
Sumber imej: estilopda (Flickr)
Pada hari Jumaat yang lepas, telah berlangsung sebuah majlis pelancaran oleh Maxis dengan kerjasama RIM di GTower Hotel bagi memperkenalkan pakej terbaru mereka iaitu BlackBerry Playbook di Malaysia. Ini pastinya satu berita yang menggembirakan bagi peminat BlackBerry semua, kerana setelah sekian lamanya mereka menunggu, akhirnya Playbook telah pun sampai ke negara ini.
Dan setelah saya mencubanya sendiri semasa hari pelancaran tersebut, nampaknya RIM telah bersedia untuk bersaing dalam industri komputer jenis tablet dengan Playbook mereka yang mempunyai beberapa keistimewaannya sendiri.
Lihat pada harga yang Maxis telah letakkan bagi gajet ini.

Dengan harga serendah RM990 sahaja, anda sudah boleh memiliki Playbook anda sendiri mengikut pakej yang Maxis telah tawarkan.
Antara ciri-ciri menarik tablet ini termasuk berbilang tugas (multi tasking), pengalaman media terbaik, pelayaran web tanpa batasan dengan sokongan Adobe® Flash®, prestasi kelajuan terbaik di dalam industri, serta akses selamat ke data perniagaan (enterprise).
Tablet ini juga merupakan suatu peranti sahabat yang baik bagi para pengguna telefon pintar BlackBerry yang mementingkan nilai yang ekonomikal, kebolehpercayaan serta kaya dengan pelbagai fungsi. Ianya bertindak sebagai suatu pintu yang selamat ke dalam data pengguna telefon pintar BlackBerry yang membolehkan mereka mengakses emel, BBM™ (BlackBerry® Messenger), dan pelbagai data lain di dalam telefon pintar mereka.
- 7” 1024×600 WSVGA skrin sentuh LCD kapasitif
Ultra-mudah alih dengan berat kurang satu paun dan ketebalan kurang satu inci
setengah: 0.9 lbs (425g) dan 5.1” x 7.6” x 0.4” (130mm x 194mm x 10mm) - Pemproses 1 GHz dual-core
- Sistem operasi (OS) Tablet BlackBerry® dengan sokongan multi-pemprosesan
simetrik - Pemain semula (playback) audio MP3, AAC dan WMA
- Sokongan untuk pemain semula (playback) video resolusi tinggi (H.264, MPEG4,
WMV) output 1080p HDMI - Kamera-dual HD 1080p untuk persidangan video dan rakaman video (3MP
depan dan 5MP belakang) - Memori 1 GB RAM
- Kapasiti simpanan dalaman sehingga 64 GB (model 16, 32 dan 64 GB)
- GPS, Sensor Orientasi (Accelerometer), Sensor Pergerakan 6-Paksi (Giroskop),
Kompas Digital (Magnetometer) - Pembesar suara dan mikrofon stereo
- Sambungan Wi-Fi® (802.11 a/b/g/n)
- Bluetooth® 2.1+sokongan EDR
Tablet BlackBerry PlayBook boleh didapati di semua cawangan Maxis Center serta cawangan-cawangan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara mulai 17 Julai 2011. Pelanggan Maxis boleh mendail 123 dari telefon bimbit Maxis mereka atau layari www.maxis.com.my/playbook untuk maklumat lanjut mengenai BlackBerry PlayBook dan pakej-pakej yang berkaitan dari Maxis.
Posted from Kuala Lumpur.
Related posts:


nmpknya BB dah menunjukkan kpd rakan2 tablet yg lain bahawa…dont PLAY PLAY yer…hehe
mmg best tgk video tu. igt nk try BB Playbook ni la. let my wife ngan Apple gadget. huhu