Bila sahaja aku tengok video ini, terus terdetik kata dalam hati aku yang berbunyi “FUHH! Ini mesti dibeli! WAJIB!”, ia adalah sebuah set permainan yang paling cool aku pernah jumpa seumur hidup aku, even set koleksi Gundam pun kalah dengan ini…………………. eh wait! *fikir-sekejap* ish ish ish takleh takleh takleh..
Ia dinamakan Air Swimmers, harga setiap satunya adalah $39.99 (RM119.20), $71.98 (RM214.75) bagi combo pack, mempunyai dua pilihan sahaja pada ketika ini, iaitu Clown Fish, dan Shark, dan banyak kali ditunjukkan kepada umum, antaranya adalah pada majlis Comic-con yang lepas, Toy Fair, dan pelbagai lagi.
Sayangnya pada ketika blogpost ini ditulis, ianya sudah habis stok buat sementara, yang tinggal hanyalah Clown Fish sahaja, dan update paling terbaru sekali (paling terbaik!), mereka tidak lagi tawarkan servis penghantaran ke negara-negara selain U.S dan Canada. Dan aku sangat geram sangat dengan berita tersebut, sangat-sangat DAMMNN yang teramat sangat!
But still, there must be a way to get it, right?
Sumber: Gizmodo (http://gizmo.do/nupDFC)
Posted from Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia.
Related posts:


best2…