
Anugerah ICT NEF-Awani akan berlangsung selama 2 hari bermula pada esok (Rabu, 23 Mac 2011) hingga lusa (Khamis, 24 Mac 2011) di Putra World Trade Center (PWTC), yang mana kita akan melihat syarikat-syarikat ICT Bumiputera tempatan bersaing untuk memenangi anugerah dalam beberapa kategori yang berbeza.
Maklumat lanjut mengenai majlis anugerah ini anda boleh baca disini: http://bit.ly/g325qq
Aku bersama-sama dengan krew 1Tube.my telah diberi peluang untuk hadir ke majlis tersebut sebagai pihak media dan turut juga diberi peluang oleh pihak organisasi NEF-Awani, untuk bertanyakan soalan kepada perdana menteri kita, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak berkaitan dengan dunia teknologi tempatan kita.
Oleh itu inilah peluang anda, jika anda rasa anda ada soalan yang berkaitan dengan dunia teknologi yang ingin sekali anda mahu dapatkan jawapan dari perdana menteri kita sendiri, anda tuliskan soalan bernas anda dalam ruangan komen dibawah ini.
Kami akan pilih beberapa soalan yang terbaik, dan dapatkan jawapan untuk anda dari Dato’ Sri Najib sendiri. Hebat kan? Fikirkan ini seperti #TanyaNajib dalam twitter yang lepas, cumanya kali ni kita fokuskan untuk industri teknologi sahaja. Okeh?
Maka itu, mulakan penulisan anda sekarang! Kami akan mulakan pemilihan.
Posted from Petaling Jaya, Selangor.
Related posts:


Harap tanya lar soalan2 yang terbaek kat PM
Salam..singgah dari blog ben ashaari..
aku ada beberapa soalan mengenai teknlogi maklumat ni.
Kenapa kelajuan internet di Malaysia tidak setaraf dengan negara-negara lain? Kelajuan internet di Malaysia sangat perlahan. Memang baru-baru ini TM ada melancarkan unifi namum adakah meliputi semua kawasan?
sangat beruntung ye nanti dapat jumpa PM.. kirim salam kat dia..
soalan?
Adakah semua yang diupdate oleh PM tu beliau yang update sendiri atau pembantu khas yang ditugaskan?(wondering sbb beliau kan bizi sangat.. sempat ke nk update facebook n blog..)