Dah makin jarang aku menulis blogpost nih, bukan sebab aku dah malas, tapi dengan kerjanya yang agak banyak, dengan perkara-perkara lain yang aku buat, rasa macam nak luangkan sedikit masa tuh nak menulis blogpost rasa agak malassss jer… Okeh aku dah kata malas, aku malas, what the hell… warghhhh!
Moving on…
Aku rasa harini setelah bertahun-tahun lamanya aku mengaktifkan diri aku dalam Twitter dan Facebook, akhirnya Google telah merampas semua masa itu dengan social network terbaru mereka iaitu Google+.
Mungkin ada yang diluar sana yang masih lagi tidak tahu apakah Google+ ini, dan biar aku disini terangkan.. Google+ adalah sebuah social networking seperti Facebook dan Twitter yang serupa seperti itu, cuma ianya adalah daripada Google, dan ia seperti gabungan Google Buzz + Google Profile + Google Wave + Google Talk. Kalau anda pernah menggunakan keempat-empat aplikasi tersebut anda akan tahu bagaimanakah rasanya apabila anda menggunakan Google+ ini.
Ia sangat laju dan sangat ‘clean’ bagi kebanyakan orang, ia tidak ada Farmville, Cityville, Mafia Wars dan even poke pun dalam Google+ ini, purely adalah sebuah social network untuk kita semua berkomunikasi, berkongsi link atau video, chatting dan pelbagai lagi. Dan mengapa ia masih lagi basic? Well.. kerana ianya masih lagi baru dan pihak Google aku percaya masih belum release secara rasmi lagi kepada umum, mereka yang ingin menggunakannya perlu mendapat invite dari mereka yang telah ada akaun dalam Google+, tapi sayangnya kerana proses invite yang Google terima harini terlalu banyak, maka mereka terpaksa menutupnya buat sementara bagi mengawal proses yang terlalu banyak, aku boleh bayangkan macam-mana mereka terpaksa berhadapan dengan panggilan data yang terlalu banyak dalam satu masa, boleh jadi terkejut beruk tau mereka semua dan paling penting sekali server mereka. Itulah yang kenkadang users dapat error retrieve data masa mereka gunakan.
Mungkinkah ini akan menjadi pembunuh Facebook dan Twitter? Well.. ianya masih terlalu awal untuk dicakapkan, dan excitement users sedang gunakan dalam Google+ sekarang ini mengingatkan aku pada ketika Google Wave diperkenalkan pada mula-mula, semuanya jadi hipster, semuanya sibuk berbual, sehinggalah kami semua users menyedari yang Google Wave masih tidak ada banyak faktor lain lagi yang boleh menjadikannya lebih seronok. Aku rasa mungkin itulah sebabnya ia dinamakan sebagai Wave, sebab ia seperti Tsunami, ia datang secara tiba-tiba, merosakkan dengan pantas, dan bila segalanya sudah reda, ia kembali normal, dan lesu + tenang, kerana segalanya bagaikan padang jarak padang tekukur. Dan aku tak katakan Google Wave ini membinasakan, cuma feel excitement dia lebih kurang macam tuh la.
Kepada yang betul-betul berminat dan tahu mengenai Google+ ini tapi masih belum ada invite untuk masuk, letakkan komen anda disini atau beritahu aku dalam Facebook dan Twitter jika anda mahukan, aku akan send invite pada korang dan hopefully korang akan mendapat pass untuk masuk bila pihak Google membenarkannya, sila pastikan anda menghantar email Gmail anda dan bukan email yang lain-lain. Mereka yang aku rasa berbaloi untuk dijemput akan mendapatnya, i will stalk you first before i send it.
Masa sekarang sudah pukul 12 a.m. dari jam laptop aku, esok pagi harus bangun awal kerana nak pergi kerja, oleh itu aku ucapkan selamat malam dan selamat tidur dan jumpa anda di Google+ esok pagi nanti.
Sekian..
Posted from Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Related posts:


aku baru try tadi. masih terkial-kial
bro… invite aku.. mau try juga
Google… Gergasi Internet mula menguasai dunia…
Rujuk entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/07/top-10-sebab-sebab-anda-perlu-berubah.html
Lepas betul-betul dah siap,pasni pasti ramai yang akan beralih ke google+ ni.Persaingan sihat antara google,facebook & tweeter
Google+ mantap dan terbaik!!!
Rujuk sini juga:
http://abszeen.blogspot.com/2011/07/bila-google-mula-dibuka-kepada-umum-7.html
smpai skrg xleh nak try lgi google + ni…invite jap bleh??
bagi gmail email