
Pada 26 Februari 2011 yang lepas, syarikat penerbangan Malaysia MAS telah mengadakan sebuah party event yang menjemput pihak Advertlets beserta para blogger khususnya traveler blogger, bagi menghargai kerjasama antara agensi-agensi dan blogger dalam bantu mempromosikan nama syarikat MAS tahun 2010 yang lepas, dan juga memperkenalkan dua website baru kepada para pelanggan iaitu:
- MASTraveller.com untuk sebarang tips dan maklumat mengenai destinasi ingin anda pergi. Terdapat maklumat lebih lanjut MasTraveller, aku akan terangkan lebih lanjut dibawah nanti.
- MHBuddy, sebuah aplikasi Facebook yang membolehkan anda untuk booking, check-in dan kongsikan bersama dengan rakan anda yang lain didalam Facebook.
Beginilah suasana ketika event tersebut.







Event tersebut berlangsung di Tamarind Hill (http://4sq.com/gtYA3x), sebuah restoran yang eksklusif, dengan rekabentuk yang menarik serta hidangan sajian yang sungguh melazatkan kepada para pengunjung.
Baiklah, mengenai MASTraveller.com, ia merupakan sebuah program antara blogger yang mana pihak MAS sendiri akan menaja sepenuhnya percutian anda ke tempat destinasi eksotik.
Bagaimana cara untuk anda menyertai?
- Daftar dahulu sebagai MASTraveller.
- Kongsikan blogpost anda mengenai percutian dan pengembaraan, tak kisah samada ianya blogpost baru atau lama anda.
- Buat sebuah video selama seminit dan terangkan mengapa anda perlu menang.
- Promosikan blogpost anda dengan mendapatkan jumlah komen yang banyak atau sebarang cara yang anda rasa anda boleh memenanginya.
Itu sahaja!
Dan apakah yang anda akan menang nanti?
- Percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Paris, Auckland, Tokyo, Seoul dan banyak lagi.
- Blog anda akan featured dalam website Yahoo! Travel Malaysia.
- Blogger training session dengan Yahoo! South East Asia.
Dan siapakah akan menjadi juri anda itu nanti?
- Raja Zamilia, Executive Vice President, Communications Malaysia Airlines.
- Farzleen Fadzil Khan, Editorial Team Advisor for Going Places, Malaysia Airlines In-Flight Magazine.
- Karen Vera, Regional Editor for Custom Sites, Yahoo! Southeast Asia.
- Yuna Zarai, Singer/Songwriter.
Bunyi terlalu menarik? Apa tunggu lagi, mulakan kempen anda itu sekarang!
Berbalik semula kepada cerita event tersebut, oleh kerana aku sangat letih pada hari itu, dengan event Facebook Developer Garage pada paginya hingga petang, dan perlu pulang ke Seremban semula selepas itu, aku tidak dapat tunggu lama sehingga majlis selesai.
Tapi apa yang pasti, event tersebut telah berlangsung dengan baik sekali, dan aku dapat pulang dengan cenderahati yang sangat menarik diberikan oleh mereka. Terima kasih MAS!

Untuk maklumat lanjut, sila pergi ke Facebook fan page MAS Airlines dan juga Advertlets untuk info terkini dan lebih banyak foto pada hari event tersebut.
P/S: Ya aku sedar mengenai foto aku yang terlalu noisy. *sob *sob
Posted from Petaling Jaya, Selangor.
Related posts:


alamak bro.. aku mmg suka travel, nak buat blog niche travel, tak buat2 sampai sekarang.. kalau tak boleh aku join..
syarat dia tak kata yg diorang nak travel blogger sahaja. sesiapa pun boleh join, asalkan blogpost menarik, popular, video ko pun best, memang diorg tetap akan pilih punya.
try laaa.. mana tau, rezeki ke ko ker nanti.