Tengah syok membaca blog dalam Google Reader nih, aku terjumpa dengan satu basikal konsep aku jumpa kat laman web Yanko Design nih, dan kenapa aku suka dengan basikal ni sebernanya?
First of all, aku kalau boleh nak berbasikal kalau pergi ke tempat kerja, di hujung minggu, dan kurangkan jumlah kereta yang ada dijalanraya. Lagi satu, aku suka kalau pergi ke pasar, sebab ko boleh beli barang masak kat rumah yang fresh, dan pelbagai pilihan.
So, that’s why bila aku tengok basikal ni aku terus terasa macam nak campak duit banyak-banyak kat skrin nih. Apa pendapat korang? Ada menarik tak konsep dia?
Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah dijemput sebagai pihak media oleh Shell Malaysia, bagi melancarkan tiga lagi model kereta mereka iaitu Scuderia Ferrari Truck, Ferrari F40, dan Ferrari FXX di acara majlis yang berlangsung di Blue Concourse, Pusat Membeli Belah Sunway Piramid. Acara tersebut turut disertai oleh Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Tuan Haji Azman Ismail bagi merasmikan majlis gilang gemilang tersebut.
“Shell dan Kumpulan LEGO telah bekerjasama lebih daripada 18 bulan demi menghasilkan motor mini ini yang mengintipatikan semangat inovasi teknologi yang merupakan teras minyak Shell V-Power; di formulasi untuk peningkatan prestasi menerusi teknologi canggih,” Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.
Bukan sahaja tiga model kereta yang menjadi perhatian utama bagi aku pada ketika itu, tetapi juga dengan kehadiran kereta Ferrari 150 Italia saiz sebenar yang dibina sepenuhnya dengan menggunakan blok LEGO.
Kini semua model kereta LEGO tersebut telah lengkap untuk dimiliki oleh peminat Ferrari, lumba motor atau blok LEGO, dari stesen-stesen minyak Shell yang terdapat diseluruh negara. Bagi memudahkan lagi pelanggan untuk mendapatkan set lengkap model kereta tersebut, pelanggan Shell hanya perlu menunjukkan kad Bonuslink mereka untuk salah satu model unik LEGO pada harga RM12.90 setiap satu. Sebarang pembelian barang Shell tidak diperlukan. Promosi ini sah mulai 8 November 2012 selagi stok masih ada.
Saya adalah kanak-kanak era 80′an dan 90′an, kartun dahulu yang terkenal adalah seperti Ghostbusters, TMNT, G.I.Joe, Chip n Dale: Rescue Rangers, Woody Woodpacker, Coyote and Roadrunner, dan pelbagai lagi menjadi isi tontonan pada waktu pagi dan petang di TV, permainan pada dahulu pula adalah kebanyakannya dari kartun TMNT, Ghostbusters, kereta-kereta, trak, permainan watak-watak aksi, miniatur-miniatur kecil dan LEGO.
Aku sangat pasti kalau korang pernah hidup di zaman itu dan korang masih kanak-kanak, korang mesti pernah ada “sekurang-kurangnya” mainan LEGO atau serupa dengannya. Mekanisme permainan tersebut adalah anda bersambung-sambung dengan banyak parts, dan menjadikkannya kepada bentuk mengikut imaginasi anda. Mungkin boleh menjadi kereta, mungkin boleh menjadi kapal terbang, kapal selam mungkin, sebuah pulau, orang, monyet dan pelbagai lagi.
Dan 19 tahun selepas seingat aku pernah mempunyai permainan LEGO, aku dapat balik semula.
Secara jujurnya, aku sentiasa memberitahu orang yang LEGO boleh menajamkan minda seseorang, meningkatkan kreativiti, dan hebat berfikir, tapi aku rasa cakap itu semua sudah terlalu tua, kerana kanak-kanak zaman ini, semuanya membesar dengan telefon-telefon pintar, tablet, laptop dan komputer yang jauh lagi moden untuk mendapat semua itu.
Tapi aku sebagai kanak-kanak 80′an masih tidak boleh melupai LEGO, banyak memori dengannya, dan aku pun suka kereta lumba, tetapi tidak tahu apa-apa parts dalaman kereta walaupun setelah memilikinya, tapi aku suka mengumpul, lanyard, shirts, free gifts (akibat rajin pergi ke event), tiket-tiket (konsert atau any events), permainan, dan banyak. sangat.
Jadi kepada korang yang dah berjaya baca dari atas hingga ke part ini aku sangat berterima kasih, dan berjanji akan berikan something dalam blogpost aku selepas-selepas ini (pssttt!! LEGO. SHELL!) dan mari kita ke isi sebenar blogpost ini ditulis (setelah lama tidak update apa-apa). Mesti sesuatu yang eksaiting gila kan?
Nah Koleksi kereta yang aku terima tempohari, aku dah kongsi dalam Facebook, Twitter, Tumblr, Path dan Google+ dan rasanya ramai yang memberi komen, aju pertanyaan dan like pada post tersebut. Aku sangat kagum sebernanya ramai sebernanya rakan online aku yang ada mengumpul koleksi LEGO Shell ini rupanya. Dan kebanyakan soalan bertanya, “hey! mana dapat trak tuh? haritu orang kat stesen kata masih belum ada lagi? (something like that)”.
Tapi, aku ada cukup 6 koleksi semuanya! SO HAPPY! (abaikan wayar yang banyak di belakang tersebut)
Okeh, selesai dengan bahagian pengenalan yang sangat panjang dan perasaan gembira aku, sekarang, masa untuk kenali apakah kereta yang berada dalam Koleksi LEGO dengan kerjasama Shell V-Power. I <3 Shell! Serius.. Nanti aku ceritakan dalam bahagian akhir blogpost yang panjang giler ini nanti.
Ferrari F150° Italia – Penghasilan semula oleh kumpulan LEGO kereta F1™ yang telah memenangi perlumbaan 2011 dengan pilihan untuk menukar kepada gaya penampilan Felipe Massa atau Fernando Alonso.
Scuderia Ferrari Truck – Trak pengangkutan yang biasa kelihatan ini merupakan sebahagian besar daripada pasukan perlumbaan Ferrari dan oleh itu membawa dimensi lain kepada koleksi eksklusif ini. Versi LEGO kenderaan ini telah direka bentuk dengan pemerincian lampu, radiator dan kekisi depan.
Ferrari 250 GT Berlinetta passo corto (SWB) – Legenda sebenar dunia lumba motor; bukan sahaja merupakan salah sebuah kenderaan paling menawan yang pernah dicipta, bahkan adalah kenderaan Ferrari pertama yang menggunakan brek piring. Lampu depan berbentuk bulat dengan menggunakan blok LEGO menyerlahkan lagi keindahan bentuk asalnya.
Ferrari F40 – Salah sebuah kereta sport yang paling dikenali sepanjang zaman. Bentuk aerodinamik klasik serta spoiler belakang segi empat adalah rekaan yang pasti dapat dicam dengan serta-merta dan ini kesemua ini disempurnakan dengan menggunakan blok LEGO.
Ferrari FXX – Evolusi perlumbaan berprestasi tinggi terbaru Ferrari Enzo; salah sebuah kereta paling berkuasa di dunia. Versi LEGO terdapat dalam penampilan hitam untuk menyerlahkan gaya Ferrari FXX yang lancar lagi rapi.
Ferrari 458 Italia – Boleh dikatakan sebagai kereta paling ikonik dalam rangkaian Ferrari terkini, maka tentu menjadi pilihan dalam promosi ini. Kumpulan LEGO menggenapkan segala usaha untuk menghasilkan segala pemerincian unik termasuk ekzos ganda tiga dan lampu depan pelbagai LED demi menghasilkan sebuah permainan yang sebenar lagi menyeronokkan.
WAH! Tolong cakap dengan aku yang korang teruja apabila tengok semua 6 video aku masukkan untuk semua model koleksi itu, PLEASE! LOL! Okeh, kita dah mengenali semua kereta itu dan bunyinya yang BOOM, dan sekarang kita baca fakta yang anda perlu tahu, mengenai model kereta tersebut.
Fakta mengenai model kereta SHELL V-Power LEGO.
Model semua kereta tersebut adalah jenis ‘pull-back’ paling kecil yang pernah dihasilkan oleh LEGO, dimana anda perlu tarik kereta tersebut ke belakang dan lepaskannya untuk terus kehadapan
Model LEGO ini boleh ditarik sekurang-kurangnya 300 kali
Mampu memacu kenderaan seberat 30G lebih jauh daripada 2 meter
Shell dan LEGO telah bekerjasama lebih daripada 18 bulan demi menghasilkan koleksi ini
Kali pertama dalam sejarah syarikat LEGO untuk menghasilkan model kenderaan yang dilengkapi roda berkuasa dalam saiz begini
Dan apabila kita bercerita berkenaan syarikat Shell, kita akan terfikir kepada dua perkara, stesen minyak mereka dan Ferrari, dan itu wahai rakan ku adalah sebab mengapa saya memilih stesen minyak Shell untuk minyak kereta saya.
Satu fakta mengenai aku dan Shell adalah, aku peminat besar kepada pasukan F1 Ferrari, tak kisahlah samada Michael Schumacher ada atau tidak dalam pasukan tersebut (sebernanya itulah sebab pertama aku masa mula-mula sokong Ferrari tahun 1998)(dan aku masih ingat tarikh aku start tengok race F!, LOL), warna merah tersebut buat aku tertarik pergi ke stesen mereka, dan akhir sekali keselesaan tempat stesen mereka berbanding pesaing-pesaing mereka yang lain.
Okeh, cukup cukup sudah dengan hal aku dan ayat marketing Shell dan LEGO ini, kita lihat bagaimana mereka mempakejkan model kereta ini. Jadi untuk itu, aku ambik contoh dari pakej Scuderia Ferrari Truck.
Selesai memasang semua model kereta tersebut, masa untuk photoshoot.
Baiklah, info seterusnya adalah sangat penting sekali, bagaimana anda boleh mendapatkan semua model ini? dan berapakah harganya?
Dengar sini, korang boleh pergi ke mana-mana stesen minyak Shell di Malaysia, dan membeli ini dengan harga RM12.90 setiap satu. Tapi dengan terma, hanya satu kenderaan untuk satu transaksi di stesen. Faham?
Seterusnya untuk cara ke-2, untuk mendapatkan model ini adalah dengan membeli dahulu produk Shell V-Power Racing atau Shell V-Power 97 yang berharga RM40, dan anda boleh membeli sehingga 3 model kereta LEGO atau LEGO Minifigures dalam satu masa dengan harga diskaun setiap satu RM10.90.
Dan cara ke-3, anda perlu membeli produk Helix Ultra/HX7/HX7E/HX7 Diesel (4 Liter) dan anda mendapat satu LEGO Minifigures dan membeli sehingga 3 model kereta LEGO dengan harga setiap satu RM12.90.
Faham? Aku pasti korang tahu mana kedudukan stesen minyak Shell, dan aku harap korang mula kumpulkan semua model kereta itu sekarang. Alaaa.. kalau mereka yang berkenderaan mesti sekurang-kurangnya ada isi minyak dalam seminggu kan? LuLz.
Setelah Lucasfilm telah dijual kepada Disney, tahukah anda syarikat perfileman manakah yang memegang hakmilik filem-filem francais besar yang lain? Mari kita lihat dalam infografik, yang disediakan oleh Empire ini.
Selain dari trailer game World of Warcraft dan Final Fantasy yang cemerlang, ini adalah sebuah lagi trailer game yang paling terbaik aku pernah tengok.
Diarahkan oleh David Fincher, pengarah kepada filem The Social Network, dan juga Tim Miller, orang yang buat special effects untuk filem Scott Pilgrim, dan hasilnya, sebuah trailer pendek yang terbaik dibawah ini. Sangat kewl!
To be honest, aku tak memiliki konsol Xbox, tapi main game dia tu pernah la, dan rasanya semua trailer game Halo superb-super belakeww.
Weekend lepas aku pergi bergambar kat Taman Tasik Empangan, Putrajaya, dannnn… aku sempat snap beberapa elemen lain yang ada di sekitar kawasan itu, yang mana at that time aku cuma bawa 50mm lens aku, of course jarak akan terbatas, tapi sekurang-kurangnya aku berpuas hati dengan beberapa shots aku sempat ambil.
Aku baru saja renew Flickr Pro aku hingga Oktober tahun hadapan, dan aku sangat berpuas hati dengan jumlah bayaran $24.95 tahunan aku untuk servis Flickr. The best photo sharing site ever! Sangat berpuas hati.
Dan jikalau anda photographer, aku sangat cadangkan korang bayar $24.95 tahunan itu, sebab disitulah korang boleh persembahkan hasil seni fotografi korang tanpa cacat-cela seperti di Facebook. Believe me! Its been 2 years as Flickr Pro user and counting…
Kalau semua belon tersebut diisi dengan gas helium, lelaki tersebut mungkin boleh menjadi watak Buzz Lightyear yang sebenar dengan boleh terbang. Tapi mengikut saiz lelaki ini pun, kalau letak gas Helium pun still tak boleh terbang juga. LOL!
YouTube user, Justin Wallin telah edit filem Toy Story 3 dan menukar ending dia dan menjadikkan seolah-olah berlaku kematian pada semua watak permainan dalam filem tersebut, dan tunjukkannya kepada emaknya, yang masih belum tonton filem Toy Story 3, respon emaknya memang priceless sial!
Ramai rakan aku yang gilakan SEO, especially blogger, of course la, siapa yang tak mau blog site muncul dalam carian pertama dalam Google, atau Yahoo, atau Bing. Bukan sahaja boleh attract banyak pembaca, tapi juga boleh make money from it if you know how to do it.
Thanks to Promodo, mereka telah membuat sebuah infografik untuk rujukan anda, orang gila SEO! LOL!
Okay.. okay.. ini kali terakhir aku share lagu parody Gangnam Style, tapi ini sangat ohsem sekali! Kim Jong Style! Fire fire fire shoot fire! Oppa Kim Jong style!
Video ini sebernanya sudah lama, tapi memandangkan ianya sudah masuk episod yang ke-3 aku rasa macam perlunya aku buat satu blogpost khas untuk ini. Maka dengan itu, tontonilah..
Kepada semua web developer dan designer dan graphic people, video ini adalah untuk anda, fahami apa tujuan sebenar website yang anda ingin hasilkan, siapakah yang anda sasarkan, bagaimana cara anda nak kekalkan pengunjung anda lama di website korang, bagaimana pengunjung anda mudah mendapat info yang mereka mahukan dari website anda, dan banyak lagi.
Kau ingat web designer tu kerja mudah? Think again.
DIAM DAN AMBIK SEMUA DUIT AKU!!!!! *campak-not-RM100-banyak-banyak*
Nota: Aku rasa dalam zaman sekarang, salah satu business yang aku rasa boleh buat duit yang banyak dan berjaya adalah buat prototaip yang sebegini, ambik la apa-apa watak game ker, movie ker, macam Master Chief dalam Halo ke, and jual lah dalam eBay ke, Amazon ker, serious aku dapat rasakan ianya memang *Ka-chiiiingggg* punya idea.
NO NO NO NO and NO! Ini bukan iklan untuk LEGOland Malaysia, tapi ini adalah ciptaan oleh Akiyuki yang hanya menggunakan LEGO dan beberapa modul tambahan, menggunakan sedikit matematik, dan sains, maka terhasillah mesin ini yang membuatkan orang ternganga dengan hasil kerja beliau, sangat genius!
Berikut adalah senarai modul LEGO tersebut.
Ball factory
Zigzag stair
Zigzag lift
Pneumatic
Cup
Screw T1
Basket shooter
Mechanical train
Screw T2
Screw T3
Spiral lift T2
Elevator & coaster
Fork
Spiral lift T1 & step
Catch & release
Belt conveyor & pinball
5-axis robot S750
LEGOland Malaysia sepatutnya ambil Akiyuki ni bekerja disana buat pelbagai magical thing disana. In b4 “orang melayu tak ada talent nak buat benda macam nih” LOL (Gaya Obe).
Rupa-rupanya bumi sebernanya boleh bercakap, tapi dalam bentuk chirps dan wisel yang disebabkan oleh gelombang radio yang boleh didengar oleh pendengaran manusia, dan seterusnya dipancarkan oleh magnetosfera Bumi. Ia dipanggil “korus,” atau “korus subuh.”
Para saintis telah lama mengetahui tentang fenomena ini, kerana ianya boleh diambil hanya dengan menggunakan penerima radio. Ia paling mudah dikesan pada waktu pagi, dan digabungkan dengan bunyi kicauan yang diberi nama samaran “korus subuh.”
Apa yang menyebabkan hal ini berlaku? Ini terhasil dari gelombang radio yang boleh didengar yang dipancarkan oleh zarah dalam magnetosfera, satu fenomena yang mengelilingi mana-mana planet atau bulan dengan medan magnetik, seperti juga Bumi. Zarah-zarah ini kemudian menyentuh dan dipengaruhi oleh radiasi yang juga mengelilingi planet ini, lalu terhasil-lah bunyi yang sangat unik.
Ini merupakan rakaman yang baru daripada satelit NASA yang dilancarkan pada akhir bulan Ogos lepas. Mereka juga telah merekod lima fenomena berasingan pada 5 September lepas. Kan bagus kalau ada sesiapa boleh mentafsirkan bunyian yang dihasilkan ini?
Inilah pakaian yang menjadi lambang mereka, bila seseorang flash imej seperti ini kita pastinya akan kenal siapakah orang terkenal yang memakai pakaian begini, tapi dimanakah Nirvana? Metallica? Beastie Boys? Huhu..
Secara jujurnya, kebanyakan filem Hollywood yang menerima kutipan yang tinggi pada masa sekarang kebanyakannya adalah diadaptasi dari kartun lama, sambungan filem lama, filem lama dibuat baru, dan dari taman tema (Pirates of The Caribbean). Dan aku macam tak percaya apabila pembuat infografik ini meletak filem Bridesmaids sebagai filem yang mempunyai jalan cerita yang original. Bukan ker dia lebih kurang macam filem My Best Friend’s Wedding? Just saying.
Ditulis dan dilakarkan oleh pemenang anugerah bagi guru matematik dan sains Jon Bergmann, video dari TED ini mengajar bagaimana graviti itu sebernanya berlaku, dengan kata pendeknya, setiap elemen tertarik antara satu sama lain.
Kalau anda masih bersekolah, cerita teori ini kepada ini kepada cikgu anda, ia pasti boleh meletupkan kepala mereka.
Bagi para peminat permainan video Assasin’s Creed, pereka fesyen Volante Design telah menghasilkan satu jaket yang pastinya membuatkan korang mahu campak duit anda ke monitor sekarang ini. Kecuali! Jika anda ada $320 (bersamaan dengan RM980) dalam bank anda.
Uh-oh. Krew berita mereka tak checking betul-betul bentuk iPhone 5 yang sebenar.
Tapi serius la, kenapa la syarikat berita gergasi macam FOX tak hired seorang person yang betul-betul IT savvy untuk cover berita yang berkaitan teknology? Why? Bukan susah mana pun nak carik, especially Apple fans. BURNNN!!!
Dyzplastic telah mengeluarkan lagi koleksi mini Android mereka yang ke-3, dimana kali ini ianya menampilkan watak MCA dari Beastie Boys, pembuat kopi (Barista), Google Nexus, Gorilla, hinggalah ke pemain snooker. untuk korang membelinya, haruslah dari pengedar tempatan yang sah Dead Zebra iaitu TakenShop.com.
Harga tidak diumumkan, kita harus tunggu pengumuman dari pihak TakenShop.com sendiri nanti.
Apa pendapat korang dengan sut baru Robocop? Ada cantik dari yang lama punya? Atau korang prefer yang old school punya lagi? Tapi dia punya stail dah lebih kurang sama macam Raiden dari Metal Gear Rising: Revengeance la aku tengok.
Kebanyakan responder warga internet tidak suka dengan sut baru ini, jadi itu maknanya… RAGEEEEEEE!!!
Harini aku baru tahu (TIL) yang kebanyakan restoren muncul dalam rancangan TV Kitchen Nightmare oleh Gordon Ramsay telah pun ditutup atau dijual. Antara sebab utamanya adalah pemilik mahu kembali kepada cara asal, walaupun Ramsay telah memberi tunjuk ajar (dengan cara baik punya) untuk memajukan restoren mereka. Bak kata orang lah, habit lama susah dibuang, dan akhirnya merana diri pada pemilik restoren tersebut.
Korang boleh lihat semua senarai restoren yang masih lagi beroperasi dan sudah pun out of business di Quora. Kalau kita di Malaysia kebanyakan gerai makan dan restoren mana ambik kisah sangat pasal kualiti makanan dan rekabentuk tempat makan yang menarik, kebanyakannya cuma nak save cost and untung lebih, bagi diorang sedap ke tak sedap ke itu korang punya masalah, janji duit dorang masuk, kurang garam ke, kurang gula ke, pedulik apa diorang, layanan kat korang pun macam korang mintak sedekah je, padahal korang nak beri duit kat diorang nih, setuju tak?
Kalau korang tengok filem Hollywood banyak kali, korang akan perasan 6 typical stail yang selalu digunakan oleh pengarah filem disana, seperti contoh filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull, yang mana Indy terselamat didalam peti sejuk besi dari letupan bom atom, ataupun penjahat ada beratus tembak serentak guna mini-gun (ambik contoh) kat hero and nothing happen! Incredibi-SHIT!
Okay, i assume you’re at the office, and the printer is Ricoh Aficio MP C4500, that big photostat printer, so.. you have a Mac (Macbook, Macbook Pro, Macbook Air, Mac Pro, and etc.), and there’s problem when you try to print to this printer from your machine. So here’s how i do it.
‘r27577L9.dmg’ and ‘r55596L9.dmg’ can be download from Ricoh Support page. And ‘foomatic-rip-4.0.6.230.dmg’, ‘gplgs-8.71.dmg’, and ‘pxlmono-1.9.dmg’ can be download from Open Printing.
Now. After you finish install, go to your System Preferences > Print & Scan and open ‘IP’ tab.
PLEASE REMEMBER TO CHOOSE RICOH AFICIO MP C4500 ‘PXL’ NOT ‘PS’
A message will appear, usually i just skipped this.
Aku kagum dengan orang-orang dahulu yang berjaya membuat suatu pembinaan mega di zaman hidup mereka kerana segalanya dilakukan tanpa menggunakan sebarang jentera dan peralatan moden seperti manusia hari ini. Itulah sebab setiap pembinaan yang mereka lakukan memerlukan masa yang agak lama sehinggakan belasan tahun untuk siap sahaja, tak termasuk lagi dengan tenaga kerja yang pastinya adalah hamba abdi ataupun buruh paksa.
Apa-pun, inilah 5 kejuruteraan di zaman manusia lama yang sangat dikagumi.
Teringat aku dengan lawak yang orang melayu lama lagi moden dari tamadun lain kerana telah mencipta teknologi ‘wireless’ kata mereka. Lulz. If you know what i mean..
Sebagai orang I AM CANON (LOL), dengan bangganya aku berkongsi video bagaimana cara kamera dan lens Canon dihasilkan. Ianya adalah satu proses yang sangat kompleks, setiap hasil kerja dilakukan dengan sangat perincian, tidak hairanlah jika kamera dan lens Canon adalah yang terbaik dalam dunia fotografi.
Aku terasa macam aku patut buat blog mengenai fotografi jugak ah, he heee..
Selalunya aku tengok foto lukisan 3D yang diorang buat kat lantai-lantai jalan, parking lot, and pada hari ini akhirnya aku dapat tengok timeline bagaimana lukisan 3D yang sebernanya dihasilkan di lantai jalan, yang menggunakan watak Mario dan controller Nintendo (aku ingat SNES kot) untuk hasil karya beliau (Chris Carlson).
Walaupun aku belum lagi tengok filem Prometheus (alasan: tak minat filem horror), tapi aku dah banyak baca spoiler, so aku tau sedikit jalan cerita keseluruhan filem itu. Dan kepada yang dah pun menonton, aku rasa video di bawah ini akan make sense to you guys.
Video dibawah pula menceritakan bagaimana sekumpulan pekerja pejabat menghadap Diablo III dalam dunia sebenar…. Parody damn’it!
Aku rasa ramai umat islam di negara ni patut belajar dari lelaki ini, inilah contoh yang baik, sehinggakan orang bukan Islam pun bersetuju dengan penerangannya. Inilah kita mahu, bukannya kita je asyik betul, yang lain salah. Terlalu radikal..
Aku merupakan pengguna tegar kepada aplikasi PicPlz, dan salah satu sebab aku masih mahu menggunakannya adalah kerana aku dah 2 tahun menggunakan servis tersebut, dan lagi satu adalah kerana banyak foto kenangan manis (tersama foto pertama kelahiran anak aku) telah diupload disitu, jadi bagi aku walaupun PicPlz tidak sepopular dengan aplikasi Instagram, tapi ia sangat bermakna bagi aku okeh, sangat… bermakna…
Dan pada 1 Jun yang lepas, PicPlz mengumumkan untuk menutup servis mereka, buat selamanya… damn! serius. sangat damn sekali! (mainkan biola)
So, mungkin ada antara korang yang juga telah lama menggunakan servis ini, mungkin ada beratus-ratus gambar didalam dan terasa malas nak download satu-satu, namun.. ada cara yang lebih mudah dan pantas lagi! Tapi anda memerlukan Firefox (boo Chrome!) dan juga plugin DownThemAll.
ehem..
1. Masuk ke akaun Picplz anda disini, dan anda akan dibawa terus ke link URL ini: http://picplz.com/yourphotos/.
2. Scroll down sampai ke bawah sekali (kerana page photo PicPlz menggunakan AJAX) jadi page baru akan load jika anda pergi semakin ke bawah.
3. Kemudian buka DownThemAll, cara aku bukak begini.
4. (Pastikan korang masih dalam page photo PicPlz korang) Filter kan hanya yang ada perkataan download sahaja anda muat turun, the rest just ignore.
5. Push the download button and setel!
Harap korang dapat backup semua foto korang sebelum 3 Julai ini, atau ucapkan selamat tinggal kepada semuanya.
Kepada PicPlz, thank you for your amazing photo-sharing service, hope you guys come up with something great in future. Goodbye!
Inilah rupa bentuk bumi dan bulan dari jarak 183 JUTA kilometer, dan gambar tersebut telah diambil pada 6 Mei 2010 yang lepas. Mercury adalah planet yang paling terdekat dengan matahari dalam bima sakti (milky way), dan diambil menggunakan kapal angkasa MESSENGER.
Walaupun ianya berita yang lama, tak bagi aku masih lagi menarik untuk dikongsi bersama.
Pinterest adalah sebuah laman sosial yang menumpukan kepada perkongsian gambar sesama users, ada yang berkongsi gambar fesyen, mungkin makanan, infografik, gambar-gambar lucu, tapi aku sendiri menggunakan Pinterest sebagai tempat bookmark! yess.. boomark yang bergambar, bukan sahaja memudahkan aku untuk mencari kembali apa yang aku simpan itu, malah aku kongsikan dengan rakan-rakan dalam Pinterest itu sendiri dan di Facebook (OpenGraph).
Cara nak gunakan itu sangat mudah, letakkan link javascript yang Pinterest sediakan itu dalam menu browser anda, dan tekan sahaja butang tersebut bila anda terjumpa satu nanti dalam laman tersebut. Its so simple!
Walaupun itu, populariti Pinterest sebernanya semakin menurun, ia sedang mengalami apa yang pakar panggil sebagai bubble burst situation, dan salah satu puncanya adalah ramai users tak faham macam mana nak gunakan laman sosial nih, mereka kebanyakannya tau pun pasal popularitinya yang datang secara tiba-tiba yang membuatkan mereka mencuba-cuba menggunakannya, dan akhirnya.. mereka tinggal.
Tapi aku masih akan gunakan servis ini, sama juga macam aku guna StumbleUpon, walaupun ianya tak sepopular Twitter, Facebook dan Google+, janji dia boleh lakukan tugas bookmark yang aku jadikan tuh, so.. ada korang menggunakan Pinterest jugak?
Aku terfikir kalau teknologi ni dimasukkan dalam game Need For Speed ker, boleh jadi rage gamers nanti. Yer lahh.. terlanggar tembok sikit je, atau mungkin terhentam tembok (pasal salah jalan) kereta dah remuk and terpaksa restart. LOL!
Dalam permainan Super Mario Bros korang pastinya akan berjumpa dengan karakter Toad yang merupakan pekerja untuk Princess yang diculik iteww, tapi bagaimana kalau Mario dapat tahu yang Toad menipunya masa beri gift kepada Mario?
Aku percaya ramai geng dah tak sabar nak tengok citer The Avengers nih, ramai jugak bloggers and company yang buat tweetup and event untuk tengok citer ni beramai-ramai, dan kalau korang tak sabar menunggunya dan nak tengok sedikit sneak peek filem The Avengers itu, aku ada kumpulkan sehingga kini 5 klip video pendek dari filem tersebut.
INGAT! Kalau korang tak mau spoiler, JANGAN TENGOK!
Semua orang harini share video Project Glass dari Google, memang nice konsep yang diorang impikan, tapi bagaimana pula kalau jadi yang sebaliknya? inilah video parodi user di YouTube, sangat kelakar.
Satu lagi video yang pastinya akan mengakibatkan kesakitan punggung pengguna Canon sekalian, ianya menunjukkan perbandingan antara Nikon D800 dan Canon 5D MK III, check it out!
Dan akhir sekali, sebuah video trailer untuk filem Ted, yang mana pencipta asalnya adalah dari Seth MacFarlane, pencipta rancangan TV Family Guy, akan muncul nanti di pawagam terdekat anda mulai bulan Julai 2012 nanti.
Baca Nota Ini Dahulu: Ini adalah sebuah pertandingan bagi Samsung Galaxy Tab 7.7, aku akan sambungkan cerita yang diberi, dan korang sambung cerita yang aku bagi itu dengan idea korang, the best story akan memenangi Samsung Galaxy Tab 7.7! Jadi luahkan kreativiti anda dalam Samsung Facebook Page untuk mendapatkannya percuma!
Agent 7.7 is reviewing the photos he took of the day’s earlier pursuit. From the naked eye, it seems as if it was just a meeting between two men yet the Super AMOLED Plus screen reveals everything in minute details and it seems like a small vile was exchanged. He enlarges the photo and saw the initials D.O on it.
(Since blog ini dalam Bahasa Melayu jadi aku akan tukarkan intro cerita ini dari English ke BM)
“woahhhhh.. this thing is good, every piksel boleh nampak dengan jelas! aku rasa kalau main game nih memang masyukk” – katanya ketika memeriksa GALAXY Tab 7.7 di tangan beliau.
“arghhh fokus sham fokus! kalau aku main game nih takkan setel kerja aku, kembali kepada dunia penyiasatan!”
akibat laptop beliau hilang semasa beliau pengsan tempohari, GALAXY Tab 7.7 kini menjadi peranti yang akan membantu beliau menyelesaikan misteri ini. segala data telah terkumpul, posisi GALAXY Tab 7.7 dia yang hilang sebelum ini dikesan di HQ beliau, beberapa serangan yang diterimanya menjadi tanda soal, “apakah yang musuh aku telah rancang untuk aku?”
dengan bantuan D.O yang muncul dalam imej yang beliau ada, “there can be only one person that’s carry this thing! ejen Salina..”
Tiba-tiba sakit kepala datang kepada dia, beliau tidak dapat tahan kesakitan itu, dia terjatuh, dan seolah-olah segala memori yang dia hilang kembali semula, sedikit demi sedikit ianya datang, “adakah ejen Salina terlibat dalam kes ini juga?”
Bersambung..
Jadi disini aku mahukan pembaca aku mengeluarkan idea yang menarik untuk sambung cerita itu, terpulang bagaimana anda nak sambungkan cerita itu, tapi make sure ianya sesuatu yang menarik!
Penyertaan yang terbaik akan menerima sebuah set Samsung Galaxy Tab 7.7 yang baru di akhir pertandingan ini nanti. Lawati Facebook app Samsung disini: http://www.samsung.com/my/galaxytab/agent7.7/app.html untuk maklumat lanjut.
Seronok aku tengok mereka yang menang dalam Malaysia Social Media Week Awards 2012 baru-baru nih, event dia sangat grandeur, dan antara pemenangnya adalah member rapat online aku seperti blogger Mr Kay, Ariffshah, dan juga Jaws Ismail, buatkan aku terfikir, kalaulah aku serius aktif berblogging dengan syarat satu blogpost sehari dari setahun yang lepas, mesti aku dah join bersama dengan diorang dalam malam majlis tuh kan? Even abam Aman Firdaus pun pernah kata kat aku sekali nasihat tuh.
Walaupun begitu, aku pernah melalui tahun kegemilangan itu, ianya adalah memori yang sangat terindah, aku rindukannya, dan tahun ini aku berazam aku nak kembalikannya sekali lagi, dan mungkin kekal sepanjang masa Insyallah, kalau aku betul-betul berdisiplin dan rajin lah kali nih.
Speaking of berdisplin, kalau korang nak tahu, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, korang mestilah berdisiplin, seriously, itulah satu benda yang aku sangat susah nak lakukan ketika ini, aku memang susah nak disiplinkan diri, teruk aku nih. hahaha..
Tapi ramai blogger berjaya yang aku lihat, kunci kejayaan mereka adalah salah satunya disiplin, mereka rancang bilakah tarikh nak post, checkout apakah tajuk dan isi yang nak ditulis, dan pastikan semua itu dibuat, malas ker, takde masa ker, boring ke, takde idea ke, musti mau jugak kena buat, no matter what! Disiplinkan diri! Kalau malas spank punggung sendiri, sampailah anda pergi laptop dan komputer anda dan buat satu blogpost, kalau takde idea jugak bukak reddit atau 9Gag untuk cari bahan, kalau tak mau itu, korang bukak Twitter dan Facebook, kenkadang ada sesetengah topik yang hangat diperbincangkan tuh boleh jadi blogpost terbaru anda. Disiplin! Jangan malas..
Tapi, satu benda yang aku tak follow macam sesetengah blogger buat adalah, aku adalah jenis blogger yang tak mengharapkan 100% sangat buat duit besar dari blog (maaf), even masa awal blog aku dahulu aku pernah beritahu yang aku tak mau letak iklan langsung, aku tak nak, aku nak orang masuk blog aku membaca apa yang aku dah tulis, dan aku tak ambil kesempatan dengan lawatan diorang itu untuk membuat duit, dengan Nuffnang ker atau Advertlets masa tuh, tapi yang penting aku tak mengharapkan buat duit langsung dari blog.
Tapi itu dulu, kini aku ada la letak sikit iklan kat blog, namun itupun pasal aku nak cover balik duit kos blog aku nih, domain and hosting yearly maa, asyik pakai duit sendiri je nak coverkan, nak jugak aku renew secara percuma dengan duit lain. He hee..
Namun itu semua bakal diubah di masa akan datang yang terdekat nih..
Itu adalah kerana, aku kini telah kembali menjadi photographer perkahwinan semula, dan aku pun turut menyediakan servis web hosting, dan juga printing, seperti letterhead, sampul surat, dokumen, business cards dan macam-macam lagi, dan blog ini akan aku gunakan untuk mencari potential client, dan juga marketing, boleh jugak right?
(Sample foto dari majlis perkahwinan terkini, tahniah Sharifudin dan isteri)
Untuk pengiklanan luar, aku ada lihat beberapa blog high traffic yang boleh membantu aku memasarkan produk dan servis yang aku tawarkan kepada umum, i’m willing to pay for it, aku tahu sesetengah blogger membuat duit dari blog mereka, itulah sebab aku sanggup membayar pengiklanan dalam blog mereka, aku ingin buat duit dari perniagaan yang aku buat, dan tidak adil-lah pada aku andainya aku nakkan sesuatu yang percuma dari mereka pula, win-win situation, aku dapat client, mereka dapat duit untuk pengiklanan dari aku, everybody’s happy!
So, sampai situ sahaja blogpost kali nih.
Oh jangan lupa, kewajipan kita kepada Allah, solat mesti mau dijaga, dan doa, mintaklah apa jua dari Allah yang maha esa. Sampai cepat ke atau lambat mestilah sentiasa berdoa, percayalah.. Ia pasti akan datang jua doa korang itu, jangan sesekali putuskan hubungan kita dengan tuhan, nanti tak tenang hidup kita nanti.
(Inilah semangat aku untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya)
Mengejutkan! Aku rasa tindakan pemandu tersebut melampau, seorang rakan aku pun pernah kena kejadian seperti ini, dilanggar dan dibiarkan terbaring kesakitan di jalanraya. Nasib baik dia sempat hafal nombor plat kereta yang dilanggar tuh, kalau tak memang orang yang langgar dia tu pun masih happily ever after sampai sekarang.
Kepada arwah Rafizi Hamdan yang meninggal dunia akibat kejadian malang tersebut, kita sedekahkan Al-fatihah kepada dia beramai-ramai, moga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminnn..
Baca Nota Ini Dahulu: Ini adalah sebuah pertandingan bagi Samsung Galaxy Tab 7.7, aku akan sambungkan cerita yang diberi, dan korang sambung cerita yang aku bagi itu dengan idea korang, the best story akan memenangi Samsung Galaxy Tab 7.7! Jadi luahkan kreativiti anda dalam Samsung Facebook Page untuk mendapatkannya percuma!
Agent 7.7 then felt a stinging sensation on his neck, injected involuntarily, and went unconscious.
(Since blog ini dalam Bahasa Melayu jadi aku akan tukarkan intro cerita ini dari English ke BM) (Foto oleh Grendl – Flickr)
..bila aku tersedar, aku berada di atas katil, kali ini aku bukan di katil bilik hotel aku lagi, tapi di hospital!! Dengan ketakutan aku lekas bangun dari katil aku dan lari terus ke luar bilik, kiri kanan orang tiada, apakah jenis hospital ini? Manakah pergi semua orang? Aku nampak sebuah pintu keluar dari hospital itu belah kiri, dan aku nekad lari untuk keluar dari tempat itu, tapi pintunya berkunci, aku cuba memaksa membukanya berkali-kali tapi gagal, dan secara tiba-tiba, aku ternampak seseorang berdiri jauh di belakang aku, dengan berpakaian petugas hospital yang penuh dengan darah dan kapak di tangan kirinya aku mula menjadi semakin takut.
Orang itu mula menjerit dan lari ke arah aku, aku panik! Aku paling semula ke pintu memaksa buka pintu berkali-kali tapi masih gagal, aku tau aku perlu fikir cepat cara untuk melawan semula orang itu! Aku ternampak alat pemadam api di sebelah aku, tanpa berfikir panjang aku ambil alat tersebut dan bersedia untuk menyerang individu tersebut bila sudah dekat..
Secara tiba-tiba aku terdengar bunyi tembakan kuat dari belakang orang tersebut, lalu dia rebah dilantai dan pada ketika itu aku ternampak seorang lelaki dengan sut hitam dan pistol ditangannya telah membunuh orang itu.
Dia berkata, “Encik Sham.. dah tiba masanya anda mulakan tugasan anda..”
(Sambung)
Jadi disini aku mahukan pembaca aku mengeluarkan idea yang menarik untuk sambung cerita itu, terpulang bagaimana anda nak sambungkan cerita itu, tapi make sure ianya sesuatu yang menarik! Samada saya akan dibawa polis ke balai ker? Tiba-tiba ketua ejen masuk ke bilik dengan acukan pistol ke arah aku? Ataupun tiba-tiba ada kapal makhluk asing di tingkap yang cuba mengambil aku dari tempat (aku lagi suka yang ini!) TERPULANG!
Penyertaan yang terbaik akan menerima sebuah set Samsung Galaxy Tab 7.7 yang baru di akhir pertandingan ini nanti. Lawati Facebook app Samsung disini: http://www.samsung.com/my/galaxytab/agent7.7/app.html untuk maklumat lanjut.
Baca Nota Ini Dahulu: Ini adalah sebuah pertandingan bagi Samsung Galaxy Tab 7.7, aku akan sambungkan cerita yang diberi, dan korang sambung cerita yang aku bagi itu dengan idea korang, the best story akan memenangi Samsung Galaxy Tab 7.7! Jadi luahkan kreativiti anda dalam Samsung Facebook Page untuk mendapatkannya percuma!
Agent 7.7 woke up with a throbbing headache. Memories of last night’s events seemed hazy to him. All he remembers is the smoky bar and the last drink he had, before finding himself covered in cold sweat on the floor of his hotel room. He searches around for his Galaxy Tab 7.7 but quickly discovers that it has gone missing! Suddenly, it all came back to him.
(Since blog ini dalam Bahasa Melayu jadi aku akan tukarkan intro cerita ini dari English ke BM (+an lagi aku tak minum, thanks!))
…aku cuba hubungi ketua ejen aku, dan menceritakan tentang apa yang telah terjadi, dan jawapan yang diberikan adalah agar aku tidak pergi kemana-mana dari tempat aku berada ketika itu iaitu dalam sebuah bilik hotel yang telah aku menginap malam semalam (bila masa aku kesini?) kerana dia sendiri dan beberapa ejen lain akan datang pergi ke tempat aku berada sekarang ini dan mengambil aku.
Jadi setelah aku meletak telefon tersebut, duduk semula di tepi katil, dan pada ketika itulah aku ternampak beberapa tapak kasut yang berlumpur di lantai bilik hotel tersebut dari arah luar pintu bilik. Dengan keadaan keliru aku cuba pergi menuju ke pintu tersebut dengan tiba-tiba telefon aku berbunyi dengan siren kereta polis yang banyak diluar…
(Sambung)
Jadi disini aku mahukan pembaca aku mengeluarkan idea yang menarik untuk sambung cerita itu, terpulang bagaimana anda nak sambungkan cerita itu, tapi make sure ianya sesuatu yang menarik! Samada saya akan dibawa polis ke balai ker? Tiba-tiba ketua ejen masuk ke bilik dengan acukan pistol ke arah aku? Ataupun tiba-tiba ada kapal makhluk asing di tingkap yang cuba mengambil aku dari tempat (aku lagi suka yang ini!) TERPULANG!
Penyertaan yang terbaik akan menerima sebuah set Samsung Galaxy Tab 7.7 yang baru di akhir pertandingan ini nanti. Lawati Facebook app Samsung disini: http://www.samsung.com/my/galaxytab/agent7.7/app.html untuk maklumat lanjut.
Since aku rasa That Effing Show punya “Shit ….. Says” yang paling terbaik untuk local punya edition, so aku nak share few videos lagi pasal life kita semua di Malaysia. So true man!
Aku pernah berkerja di Advertlets, dan video dibawah ni my friend.. memanglah sangat benar akan kebenarannya. Memang ada blogger yang style dia camnih. Tarak tipu! (termasuk aku juga *ehem*)
Haa yang ni pulak unik, ayat yang jarang jarang jarang jarang jarang sekali akan keluar dari rakyat Malaysia. Sinikal!
Dua video kat bawah ni ada sikit kekeliruan, pasal semua perangai yang dia tunjukkan tuh memang laki punya perangai. Bukan perempuan! LOL!!!
The Avengers, tak perlu aku nak terangkan lebih lanjut, akan muncul di pawagam bulan Mei 2012 nanti. SMASHHHHHHHHHH!!!
Juga pada bulan Mei ini juga, filem Battleship akan muncul, ia adalah filem mengenai perang antara makhluk asing dan tentera laut?
Filem ni aku tak berapa tau sangat detail dia, tapi sinopsis dia adalah macam ni:
John Carter (Taylor Kitsch) is a former Confederate captain, he was transported to Mars (“Barsoom”). There he becomes part of a conflict between the various nations of the planet, whose leaders include Tars Tarkas (Willem Dafoe) and Princess Dejah Thoris (Lynn Collins). Carter takes it upon himself to save Barsoom and its people.
Akan muncul di pawagam terdekat anda pada bulan Mac 2012 ini.
Dan akhir sekali, filem The Lorax, dari buku warna kanak-kanak Dr. Seuss’, kini sudah bertukar ke filem dalam bentuk 3D.
The film follows Ted (Zac Efron), an idealistic young boy who lives in “Thneed-Ville”, a city that is completely artificial, except for its people. He sets out to find the one thing that will win him the affection of Audrey (Taylor Swift), the girl of his dreams, who wishes to see a real tree. While attempting to find a seed, he discovers that their city has been closed off from the outside world, and meets the reclusive Once-ler (Ed Helms), who recounts the story of how he met the Lorax (Danny DeVito), a grumpy yet charming creature who serves as guardian of the land.
When the young businessman introduces a revolutionary invention from the native Truffula Tree’s tufts, it tragically spirals into a mass overproduction leading to the depletion of the forest, and the creation and isolation of Ted’s town. With the Once-ler’s blessing, and the last Truffula Seed, Ted sets out to remind his town of the importance of nature. Unfortunately, he finds himself hounded by the wealthy mayor of Thneed-Ville, O’Hare (Rob Riggle), who has no intention of leaving any traces of the Lorax’s world.
Excited? Haha..
Bulan Mac 2012 akan muncul nanti.
Update: G.I. Joe: Retaliation
Aku dah tengok trailer ni dah sebelum ni, tapi dalam Mashable post katanya ini muncul masa Super Bowl. Whatever.. here it is.
Mana satu favorite anda? Aku sudah semestinya akan memilih The Avengers sebagai trailer filem Super Bowl yang aku paling suka, kedua.. Battleship, 3rd John Carter and last The Lorax. Jyeahhhhh!!
Setelah berpindah ke Putrajaya ini, nak jugak aku lihat bagaimana rupa bentuk majlis Maulidur Rasul di Putrajaya sini, tapi.. sayangnya kami terlepas bab perarakan, sebab kami pun tak tahu pukul berapa sebernanya majlis itu akan bermula, jadi.. inilah beberapa foto aku sempat ambil semasa majlis tersebut masih lagi berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya. Harap anda pun turut sama menyertainya pagi tadi, tapi kalau tak dapat nak pergi pun takpe.. lagipun bukannya wajib kan?
Salam Maulidur Rasul untuk semua
Setelah pulang sahaja dari majlis tersebut, kami semua ngantuk penat, lebih lebih lagi si kecik Hannah ni yang comel je setiap masa.
Dah lama rasanya aku tak upload foto-foto ke blog aku nih sekarang kan? Dah la tercalon kat Social Media Week (walaupun kedudukan aku secara terang-terang dah jauh kebawah), tapi dah jarang dah ber-foto blogging? #EhAdaKer? Jadi harini, aku kongsikan beberapa foto yang ada penceritaan sebaliknya.
First up, 2 minggu lepas kalau tak silap aku pergi shopping kat IOI Mall, ini adalah yang pertama kali aku ke shopping complex ini, namun aku takkan ceritakan mengenai pengalaman aku ber-shopping tuh. Instead, aku nak ceritakan ada kawasan hijau yang terdapat di belakang kompleks tersebut.
Ia seolah seperti pemandangan di kawasan kampung nelayan jer, aku tak pasti samada ianya adalah sungai ataupun lombong, tapi bagi aku kawasan yang tak terusik tu sangat menarik pemandangannya dengan warna yang menghijau, angin bertiup sepoi and rumput tinggi memanjang yang bagi aku sangat menenangkan. Mana lagi tempat yang dekat dengan bandaraya Kuala Lumpur dengan pemandangan begini lagi yer tak?
Ada tu ada la, tapi anggap sahaja bilangannya sangat sedikit sekali.
Ada sikit macam tempat The Hobbit kan?
Even @HailAkid pun kata best. Ha haa..
Seterusnya adalah ketika aku pergi melawat tempat sewa rumah adik aku di Ampang, ia sebuah apartment, agak tak terjaga, tapi yang aku suka adalah pemandangan KL dari tempatnya tuh yang buat aku suka, pasti kalau time new year, tahun baru cina, atau apa-pun sambutan yang membakar fireworks, mesti cantik kan?
Okay sebernanya warna dia takde la sampai macam tuh, aku jer yang edit contrast, vibrance dan lain-lain yang bagi warna dia lebih terselah. Tapi orait ker?
Kawasan ni banyak burung hinggap, maybe ada tempat mereka membuat sarang, atau takpun sebab dekat dengan hutan yang kat sebelah apartment nih. Lens aku tak cukup jauh boleh snap, jadi inilah yang termampu lens aku mampu menangkap imej.
Akhir sekali, kalau korang ada masa, sudi nak undi untuk aku, tolonglah undikan aku yer, its okay kalau aku tak menang, cuma nak tengok seberapa banyak undian je aku boleh dapat setakat nih.