Aku menganggap diri aku sebagai peminat besar kepada Mortal Kombat. Bermula dengan bermain game mereka ketika aku memiliki Micro Genius lagi dari saat aku bersekolah rendah, hinggalah sekarang, aku masih lagi meminati francais ini kerana mempunyai kepelbagaian karakter dalam game mereka dan yang paling penting sekali, elemen ganas, darah, patah-tulang, kecederaan otot, potong-kepala, tikam dan kematian yang melampau membuatkan aku menjadi sangat teruja menonton filem-filem dan bermain game baru mereka yang berada di pasaran.

Walaupun aku tak boleh nafikan yang filem ke-2 nya (Mortal Kombat: Annihilation) adalah antara yang paling teruk sekali selepas filem Super Mario Bros, Max Payne dan Street Fighter. *meh!

Namun apa yang aku nak share dengan korang dalam blogpost kali ini adalah, yang Mortal Kombat sudah mempunyai rancangan web nya yang tersendiri yang boleh anda tonton dalam channel mereka di YouTube. Dibawakan khas kepada anda oleh Machinima.

Komen aku mengenai episod-episod mereka setakat ini? Sangat menarik! Pada mulanya aku ingatkan Kano takkan ada kepingan besi di mukanya, dan ingin membuat sesuatu yang baru berdasarkan dari trailer yang aku tengok sebelum ini, namun dalam episod nya yang kedua dalam akhir sekali perlawanan dengan Jax, muka Kano tercedera, dan doktor yang merawatnya menggunakan kepingan besi untuk menutup kecederaan teruk tersebut. Maka muncullah watak Kano yang sebenar. Woohoo!

Berdasarkan dari tarikh video di upload, nampak gayanya macam rancangan web Mortal Kombat: Legacy ini akan muncul pada setiap hari dalam channel YouTube mereka. Dan kepada anda diluar sana yang meminati juga, jangan lupa untuk untuk subscribe update channel mereka untuk tidak terlepas sebarang episod rancangan. Pasti tidak akan mengecewakan anda.

Tonton dua episod yang sudah pun muncul.

Untuk episod-episod yang seterusnya anda boleh pergi tonton sendiri di YouTube, sebab kalau aku nak share semuanya disini nanti, pasti blogpost ini akan menjadi yang paling terpanjang sekali dalam sejarah dunia blog pernah ada.

Pada saat blogpost ini ditulis, sudah sebanyak 6,321,526 views dua video ini sudah ditonton, dan pasti akan meningkat lagi setiap hari punya, aku sangat pasti.

Mengikut apa yang diberitahu dalam blog Complex Pop Culture, mereka akan mengeluarkan rancangan ini dalam bentuk DVD dan Blu-Ray pada akhir tahun nanti di U.S. Yang itu kita perlu tunggu lebih lama lagi.

Tak sabar aku nak tengok watak-watak lain yang akan keluar, especially Scorpion. My favorite character! Ha ha ha haa.. GET OVER HERE!

Update: Check-out video review game terbaru Mortal Kombat (2011) dari GameSpot. Boleh didapati hanya di PlayStation 3 dan Xbox 360 sahaja.

Gila gerek sehhh..

Posted from Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Related posts:

  1. Check Out Trailer Mortal Kombat Ini (Updated)
  2. Sudahkah Anda Menonton Trailer Cinematic World of Warcraft: Catalysm?
  3. Sudahkah Anda Menonton Trailer Rasmi Captain America: The First Avenger?
  4. Suatu Masa Dahulu Pada November 2010 Dalam Sebuah Episod Agenda Awani
  5. 4 Video Menarik Anda Patut Tonton Harini

Tags: , ,



6 Responses


  1. wazy on 20 Apr 2011

    Thanks untuk info ni bro
    minat sangat-sanagat dengan mortal kombat ni
    lepas ni boleh la layan kat youtube je

    • Himself on 20 Apr 2011

      minat jugak? CAYA AH BRO! :D

  2. BLOG MEDIA SENSASI on 27 Apr 2011

    Wah!Ganasnyer..Bahaya nie..Tapi sesuai la ditonton just for adult..takut2 t terpengaruh pulak budak2 tue..kiki..dh tengok DNA Y kes liwat Saiful Bukhari tue siapa?Klik nama blog saya :-)

  3. teDD on 27 Apr 2011

    blom lg….best ke??

  4. rahimah anum on 05 May 2011

    layarilah freemalaysiakini.com , percuma…sebarkan bro

  5. Nadri on 19 May 2011

    klu tak silap Mortal Kombat pertama dihasilkan pada tahun 1990-an..salah sorang heronya mempunyai muka Jepun / Cina…filem aksi nie…