Cara Aku Menggunakan Pinterest

Pinterest adalah sebuah laman sosial yang menumpukan kepada perkongsian gambar sesama users, ada yang berkongsi gambar fesyen, mungkin makanan, infografik, gambar-gambar lucu, tapi aku sendiri menggunakan Pinterest sebagai tempat bookmark! yess.. boomark yang bergambar, bukan sahaja memudahkan aku untuk mencari kembali apa yang aku simpan itu, malah aku kongsikan dengan rakan-rakan dalam Pinterest itu sendiri dan di Facebook (OpenGraph).

Cara nak gunakan itu sangat mudah, letakkan link javascript yang Pinterest sediakan itu dalam menu browser anda, dan tekan sahaja butang tersebut bila anda terjumpa satu nanti dalam laman tersebut. Its so simple!

Walaupun itu, populariti Pinterest sebernanya semakin menurun, ia sedang mengalami apa yang pakar panggil sebagai bubble burst situation, dan salah satu puncanya adalah ramai users tak faham macam mana nak gunakan laman sosial nih, mereka kebanyakannya tau pun pasal popularitinya yang datang secara tiba-tiba yang membuatkan mereka mencuba-cuba menggunakannya, dan akhirnya.. mereka tinggal.

Tapi aku masih akan gunakan servis ini, sama juga macam aku guna StumbleUpon, walaupun ianya tak sepopular Twitter, Facebook dan Google+, janji dia boleh lakukan tugas bookmark yang aku jadikan tuh, so.. ada korang menggunakan Pinterest jugak?

Follow me at Pinterest.