Aku rasa dah lama benor aku tak tulis sebuah blogpost yang aku boleh kategorikan sebagai perkara yang berkaitan teknologi, asyik-asyik update dengan benda-benda yang takde kena mengena langsung dengan diri aku dan minat aku, rasanya aku perlu kembali semula la ke jalan yang benar dan lurus selurus lurusnya.

Cumanya kali ni aku mungkin tak pergi ke arah yang terlalu ‘aggregator’ sangat, paham-paham jela yang aku busy sangat sekarang ni dengan kerja, dengan keluarga lagi, dengan perkara-perkara luar, so aku tak akan ada masa nak tulis semua berita, cuma aku akan ambil satu isu, ulaskan dengan lebih panjang, troll mana-mana part yang boleh di-troll, dan mungkin share benda-benda yang aku jumpa dalam internet yang aku kira best untuk dikongsi bersama dengan korang, and that’s it! Aku rasa kemampuan aku untuk berblogging pada masa ini hanya terhad pada itu sahaja.

Aku cuba menjaga nama baik blog aku ni dengan sebaik yang boleh mulai hari ini. Sebab aku tengok sejak akhir-akhir ni makin banyak lak blogger yang aku kenal bertambah maju dan bertambah baik kedudukan mereka, dan aku tak mahu tertinggal sama dengan mereka. Mana boleh aku nak ke belakang beb.. Haha!

So kalau korang rasa sebelum ni macam aku dah tak berupaya je nak berblogging lagi, dan dah banyak lari dari tujuan asal blog aku ni dibuat, sila erase-kan pandangan tersebut, sebab Sham Hardy is back baby! Woooooooooott!! Oh yeah!

Posted from Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Related posts:

  1. Akhirnya.. Kembali Semula
  2. Kembali Semula Pulang Bekerja
  3. Aku Rasa Malas Nak Admit Yang Aku Ni Geek People
  4. Aku Kembali Rabun?
  5. Jangan Kata Apa-Apa Kalau Ko Tak Tau Mengenai Perkara Tersebut

Tags:



4 Responses


  1. khairil on 27 May 2011

    selamat kembali semula ke jalan yang benar dan selamat maju jaya in future :)

    • Himself on 27 May 2011

      terima kasih geng! :)

  2. Fazreen on 01 Jun 2011

    Selamat kembali ke pangkal jalan.

    • Himself on 01 Jun 2011

      terima kasih rakan (a.k.a partner in future) :P