Tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 merupakan sambungan kepada kejayaan produk mereka yang sebelum ini iaitu Galaxy Tab, saiznya yang lebih besar dari model mereka yang sebelum ini (perbezaan 3″) dan lebih nipis dari iPad 2, model ini sebernanya sudah mula terkenal oleh peminat-peminat gajet sejak kisah Google telah memberikannya secara percuma kepada hadirin mereka semasa di majlis Google IO baru-baru ini iaitu model limited edition Galaxy Tab 10.1″, dan sejak dari peristiwa tersebut, model ini sangat ditunggu oleh peminat kerana legasinya, saiznya yang lebih besar dan menggunakan Android OS versi tablet iaitu Honeycomb.

Dan bagi aku, peluang mencuba tablet ini adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu sebernanya, mungkin kerana sudah lama tak ‘memegang’ sebuah tablet barangkali (kali terakhir iPad 2), jadi, peluang yang diamanahkan ini untuk aku mencuba dan menulis sebuah review mengenainya membuatkan aku mencari apa yang membolehkan tablet ini menjadi lebih baik dari yang lain-lain, dan komen pendek aku untuk intro, ianya sangat bagus.

Ianya sangat bagus sekali, sehinggakan Apple telah menghalangnya dalam bentuk undang-undang dari model ini dijual di pasaran Eropah. Scare the shit out of them. LOL!

Rekabentuk

Pertama kali anda melihatnya anda akan nampak saiznya yang besar, 10 inci yang kita katakan ini, lebih besar dari iPad 2, terus terang aku katakan aku tak berapa minat dengan saiz tersebut, sebab bagi aku, saiz 10 inci sebernanya dah terlalu besar, tambahan pula ianya nipis, sangat nipis, membuatkan anda terfikir bagaimana Samsung mampu memuatkan semua hardware dalam saiz yang setebal itu, mungkin itulah sebabnya model 10 inci untuk Galaxy Tab ini mengambil masa yang lama sikit untuk menghasilkannya.

Tapi apa yang aku perasan adalah, kekurangan tersebut berlaku jika aku menggunakannya ketika berjalan atau berdiri, cuba fikirkan, ketika anda menaiki escelator dan saat itu anda ingin keluarkannya, pasti agak sukar bukan? Namun, model ini aku rasakan ianya lebih sesuai digunakan pada masa anda duduk, atau berbaring sambil menonton rancangan TV kegemaran anda, kerana anda tak perlu risau jika ia terlepas jatuh ke lantai dan merosakkannya. Tapi itu aku, terpulang kepada minat masing-masing.

Spesifikasi

Sumber dari GSM Arena.

Aku mempunyai rakan sekerja yang mempunyai Motorola Xoom, dan aku dengan rakan aku bersependapat yang Galaxy Tab model ini lebih pantas dari tablet beliau, melihatkan pada spec mungkin tak ada beza langsung, tapi memang rasa iaseperti lebih laju sedikit jika dibandingkan dengan Motorola Xoom beliau, konklusi aku boleh letakkan disini adalah, mungkin Galaxy Tab yang aku terima tak mempunyai banyak aplikasi yang di install di dalam, berbanding rakan aku yang mempunyai berpuluh-puluh aplikasi yang dimasukkan, mungkin jawapannya ada disitu, dan mungkin juga versi Honeycomb kami berbeza, kerana dia jarang update, dan model yang ini masih baru lagi keluar di pasaran.

Lagi satu mengenai Honeycomb, aku anggap ia masih terlalu muda, masih terlalu banyak lagi Google boleh perbaiki untuk menjadikkanya lebih stabil. Tambahan info lagi, tidak ada banyak aplikasi yang dihasilkan oleh developer apliaksi Android untuk menjadikkanya dalam bentuk tablet, unlike iPad, yang memang (aku harus akui) banyak aplikasi tablet yang bagus di market mereka, dan ini sesuatu yang Google harus pandang bagi memastikan penjualan tablet jenis Android menjadi laris.





Kalau anda tanya pada aku, jika dibandingkan dengan Galaxy Tab yang pertama mereka, aku lebih prefer yang pertama punya, kerana point yang utama aku adalah Android OS yang digunakan adalah sama seperti dengan mobile, bukan Honeycomb punya, jadi pilihan pada aplikasi yang boleh anda download dan sesuai dengannya memang banyak, cuma perbezaan adalah semua aplikasi yang anda gunakan dibesarkan saiz paparan sahaja.

Kesimpulan

Samsung Galaxy Tab 10.1 sesuai digunakan bersama dengan seisi keluarga anda, dan juga sesuai untuk mereka yang bekerja dan melakukan perniagaan, kerana aku adalah photographer, dan pernah sekali rakan Twitter aku @techsupremo memberitahu mengenai ideanya untuk menunjukkan hasil kerja fotonya yang diambil menggunakan tablet, sudah pastinya anda mahu tunjukkan dalam paparan yang besar bukan? Customer boleh nampak dan membantu perniagaan anda betul tak?

Bagi mereka yang bekerja pula, sesuai jika anda ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada boss anda, mungkin sebuah spreadsheet? mungkin dokumen dalam PDF? Mana lagi cara yang paperless dan bagus dalam memaparkan apa yang ingin boss anda lakukan kalau tak dengan tablet bersaiz 10 inci? Boss anda happy dan anda juga happy. Itu sudah pasti.

Dan bagi seisi keluarga pula lihat video dibawah.

Even anak aku @HailAkid juga seronok menggunakannya, mungkin jika dia besar sikit dia tahu mana area yang patut ditekan dan mana yang tak, LOL! Walau apa-pun ia sesuai kalau digunakan bersama keluarga, menonton TV rancangan kegemaran anda sambil membalas komen status anda dari keluarga anda yang jauh sana di Facebook, membaca resipi sambil rancangan kegemaran anda, menyelesaikan puzzle Sudoku dengan isteri bersama-sama, terdapat banyak benda anda boleh gunakan dengan tablet yang bersaiz ini.

Its all in your imagination my friend.

So there you go, penjelasan aku mengenai tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 ini, mungkin banyak negatif aku sebutkan dalam review aku ini, well, mungkin kerana aku mahukan yang lebih kecil sedikit saiznya mungkin? Tablet 8″ akan muncul, dan itulah yang aku amat-amat-amat tunggukan sebernanya, tak terlalu besar dan it feels right when you hold it and use it, itu mungkin untuk review aku yang akan datang.

Oleh itu, selamat berpuasa dan hope you have a great day everyone! Bye..

P/S: Hail to Android!

Posted from Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia.

Related posts:

  1. Review: Samsung Galaxy S II (I9100)
  2. Review: Samsung Galaxy Tab
  3. Samsung Galaxy Tab Akan Tiba
  4. Lihat Samsung Galaxy S II Secara Dekat
  5. Saksikan Pelancaran Samsung Galaxy S Terbaru Secara Live!

Tags: , , , ,



4 Responses


  1. Twit N View on 17 Aug 2011

    wah abg sham dh pegang samsung tab…sgt jeles ni…

  2. Piratz on 18 Aug 2011

    Apasal ko dapat review ha… tablet yang dinanti2kan aku.. demmit.. dengar kata laging.. unit yang ko dapat nie tak lag ke.. satu lagi, nak tanya pasal kualiti gambo.. ok tak?

    • Himself on 18 Aug 2011

      hehehe.. kalau ko nak, aku boleh kenalkan siapa yg boleh bagi review tuh :)

      • Piratz on 18 Aug 2011

        nak2.. hehe..