Maroon 5 Live In Kuala Lumpur

Maaf kerana terlalu lewat membuat blogpost laporan ini, kerana kesibukan serta pelbagai program dilakukan, menyebabkan baru sekarang aku dapat masa untuk menulis laporan sepenuhnya. So, here we go!

Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada HTC dan Ogilvy kerana telah memberikan 2 tiket percuma pada aku untuk pergi ke konsert ini, walaupun pada awalnya untuk masuk ke stadium agak lama beratur, tak silap dari pukul 6 lebih hingga dalam area pukul 8 baru dapat masuk ke dalam stadium Putra, namun.. semua itu telah aku lupakan apabila band Maroon 5 memulakan persembahan mereka pada malam tersebut.

Komen mengenai persembahan, diorang sangat awesome, bertenaga, dan aku sangat pasti kebanyakan lagu mereka mainkan pada malam itu semuanya peminat sudah pun tahu, kerana aku dapat dengar dari mula konsert hingga akhir tidak henti-henti crowd sing-a-long dengan mereka bersama.

Berikut adalah senarai lagu yang mereka mainkan pada malam tersebut:

1. Misery
2. If I Never See Your face Again
3. Harder to Breathe
4. Give a Little More
5. The Sun
6. Billie jean (Michael Jackson cover)
7. Won’t Go Home Without You
8. Never Gonna Leave This Bed
9. Secret
10. What’s Love Got to do With It (Tina Turner cover)
11. She Will Be Loved
12. Wake up Call
13. Shiver (Mash up with previous song)
14. Stutter
15. This Love
16. Hands All Over
17. Makes me Wonder
18. Sunday Morning

Sesuatu yang aku rasa special adalah apabila mereka juga turut memainkan lagu Billie Jean dari Michael Jackson yang memang sebijik sama dari segi style dan suara mereka, suara Adam Levine memang macam Michael Jackson sikit yang zaman dahulu punya! LOL..

Tamat dengan Maroon 5, seterusnya adalah konsert Incubus! Woooottt! Can’t wait for that! :D

Posted from Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Related posts:

  1. Maroon 5 Live Di Kuala Lumpur Bersama Maxis Dan HTC
  2. Michael Jackson R.I.P. (1958 – 2009)
  3. Cerita Dari Facebook Developer Garage #KLFB
  4. Cerita Dari WebCamp KL Alpha
  5. Dashing Roadshow Bersama Remy Ishak Di Sogo Kuala Lumpur

Tags:



3 Responses


  1. Ali ridha on 14 May 2011

    belum pernah pergi konsert orang putih.rasa tak sakit tekak ke nyanyi lebih dari 10 lagu.huu.

    • Himself on 16 May 2011

      errrrrrrrrrrr…. tak? :P

  2. andy telasai on 17 May 2011

    im a fan, but cant make it to their concert T_T