Foto-Blogging Kembali!

Dah lama rasanya aku tak upload foto-foto ke blog aku nih sekarang kan? Dah la tercalon kat Social Media Week (walaupun kedudukan aku secara terang-terang dah jauh kebawah), tapi dah jarang dah ber-foto blogging? #EhAdaKer? Jadi harini, aku kongsikan beberapa foto yang ada penceritaan sebaliknya.

First up, 2 minggu lepas kalau tak silap aku pergi shopping kat IOI Mall, ini adalah yang pertama kali aku ke shopping complex ini, namun aku takkan ceritakan mengenai pengalaman aku ber-shopping tuh. Instead, aku nak ceritakan ada kawasan hijau yang terdapat di belakang kompleks tersebut.

Ia seolah seperti pemandangan di kawasan kampung nelayan jer, aku tak pasti samada ianya adalah sungai ataupun lombong, tapi bagi aku kawasan yang tak terusik tu sangat menarik pemandangannya dengan warna yang menghijau, angin bertiup sepoi and rumput tinggi memanjang yang bagi aku sangat menenangkan. Mana lagi tempat yang dekat dengan bandaraya Kuala Lumpur dengan pemandangan begini lagi yer tak?

Ada tu ada la, tapi anggap sahaja bilangannya sangat sedikit sekali.

Ada sikit macam tempat The Hobbit kan? :P

Even @HailAkid pun kata best. Ha haa..

Seterusnya adalah ketika aku pergi melawat tempat sewa rumah adik aku di Ampang, ia sebuah apartment, agak tak terjaga, tapi yang aku suka adalah pemandangan KL dari tempatnya tuh yang buat aku suka, pasti kalau time new year, tahun baru cina, atau apa-pun sambutan yang membakar fireworks, mesti cantik kan?

Okay sebernanya warna dia takde la sampai macam tuh, aku jer yang edit contrast, vibrance dan lain-lain yang bagi warna dia lebih terselah. Tapi orait ker?

Kawasan ni banyak burung hinggap, maybe ada tempat mereka membuat sarang, atau takpun sebab dekat dengan hutan yang kat sebelah apartment nih. Lens aku tak cukup jauh boleh snap, jadi inilah yang termampu lens aku mampu menangkap imej.

Akhir sekali, kalau korang ada masa, sudi nak undi untuk aku, tolonglah undikan aku yer, its okay kalau aku tak menang, cuma nak tengok seberapa banyak undian je aku boleh dapat setakat nih.

3 thoughts on “Foto-Blogging Kembali!

  1. macam aku tuit tadi… tadi dah elok panjang komen aku. ni summary..

    1. aku suke gambar burung merpati.
    2. kalau komposition ketengahkan sikiiittt je.. dah cun.
    3. aku bukan layak nak komen lelebey.. ahaha
    4. aku suke semua gambar kat atas.

Comments are closed.