Tahniah Harimau Muda!

Inilah saat yang aku kira paling mendebarkan (teramat sangat!) ketika menontonnya. Sampaikan member aku yang teman aku tadi tak sanggup nak tengok keadaan match yang sangat tegang ini. Tapi Alhamdulillah.. akhirnya Malaysia juara.

Sebernanya aku mengharapkan match ini sampai ke peringkat sepakan penalti ni, pasal aku percaya dengan kemampuan Khairul Fahmi a.k.a Apek yang superb la aku kata, dan aku pasti ramai yang bersetuju juga dengan aku dalam hal ini (tolak beberapa sepakan beliau tak dapat tangkap tadi).

Tapi tak kisah! Kerana Malaysia telah menjadi juara! Itu yang penting sekarang. Pedulikkan isu-isu lain, yang penting Malaysia menang okeh. MALAYSIA MENANG!!!! HAHAHAHAHHAHAAA..

P/S: Aku baru sedar yang Khairul Fahmi masih bawah 23 tahun. LOL!