Aku merupakan pengguna tegar kepada aplikasi PicPlz, dan salah satu sebab aku masih mahu menggunakannya adalah kerana aku dah 2 tahun menggunakan servis tersebut, dan lagi satu adalah kerana banyak foto kenangan manis (tersama foto pertama kelahiran anak aku) telah diupload disitu, jadi bagi aku walaupun PicPlz tidak sepopular dengan aplikasi Instagram, tapi ia sangat bermakna bagi aku okeh, sangat… bermakna…
Dan pada 1 Jun yang lepas, PicPlz mengumumkan untuk menutup servis mereka, buat selamanya… damn! serius. sangat damn sekali! (mainkan biola)
So, mungkin ada antara korang yang juga telah lama menggunakan servis ini, mungkin ada beratus-ratus gambar didalam dan terasa malas nak download satu-satu, namun.. ada cara yang lebih mudah dan pantas lagi! Tapi anda memerlukan Firefox (boo Chrome!) dan juga plugin DownThemAll.
ehem..
1. Masuk ke akaun Picplz anda disini, dan anda akan dibawa terus ke link URL ini: http://picplz.com/yourphotos/.
2. Scroll down sampai ke bawah sekali (kerana page photo PicPlz menggunakan AJAX) jadi page baru akan load jika anda pergi semakin ke bawah.
3. Kemudian buka DownThemAll, cara aku bukak begini.

4. (Pastikan korang masih dalam page photo PicPlz korang) Filter kan hanya yang ada perkataan download sahaja anda muat turun, the rest just ignore.

5. Push the download button and setel!
Harap korang dapat backup semua foto korang sebelum 3 Julai ini, atau ucapkan selamat tinggal kepada semuanya.
Kepada PicPlz, thank you for your amazing photo-sharing service, hope you guys come up with something great in future. Goodbye!
Thanks to Isriya Paireepairit