Buka Google Reader aku harini aku terjumpa banyak video menarik yang aku rasa lebih mudah aku terus jadikan satu blogpost untuk dikongsikan bersama dengan korang semua. Check it out!
Anda menggunakan Facebook, anda tahu cerita mengenai syarikat mereka, anda mungkin telah menonton filem (The Social Network) mereka juga, dan kini, MTV akan membuat satu rancangan realiti yang mengisahkan tentang bagaimana dunia kerja didalam pejabat Facebook sendiri, yang diberi nama ‘Diary of Facebook’.
Menurut dari blogpost MTV mengenai rancangan ini, ‘Diary of Facebook’ akan membawa anda melihat bagaimana cara kerja seorang technical engineer disana yang bernama Pedram dan seorang pekerja pemasaran bagi pelanggan bernama Erin. Sambil itu juga MTV akan menunjukkan anda bagaimana event hack-a-thons 24 Jam Facebook berlaku, serta berbicara dengan Mark Zuckerberg sendiri tentang bagaimana bentuk budaya dalam syarikat beliau.
Tak diketahui pula bila rancangan ini akan mula ditayangkan di MTV Asia. Hopefully diorang dapat cepat tayangkan sebab aku memang berminat nak tonton rancangan ni sangat. Tapi sebelum itu, aku perlu langgan dahulu pakej ‘Entertainment’ di Astro.
Sumber: Mashable (http://on.mash.to/elFL8h)
Sebuah band dari Ontario, Kanada yang dinamakan The Blue Stones, telah menghasilkan video muzik ‘I’m a Stereo’ mereka dengan menggunakan teknologi Facetime.
Selain dari menggunakan iPhone, mereka menggunakan Canon T2i untuk merakamkan video mereka dalam Facetime tersebut. Saksikan sendiri bagaimana hasil kerja mereka akhirnya dengan menggunakan dua bentuk device dalam video diatas. Amat kreatif!
Sumber: The Next Web (http://tnw.co/eWRuWa)
Seterusnya adalah video yang memaparkan dua robot yang mampu membuat imbangan bola di udara. Menariknya mengenai robot tersebut adalah, ia merupakan robot jenis helikopter, yang dinamakan sebagai quadrocopter. Aku kagum bagaimana sistem mereka hasilkan dapat mengimbangkan bola tersebut, dengan faktor graviti dan udara di sekeliling. Sangat hebat!
Sumber: Engadget (http://engt.co/hhLyH1)
Akhir sekali, seorang pengarah filem pendek dari China bernama Mingjai telah membuat video (aku anggap parody) tentang bagaimana dalam 30 tahun akan datang nanti, produk iPhone 44G (pada masa itu kononnya) akan digunakan dalam semua perkara.
Bagi aku cam dahsyat jugak iPhone developers pada masa tu. Tapi yang aku tak boleh tahan adalah apabila telur mentah tu dipecahkan atas iPad. Aku macam.. “Perghhh!! Mesti berbau telur punya la nanti iPad tuh” LOL!
Sumber: The Next Web (http://tnw.co/hk845R)
Posted from Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Related posts:


nice video lah…. thumb up