Semangat Berblogging

Seronok aku tengok mereka yang menang dalam Malaysia Social Media Week Awards 2012 baru-baru nih, event dia sangat grandeur, dan antara pemenangnya adalah member rapat online aku seperti blogger Mr Kay, Ariffshah, dan juga Jaws Ismail, buatkan aku terfikir, kalaulah aku serius aktif berblogging dengan syarat satu blogpost sehari dari setahun yang lepas, mesti aku dah join bersama dengan diorang dalam malam majlis tuh kan? Even abam Aman Firdaus pun pernah kata kat aku sekali nasihat tuh.

Walaupun begitu, aku pernah melalui tahun kegemilangan itu, ianya adalah memori yang sangat terindah, aku rindukannya, dan tahun ini aku berazam aku nak kembalikannya sekali lagi, dan mungkin kekal sepanjang masa Insyallah, kalau aku betul-betul berdisiplin dan rajin lah kali nih.

Speaking of berdisplin, kalau korang nak tahu, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, korang mestilah berdisiplin, seriously, itulah satu benda yang aku sangat susah nak lakukan ketika ini, aku memang susah nak disiplinkan diri, teruk aku nih. hahaha..

Tapi ramai blogger berjaya yang aku lihat, kunci kejayaan mereka adalah salah satunya disiplin, mereka rancang bilakah tarikh nak post, checkout apakah tajuk dan isi yang nak ditulis, dan pastikan semua itu dibuat, malas ker, takde masa ker, boring ke, takde idea ke, musti mau jugak kena buat, no matter what! Disiplinkan diri! Kalau malas spank punggung sendiri, sampailah anda pergi laptop dan komputer anda dan buat satu blogpost, kalau takde idea jugak bukak reddit atau 9Gag untuk cari bahan, kalau tak mau itu, korang bukak Twitter dan Facebook, kenkadang ada sesetengah topik yang hangat diperbincangkan tuh boleh jadi blogpost terbaru anda. Disiplin! Jangan malas..

Tapi, satu benda yang aku tak follow macam sesetengah blogger buat adalah, aku adalah jenis blogger yang tak mengharapkan 100% sangat buat duit besar dari blog (maaf), even masa awal blog aku dahulu aku pernah beritahu yang aku tak mau letak iklan langsung, aku tak nak, aku nak orang masuk blog aku membaca apa yang aku dah tulis, dan aku tak ambil kesempatan dengan lawatan diorang itu untuk membuat duit, dengan Nuffnang ker atau Advertlets masa tuh, tapi yang penting aku tak mengharapkan buat duit langsung dari blog.

Tapi itu dulu, kini aku ada la letak sikit iklan kat blog, namun itupun pasal aku nak cover balik duit kos blog aku nih, domain and hosting yearly maa, asyik pakai duit sendiri je nak coverkan, nak jugak aku renew secara percuma dengan duit lain. He hee..

Namun itu semua bakal diubah di masa akan datang yang terdekat nih..

Itu adalah kerana, aku kini telah kembali menjadi photographer perkahwinan semula, dan aku pun turut menyediakan servis web hosting, dan juga printing, seperti letterhead, sampul surat, dokumen, business cards dan macam-macam lagi, dan blog ini akan aku gunakan untuk mencari potential client, dan juga marketing, boleh jugak right?


(Sample foto dari majlis perkahwinan terkini, tahniah Sharifudin dan isteri)

Untuk pengiklanan luar, aku ada lihat beberapa blog high traffic yang boleh membantu aku memasarkan produk dan servis yang aku tawarkan kepada umum, i’m willing to pay for it, aku tahu sesetengah blogger membuat duit dari blog mereka, itulah sebab aku sanggup membayar pengiklanan dalam blog mereka, aku ingin buat duit dari perniagaan yang aku buat, dan tidak adil-lah pada aku andainya aku nakkan sesuatu yang percuma dari mereka pula, win-win situation, aku dapat client, mereka dapat duit untuk pengiklanan dari aku, everybody’s happy!

So, sampai situ sahaja blogpost kali nih.

Oh jangan lupa, kewajipan kita kepada Allah, solat mesti mau dijaga, dan doa, mintaklah apa jua dari Allah yang maha esa. Sampai cepat ke atau lambat mestilah sentiasa berdoa, percayalah.. Ia pasti akan datang jua doa korang itu, jangan sesekali putuskan hubungan kita dengan tuhan, nanti tak tenang hidup kita nanti.


(Inilah semangat aku untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya)

Assalamualaikum.. dan jumpa lagi!

One thought on “Semangat Berblogging

Comments are closed.