
Inilah baju yang menjadi idaman mana-mana Apple fanboy di seluruh dunia tak syak lagi, bentuk sweater yang terkenal kerana sering diperagakan oleh Steve Jobs dalam majlis-majlis keynote Apple, dan kini syarikat Vonrosen yang telah menghasilkan pakaian Steve dalam majlis WWDC 2011 yang lepas telah memperkenalkan diri mereka kepada dunia. Dan inilah dia Apple pie sekalian.. opsss i mean.. Apple fans sekalian, kagumilah ia..
Aku sendiri tak pasti sama-ada pihak Vonrosen juga merupakan pihak yang sama menghasilkan sweater yang dipakai oleh Steve Jobs dalam majlis keynote yang lepas-lepas. Tapi apa-pun korang akan memerlukan EURO 420.00, bersamaan RM1,846.63 untuk memiliki sweater yang eksklusif ini. Fuuuuuhhhhhh.. dah nak sama dah dengan harga iPad 2. LOL!
Berminat? Pergi ke website Vonrosen untuk buat order korang sekarang. Serius nih!
Sumber: TechCrunch (http://tcrn.ch/jGIYEG)
Posted from Bukit OUG, Bukit Jalil, Selangor.
Related posts:


#ohdem, baik beli sweater bundle.