Dalam sebuah laporan dari InformationWeek, Claburn menulis yang Motorola sedang membina sistem operating mereka sendiri yang berasaskan web untuk mengurangkan kebergantungan mereka terhadap Google Android. Motorola dilaporkan juga telah mengambil beberapa web engineer dari syarikat Apple dan Adobe, namun tidak pasti lagi bilakah masa OS yang diperkatakan ini akan siap.
Menurut mereka lagi, aplikasi Webtop yang dihasilkan oleh Motorola sebernanya mampu berubah dari sebuah aplikasi ke sebuah OS, dengan beberapa penambahan kepada aplikasi tersebut, kita mungkin boleh melihat Motorola memiliki web-OS mereka sendiri dan menjadi penyaing kepada Chrome OS yang Google masih sedang bina lagi ketika ini. Tambahan juga, Webtop dihasilkan dengan menggunakan asas Debian Linux.
Lihat demo video bagaimana Webtop berfungsi:
Ketika ini, Webtop hanya boleh didapati dari device Motorola Atrix 4G sahaja, dan mungkin akan digunakan pada lebih banyak lagi device keluaran Motorola dimasa akan datang.
Makumat lanjut mengenai Webtop boleh dilihat disini: http://bit.ly/hCAkTj
Sumber: Android Police (http://bit.ly/f7hqv6)
Posted from Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Related posts:


android tetap di hati!! grrr
wah. mantap sekarang motorola. tergugat la android pasni