Sementara menunggu kedatangan adik aku untuk ambil aku di stesen LRT Masjid Jamek semalam, sempat aku singgah sebentar di Masjid Jamek punya masjid (cam susah kan?) untuk menunaikan solat-solat di sana. Pada mulanya aku tak berani nak ambil gambar di masjid tersebut kerana pernah dilarang mengambil apa-apa gambar di masjid Putrajaya dulu, namun setelah bertanya kepada pengawai masjid dan mendapat kebenaran, jadi aku snap beberapa foto yang aku rasa cam okay untuk diambil.

Gambar di-dalam masjid aku tak ambil, sebab aku tak berani, heeeeeeee…

Pada mulanya lampu tersebut tidak dipasang, namun apabila pegawai masjid tersebut nampak aku sedang mengambil gambar sekitar masjid, beliau hidupkan lampu tersebut, mungkin untuk bagi nampak lawa kot foto-foto ini diambil nanti. Terima kasih yer bang!

Aku suka dengan rekabentuk tabung masjid nih, nampak begitu unik dan cantik.

Ada banyak lagi foto aku dah ambil, namun semua tu akan aku upload-kan kemudian ke akaun Flickr aku jer nanti, sebab banyak gambar aku ambil pun dalam bentuk kedudukan potrait, dan aku sangat tak suka letakkan gambar kedudukan tuh dalam blogpost aku (kecuali kalau memang aku takde pilihan), sangat tak cantik mata memandang, bagi aku laaa..

Eh takde ke korang ada plan nak buat photo-walk? Aku rindu siot aktiviti yang macam tu, kalau korang yang membaca ni photographer jugak, jom la kita set tempat, tarikh and masa.. aku sure punya join. Okay?

Bye, cheers!

Posted from Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia.

Related posts:

  1. Kredit Foto Dari Jauh Sana
  2. Sebuah Foto Malam Sebelum Merdeka
  3. Lihat Masjid Al-Aqsa Secara Virtual
  4. Dua Foto Baru Untuk Hujung Minggu Ini
  5. Swimming Pool Di DoubleTree Hotel

Tags: ,



7 Responses


  1. Twit N View on 02 Jun 2011

    menarik juga ni, jalan2 menembak kan…
    sejak pindah ke luar bandar ni rasa boring jer, senjata canon pun byk tersimpan dlm beg jer..

    • Himself on 02 Jun 2011

      haaa.. kalau dah cakap camtuh. apa lagi, lap-lap balik kamera tu dari habuk, charge, and pegi tembak memana.. best woo.. :D

  2. zawizainal on 03 Jun 2011

    utk menunaikan solat-solat disana? banyak nyer solat nk buat… :D

  3. Suria on 15 Jun 2011

    cantik sgt gambar awak amek. nanti saya cuba ek menggunakan kamera sana..

    • Suria on 15 Jun 2011

      sila menggunakan kamera saya

    • Himself on 15 Jun 2011

      terima kasih :)