Coretan Akhir Tahun

Tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan memasuki tahun 2012, tahun yang penuh dengan spekulasi, ada yang baik, ada yang tidak, tapi aku harapkan korang dah akhirkan tahun 2011 ini dengan sesuatu yang sangat bermakna.

Terus terang aku katakan aku tak suka dengan angka 2011, sebab seperti susunan angkanya yang tak berapa betul, tapi walaupun aku kurang suka dengan nombor tahun tersebut, tapi telah banyak cerita suka duka berlaku sepanjang tahun ini.

Aku dapat seorang cahaya mata lagi, namanya Hannah Nur Jasmin, anak ke-2 aku, aku dapat kerja yang lebih elok lagi, kedudukan yang kukuh, ekonomi semakin baik, tapi masih perlu lebih kerja keras lagi, dan yang sedihnya adalah aku akan tinggalkan Bandar Seremban ini sebab aku akan berpindah ke Putrajaya pula, setelah 7 tahun aku menjadi warga nogori sombilan, akhirnya aku akan lucutkan kewarganegerian itu, mungkin sampai bila-bila.. tempat ini sungguh banyak dengan memori best, tapi aku perlu bergerak kehadapan dalam masa yang sama. Ala.. lagipun Putrajaya dengan Seremban pun bukannya jauh, tambahan lagi masih dalam wilayah semenanjung Malaysia. LOL!

Antara lain aku belajar pada tahun 2011 ini adalah.. aku semakin menghargai kehidupan ini, walaupun ia sangat pendek, penuh cabaran, tapi bagi aku ianya sangat seronok. Kita hidup atas dunia ini ada tujuan, dicipta oleh Allah yang maha esa, sungguh hebatnya kuasa Allah menciptakan alam semesta yang besar dan cantik dan mengagumkan ini membuatkan aku tunduk kepada kuasanya. Percaya atau tidak, Sains membuatkan aku lebih dekat kepada agama. Sebab bila lebih aku memahami dunia sains itu aku lebih memahami kekuasannya, sebelum ini aku tak, aku belajar setakat nak lepas dalam exam sahaja, tapi terima kasih pada rancangan/filem berkaitan sains aku lebih memahami dunia sekeliling aku, usually orang akan kata akidah kita akan terpesong dengan benda-benda macam tuh kan? Tapi aku tak.. aku semakin faham, terlalu banyak benda dalam dunia ini yang masih banyak manusia tidak tahu, sains cumalah himpunan kajian dan selebihnya teori, dan seringkali teorinya berubah apabila menjumpai sesuatu yang baru, dan membuatkan aku terfikir yang para pengkaji sains sebernanya masih belum sempurna memahami hukum alam yang berlaku dibawah dan diatas kita. Itu cuma penerangan ringkas atas apa yang aku lalui lah, nak tahu cerita lebih, meh kita duduk berbual bersama :)

Untuk tahun 2012 ini aku mungkin takkan letak sebarang azam lagi, instead aku pelankan sasaran (eh tak sama ker?) apakah perkara yang perlu aku achieve untuk tahun hadapan berdasarkan dengan kemampuan diri aku sekarang ini. Pelan kena banyak, maksud aku kita nak buat pelan A, kena ada pelan B, dan bila ada pelan B kena ada pelan C, dan seterus-seterusnya. Sebab bila A tak jadik aku move ke pelan B, dan bergerak lagi ke ‘pelan inception’ dalam lagi sehinggalah kita tak tertinggal dalam mengejar sasaran tahunan kita itu. Orang bijak selalu buat macam tuh untuk hidup selamat, dan aku pun percaya aku pun bijak gak, so the best thing to-do is find quick solution, and less discuss about the problem, learned thru experience beb.

Tatkala korang membaca blogpost ini, aku mungkin sedang sibuk menguruskan perpindahan aku ke tempat baru, banyak sangat nak kena buat, kan best kalaulah aku ada skill kage-bushin-no-jutsu sekarang. ^__^

Jadi kepada semua pembaca, terima kasih kerana melawati blog saya ini sepanjang tahun 2011, saya doakan anda dan keluarga anda sihat sejahtera dan selamat dalam segala yang anda lakukan, hopefully korang ada perancangan masing-masing nak dilakukan untuk tahun 2012 nanti, dan saya dan keluarga saya ingin memohon maaf andainya ada salah silap yang berlaku dalam tahun lepas, diharapkan kita akan bertemu nanti di tahun depan, dan.. please.. tinggal lah sikit komen, at least seronok je aku baca respon korang dengan penulisan aku, ini tak.. stat tinggi bila blogpost baru keluar, tapi satu komen pun tarak! Ha ha ha ha haa..

Selamat Tahun Baru 2012 korang semua, dan have a nice day yeah! :)

P/S: Did I mention you guys that I’m also one of the writer for MalayAndroid.com? Okeh nanti aku ceritakan itu pula dimasa akan datang :P

4 thoughts on “Coretan Akhir Tahun

  1. ok ler aku jd pengomen pertama, demi menjaga hati blog kau ni..hehe

    semoga impian tahun 2012 kita sama2 tercapai.

  2. Hi Salam Kenal,

    Benjy suda VOTE blog ini di Blogger & Sosial Media Awards
    2012. Mohon bantuan juga untuk VOTE blog benjystanis dalam
    kategori ‘Worst Blog’. Sama-sama membantu secara positif,

    terima kasih.

Comments are closed.