, kita kena buat betul-betul, bagi kukuh habis, barulah andai kata dia nak bawa isu ini ke mahkamah, segala bukti nak counter balik aku dah ada, bak aku tulis di bahagian tajuk, rasa marah ni MARAH!





Jadi apa pendapat saudara-saudari sekalian? Adakah ini patut berlaku? Aku tahu kanak-kanak memang aktif, kenkadang mereka bergurau sesama mereka dan berlaku pergaduhan ke, tapi aku kena fikir tentang psikologi anak aku juga, kalau dia sentiasa dibelasah ke, ditendang ke, ditumbuk, di buat apa semua sampai ganggu pemikiran dia dan menjadi murung, apakah ko akan tanggung benda itu semua? Benda dah berlaku pulak kan? No, aku bukan nak manjakan anak aku sangat, well aku have to admit aku memang sayang dengan anak-anak aku dan of course, sebagai bapa aku adalah ketua keluarga, dan ketua keluarga harus protect anak mereka, kalau bukan mak ayah sendiri nak protect, siapa lagi nak buat?
Memang penting sebagai anak lelaki kena keras tahan sakit itu semua, tapi itu meleis punya style tau, aku bukan meleis wehh, anak aku pun baru nak masuk 2 tahun, apalah yang dia tau sangat pasal benda-benda yang kita orang besar faham, *sigh* bila fikirkan betul-betul, aku wish aku seorang yang kaya, aku dan wife aku tak perlu bekerja dan kami berdua menjaga anak kami sendiri tanpa perlu hantar ke mana-mana. Aku sentiasa berdoa agar doa aku itu akan diperkenankan dan semua tekanan dan masalah ini akan selesai, dan sebagai Khalifah di muka bumi ini aku diajar, kalau nak berjaya dan kaya-raya di dunia yang sementara ini, kita tak boleh mengharapkan pada doa sahaja, perlu berusaha, dan setakat ini banyak jugalah perkara yang aku sedang lakukan agar hidup keluarga akan senang nanti Insyallah, aku cuma perlu bersabar sahaja dan fokus akan apa yang aku buat.
Blogpost ini harus ditamatkan sampai disini, terlalu panjang aku tulis, rasa-marah punya kategori kan? Bukan selalu..
Selamat berhujung minggu!
P/S: Cerita mengenai Hannah tak banyak sangat aku mention dalam blogpost ini, itu kerana dia masih kecil lagi dan aku pun tak tahu macam-mana mereka jaganya disana, tapi takpelah, next month i moved to another place, Hail Akid dan Hannah kalau kamu baca blogpost ayah ini ayah nak kamu tahu yang ayah sayang kamu berdua tau! Dan ayah akan seboleh yang mungkin cari tempat yang terbaik untuk anak-anak ayah semua. Ayah ibu sayang kamu tau! Sungguh dari hati ayah ini.
Setiap kali aku melihat video ini, hati aku akan berkata “damn! kamera apa and lens apa diorang guna nih?”. Jawapannya ada terletak dibawah sekali. LOL!
Malaysia adalah sebuah negara membangun yang sangat unik dan indah, kita ada banyak tradisi, pelbagai warna dan budaya disatukan dalam satu negara, takde masalah langsung kan?
Tidak ada satu negara di dunia pun yang terlepas dari masalah, ia datang dari pelbagai punca, yang penting kita janganlah jadi antara individu yang menjadikkan masalah tersebut, kita semua berkongsi negara yang satu ini, baik atau buruk semua tercalit pada diri masing-masing, jadi mari kita bersama menjaga nama baiknya, okeh.. tetiba aku rasa aku cakap macam typical meleis. But its true! LMAO.
Okeylah aku cuma nak kata, aku sayang Malaysia! Dan aku nak hidup senang dan aman di negara ini. Jyeahhh!!
Oh btw, kamera tersebut adalah Canon 7D dan lens EF-S 17-55mm f/2.8, EF-S 18-135mm f/3.5-5.6 serta Tamron wide-angle 11-14. Sumber dari deskripsi dalam video YouTube ini.

Cuba try benchmark dengan Nvidia Tegra 2 dear HTC. Tapi walaupun ia tak sepantas dengan prosessor itu, tapi kelebihan telefon pintar ini yang mempunyai Dr Dre punya beats audio harus diberi thumbs up.
Alangkah bagusnya kalau aku dapat mencuba telefon ini.

Pada hari Sabtu semalam, aku memikirkan untuk bawa keluarga aku berjalan ke suatu tempat lain dari shopping complex, tempat yang selama ini Hail Akid asyik lihat sahaja dalam buku mengenali binatang dia, iaitu ke Zoo Negara.

Secara jujur, kali terakhir aku menjejakkkan kaki aku ke tempat itu adalah ketika aku sekolah rendah dahulu, tak pasti samada aku pergi under rombongan sambil belajar atau dengan parents aku, yang pastinya ia seperti memory lane feel dia. Eh yeke?
Tiket untuk orang dewasa adalah RM25 (tak termasuk tempat Taman Rama-Rama, yang aku sendiri pun tak tau kat mana, d’oh!) dan kanak-kanak bawah 3 tahun (syukur Hail Akid dan Hannah Jasmin masih bawah 3 tahun) adalah percuma. Dan sebelum aku masuk ketika itu pun dah terdengar beberapa suara rungutan dengan sistem pengurusan pihak Zoo. Namun kerana aku tak sabar nak bagi Akid tengok binatang didalamnya, maka aku blah dari kelompok perungut tersebut (terdengar sikit yang diorang bising pasal cara nak beli tiket masuk kedalam time tuh). So.. off we go!
Masuk sahaja kedalam, aku berasa sangat pelik dengan keadaan didalam, ayat pertama aku adalah: “WTH?” – kenapa aku rasa macam aku masuk ke dalam Zoo Melaka nih? tapi aku macam rasa Zoo Melaka lebih baik dari ini? Ini Zoo Negara kan? N.E.G.A.R.A? kenapa kelihatan seperti tak terurus dan macam masuk ke dalam hutan yang sebenar?


Tak pasti samada pihak pengurusan Zoo memang sengaja buat begitu pasal nak wujudkan ‘feel’ seperti dalam alam semulajadi sebenar? atau sebaliknya? So aku abaikan apa yang aku tak suka lihat itu dan terus kedalam melihat apakah tarikan yang telah tersedia untuk kami pengunjung..



















Aku dah lama tak bersenam, dan aku rasa pergi ke Zoo ini seperti aku dah lengkap berjogging di taman untuk 10 pusingan macam tuh, bukan salah pada pihak pengurusan, memang kami sengaja nak berjalan, sebab aku rasa lagi seronok kalau buat macam tuh sebab aku tak mau terlepas anything (Pasang lagu Aerosmith “I Don’t Wanna Miss A Thing”).













Apa yang penting bagi aku, kami sekeluarga enjoy (itew sangat penting), sifat keterujaan Hail Akid melihat haiwan-haiwan tersebut adalah sangat sweet, biar dia dari kecik lagi dah didedahkan sedikit dengan dunia veterinar ni, semoga dah besar nanti dia ada inisiatif untuk membantu dan beri kesedaran kat orang lain betapa pentingnya menjaga ekosistem di bumi ini, terlalu ‘grand’ sangat tujuan itu? Problem?
Okay, selamat hari Ahad dan enjoylah hari Isnin kemudiannya nanti
Inilah saat yang aku kira paling mendebarkan (teramat sangat!) ketika menontonnya. Sampaikan member aku yang teman aku tadi tak sanggup nak tengok keadaan match yang sangat tegang ini. Tapi Alhamdulillah.. akhirnya Malaysia juara.
Sebernanya aku mengharapkan match ini sampai ke peringkat sepakan penalti ni, pasal aku percaya dengan kemampuan Khairul Fahmi a.k.a Apek yang superb la aku kata, dan aku pasti ramai yang bersetuju juga dengan aku dalam hal ini (tolak beberapa sepakan beliau tak dapat tangkap tadi).
Tapi tak kisah! Kerana Malaysia telah menjadi juara! Itu yang penting sekarang. Pedulikkan isu-isu lain, yang penting Malaysia menang okeh. MALAYSIA MENANG!!!! HAHAHAHAHHAHAAA..
P/S: Aku baru sedar yang Khairul Fahmi masih bawah 23 tahun. LOL!
Update: Nampaknya kod ini sudah tidak boleh dipakai lagi.

Bosan dengan halaman utama YouTube yang dah bertahun-tahun anda lihat? Dan tahu mengenai ada perubahan baru sedang datang ke YouTube dan tak sabar nak menukarkannya? Maka beginilah cara anda boleh lakukannya.
1. Pergi ke halaman YouTube.
2. Jika Mozilla Firefox: Tekan butang ‘Ctrl + Shift + K’.
Jika Google Chrome: Tekan butang ‘Ctrl + Shift + J’.

3. Dan masukkan kod ini ke ruangan dalamnya.
document.cookie=”VISITOR_INFO1_LIVE=ST1Ti53r4fU”;
4. Refresh website YouTube.
Dan halaman YouTube telah berubah ke bentuk baru.

Selamat mencuba!
Sumber: GHacks
Harini Kuala Lumpur hujan lebat, saat masa hujan tuh aku pergi ke tingkap, bawak kamera, dengan harapan aku boleh dapat ambik gambar petir dan guruh yang masa tuh tengah kuat, tapi ternyata aku tidak bersabar ketika itu dan kuasa Allah terlalu hebat maka aku membatalkan niat aku itu, dan terlihat kawasan pembinaan di sebelah kondominium aku duduk ketika ini.
Kelihatan segalanya tidak bergerak, barangkali harini adalah hari Ahad, dan mereka semua buruh binaan cuti, namun terdengar juga beberapa bunyi drilling sedang dilakukan ketika itu, dan melihatkan skala pembinaan yang sedang dilakukan itu aku terfikirkan apakah yang terjadi kepada binatang-binatang yang pernah mendiami kawasan itu sebelum terusik? Kalau ular mungkinkah kulitnya sudah disiat menjadi kasut dan beg tangan? Kalau biawak mungkinkah ia sudah lama masuk ke perut tokey syarikat binaan itu? Dan untuk korang sendiri lihat bagaimanakah kemusnahan itu telah berlaku, inilah foto-foto yang aku ambil ketika hujan lebat itu.





Kalau anda rasa kerja korang berat dan terlalu memenatkan, tengoklah orang ini bekerja drilling ketika hujan lebat, seorang diri dan di kawasan yang sangat tidak selamat.


Aku tak tau apa cara lagi kita boleh bendungkan kemusnahan ini selagi kita ada di bumi, manusia semakin ramai, dan syarikat korporat nak keuntungan, aku rasakan satu-satunya cara untuk kita hentikan adalah pergi sahaja ke angkasa lepas, tiada penebangan pokok, tiada kemusnahan tempat tinggal haiwan, tiada pencemaran, dan segalanya mungkin akan menjadi normal semula di bumi dengan flora dan fauna, serta ekosistem yang kembali indah semula.
Aku cakap terlalu kehadapan, esok dah hari isnin, dan aku sangat tak suka selagi aku hidup terpaksa menerima arahan dari orang yang klaim sebagai pemberi gaji, tapi itu akan aku tuliskan di masa hadapan.
Oleh itu, selamat malam semua dan have a happy monday blues tomorrow! Blerghhh!!
Sebagai rakyat Malaysia aku berbangga dengan pencapaian team Malaysia sekarang ni yang akan ke Final nanti, menentang…….. Indonesia…. okeh! Aku taknak komen banyak-banyak, ianya ditakuti akan menimbulkan semangat patriotism yang melampau hingga memperlekehkan negara lawan, sebab negara Malaysia kita semua rakyatnya ada otak, dan itulah yang membuatkan kita lebih maju.. (terdiam)
Okeh ayat aku diatas dah ada menunjukkan tanda emo sedikit, let’s move on.. dan ini adalah 3 video untuk tontonan anda, sebagai rakyat Malaysia, kita harus berikan sokongan. MALAYSIA BOLEH!
Bonus: Jumpa di YouTube, walaupun bukan pasal Sukan SEA, tapi melihat ramai penyokong skuad Harimau Malaya dalam video ini (i lied!) membuatkan aku rasa bangga dengan apa yang telah kita capai setakat ini.
Klik untuk gambar yang lebih besar.

Sumber: Reddit
Video ini telah dihasilkan dengan cantik sekali, sangat menarik untuk ditonton oleh kalian semua. Menarik jugak kalau video dokumentari pendek ini dibuat untuk senjata tradisional kita Keris. #JustSomeIdea
Sumber: Gizmodo
Laman social network memang banyak di internet sekarang, namun yang paling besar ketika ini adalah Facebook, manakala Google+ masih lagi orang baru dalam arena tersebut.
Namun begitu, anda perlu memiliki sebuah akaun dalam Google+, walaupun dalam kepala otak anda (sesetengah orang), satu akaun social network sudah cukup untuk menceritakan hidup anda, berbual dengan rakan & keluarga, dan sebagainya. Namun semua itu mungkin akan berubah, selepas menonton video ini, anda mungkin akan terfikir untuk membuka sebuah akaun di Google+, mengapa? saksikan..
Ia adalah sebuah fakta yang benar bukan?
Jikalau anda sudah buka akaun Google+ anda, masukkan saya dalam circle anda, begitu juga dengan page ShamHardy.com ini. Jumpa di sana!
Sumber: Google+
Aku tau ini agak old, tapi menarik untuk dikongsi di blog sini.
Sumber: Google+
Adakah anda teruja selepas menonton video ini? Mungkinkah masa hadapan kita akan berubah dengan teknologi Kinect ini? Sama-samalah kita lihat bagaimana benda ini akan digunakan di masa hadapan nanti.
Sumber: ReadWriteWeb
Nota: Sebelum anda menekan butang play itu, sila fahami bahawa ini adalah video un-boxing aku yang pertama, jadi kalau ada pape komen, jangan la bagi yang teruk-teruk sangat okeh. Kasihanilah saya!
Hopefully korang boleh faham dengan penjelasan aku mengenai Samsung Galaxy Note tersebut, peringatan sekali lagi bahawa ini adalah video teaser sahaja, doakan supaya aku akan buat lagi video mengenainya lagi selepas ini okeh.
Tambahan info: Samsung Galaxy Note akan mula dijual pada 11 November nanti di beberapa tempat di Malaysia seperti berikut:
Kuala Lumpur: Bukit Bintang Entrance, Pavilion
Penang: South Side, Queensbay Mall
Johor Bahru: AEON Tebrau
Manakala harganya pula mungkin (bermakna tak rasmi) akan berada dalam sekitar Rm2,200 begitu, dan mungkin akan lebih murah lagi pada hari promosi mereka lakukan kelak, jangan lupa untuk hadir jika anda mempunyai masa. (FYI: Pada rakaman video masih belum ada lagi berita aku terima mengenai tarikh penjualan dan harga phone tersebut)
Tarikh 11 November ini anda patut letak tanda dalam kalendar anda okay.
Memandangkan hari raya Haji bakal tiba, saya dan sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam di seluruh negara, dan berhati-hatilah ketika memandu pulang ke kampung itu nanti.
Cheers!
WWE seriously perlu fikirkan startegi baru untuk menarik semula penonton melihat rancangan mereka. Nasib baik aku suka Jim Henson punya watak ciptaan ini. Who’s goin to be next? Justin Bieber?
Oh ya i forgot, its World Wrestling ‘Entertainment’ kan?
Sumber: Slashfilm
Gajet seterusnya yang aku akan review adalah Samsung Galaxy Note, nantikannya di minggu hadapan.

Video teaser Insyallah weekend ini akan release kalau takde pape hal.
Tahniah kepada Rockstar Games kerana telah berjaya meneruskan francais Grand Theft Auto ini walaupun sentiasa dikelilingi oleh kritikan dari pelbagai pihak terhadap game mereka, dan khas bagi anda semua peminat GTA di luar sana, tontonlah trailer terbaru game mereka iaitu, Grand Theft Auto 5 baby! Dan berikan komen anda mengenainya jugak sekali yer..
(Klik untuk play video)
Game ini telah mula dijual pada hari sama pelancaran trailer ini di U.S sana.
Sumber: G4TV
Ia seperti menjadi trend sekarang, syarikat teknologi membuat video idea masa hadapan mereka kepada public, cuma sekarang ni kita tunggu pula bagaimana Android dan Apple punya idea konsep di masa hadapan. Tapi awal-awal lagi aku sudah jangka Apple tak akan buat begitu kerana bagi mereka masa hadapan tersebut adalah sekarang (aku tak ingat mana quotes aku jumpa tuh, tapi memang ada).
Android? Maybe dia tunjuk sebab takut terlanggar mana-mana patent lagi? LOL!
Sumber: Gizmodo
Penjelasan yang mudah, senang difaham, tapi hati-hati dengan apa yang anda cari itu, mungkin boleh kantoi kalau orang lain menggunakan PC yang sama. #justsaying
Sumber: Gizmodo
Kepada peminat filem arahan Tim Burton, ini untuk anda. Mengembalikan memori anda dengan filem-filem seperti Edward Scissorshand, Mars Attack, Batman Forever, The Nightmare Before Christmas, Batman Returns, Beetlejuice dan banyak lagi. Aku pasti ada antara filem-filem tersebut anda pernah tonton dan suka dengannya.
Kalau anda perasan, kesemua filemnya mempunyai ciri-ciri ‘dark’ di dalamnya, mild creepy tapi storyline memang bagus.. on some movies.
Enjoy!
Sumber: SlashFilm
Pihak Microsoft telah menghasilkan sebuah lagi video tentang konsep idea mereka di masa hadapan nanti dengan pelbagai gajet ala ‘Minority Report’ yang kita semua akan guna, yang menggunakan perisian “Office 2019″. Jikalau benar inilah konsep yang Microsoft inginkan penggunanya miliki nanti, adalah lebih baik mereka melakukannya cepat supaya dapat kembali bersaing dalam industri teknologi yang kita semua boleh katakan sedang sengit bersaing antara satu sama lain sekarang.
Dear Microsoft, we’re waiting..
Aku rasa infografik nih sangat bagus untuk dibaca kepada mereka yang sedang menjalankan perniagaan melalui social media, yang aku boleh katakan pada ketika ini memang ramai jumlahnya kalau kita lihat di laman Facebook sahaja. Dan infografik ini juga memberi anda idea jikalau anda (peniaga) mahu mencuba menjual di luar dari Facebook.
Lihat dan fahamkan infografik dibawah, semoga berjaya!
(Klik untuk lihat lebih besar lagi)
Sumber: Mashable

Pada minggu lepas aku ada tulis dalam status update aku yang mengatakan bahawa harga hardisk akan melonjak naik disebabkan oleh krisis banjir di Thailand sana, dan pada hari ini, sebuah tech blog bernama Dvice menyatakan perkara yang sama jugak mengenainya.
Western Digital, Hitachi, Seagate, and Toshiba are all facing direct production issues as a result of the flooding, and even Korean companies such as Samsung are having trouble getting the specific components that they need to build their own drives, like a motor — responsible for spinning the disc in hard disc drives. Most customers have about two weeks of inventory, and distributors may have an additional two weeks, but beyond that, things are looking gloomy. On Apple’s earnings call this week, CEO Tim Cook said that he’s “virtually certain there will be an overall industry shortage of disk drives as a result of the disaster.”
Over the last two or three days, I’ve watch prices on the drive I’ve been looking at for a new PC build (a 1TB Samsung SpinPoint F3, if you’re curious) skyrocket from $60 to $110 to completely out of stock most places. As people start to worry, demand will increase, and since there’s not going to be any new supply for weeks (maybe even months), things may very well get frantic as soon as current stock runs out.
Sumber: Dvice
Dari sebuah lagi sumber yang boleh dipercayai, kilang mereka di Thailand itulah yang sebernanya merupakan yang utama, dan kilang hardisk di Malaysia pada ketika ini sedang menghadapi kesulitan dalam pengeluaran mereka.
Aku mengambil perkara ini serius kerana aku mungkin akan membeli beberapa hardisk baru akan datang, dan kepada rakan-rakan di luar sana, jika anda terfikir anda ingin beli hardisk (maybe portable), beli sekarang sebelum terlewat, atau anda akan samada membayar harga yang lebih dari kebiasaannya, ataupun tiada stok dalam pasaran.

Rasanya ramai yang sudah tahu mengenai event #OctTwtFest yang akan berlangsung hari ini di Shah Alam, adalah merupakan event yang ke-2 diadakan setelah kejayaan mereka pada tahun lepas di TTDI.
Seperti yang korang boleh agak, semestinya aku akan hadir nanti, berjumpa dengan rakan-rakan yang selama ni kita berbual dalam Twitter, sebab memang aku nak jumpa sangat-sangat some Twitter users nanti, dan dalam masa yang sama, kami #TeamVideo akan menayangkan klip video parody Cinta Muka Bulu yang kami semua lakukan penggambarannya hari Sabtu yang lepas.
Dan it will be great i’m sure kalau korang datang nanti ke event ini.
Dan sesuatu lagi yang aku perasan adalah pada tarikh ini juga, ada 2 lagi event yang menarik akan berlaku, iaitu Himpunan Sejuta Umat dan Occupy Dataran. Memang tarikh 22hb ni sangat digemari kan?
Orait, kene buat kerja sikit lagi sebelum keluar pegi sana, dan pada rakan-rakan taulan, jikalau korang nampak aku, tegurlah aku nanti, aku sentiasa bermurah hati nak menegur korang semua. Happy sabtuday dan hope you have a great weekend. Bye!

Pada 2 minggu yang lepas, Lenovo Malaysia telah mengadakan sesi perkenalan kepada produk terbaru mereka yang bakal berada di pasaran iaitu, Lenovo IdeaPad Tablet K1, sebuah tablet yang menggunakan sistem OS Android, bentuk yang lebih mantap, dan secara jujurnya saya rasakan tablet ini bakal menjadi penyaing kepada tablet keluaran Samsung iaitu Galaxy Tab. Mengapa? Penjelasan ada dibawah
Semasa diterangkan mengenai fungsi yang terdapat dalam tablet ini, Lenovo telah banyak melakukan customize pada tablet OS nya, khas untuk produk mereka sendiri, seperti marketplace mereka sendiri, butang tambahan untuk antaramuka, dan pelbagai lagi. Lihat spesifikasi tersebut:
Processor: NVIDIA® Tegra™ T20 1.0GHz
Android OS: Android™ 3.1
Diameter: 10.4” x 7.4” x .5” and less than 1.7 pounds
Hayat bateri: Sehingga 10 jam
Memori: Sehingga 1GB DDR2 memori, sehingga 64GB ruang SSD
Lain-lain: Dilengkapi Bluetooth® dan 802.11b/g/n hubungan WiFi, MicroSD card reader, penyambung mini HDMI dan pilihan docking port, Dilengkapkan kamera webcam dihadapan (2M) dan belakang (5M).

Sebarang maklumat lanjut anda boleh pergi ke website rasmi Lenovo, iaitu di lenovo.com/products/us/tablet/ideapad/
Dan sesuatu yang istimewanya kali ini dalam blog ShamHardy.com, saya akan memberikan anda bukan satu, tapi dua baucer TopShop bernilai RM50 untuk dimenangi, bersamaan dengan usaha Lenovo dalam memperkenalkan teknologi baru kepada industri pembangunan teknologi pengkomputeran iaitu Lenovo Enhanced Experience 2.0 untuk Windows 7 dengan satu cara yang mudah sahaja.
Berikan pandangan anda yang paling menarik, “apakah yang anda mahu lakukan untuk dunia bagi tujuan kebaikan?” Sesiapa yang dapat berikan penjelasan ‘brilliant’ sekali akan mendapat baucer ini. Tulislah seberapa panjang anda mahu, pendek pun tak kisah, dalam ruangan komen dibawah ini, dalam Facebook profile saya sendiri mungkin, atau juga di Fan page blog ShamHardy.com. Mana sahaja tempat yang anda
Cepat! Masa tamat semakin hampir.
Kebiasaan aku suka tuliskan mengenai cerita teknologi dan fotografi dalam blog aku ni, tapi cuma untuk blogpost kali ini aku nak share sebuah video tentang bagaimana untuk menghasilkan Mayonis di rumah anda dalam masa 2 minit!
Aku tau.. aku tau.. ia menyebabkan kegemukan, tapi mayonis adalah antara penyedap makanan yang paling excellent aku pernah rasa, dan video ini membuatkan aku sendiri ingin mencubanya di rumah.
Cuma… aku perlu carik mana nak beli dijon mustard tuh, neutral oil yang mana satu sesuai untuk dipakai, dan hand blender tu rasanya tak pernah aku beli. Heh.
Thanks LifeHacker!
Maaf kerana sangat lewat buat blogpost mengenai ini, sepatutnya aku ingin buatkan sebuah blogpost yang panjang mengenai cerita yang berlaku pada aku sepanjang aku menempuh menjadi bapa kepada dua orang anak, tapi oleh kerana ia masih belum siap (dan masih dalam draft), maka aku rasa lain kali sajalah aku akan publish story tersebut dalam blog, for now.. all i can says are, segalanya Alhamdulillah selamat, dan nama yang aku akan berikan adalah Hana Nur Jasmin bermaksud ‘Kegembiraan’, ‘Cahaya’, ‘Bunga’ dalam bahasa arab (aku pilih nama Hana, wife aku yang dua dibelakang tuh).

Pada mulanya aku menghantar wife aku ke Hospital Yan, tapi oleh kerana terdapat permasalahan pada ketika kelahiran, terpaksa dihantar ke hospital Hospital Sultanah Bahiyyah di Alor Star sana.




Kalau tengok pada wajah, korang rasa ia lebih dekat pada siapa? Maknya atau bapak eh?


Sekarang ni @HailAkid dah jadi abang dah. ![]()

Terima kasih atas semua ucapan tahniah korang berikan tempoh hari, sangat banyak datang dari Twitter dan Facebook, aku doakan korang semua yang memberikan ucapan tersebut agar dipermudahkan rezeki dan panjang umur hendaknya. Amin.
Thanks to mister @KarrotGold yang menjemput aku untuk datang ke event ini, katanya ia adalah show Altimet, tapi bila aku sampai disana aku dapat tengok performance lebih banyak band lagi di atas stage. And here it is..

Ia adalah event Aloud Asia, berlangsung di Bentley Music, tak banyak yang aku tahu mengenai gig ini, tapi menurut yang aku dengar dari apa yang Sasi The Don kata diatas stage ia adalah yang kedua dibuat, i’m like.. okay itu adalah satu permulaan yang bagus, tapi still have no idea sapa lagi band yang akan perform lain, sebab aku datang ke sana pun memang main hantam je datang dari rumah terbuka member aku. All i have to say: “suprise me fella..”


And komen aku mengenai gig ini dari mula hingga akhir cumalah ‘okay…’ la, beberapa performer sahaja yang aku rasa betul-betul stand out. Tapi takpe.. perjalanan team Aloud Asia masih jauh lagi, begitu juga dengan performer, i’m sure it will turn out awesome in future.
Oh by the way, here’s some photos.
Eliza Thomas

Nota: Gambarnya tak berapa banyak aku ada, sebab masa aku masuk ke dewan jer dia dah nak habis perform, anyway what’s up dengan tak ingat lirik tuh?
Nota: Not bad la the songs, tapi yang aku kagum adalah penerimaan muziknya yang telah sampai ke United States sana, Boston kalau tak silap, this girl will get into big scene soon if she still continue what she’s doing right now. I believe in that.
Nota: Band yang sangat jambuuu sekali di atas pentas.
Nota: Aku dah lama tau pasal kewujudan band nih dari majalah ROTTW dulu-dulu, tau pasal muzik mereka yang metal i would say, dan buat pertama kalinya dalam hidup aku dapat tengok diorang perform sabtu lepas, memang pecah kepala beb, band yang paling aku suka dengan performance mereka. Thumbs up!
Nota: Muzik mereka bagi aku biasa sahaja, radio friendly punya, okayla. Tu saja komen aku boleh elaborate kan.
Nota: Nama yang tak asing lagi dalam industri muzik tempatan, dah hilang entiti Akademi Fantasia mereka, performance yang bagus, cuma.. boleh stop nyanyi lagu ‘Itu Kamu’ lagi tak? Walaupun fan anda minta, i’m really bored listen to that song. #justsaying
Nota: Inilah artis yang aku diundang datang untuk tengok persembahannya, sedang mencuba sesuatu yang baru kata Altimet, boleh pergi ke hadapan lagi dalam industri muzik tempatan kalau dia bawa genre muzik yang dipersembahkan pada hari itu. Altimet, you have my bless.
So itu sahaja yang boleh aku ceritakan segalanya, jadilah fan kepada Aloud Asia di Facebook dan follow mereka di Twitter. Kerana pastinya akan ada siri gig mereka yang ke-3 di masa hadapan. Aku ada banyak lagi foto-foto pada hari tersebut, check-out photo-sets aku di Flickr, Saya Sham Hardy, signing off.
P/S: Untuk keselamatan profil Twitter dan Facebook korang, semua link aku sediakan adalah HTTPS punya. Always safety first!

Malam semalam aku telah menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka oleh Maxis di Pusat Konvensyen KLCC bersama rakan se-cyber (se-Android) iaitu Ahmad Saiful Bahri bagi tujuan sebenar yang semua orang tahu kalau pergi ke mana-mana rumah terbuka iaitu, makan, berkumpul, beramah mesra dan berkenalan.
Sayangnya oleh kerana kami tidak menjumpai sebarang ally di malam tersebut, maka tujuan yang ke 2, 3 dan 4 kami terpaksa strikethrough.

Hadirin yang datang sangat ramai, hinggakan ada yang terpaksa makan di luar.








Tapi ada sesuatu yang istimewa aku perasan pada malam tersebut, sesuatu yang sangat-sangat bermakna sebagai seorang photographer.
You see, ingatkah lagi dengan pertanyaan aku di twitter tempoh hari mengenai Sebuah agensi dari London telah memohon untuk menggunakan foto aku untuk klien mereka di Malaysia? Well.. that klien is Maxis sebernanya.
Jikalau anda perhatikan imej dalam foto ini semasa mereka pasangkan pada TV slide mereka, terdapat sebuah foto milik aku sebernanya, dan itulah foto yang agensi tersebut mohon untuk digunakan pada kerja mereka.

TADA!

Dan inilah foto yang sebernanya dalam akaun Flickr aku.

Gambar yang aku ambil ketika mak dan wifey aku berfsama-sama menganyam ketupat untuk makan di pagi hari raya pada tahun 2010 yang lepas.
Dan aku sangat bangga kerana sebuah karya aku dalam bentuk foto telah diambil untuk kerja mereka. Dan aku sangat tak sangka masih ada individu diluar sana yang menghargai apa yang aku lakukan.
Oh dan tak perlu takut, aku memang membenarkan mereka menggunakan foto tersebut, dengan bayarannya sekali, KAA$$HINGG! Berapa mereka bayar dan berapa banyak mereka ambil aku takkan ceritakan disini, kalau nak tahu message aku secara private, tapi yang pastinya aku sendiri tak sangka foto yang sebegitu dibayar dengan harga yang tinggi, memang benarlah kata orang, ‘omputih’ memang menghargai karya sebuah seni, berbeza sekali dengan keadaan di tempatan kita.
Jadi, nasihat aku kepada rakan, jikalau anda rasa anda ada foto yang menarik, edit kan dia supaya nampak jadi lebih menarik lagi, upload ke Flickr, dan letakkanlah tag yang bersesuaian dengannya. Insyallah, kalau ada rezeki, anda akan dapat sesuatu yang tidak disangka. Yang penting, kena nampak se-menarik yang boleh. Adobe Photoshop, Lightroom kan ada.. He hee.
P/S: Aku menjadi photographer bukan kerana mencari wang, tapi memang hobi aku suka menangkap foto kerana minat yang mendalam pada seni.
Ini sangat cool! Tapi adakah aku pun akan buat seperti mereka? Nah.. pasal aku prefer family aku menjadi web developer dari hardcore gamers. Walaupun begitu, kami pasti akan menghadap bermain computer and console games bersama dan itu kawanku adalah pasti.
For the horde!
Sumber: TechEBlog

Terima kasih kepada TechCrunch kerana telah memberikan tips yg sangat best ini, iaitu untuk menukar profile anda ke bentuk Timeline yang mereka telah perkenalkan dalam event keynote f8 tadi, beberapa jam yang lepas. Dan cara untuk mendapatkan ini adalah hanya anda perlu mengikut langkah yang diberikan dibawah.
Kalau anda tak tahu apa itu ‘Timeline’ yang aku sebutkan ini, pergi check-out page penerangan mengenainya disini atau tonton video ini.
(Aku terpaksa copy paste tutorial mereka tanpa buat terjemahan kerana sedikit malas ketika ini)
1. Log into Facebook
2. Enable developer mode, if you haven’t already. To do this, type “developer” into the Facebook search box, click the first result (it should be an app made by Facebook with a few hundred thousand users), and add the app.
3. Jump into the developer app (if Facebook doesn’t put you there automatically, it should be in your left-hand tool bar)
4. Create a new app (don’t worry — you wont actually be submitting this for anyone else to see/use). Give your shiny new app any display name and namespace you see fit. Read through and agree to the Platform Privacy agreement. This is the step you need to be verified for.
5. Ensure you’re in your new app’s main settings screen. You should see your app’s name near the top of the page
6. Look for the “Open Graph” header, and click the “Get Started using open graph” link.
Create a test action for your app, like “read” a “book”, or “eat” a “sandwich”
7. This should drop you into an action type configuration page. Change a few of the default settings (I changed the past tense of “read” to “redd” — again, only you can see this unless you try and submit your application to the public directory), and click through all three pages of settings
8. Wait 2-3 minutes
9. Go back to your Facebook homescreen. An invite to try Timeline should be waiting at the top of the page
Dan anda telah selesai, go check it out, explore the new features, learn it before they start publish it to all, be a hippies! Hahahaha..
Anyway, good luck!
P/S: Believe me this, banyak kelebihan kalau anda sign up as developer

Actually stickers ni aku dah dapat lama dah, lepas saja balik dari beraya selama seminggu di Johor, sampai di rumah aku kat Seremban, bukak je mailbox aku tengok ada dapat surat dari GetGlue, terus je dalam fikiran aku teringat yang aku pernah request untuk dapat stickers yang betul punya ini dari mereka lama dahulu.

Agak lama jugak la dari start aku request hingga aku dapat untuk benda ini, well.. nak buat macam mana, its from U.S, plus shipping pun guna yang biasa punya, what do you expect? LOL.
Bagaimana untuk dapat ini you ask? Ini yang aku dapat dari FAQ mereka.
Stickers can be redeemed on your stickers page, which can be reached from the Stickers link from your Profile. For every 20 stickers you unlock, in combination with a 30 day time span since your previous order, you are eligible to request physical copies. A “Mail me my stickers” banner is at the top of that page and provides information on when you can submit a request. When you become eligible a link to “Request your stickers now” will appear. Clicking that link will open the request form.
We send about 20 stickers at a time, the amount that a lil’ old stamp can carry. We also send what’s currently in stock. You should have your stickers in 4 – 6 weeks. Keep an eye on the “Mail me my stickers” banner to know when you can request your next batch!
Anyway, thanks GetGlue people for this, really likes your service tau!
Damn.. macam GTA! FTW!!
Anyway, aku tengok mamat freddiew ni banyak video best lain dalam channel dia, go check it out guys!
Sumber: How-To Geek
Inilah dua video yang terbaik aku jumpa di College Humor. If you had watch the Dark Knight movie and play Metal Gear Solid la. If not, then i hope you can understand these 2 videos.
and more..
Enjoy!
Sekumpulan fan-boy Plants Vs Zombies di China telah membuat sebuah ‘hippie party’ seperti yang M.I.C Gadget laporkan di sebuah bandar di utara, Shenyang sana yang menunjukkan mereka sedang menari dan berlawan sesama mereka.
Enjoy!
Sumber: M.I.C Gadget
P/S: Random Alphabets taknak buat flashmob untuk ini jugak ker?
Adakah selama ini anda rasa Lynda.com video tutorial sangat membosankan? Baru seminit anda menonton dah terhangguk-hangguk kepala nak terlelap? Well, they (CollegeHumor) found a solution for ya! Introducing.. Photoshop tutorial, gangsta style!
Dan ada video untuk part yang ke-2. Oh by the way, some NSFW language ya.
Sumber: Geeks are Sexy
Terima kasih kepada Mohammad Farid bin Anuar yang share video ini dalam Google+ nya. Gila cute!
P/S: “Friendship is Ambitious but Rubbish” – like that!
Kepada peminat game Portal sekalian, seorang pembikin filem bernama Dan Trachtenberg telah menghasilkan sebuah video real-life untuk game tersebut, dan menurut dari tweet beliau, video ini dihasilkan selama 1.5 tahun? Wow.. lama yang banget!
Sumber: The Next Web
Bila sahaja aku tengok video ini, terus terdetik kata dalam hati aku yang berbunyi “FUHH! Ini mesti dibeli! WAJIB!”, ia adalah sebuah set permainan yang paling cool aku pernah jumpa seumur hidup aku, even set koleksi Gundam pun kalah dengan ini…………………. eh wait! *fikir-sekejap* ish ish ish takleh takleh takleh..
Ia dinamakan Air Swimmers, harga setiap satunya adalah $39.99 (RM119.20), $71.98 (RM214.75) bagi combo pack, mempunyai dua pilihan sahaja pada ketika ini, iaitu Clown Fish, dan Shark, dan banyak kali ditunjukkan kepada umum, antaranya adalah pada majlis Comic-con yang lepas, Toy Fair, dan pelbagai lagi.
Sayangnya pada ketika blogpost ini ditulis, ianya sudah habis stok buat sementara, yang tinggal hanyalah Clown Fish sahaja, dan update paling terbaru sekali (paling terbaik!), mereka tidak lagi tawarkan servis penghantaran ke negara-negara selain U.S dan Canada. Dan aku sangat geram sangat dengan berita tersebut, sangat-sangat DAMMNN yang teramat sangat!
But still, there must be a way to get it, right?
Sumber: Gizmodo (http://gizmo.do/nupDFC)
Semalam aku ada send pic yang aku ada dapat pakej dari Hong-Kong right? So, inilah dia yang terkandung didalamnya. Biasa-biasa jer sebernanya pun.
Seperti yang aku kata dalam video, tujuan pertama aku adalah ingin mencuba dengan servis website ini dahulu, samada ianya boleh dipercayai atau tidak, barangan dia okay atau tidak, penghantaran apa semua. Dan komen aku setakat ini adalah, aku berpuas hati dengan servis mereka, barang yang diterima adalah seperti yang aku jangkakan, packaging pun bagus, kualiti nampak cam okay, dan yang paling bestnya adalah tiada caj penghantaran langsung dikenakan! Serius..
Ini merupakan permulaan kepada next online shopping stage sebernanya, actually, aku memang nak beli barang kat ThinkGeek atau kat Amazon.com pada mulanya, tapi ada sesetengah barang dalam Amazon.com yang aku nak tak boleh dihantar ke negara ini dan paling worst sekali, ThinkGeek langsung tak boleh hantar langsung ke negara Malaysia kita ini, tu yang membuatkan aku sangat sedih, tapi its okay.. sebab aku dalam masa yang sama sedang menunggu beberapa rakan aku yang akan kembali balik study di luar negara sana nanti, mungkin akan mintak tolong mereka untuk jadi sebagai laluan perdagangan barang itu nanti. Bijak kan? LOL!
Anyway, must get back to work now, and you my friend have a good day orait!
DOTA 2 akan diperkenalkan nanti pada majlis Gamescom di Cologne, German esok, dan Valve telah menghasilkan sebuah trailer untuk game DOTA baru ini dalam bentuk WoW nampaknya. Adakah game tersebut akan seperti begitu juga anda fikir?
Sumber: Rock, Paper, Shotgun (http://bit.ly/n02N5D)
Aku selalu follow update tentang filem baru Batman – The Dark Knight Rises di ComicBookMovie.com, so aku rasa macam nak jugak aku share apa video yang aku tengok mengenai penggambaran tersebut dalam blog aku nih, sebab aku percaya, ada readers aku yang juga merupakan fanboy kepada filem Batman ini. Check it out!
Watak Catwoman yang dibawakan oleh Anne Hathaway
Watak yang paling mendapat kontroversi sekali oleh fanboy Batman kerana suit Catwoman kali ini nampak tak seperti kucing langsung, takkan nak nampak macam suit Halle Berry tu kot? Gila buruk, kira ni okay apa..
Batwing yang akan diperkenalkan dalam filem itu nanti.
dan lagi..
Tumbler, Batmobile dengan skin yang berwarna coklat untuk perang dalam bandar. Okay tak?
Seterusnya adalah watak villain utama dalam filem The Dak Knight Rises itu nanti, iaitu Bane, yang dilakonkan oleh Tom Hardy, bukan Sham Hardy, tapi Tom… Hardy. ![]()



Dan ini video pergaduhan besar-besaran yang dimaklumkan antara watak Bane dengan Batman, dan Polis dengan geng-geng Bane yang lain, dan ya ini bukan di London tq.
Filem ini akan memasuki pawagam Malaysia pada 19 July, 2012 tahun depan nanti. Can’t wait?
Ini adalah iTableous, ia bukanlah iPhone 4 yang anda fikirkan, cumalah sebuah komputer yang memaparkan seperti antaramuka iPhone 4 yang ada sekarang, tambahan pula ia tiada skrin sesentuh, jadi kalau anda ingin makan atau minum diatasnya tiada masalah langsung, dan cara untuk anda mengawalnya adalah dengan menggunakan wireless keyboard dan mouse, tak pasti pula mengenai kegunaannya, maybe untuk memenuhi nafsu golongan appletard?
Sumber: Engadget (http://engt.co/p1whn7)

Sumber: Dorkly (http://bit.ly/pBCMn3)
Dia punya naga dah nampak awesome, tapi pelakon dia memang lame gila la nampaknya. Atau mungkin dia belum betul-betul serious lakonkannya? Pasal ini cuma preview sahaja pada pertunjukan ‘How To Train Your Dragon’ live on-stage dekat Australia. Kalau show ni datang ke Malaysia nanti, aku pun nak pergi gak tengok (minus pelakon mereka)
Sumber: Awards Daily
Sumber: FirstShowing.net
Aplikasi untuk ini anda boleh beli dari Android market: Sixaxis Controller (RM4.99 ketika blogpost ini ditulis)
Seterusnya, anda hanya perlu dapatkan sebuah controller Playstation 3 untuk mencubanya. Sebarang info boleh dapat dari sini: Dancing Pixel Studios
Semoga berjaya!
Terima kasih pada Nuruddin Zainal Abidin yang share video ini di Facebook.
Membuatkan aku terfikir, kita akan menghadapi kejatuhan ekonomi dunia global, pastuh solar storm lagi dah nak berlaku, nampak gayanya tahun 2012 akan menjadi satu tahun yang sangat-sangat tak berapa baik untuk kita hidup la nampaknya. Bersiap sedialah semua!
Aku tak pasti samada ini memang sah betul iklan syarikat trak C&C (China) tersebut atau tidak, tak yang pasti, hasilnya memang sangat awesome super duper oh my god punya lah. Tabik spring!
Sumber: Obvious Winner
Warning: Gambar-gambar dalam blogpost ini tidak selamat ditonton pada ketika berpuasa, anda sudah diberi amaran!
Sepanjang hujung minggu yang lepas, aku telah terima banyak pelawaan dari rakan Twitter dan rakan lama aku untuk berbuka bersama-sama di tempat yang telah dicadangkan, dan untuk yang pertama (Sabtu), adalah Tweetup kecil berbuka puasa yang aku telah dijemput oleh seorang brader yang hensem di Twitter iaitu @ZasIshak di restoren Dapoer Bandoeng, Kelana Jaya sana.
Dapoer Bandoeng adalah sebuah restoren yang menyajikan makanan dari Indonesia, pada mulanya ketika aku tiba di restoren ini, aku agak ragu-ragu dengan makanan yang akan aku dapat nanti, kerana, pengalaman aku bercuti sebelum ini di Indonesia aku mendapati yang kuantiti makanan yang disajikan disana agak kecil dari kebiasaan di Malaysia, dan memandangkan ianya adalah dalam bulan puasa, aku risau yang ianya tidak dapat mengenyangkan raksasa-raksasa yang sedang bertarung dalam perut aku ketika itu, namun sangkaan aku meleset sekali.. Keenakan makanan yang disajikan pada ketika itu telah melupakan aku akan segala yang aku fikirkan ketika datang kesitu pada mulanya, memang puas hati, dan pastinya akan aku datang lagi, thanks @suzannajuwita kerana telah memperkenalkan restoren tersebut kepada kami. Memang ohsem!
Antara makanan yang kami order pada hari tersebut.







Lagi video dari tweetup tersebut, poker di meja berbuka puasa.
Yang kedua pada hari Ahad esoknya aku keluar berbuka puasa dengan rakan-rakan lama aku iaitu Saiful dan Farid, di sebuah restoren masakan negeri Kelantan di bandar Seremban. Tak banyak boleh aku komenkan mengenai restoren ini cuma masakan dia aku cuma boleh kata bestla jugak, dan aku sangat-sangat minat dengan Nasi Goreng Cina yang dibuat oleh mereka, sampaikan aku order lagi satu bungkus untuk makan time sahur nanti. ![]()

Umur mereka berdua ni sebernanya tak jauh beza, cuma beberapa bulan jer, tapi saiz anak aku memang ketara nampak besar dari kawan sebelah dia. Yelah, tengok saiz bapak ah cemana.





Jadi kepada anda pembaca beragama islam yang membaca blogpost ini saya mengucapkan, selamat berbuka puasa kepada anda dan keluarga, dan jangan makan sampai nak pecah perut, sekian..

Tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 merupakan sambungan kepada kejayaan produk mereka yang sebelum ini iaitu Galaxy Tab, saiznya yang lebih besar dari model mereka yang sebelum ini (perbezaan 3″) dan lebih nipis dari iPad 2, model ini sebernanya sudah mula terkenal oleh peminat-peminat gajet sejak kisah Google telah memberikannya secara percuma kepada hadirin mereka semasa di majlis Google IO baru-baru ini iaitu model limited edition Galaxy Tab 10.1″, dan sejak dari peristiwa tersebut, model ini sangat ditunggu oleh peminat kerana legasinya, saiznya yang lebih besar dan menggunakan Android OS versi tablet iaitu Honeycomb.
Dan bagi aku, peluang mencuba tablet ini adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu sebernanya, mungkin kerana sudah lama tak ‘memegang’ sebuah tablet barangkali (kali terakhir iPad 2), jadi, peluang yang diamanahkan ini untuk aku mencuba dan menulis sebuah review mengenainya membuatkan aku mencari apa yang membolehkan tablet ini menjadi lebih baik dari yang lain-lain, dan komen pendek aku untuk intro, ianya sangat bagus.
Ianya sangat bagus sekali, sehinggakan Apple telah menghalangnya dalam bentuk undang-undang dari model ini dijual di pasaran Eropah. Scare the shit out of them. LOL!
Rekabentuk

Pertama kali anda melihatnya anda akan nampak saiznya yang besar, 10 inci yang kita katakan ini, lebih besar dari iPad 2, terus terang aku katakan aku tak berapa minat dengan saiz tersebut, sebab bagi aku, saiz 10 inci sebernanya dah terlalu besar, tambahan pula ianya nipis, sangat nipis, membuatkan anda terfikir bagaimana Samsung mampu memuatkan semua hardware dalam saiz yang setebal itu, mungkin itulah sebabnya model 10 inci untuk Galaxy Tab ini mengambil masa yang lama sikit untuk menghasilkannya.
Tapi apa yang aku perasan adalah, kekurangan tersebut berlaku jika aku menggunakannya ketika berjalan atau berdiri, cuba fikirkan, ketika anda menaiki escelator dan saat itu anda ingin keluarkannya, pasti agak sukar bukan? Namun, model ini aku rasakan ianya lebih sesuai digunakan pada masa anda duduk, atau berbaring sambil menonton rancangan TV kegemaran anda, kerana anda tak perlu risau jika ia terlepas jatuh ke lantai dan merosakkannya. Tapi itu aku, terpulang kepada minat masing-masing.
Spesifikasi

Sumber dari GSM Arena.
Aku mempunyai rakan sekerja yang mempunyai Motorola Xoom, dan aku dengan rakan aku bersependapat yang Galaxy Tab model ini lebih pantas dari tablet beliau, melihatkan pada spec mungkin tak ada beza langsung, tapi memang rasa iaseperti lebih laju sedikit jika dibandingkan dengan Motorola Xoom beliau, konklusi aku boleh letakkan disini adalah, mungkin Galaxy Tab yang aku terima tak mempunyai banyak aplikasi yang di install di dalam, berbanding rakan aku yang mempunyai berpuluh-puluh aplikasi yang dimasukkan, mungkin jawapannya ada disitu, dan mungkin juga versi Honeycomb kami berbeza, kerana dia jarang update, dan model yang ini masih baru lagi keluar di pasaran.
Lagi satu mengenai Honeycomb, aku anggap ia masih terlalu muda, masih terlalu banyak lagi Google boleh perbaiki untuk menjadikkanya lebih stabil. Tambahan info lagi, tidak ada banyak aplikasi yang dihasilkan oleh developer apliaksi Android untuk menjadikkanya dalam bentuk tablet, unlike iPad, yang memang (aku harus akui) banyak aplikasi tablet yang bagus di market mereka, dan ini sesuatu yang Google harus pandang bagi memastikan penjualan tablet jenis Android menjadi laris.






Kalau anda tanya pada aku, jika dibandingkan dengan Galaxy Tab yang pertama mereka, aku lebih prefer yang pertama punya, kerana point yang utama aku adalah Android OS yang digunakan adalah sama seperti dengan mobile, bukan Honeycomb punya, jadi pilihan pada aplikasi yang boleh anda download dan sesuai dengannya memang banyak, cuma perbezaan adalah semua aplikasi yang anda gunakan dibesarkan saiz paparan sahaja.
Kesimpulan

Samsung Galaxy Tab 10.1 sesuai digunakan bersama dengan seisi keluarga anda, dan juga sesuai untuk mereka yang bekerja dan melakukan perniagaan, kerana aku adalah photographer, dan pernah sekali rakan Twitter aku @techsupremo memberitahu mengenai ideanya untuk menunjukkan hasil kerja fotonya yang diambil menggunakan tablet, sudah pastinya anda mahu tunjukkan dalam paparan yang besar bukan? Customer boleh nampak dan membantu perniagaan anda betul tak?
Bagi mereka yang bekerja pula, sesuai jika anda ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada boss anda, mungkin sebuah spreadsheet? mungkin dokumen dalam PDF? Mana lagi cara yang paperless dan bagus dalam memaparkan apa yang ingin boss anda lakukan kalau tak dengan tablet bersaiz 10 inci? Boss anda happy dan anda juga happy. Itu sudah pasti.
Dan bagi seisi keluarga pula lihat video dibawah.
Even anak aku @HailAkid juga seronok menggunakannya, mungkin jika dia besar sikit dia tahu mana area yang patut ditekan dan mana yang tak, LOL! Walau apa-pun ia sesuai kalau digunakan bersama keluarga, menonton TV rancangan kegemaran anda sambil membalas komen status anda dari keluarga anda yang jauh sana di Facebook, membaca resipi sambil rancangan kegemaran anda, menyelesaikan puzzle Sudoku dengan isteri bersama-sama, terdapat banyak benda anda boleh gunakan dengan tablet yang bersaiz ini.
Its all in your imagination my friend.
So there you go, penjelasan aku mengenai tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 ini, mungkin banyak negatif aku sebutkan dalam review aku ini, well, mungkin kerana aku mahukan yang lebih kecil sedikit saiznya mungkin? Tablet 8″ akan muncul, dan itulah yang aku amat-amat-amat tunggukan sebernanya, tak terlalu besar dan it feels right when you hold it and use it, itu mungkin untuk review aku yang akan datang.
Oleh itu, selamat berpuasa dan hope you have a great day everyone! Bye..
P/S: Hail to Android!
Rasanya aku belum lagi menyampaikan salam Ramadhan aku melalui blog ini, cam biasa alasan.. busy sana sini, macam la aku sorang je dalam dunia ni yang busy sangat like *duh. hahaha. tapi! blog ShamHardy.com masih lagi wujud hingga ke hari ini, sebab apa? sebab nama Sham Hardy.. kenapa dengan nama Sham Hardy? sebab aku Sham Hardy.. siapa Sham Hardy? (soalan ni aku tamatkan kerana ianya akan menjadi infiniti kalau aku teruskan) ohhh.. gitu..
So, comrade-comrade ku yang berpuasa, bagaimana kalian semua? mengantuk? tertengok gambar makanan dan terus meleleh air liur? tertengok iklan yang ada imej NSFR (Not Safe For Ramadhan)? mendengar perut yang berbunyi? macam-macam alasan yang boleh didengar ye tak? Tapi aku tak pedulik.. kenapa aku tak pedulik? please, tolong jangan sampai aku menjawab soalan infiniti tersebut. Ha ha ha haa..
Dan ini adalah video preview kepada apa yang aku panggil sebagai teaser kepada video review Samsung Galaxy Tab 10.1 yang bakal akan dikeluarkan nanti, dan turut sama menampilkan Muhammad Hail Akid (Sham Hardy Jr), the next geek + programmer Malaysia di masa hadapan menggunakan tablet Android awesome ini. Har har..
P/S: Aku makin berminat memasuki dunia videografi ini, cumanya.. aku masih memerlukan masa yang banyak lagi untuk belajar video editing nih. Belajar sendiri punya, biasalah..

Sumber: ReadWriteWeb (http://rww.to/oq1afT)