
Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah dijemput sebagai pihak media oleh Shell Malaysia, bagi melancarkan tiga lagi model kereta mereka iaitu Scuderia Ferrari Truck, Ferrari F40, dan Ferrari FXX di acara majlis yang berlangsung di Blue Concourse, Pusat Membeli Belah Sunway Piramid. Acara tersebut turut disertai oleh Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Tuan Haji Azman Ismail bagi merasmikan majlis gilang gemilang tersebut.

“Shell dan Kumpulan LEGO telah bekerjasama lebih daripada 18 bulan demi menghasilkan motor mini ini yang mengintipatikan semangat inovasi teknologi yang merupakan teras minyak Shell V-Power; di formulasi untuk peningkatan prestasi menerusi teknologi canggih,” Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.


Bukan sahaja tiga model kereta yang menjadi perhatian utama bagi aku pada ketika itu, tetapi juga dengan kehadiran kereta Ferrari 150 Italia saiz sebenar yang dibina sepenuhnya dengan menggunakan blok LEGO.





Kini semua model kereta LEGO tersebut telah lengkap untuk dimiliki oleh peminat Ferrari, lumba motor atau blok LEGO, dari stesen-stesen minyak Shell yang terdapat diseluruh negara. Bagi memudahkan lagi pelanggan untuk mendapatkan set lengkap model kereta tersebut, pelanggan Shell hanya perlu menunjukkan kad Bonuslink mereka untuk salah satu model unik LEGO pada harga RM12.90 setiap satu. Sebarang pembelian barang Shell tidak diperlukan. Promosi ini sah mulai 8 November 2012 selagi stok masih ada.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari www.shell.com.my/LEGO
Baca Ulasan saya tentang semua model kereta tersebut disini: Ulasan – Koleksi Kereta Ferrari Dan Shell Dan Kenapa Anda Harus
Dapat kumpul dua je lego tu…