Pengeluar permainan Takara Tomy akan menjadikkan update Twitter timelines anda dengan lebih cute lagi dengan keluaran produk terbaru mereka iaitu, Twimal.
Twimal ini adalah semudah anda menyambungkan kabel USB nya dengan PC/Laptop Windows anda, dan (menurut apa yang mereka kata) ia akan membaca semua Twitter timelines anda secara automatik. Tapi sayangnya, ia hanya tahu satu sahaja bahasa, iaitu bahasa Jepun. Yang lain-lain aku rasa korang boleh masukkan kalau korang reti nak hack benda nih.
Didatangkan dalam dua warna (Biru, Putih), dan ia akan dikeluarkan pada 31 Mac, 2011 ini di negara sana, dengan harga ¥2,480, bersamaan RM92 di Malaysia.
Sumber: Engadget (http://engt.co/ePWwvu)
P/S: Hmmm.. aku follow lebih 3,000 orang dalam Twitter, mesti non-stop dia akan bercakap kan? Cukup seminggu, meletop!
Posted from Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Related posts:
- Twitter Conversation Dalam Site Anda
- Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perubahan Baru Dalam Twitter.com
- Apa Yang Admin Twitter Belajar Dari Serangan Ke Atas Twitter Baru-Baru Ini
- Adakah Twitter Dah Beri Users Mereka Untuk Follow Lebih 2000 Users?
- Friend of Follow: Lihat Siapa Mutual Friends Anda Dalam Twitter


Jd tukang ckp utk yg buta huruf laaa ni eaa…. Hohoho…
lebih tepat lagi, jadi tukang cakap bagi mereka yg malas nak tengok screen lagi dah