Kementerian pertahanan British telah memberi arahan kepada tentera-tentera mereka di sana untuk tidak menggunakan Foursquare bagi tujuan keselamatan, dan ini adalah video yang mereka sediakan di dalam YouTube.
Tapi bagi pendapat aku kalau nak menggunakan Foursquare ke, Gowalla ke, Twitter atau Facebook check-in tu boleh, tapi kalau boleh sila pastikan la ia dikongsi pada individu yang anda kenali sahaja, dan tidak kepada umum begitu sahaja.
Untuk diri aku sendiri, aku rasa aku takde benda yang perlu aku sembunyikan, aku takde hutang dengan sesapa kecuali bank dan kerajaan (loan MARA), aku tak bekerja di tempat yang dikelilingi dengan maklumat rahsia dan pertahanan negara, dan aku cuma orang biasa yang mempunyai minat yang besar dalam perkara berkaitan teknologi, seni dan sains, jadi aku rasa aku okay untuk menggunakannya, cuma aku perlu kawal lebih lagi info mengenai aku supaya ianya tidak nampak terlalu ‘transparent’ kepada umum, sebuah nota penting kepada diri sendiri dan kepada anda juga yang membaca.
Jadi sudahkah anda check-in tempat yang anda berada sekarang? LOL!
Sumber: About Foursquare (http://bit.ly/jOxMQU)
Posted from Bukit OUG, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Related posts:


Aku biasa buat false check in.LOL!
ahh kalau camtuh.. konpem la ko sudah berjaya bikin terrorist pening kepala carik ko.. LOL! kejap kat Malaysia, kejap kat New York.. hahahaha
hehe post ko mengingatkan insiden aku nyer location ngan @azmanishak masa guna googlemaps dulu
insiden apa weihhh.. citer la sikit..
sumpah bang… saya takkan buat lagi.. hahaha…
pst… map betul betul tepat atas kepala plak tu. naya.. mujur sempat di delete sebelum tersebar luas
aku check in bersepah. saqtu tempat check in 3 tempat maksimum sebelum rapid fire check in.. kena ban 4square 2 hari. #ohdem