Makluman: Semua foto telefon Samsung Galaxy S 2 dalam blogpost review ini aku terpaksa ambil dahulu dari orang lain, aku akan update esok dengan foto aku sendiri.

Kredit foto: paulosba (Flickr)

Selepas sekian lamanya aku tidak buat sebarang reviu terhadap mana-mana gajet yang baru di pasaran, akhirnya aku mendapat sebuah produk baru dari Samsung untuk mencuba iaitu, Samsung Galaxy S 2 (I9100).

Kejayaan model Samsung Galaxy S yang sebelum ini membuatkan Samsung mahu meneruskannya bagi versi ke-2, yang mana ianya lebih pantas, spesifikasi yang telah ditingkatkan lagi, paparan yang lebih cantik, lebih ringan, rekabentuk baru dan sebagainya. Samsung Galaxy S 2 telah dilancarkan di seluruh dunia pada bulan Mei 2011 yang lepas, dan pada bulan ini Jun 2011, giliran aku pulak menjadi antara yang merasmikannya di Malaysia. Dan sesuatu perkara yang anda perlu tahu, bila sesuatu model produk itu diteruskan pengeluarannya, maka anda boleh pasti yang modelnya yang sebelum ini sangat berjaya dalam permintaan, dan model barunya pasti lebih hebat lagi dari yang sebelumnya.

Komen pendek aku mengenai Samsung Galaxy S 2? Ianya sangat pantas apabila melakukan proses data, besar dari segi dimensi, dan paparan Super AMOLED nya memang superb bila anda main game atau tengok video dengan telefon ni.

Mahukan penjelasan lebih lanjut? Teruskan membaca..

Rekabentuk.

Setelah bertahun-tahun lamanya aku menggunakan HTC Hero, aku memang inginkan sangat sebuah phone yang mempunyai skrin paparan yang lebih luas lagi, dan Samsung Galaxy S 2 mempunyai ciri yang aku kehendaki sangat, dengan skrin yang bersaiz 4.3 inci, dan paparan resolusinya bersamaan dengan 480 x 800 pixel, phone ini boleh memberikan pengalaman yang lebih baik lagi kepada anda ketika menonton video dari YouTube ataupun bermain game melalui phone tersebut.

Namun begitu, oleh kerana saiz telefon ini besar, anda mungkin akan menghadapi kesukaran sikit apabila ingin menyentuh sesuatu dalam skrin di bahagian atas, dan juga rupa fizikal telefon ini juga terasa seperti ianya adalah plastik, dan licin. Jadi banyak kali jugakla telefon ni hampir-hampir terlepas dari genggaman, lebih-lebih lagi ketika aku sedang dalam keadaan baring menggunakannya, nasib baik tak jatuh atas muka. LOL!

Kredit foto: samsungtomorrow (Flickr)

Tapi, aku rasa cara terbaik kepada pemilik Samsung Galaxy S 2 adalah, samada anda memegangnya dengan dua belah tapak tangan anda, kerana dalam cara tersebut anda boleh memastikan telefon anda selamat dari risiko jatuh, dan keduanya memudahkan anda untuk menyentuh mana-mana permukaan skrin sesentuh tanpa sebarang masalah. Atau dengan cara lain, anda keluarkan sikit duit untuk beli casing khas telefon ini, untuk memberikan cengkaman ketika anda memegangnya dalam apa jua keadaan sekalipun, sebuah pelaburan yang berbaloi bagi aku, kerana ia melindungi gajet yang penting bagi anda, janji ianya tak akan jatuh, nangis nanti wooo…

There you go, problem and solution!

Hardware.

Bagi aku adalah perkara pertama yang paling penting mana-mana pembeli telefon patut melihatnya terlebih dahulu sebelum membelinya, kerana anda tak mahu selepas anda beli nanti anda akan berada dalam situasi dimana telefon yang anda baru sahaja anda beli lambat ketika membuka aplikasi yang anda mahu gunakan, ataupun tersekat berkali-kali ketika anda ingin cepat menghubungi rakan atau bos anda sebagai contoh. Jadi Samsung Galaxy S 2 pastinya tidak akan mengecewakan anda, tak percaya? Lihat benchmark yang aku dah buat di-bawah, satu Quadrant Standard, dan satu lagi adalah dengan Linpack for Android. Nice right?

Untuk makluman, aku masih belum lagi root telefon ini, jadi benchmark yang anda lihat ini adalah menggunakan Android OS yang masih lagi standard, dan masih belum lagi diusik. Tapi bila anda dah root dan anda menggunakan CyanogenMod latest version seperti contoh, pastinya keputusan yang anda akan dapat akan lebih tinggi lagi daripada apa yang aku berikan sekarang ini. Jadi anda boleh nampak kemampuan telefon ini kan?

Lihat spesifikasi penting bagi Samsung Galaxy S 2 ini.

3 Perkara yang aku mahu anda semua ambil penting dahulu dari spesifikasi telefon ini.

Pertamanya adalah processor, Samsung galaxy S 2 memberikan anda pemproses dual-core dengan kelajuan 1.2 GHz (ARM Cortex-A9), pada mereka yang tidak tahu, pemproses dual-core adalah suatu kegilaan kepada pembeli dan penghasil telefon ketika ini, ramai yang mahu berpindah ke dual-core kerana mahukan telefon yang lebih pantas lagi (boleh memproses data 2x ganda laju), dan itu adalah berita yang baik pada industri telekomunikasi seluruh dunia, kerana apabila dunia makin pantas, anda pasti mahukan peranti yang mampu gerak pantas juga, dan Samsung Galaxy S 2 boleh memberikan kelajuan yang anda hendakkan.

Namun tak terhenti disitu sahaja, model ini juga mempunyai 1GB RAM, dan storan dalaman yang sebesar 16GB atau 32GB, anda boleh bayangkan la berapa banyak yang anda boleh sumbatkan dalam phone anda dengan saiz storan sebesar itu, dan itu tak termasuk sekali jika anda tambahkan dengan kad SD kedalam phone ni, batasan anda untuk letak apa sahaja (muzik, video, gambar) amat banyak, dan itulah sebabnya aku katakan telefon ini mempunyai spesifikasi yang diinginkan oleh mana-mana pemilik telefon.

Seterusnya mengenai hardware yang aku rasa sangat berpuas hati apabila menggunakan telefon ini adalah kepantasan GPRS nya, bayangkan sebelum ini ketika menggunakan HTC Hero aku, aku terasa macam lambat sangat telefon aku tuh nak kesan kat mana aku berada, and kelajuan 3G dan HSPA aku untuk hantar dan receive data balik pun mengambil masa, namun dengan Samsung Galaxy S 2 ini aku rasa macam sangat pantas jer bila menggunakannya, seperti contoh aku selalu menggunakan Foursquare dan Gowalla untuk check-in pada tempat aku berada, selalunya ketika menggunakan telefon lama aku mungkin akan tunggu sebentar di tempat itu sehingga aku telah check-in, tapi dengan telefon Samsung ini aku boleh check-in sambil berjalan tanpa mengambil masa yang panjang, dan itulah perkara yang aku rasakan telefon ini sangat best dengan keupayaan GPRS nya. Aku rasa Samsung Galaxy S 2 ini boleh menjadi penyaing yang hebat kepada iPhone 4.

Mengapa aku suka bandingkan dengan telefon lama aku? Sebab bagi aku bila anda dah menggunakan peranti yang perlahan dan lama, anda akan rasa perbezaannya dengan jelas sekali, senang citer.. aku bandingkan dari segi pengalaman aku dalam menggunakan telefon jenis Android. Jadi faham kan?

Android OS

Samsung Galaxy S 2 menggunakan OS Android yang paling terkini untuk peranti telefon, secara tepatnya adalah Gingerbread versi 2.3.3. Dan apakah yang best nya dengan Gingerbread ini berbanding versi yang sebelumnya kamu kata?

Kepantasan. Google menjanjikan yang Gingerbread ini adalah versi OS Android yang paling pantas buat masa ini, dan setakat yang aku gunakan sekarang, ia memang pantas.

Hayat bateri untuk Gingerbread adalah lebih baik lagi. Kerana sistem ini mampu mengawal aplikasi-aplikasi dari menghabiskan masa bateri telefon anda. Secara mudahnya kalau aku nak terangkan, Gingerbread akan menutup mana-mana aplikasi yang tidak aktif dan tidak anda gunakan ketika itu, selalunya aplikasi yang berjalan di belakang la, dan tak akan menggangu aplikasi yang sedang anda gunakan.

Anda lebih suka jika anda sendiri yang mengawalnya dari Android OS sendiri lakukan? Boleh juga.. Dalam Gingerbread ni ada pelbagai aplikasi khas sistem yang dibina untuk anda melakukan tugasan itu, seperti anda ingin menutup mana-mana aplikasi yang anda mahu secara manual, melihat mana aplikasi yang kuat menggunakan bateri, clear kan memori supaya telefon anda tidak menjadi perlahan, dan pelbagai banyak lagi. Kawalan sepenuhnya berada di tangan anda dengan Gingerbread.

Yummmmm.. Gingerbread..

Terdapat banyak lagi yang Google telah senaraikan apa yang terbaru dalam sistem Gingerbread ini, untuk melihatnya sila pergi ke website Android developers sendiri untuk membacanya: http://bit.ly/kEfnBM.

Kamera

Kredit foto: samsungtomorrow (Flickr)

Aku sangat suka dengan kamera Samsung Galaxy S 2, ianya cantik, kualiti pun terbaik, dan aku rasa kalaulah aku tak bawa kamera DSLR aku pun aku boleh menggunakan telefon ini untuk mengambil gambar tanpa risaukan kualiti imej yang aku tangkap.

Dan untuk telefon ini ia mempunyai 2 kamera di hadapan dan belakang, tapi berbeza pixel bagi keduanya. Di belakang ianya adalah 8 mega-pixel dari segi spesifikasi, dan dihadapan adalah 2 mega-pixel sahaja. Aku rasa kamera hadapan tu adalah bertujuan untuk lakukan video-call sahaja yang tak memerlukan kualiti yang tinggi sangat untuk digunakan, manakala belakang itu adalah bertujuan untuk mengambil gambar-gambar yang berkualiti. Oh tak lupa juga ia mempunyai flash di kamera belakang untuk digunakan pada persekitaran yang gelap.

Contoh gambar yang aku ambil dengan kamera ini (menggunakan aplikasi kamera yang standard sahaja dan tidak menggunakan sebarang aplikasi lain ketika mengambil gambar ini).

Puas hati bukan?

Saiz imej yang dihasilkan adalah ber diameter 3264 x 2448 pixel, dan ianya adalah dalam format JPEG.

Bateri

Untuk bahagian ini aku rasakan tak ada banyak yang boleh aku katakan, kerana ianya pasti akan terpulang kepada bagaimana anda gunakan telefon ini, sebab kalau anda menggunakan connection 2G, Edge atau GPRS sahaja aku rasa bateri akan save banyak, tapi kalau anda guna 3G dan HSPA pula pasti bateri akan banyak digunakan, yang penting.. mesti selalu charge telefon anda selagi dapat, kerana anda tak akan tahu bila berlaku kecemasan untuk menggunakan telefon nanti.

Harga

Menurut apa yang diberitahu oleh pihak Samsung, harga masih belum mereka dapat umumkan, tapi tarikh rasmi ianya akan dilancarkan adalah pada 22 Jun, 2011 ini pada hari Rabu minggu hadapan. Aku akan update jika mendapat berita baru dari mereka.

Jikalau anda ingin baca lagi review mengenai Samsung Galaxy S 2, inilah senarai website yang aku cadangkan:
CNET UKhttp://bit.ly/jLSwUB
TechRadarhttp://bit.ly/ih3pou
Engadgethttp://engt.co/myXqO8
SlashGearhttp://bit.ly/jLcHQ2
Pocketnowhttp://bit.ly/lkD51i
Android Policehttp://bit.ly/l2QFya
PCWorldhttp://bit.ly/jrCqRF
Wired UKhttp://bit.ly/kSOVbt
MobileCrunchhttp://bit.ly/mmPLnz

Dan seperti biasa, maklumat rasmi anda boleh pergi ke website Samsung Malaysia (http://www.samsung.com/my/), atau Facebook page mereka (http://www.facebook.com/SamsungUnivez) untuk informasi lanjut.

Aku rasa cukuplah penerangan aku mengenai telefon ni sampai sini, panjang sangat aku tulis haa.. Seterusnya aku akan tunjukkan kualiti lebih banyak gambar lagi, video dan mungkin juga video review untuk Samsung Galaxy S 2 ini. Jadi nantikan okay!

Posted from Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Related posts:

  1. Review: Samsung Galaxy Tab
  2. Samsung Galaxy Tab Akan Tiba
  3. Saksikan Pelancaran Samsung Galaxy S Terbaru Secara Live!
  4. Honeycomb Untuk Galaxy Tab?
  5. Video Promo Samsung Player 70 Menunjukkan Dunia Menjadi Milik Android

Tags: , , ,



7 Responses


  1. Paan Jr on 14 Jun 2011

    sesungguhnya ia menangkap jantung dan paru paru aku. nakk belii!!

    • Himself on 14 Jun 2011

      memang.. aku sgt syang skarang ni dengan henfon nih.. huhuhuhu

  2. Twit N View on 14 Jun 2011

    kualiti gambar hp nie memang cantik ler, sesuai sgt utk org yg suka bergambar..
    android, sesuatu yg aku belum pernah cuba lagi, harap2 dapatlah memiliki gajet android nanti utk ketahui kelebihan android tu sendiri…

    • Himself on 14 Jun 2011

      aminnnnn… akan jadi doa tuh.. hehehe

  3. Fareesman on 15 Jun 2011

    aku dh owned hp nii hmpir seminggu.. cuma satu ayat aku nk ungkap .. SUPPEERRBBBBBBBBBB!!!!
    Sblm nii mmg aku penah pakai GalaxyS1 tp 5 hari je tahan, pastu swap dgn HTC Desire.. GS1 mmg ada bnyk issue yg aku tk bekenan tp aku still ada keyakinan utk own next generation Galaxy S.. ternyata GS2 menepati impian aku! Seme phone mmg ada pro n kons nya, tiada apa yg perfect .. walopon GS2 ni di review dgn pujian menggunung tinggi aku rasa ianya mmg berbaloi utk dimiliki. Mmg ada part2 yg still aku tk suka ttg GS2 nii yg kalo nk dibanding kan dgn HTC Desire HD (last skali aku guna sblm swtich tu GS2). Dye nye calling interface yg sgt plain tk mcm HTC nmpk lebih ekslusif & layout sgt cantik. Mmm pastu wake up time agak slow (walopon 2 saat jer) tp still mengganggu bagi pengguna2 yg particular mcm aku nihh. Lg satu yg ganggu aku is takde Font changer dlm GS2, tp tengok review ada lakk.. nape ekk? ker sbb aku amik yg AP set nyer?? Kies sync tu pon still ada issue dgn PC atau on air. Sgt2 complicated Kies nii samsung implement, tk faham aku kalo nk dibandingkan dgn Nokia Ovi suite.. but the rest if it is damm excellent.. tak nyesal aku swtich dr DHD ke GS2..

    • Himself on 15 Jun 2011

      aku rasa banyak yang boleh dilakukan jika kita root android phone, macam last time aku guna HTC Hero, jangankan font, boot-screen, UI semua aku tukar habis-habisan. aku rasa untuk lain-lain perkara, kene check-out apps yang ada kat market, sometimes kita tak boleh depend terlalu sangat pada apa yg dah tersedia pada phone, kena pandai rajin cari jer and baca kat blog-blog lain.

      apapun, Samsung Galaxy S 2 memang best secara keseluruhannya. :D

      • Fareesman on 16 Jun 2011

        Pasal rooting nii yg aku tak khatam.. Takut salah buat abess phone corrupt lakk.. x brani lagi nk explore rooting nihh.. apa kaedahnya yer??