Maaf kerana sangat lewat buat blogpost mengenai ini, sepatutnya aku ingin buatkan sebuah blogpost yang panjang mengenai cerita yang berlaku pada aku sepanjang aku menempuh menjadi bapa kepada dua orang anak, tapi oleh kerana ia masih belum siap (dan masih dalam draft), maka aku rasa lain kali sajalah aku akan publish story tersebut dalam blog, for now.. all i can says are, segalanya Alhamdulillah selamat, dan nama yang aku akan berikan adalah Hana Nur Jasmin bermaksud ‘Kegembiraan’, ‘Cahaya’, ‘Bunga’ dalam bahasa arab (aku pilih nama Hana, wife aku yang dua dibelakang tuh).

Pada mulanya aku menghantar wife aku ke Hospital Yan, tapi oleh kerana terdapat permasalahan pada ketika kelahiran, terpaksa dihantar ke hospital Hospital Sultanah Bahiyyah di Alor Star sana.




Kalau tengok pada wajah, korang rasa ia lebih dekat pada siapa? Maknya atau bapak eh?


Sekarang ni @HailAkid dah jadi abang dah. ![]()

Terima kasih atas semua ucapan tahniah korang berikan tempoh hari, sangat banyak datang dari Twitter dan Facebook, aku doakan korang semua yang memberikan ucapan tersebut agar dipermudahkan rezeki dan panjang umur hendaknya. Amin.
tahniah papa sham dh ada puteri, kini along @HailAkid sudah ada adik utk dijadikan kawan bertekak dan bermain…hehe
semoga dilimpahkan lebih lagi rezeki buat sham sekeluarga…amin.
terima kasih bro. eh btw, send aku no tepon ko
tahniah bro…..
aku yang terlepas ucap. Tahniah sham and wife! Alhamdulillah.
Syukur Alhamdulillah…. tahniah