Dunia perniagaan hari ini memerlukan peralatan teknologi yang boleh membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan mereka bagi segala urusan, dan printer merupakan salah satu daripadanya. Jadi pada hari ini, aku nak memperkenalkan satu produk printer daripada HP yang boleh melaksanakan tugasan tersebut dengan baik, iaitu HP Deskjet Ink Advantage All-in-One Printer K209a.

Bentuknya juga sangat elegan, malah ketika printer ini sampai di pejabat, rakan sekerja juga memuji dengan rekabentuknya, namun aku akan ceritakan pula mengenai kemampuan printer ini boleh lakukan.

Dari foto yang anda lihat, HP Deskjet Ink Advantage All-in-One Printer K209a adalah merupakan printer yang all-in-one. Bermaksud, ia boleh melakukan kerja printing, scanning dan juga kerja copying. Ia seperti anda memiliki mesin printer dan mesin fotostat dalam satu masa. Ia sangat memudahkan!

Malah kerja printing yang dilakukan juga sangat pantas, begitu juga dengan kerja scanning. Ia seperti, anda pasangkan kabel ke komputer anda, install driver, dan everything ready to-go!

Anyway, sebagai seorang programmer, mesti korang akan kata “mengapa programmer perlu penting sangat dengan printer?”, documentation ladies and gentleman, documentation, bukan jumlah yang sedikit, tapi sungguh banyak, ya laa.. kalau kita nak tunjukkan timeline progress kerja kita untuk diterangkan kepada client, mana lagi cara kalau kita nak tunjukkan secara offline kalau bukan dengan printing? Of course I want a good printer. Aku lagi arif bab-bab technology stuffs nih. Dan tak terhad kepada itu, kadang-kala ada jugak sesetengah tugas aku yang lain memerlukan penggunaan printer.

Berikut adalah spec printer ini boleh laksanakan:

Kepantasan Printing:
Mono Text (rtf) 16 seconds
Coloured text (rtf) 27 seconds
Text + Graphic (pdf) 35 seconds
Picture in A4 48 seconds

Kepantasan Copying:
Mono Text (rtf) 18 seconds
Text + Graphics (pdf) 34 seconds
Pictures(jpg) 43 seconds

Kepantasan Scanning:
Photo in A4 (100dpi) 11 seconds
Photo in A4 (300dpi) 28 seconds
Photo in A4 (600dpi) 1 minute35 seconds

*Update: Menjawab persoalan Twit N View.
Harga Katrij Printer:
HP 703 Black Ink – RM27 bagi 600 muka halaman print.
HP 703 Tri-Colour Ink Catridge – RM27 bagi 250 muka halaman print.

Daripada info yang boleh didapati dari laman HP sendiri, mereka telah meletakkan harga ini bagi model printer ini. Bagaimana? Nampak murah bukan?

Mengenai harganya pula, HP Deskjet Ink Advantage All-in-One Printer K209a adalah berharga RM319. Mungkin agak mahal bagi sesetengah orang, tapi jika difikirkan mengenai kemampuan dan keupayaan printer ini, anda mungkin akan terus tutup sebelah mata sahaja dan beli produk ini. Good thing comes in good price right?

So.. apakah printer anda gunakan ketika ini?

Related posts:

  1. Jika #Google Friend Connect Gadget Anda Tak Muncul, Ada Solusi Sebernanya
  2. Blog Anda, Talk Show Anda
  3. 4 Video Menarik Anda Patut Tonton Harini
  4. Sembang Komputer Memerlukan Anda
  5. Anda Seorang Gamer? Mengikut Kajian Anda Pemandu Yang Teruk

Tags:



5 Responses


  1. Twit N View on 09 May 2011

    katrij nyer pula camner?
    berapa harga?
    biasanya org akan cari printer yg menggunakan katrij yg berbaloi.

    • Himself on 09 May 2011

      soalan anda telah dijawab, sila lihat update terbaru blogpost ini.

      terima kasih! :)

      • Twit N View on 09 May 2011

        terbaik…
        harga katrij pun murah utk jumlah cetakan yg byk.
        betul2 boleh berjimat.
        thx.

      • Himself on 09 May 2011

        no problem.. :)

  2. yusri on 12 May 2011

    alamak aku baru je beli jenama canon..salam perkenalan …