
Tamat sudah akhirnya majlis NEF-Awani ICT Fair dan Awards yang berlangsung selama 2 hari, bermula dari semalam (23 Mac, 2011) hingga ke hari ini (24 Mac, 2011). Banyak syarikat telah ditonjolkan kepada umum dalam pelbagai acara, menunjukkan bahawa banyak syarikat IT di Malaysia sebernanya mampu menghasilkan produk berasaskan teknologi yang baik.
Kepada senarai-senarai nama mereka atau syarikat dibawah, syabas diucapkan!
Usahawan Tekno Muda Terbaik
Reza Razali – Terato Tech
Aplikasi Media Terbaik
Lot.my
Aplikasi Mudah Alih terbaik
IslamKids Media Sdn. Bhd.
Syarikat Paling Terbaik
Animonsta Studios Sdn. Bhd.
Animasi Kreatif/Permainan Terbaik
Netcarbon Sdn. Bhd.
Syarikat Paling Inovatif
Orea Technologies Sdn. Bhd.
Syarikat Telekomunikasi Pilihan
TM
Penyedia Perkhidmatan Dalam Talian Pilihan
Maybank
Perkhidmatan e-Kerajaan Pilihan
LHDN
Portal Hiburan Pilihan
Tonton.com.my
e-Komuniti/e-Perkhidmatan Pilihan
MyEG
Anugerah Khas NEF Awani (Tun Mahathir)
Les Copaque Sdn. Bhd.
Untuk pengetahuan, aku sebernanya bersama-sama dengan krew 1Tube.my selama 2 hari disana, banyak perkara telah dilakukan, banyak rakaman video telah dibuat, hanya menunggu masa sahaja dari mereka untuk upload video-video tersebut ke laman 1Tube.my nanti.
Selain dari itu, beberapa blogger juga telah hadir ke majlis tersebut, antaranya adalah Aman Firdaus, Kong Gengblogger, Ben Ashaari, dan Nisa Kay. Mereka semua sangat hebat! Aku bagaikan blogger picisan sahaja bila bersama mereka. *kof *kof
Foto-foto pada hari majlis NEF-Awani ICT Fair dan Awards.











Video Eksklusif: Pengakuan Nisa Kay
Nota: Tak sempat nak edit, sorry kalau video terlalu gelap.
Apapun, ia adalah majlis yang berjaya, aku harap semua syarikat yang menyertai majlis ini telah dapat menggunakan peluang ini untuk memajukan lagi pencapaian syarikat masing-masing. Dan kita pasti akan bertemu lagi di tahun hadapan.
Sekian. Terima kasih kepada semua!
Posted from Petaling Jaya, Selangor.
Related posts:


Apabila blogger geek jadi wartawan gosip…
hahahahhaa
ohmaigoddddd..
giler punye videoooo!!! ahhahahaa
abisla ko.. tersebar meluas ke internet la pasni.. hehehe
perghhh amanfirdaus.com jadi wartawan -__-” lagi satu ayat ‘Mereka semua sangat hebat! Aku bagaikan blogger picisan sahaja bila bersama mereka. *kof *kof’ tak boleh blahh
[...] Pengakuan Nisa Kay : Credit to Shamhardy [...]