
Saya adalah kanak-kanak era 80′an dan 90′an, kartun dahulu yang terkenal adalah seperti Ghostbusters, TMNT, G.I.Joe, Chip n Dale: Rescue Rangers, Woody Woodpacker, Coyote and Roadrunner, dan pelbagai lagi menjadi isi tontonan pada waktu pagi dan petang di TV, permainan pada dahulu pula adalah kebanyakannya dari kartun TMNT, Ghostbusters, kereta-kereta, trak, permainan watak-watak aksi, miniatur-miniatur kecil dan LEGO.
Aku sangat pasti kalau korang pernah hidup di zaman itu dan korang masih kanak-kanak, korang mesti pernah ada “sekurang-kurangnya” mainan LEGO atau serupa dengannya. Mekanisme permainan tersebut adalah anda bersambung-sambung dengan banyak parts, dan menjadikkannya kepada bentuk mengikut imaginasi anda. Mungkin boleh menjadi kereta, mungkin boleh menjadi kapal terbang, kapal selam mungkin, sebuah pulau, orang, monyet dan pelbagai lagi.
Dan 19 tahun selepas seingat aku pernah mempunyai permainan LEGO, aku dapat balik semula.
Secara jujurnya, aku sentiasa memberitahu orang yang LEGO boleh menajamkan minda seseorang, meningkatkan kreativiti, dan hebat berfikir, tapi aku rasa cakap itu semua sudah terlalu tua, kerana kanak-kanak zaman ini, semuanya membesar dengan telefon-telefon pintar, tablet, laptop dan komputer yang jauh lagi moden untuk mendapat semua itu.
Tapi aku sebagai kanak-kanak 80′an masih tidak boleh melupai LEGO, banyak memori dengannya, dan aku pun suka kereta lumba, tetapi tidak tahu apa-apa parts dalaman kereta walaupun setelah memilikinya, tapi aku suka mengumpul, lanyard, shirts, free gifts (akibat rajin pergi ke event), tiket-tiket (konsert atau any events), permainan, dan banyak. sangat.
Jadi kepada korang yang dah berjaya baca dari atas hingga ke part ini aku sangat berterima kasih, dan berjanji akan berikan something dalam blogpost aku selepas-selepas ini (pssttt!! LEGO. SHELL!) dan mari kita ke isi sebenar blogpost ini ditulis (setelah lama tidak update apa-apa). Mesti sesuatu yang eksaiting gila kan?

Nah Koleksi kereta yang aku terima tempohari, aku dah kongsi dalam Facebook, Twitter, Tumblr, Path dan Google+ dan rasanya ramai yang memberi komen, aju pertanyaan dan like pada post tersebut. Aku sangat kagum sebernanya ramai sebernanya rakan online aku yang ada mengumpul koleksi LEGO Shell ini rupanya. Dan kebanyakan soalan bertanya, “hey! mana dapat trak tuh? haritu orang kat stesen kata masih belum ada lagi? (something like that)”.

Tapi, aku ada cukup 6 koleksi semuanya! SO HAPPY! (abaikan wayar yang banyak di belakang tersebut)
Okeh, selesai dengan bahagian pengenalan yang sangat panjang dan perasaan gembira aku, sekarang, masa untuk kenali apakah kereta yang berada dalam Koleksi LEGO dengan kerjasama Shell V-Power. I <3 Shell! Serius.. Nanti aku ceritakan dalam bahagian akhir blogpost yang panjang giler ini nanti.
Ferrari F150° Italia – Penghasilan semula oleh kumpulan LEGO kereta F1™ yang telah memenangi perlumbaan 2011 dengan pilihan untuk menukar kepada gaya penampilan Felipe Massa atau Fernando Alonso.
Scuderia Ferrari Truck – Trak pengangkutan yang biasa kelihatan ini merupakan sebahagian besar daripada pasukan perlumbaan Ferrari dan oleh itu membawa dimensi lain kepada koleksi eksklusif ini. Versi LEGO kenderaan ini telah direka bentuk dengan pemerincian lampu, radiator dan kekisi depan.
Ferrari 250 GT Berlinetta passo corto (SWB) – Legenda sebenar dunia lumba motor; bukan sahaja merupakan salah sebuah kenderaan paling menawan yang pernah dicipta, bahkan adalah kenderaan Ferrari pertama yang menggunakan brek piring. Lampu depan berbentuk bulat dengan menggunakan blok LEGO menyerlahkan lagi keindahan bentuk asalnya.
Ferrari F40 – Salah sebuah kereta sport yang paling dikenali sepanjang zaman. Bentuk aerodinamik klasik serta spoiler belakang segi empat adalah rekaan yang pasti dapat dicam dengan serta-merta dan ini kesemua ini disempurnakan dengan menggunakan blok LEGO.
Ferrari FXX – Evolusi perlumbaan berprestasi tinggi terbaru Ferrari Enzo; salah sebuah kereta paling berkuasa di dunia. Versi LEGO terdapat dalam penampilan hitam untuk menyerlahkan gaya Ferrari FXX yang lancar lagi rapi.
Ferrari 458 Italia – Boleh dikatakan sebagai kereta paling ikonik dalam rangkaian Ferrari terkini, maka tentu menjadi pilihan dalam promosi ini. Kumpulan LEGO menggenapkan segala usaha untuk menghasilkan segala pemerincian unik termasuk ekzos ganda tiga dan lampu depan pelbagai LED demi menghasilkan sebuah permainan yang sebenar lagi menyeronokkan.
WAH! Tolong cakap dengan aku yang korang teruja apabila tengok semua 6 video aku masukkan untuk semua model koleksi itu, PLEASE! LOL! Okeh, kita dah mengenali semua kereta itu dan bunyinya yang BOOM, dan sekarang kita baca fakta yang anda perlu tahu, mengenai model kereta tersebut.
Fakta mengenai model kereta SHELL V-Power LEGO.
- Model semua kereta tersebut adalah jenis ‘pull-back’ paling kecil yang pernah dihasilkan oleh LEGO, dimana anda perlu tarik kereta tersebut ke belakang dan lepaskannya untuk terus kehadapan
- Model LEGO ini boleh ditarik sekurang-kurangnya 300 kali
- Mampu memacu kenderaan seberat 30G lebih jauh daripada 2 meter
- Shell dan LEGO telah bekerjasama lebih daripada 18 bulan demi menghasilkan koleksi ini
- Kali pertama dalam sejarah syarikat LEGO untuk menghasilkan model kenderaan yang dilengkapi roda berkuasa dalam saiz begini
Dan apabila kita bercerita berkenaan syarikat Shell, kita akan terfikir kepada dua perkara, stesen minyak mereka dan Ferrari, dan itu wahai rakan ku adalah sebab mengapa saya memilih stesen minyak Shell untuk minyak kereta saya.
Satu fakta mengenai aku dan Shell adalah, aku peminat besar kepada pasukan F1 Ferrari, tak kisahlah samada Michael Schumacher ada atau tidak dalam pasukan tersebut (sebernanya itulah sebab pertama aku masa mula-mula sokong Ferrari tahun 1998)(dan aku masih ingat tarikh aku start tengok race F!, LOL), warna merah tersebut buat aku tertarik pergi ke stesen mereka, dan akhir sekali keselesaan tempat stesen mereka berbanding pesaing-pesaing mereka yang lain.
Okeh, cukup cukup sudah dengan hal aku dan ayat marketing Shell dan LEGO ini, kita lihat bagaimana mereka mempakejkan model kereta ini. Jadi untuk itu, aku ambik contoh dari pakej Scuderia Ferrari Truck.






Selesai memasang semua model kereta tersebut, masa untuk photoshoot.




Baiklah, info seterusnya adalah sangat penting sekali, bagaimana anda boleh mendapatkan semua model ini? dan berapakah harganya?
Dengar sini, korang boleh pergi ke mana-mana stesen minyak Shell di Malaysia, dan membeli ini dengan harga RM12.90 setiap satu. Tapi dengan terma, hanya satu kenderaan untuk satu transaksi di stesen. Faham?
Seterusnya untuk cara ke-2, untuk mendapatkan model ini adalah dengan membeli dahulu produk Shell V-Power Racing atau Shell V-Power 97 yang berharga RM40, dan anda boleh membeli sehingga 3 model kereta LEGO atau LEGO Minifigures dalam satu masa dengan harga diskaun setiap satu RM10.90.
Dan cara ke-3, anda perlu membeli produk Helix Ultra/HX7/HX7E/HX7 Diesel (4 Liter) dan anda mendapat satu LEGO Minifigures dan membeli sehingga 3 model kereta LEGO dengan harga setiap satu RM12.90.
Faham? Aku pasti korang tahu mana kedudukan stesen minyak Shell, dan aku harap korang mula kumpulkan semua model kereta itu sekarang. Alaaa.. kalau mereka yang berkenderaan mesti sekurang-kurangnya ada isi minyak dalam seminggu kan? LuLz.
Selamat berjaya!
adeh! tak kuasa aku nak pasang2 gitu. ingatkan bila beli dah siap2 dapat gitu -_-