Aku terasa kebosanan sangat hidup aku sekarang nih, kalau perasaan bosan aku itu ada version, mesti version dia sekarang Ultimate punya version, ia takde kena mengena dengan famili aku sekarang, tapi sebab keadaan kerja aku berada sekarang nih.
Ia bukan kerana bab gaji, the money is good, teman sekerja semua okeh, boss pun ‘baik’, tapi hati aku terlalu memberontak sangat sampaikan aku dah tak boleh tahan dengan keadaan kerja aku sekarang nih, aku rasa macam nak pergi ke satu tempat yang takde orang and JERIT sekuat hati.
Antara sebab aku rasa perasaan ini timbul adalah kerana mungkin aku terlalu penat, perjalanan pergi dan pulang aku bekerja yang terpaksa bersesak dengan orang ramai membuatkan aku terlalu penat dan lama kelamaan akhirnya bertukar menjadi letih bila sampai ke tempat kerja and pulang ke rumah nanti.
Aku dah menyampah dengan situasi aku lalui sekarang nih!
Bawak kereta? Aku bagi kat wife aku pakai, lagipun nak drive kereta ke KL tiap hari dari Putrajaya boleh bagi aku heart attack lelama. Yelah, dengan minyak lagi, dengan tol, dan paling epik sekali jem. Beli motor? Nantilah dulu, banyak lagi duit nak dipakai nih, ada lebih karang angkat la satu akan datang, Insyallah.
Buat masa sekarang.. idea paling bernas aku tengah work on adalah.. mencari jalan untuk bekerja sendiri, tak kisah la samada nak buat kerja freelance ker, atau jalankan perniagaan sendiri, as long as ianya dalam kategori bekerja sendiri, dan tidak lagi menerima arahan orang lain untuk apa yang sepatutnya aku buat dengan masa hidup aku.
Tapi seriously la, bila aku fikirkan balik, kenapa kita diajar untuk bekerja dengan orang lain bila habis belajar nanti? Kenapa kita tak diajar untuk berikan peluang pekerjaan kepada orang lain? Macam quote dalam filem The Social Network la pulak. Tapi seriously, ada sesuatu tak kena dengan sistem kita sekarang, system of the down! LOL!
Tapi kalau semua orang berniaga jugak tak boleh jugak kan? Abis siapa nak kerja? Robot? Kita masih terlalu jauh dari zaman Star Wars. Haishh…
Blogpost ini ditulis ketika aku sedang tunggu tren ERL ke rumah, selalunya aku akan naik bas dari Pasar Seni, tapi disebabkan harini aku tunggu bas punyalah lama, langsung tak nampak bas muncul, rasanya dah nak dekat sejam, dengan panas lagi masa menunggu tuh, imigran lak ramai berebut naik bas masing-masing, aku rasa ada baiknya aku habiskan duit lebih sikit untuk cepat balik ke rumah, dan dalam keadaan selesa juga.
Okaylah sampai situ saja, rasanya macam aku dah nak dekat sampai kat stesen aku berhenti (Putrajaya Sentral), akan aku continue lagi dengan blogpost khas seterusnya.
Have a nice day and ceria selalu yeah!
emm..bosan sangat kerr? hehe..
erm rasanya mcm situasi kita sama sham, tapi aku masih belum ada kekuatan utk memulakan kerja sendiri yg agak berisiko bg aku..