Perkenalan Lenovo IdeaPad Tablet K1 Dan Dua Baucer TopShop Untuk Dimenangi!


Pada 2 minggu yang lepas, Lenovo Malaysia telah mengadakan sesi perkenalan kepada produk terbaru mereka yang bakal berada di pasaran iaitu, Lenovo IdeaPad Tablet K1, sebuah tablet yang menggunakan sistem OS Android, bentuk yang lebih mantap, dan secara jujurnya saya rasakan tablet ini bakal menjadi penyaing kepada tablet keluaran Samsung iaitu Galaxy Tab. Mengapa? Penjelasan ada dibawah

Semasa diterangkan mengenai fungsi yang terdapat dalam tablet ini, Lenovo telah banyak melakukan customize pada tablet OS nya, khas untuk produk mereka sendiri, seperti marketplace mereka sendiri, butang tambahan untuk antaramuka, dan pelbagai lagi. Lihat spesifikasi tersebut:

Processor: NVIDIA® Tegra™ T20 1.0GHz
Android OS: Android™ 3.1
Diameter: 10.4” x 7.4” x .5” and less than 1.7 pounds
Hayat bateri: Sehingga 10 jam
Memori: Sehingga 1GB DDR2 memori, sehingga 64GB ruang SSD
Lain-lain: Dilengkapi Bluetooth® dan 802.11b/g/n hubungan WiFi, MicroSD card reader, penyambung mini HDMI dan pilihan docking port, Dilengkapkan kamera webcam dihadapan (2M) dan belakang (5M).

Sebarang maklumat lanjut anda boleh pergi ke website rasmi Lenovo, iaitu di lenovo.com/products/us/tablet/ideapad/

Dan sesuatu yang istimewanya kali ini dalam blog ShamHardy.com, saya akan memberikan anda bukan satu, tapi dua baucer TopShop bernilai RM50 untuk dimenangi, bersamaan dengan usaha Lenovo dalam memperkenalkan teknologi baru kepada industri pembangunan teknologi pengkomputeran iaitu Lenovo Enhanced Experience 2.0 untuk Windows 7 dengan satu cara yang mudah sahaja.

Berikan pandangan anda yang paling menarik, “apakah yang anda mahu lakukan untuk dunia bagi tujuan kebaikan?” Sesiapa yang dapat berikan penjelasan ‘brilliant’ sekali akan mendapat baucer ini. Tulislah seberapa panjang anda mahu, pendek pun tak kisah, dalam ruangan komen dibawah ini, dalam Facebook profile saya sendiri mungkin, atau juga di Fan page blog ShamHardy.com. Mana sahaja tempat yang anda

Cepat! Masa tamat semakin hampir.