[Pertandingan] Sambungkan Cerita Ini Dan Menangi Samsung Galaxy Tab 7.7! M1.1

Baca Nota Ini Dahulu: Ini adalah sebuah pertandingan bagi Samsung Galaxy Tab 7.7, aku akan sambungkan cerita yang diberi, dan korang sambung cerita yang aku bagi itu dengan idea korang, the best story akan memenangi Samsung Galaxy Tab 7.7! Jadi luahkan kreativiti anda dalam Samsung Facebook Page untuk mendapatkannya percuma!

Agent 7.7 then felt a stinging sensation on his neck, injected involuntarily, and went unconscious.

(Since blog ini dalam Bahasa Melayu jadi aku akan tukarkan intro cerita ini dari English ke BM)

(Foto oleh Grendl – Flickr)

..bila aku tersedar, aku berada di atas katil, kali ini aku bukan di katil bilik hotel aku lagi, tapi di hospital!! Dengan ketakutan aku lekas bangun dari katil aku dan lari terus ke luar bilik, kiri kanan orang tiada, apakah jenis hospital ini? Manakah pergi semua orang? Aku nampak sebuah pintu keluar dari hospital itu belah kiri, dan aku nekad lari untuk keluar dari tempat itu, tapi pintunya berkunci, aku cuba memaksa membukanya berkali-kali tapi gagal, dan secara tiba-tiba, aku ternampak seseorang berdiri jauh di belakang aku, dengan berpakaian petugas hospital yang penuh dengan darah dan kapak di tangan kirinya aku mula menjadi semakin takut.

Orang itu mula menjerit dan lari ke arah aku, aku panik! Aku paling semula ke pintu memaksa buka pintu berkali-kali tapi masih gagal, aku tau aku perlu fikir cepat cara untuk melawan semula orang itu! Aku ternampak alat pemadam api di sebelah aku, tanpa berfikir panjang aku ambil alat tersebut dan bersedia untuk menyerang individu tersebut bila sudah dekat..

Secara tiba-tiba aku terdengar bunyi tembakan kuat dari belakang orang tersebut, lalu dia rebah dilantai dan pada ketika itu aku ternampak seorang lelaki dengan sut hitam dan pistol ditangannya telah membunuh orang itu.

Dia berkata, “Encik Sham.. dah tiba masanya anda mulakan tugasan anda..”

(Sambung)

Jadi disini aku mahukan pembaca aku mengeluarkan idea yang menarik untuk sambung cerita itu, terpulang bagaimana anda nak sambungkan cerita itu, tapi make sure ianya sesuatu yang menarik! Samada saya akan dibawa polis ke balai ker? Tiba-tiba ketua ejen masuk ke bilik dengan acukan pistol ke arah aku? Ataupun tiba-tiba ada kapal makhluk asing di tingkap yang cuba mengambil aku dari tempat (aku lagi suka yang ini!) TERPULANG!

Penyertaan yang terbaik akan menerima sebuah set Samsung Galaxy Tab 7.7 yang baru di akhir pertandingan ini nanti. Lawati Facebook app Samsung disini: http://www.samsung.com/my/galaxytab/agent7.7/app.html untuk maklumat lanjut.

10 thoughts on “[Pertandingan] Sambungkan Cerita Ini Dan Menangi Samsung Galaxy Tab 7.7! M1.1

  1. saya kena smbung cerita u sampai habis ke??? @ org lain akan sambung sampai habis cerita saya?

    • u kena sambung cerita yang i bagi, orang lain pun akan buat perkara yang sama, pihak Samsung akan melihat yang mana lagi best, dan akan pilih sebagai pemenang bila habis nanti

  2. Pingback: [Pertandingan] Sambungkan Cerita Ini Dan Menangi Samsung Galaxy Tab 7.7! M1.1 | ShamHardy.com

Comments are closed.