Adakah anda selalu memandu kereta ke tempat kerja atau mungkin ke tempat lain? Mahukan info terkini mengenai keadaan trafik ke tempat destinasi anda? Jikalau anda seorang pengguna Twitter, terdapat beberapa akaun Twitter anda boleh follow untuk mengetahui semua itu.

Berikut adalah senarainya.

@LLMinfotrafik – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) primary role is to supervise, monitor and regulate the design, construction, operation and maintenance of all privatized highways.

@amptraffic – The traffic team tweets live for your weekday commute! Monday-Friday between 10am and 8pm.

@plustrafik – PLUS Expressways Berhad (PLUS Expressways) is involved in investment holding and provision of expressway operation services primarily in Malaysia and also abroad.

Dua akaun Twitter dibawah ini pula kalau korang tengok tweet diorang memang tak cantik. Tapi masih membantu aku dalam mengetahui info yang relevan mengenai trafik dari tweet orang lain.

@KLroadblock – menyenaraikan tweets yang diambil dari hashtag #klrb

@kltraffic – sebarang info trafik yang diambil dari tweets yang ber hashtag #kltraffic

Sebernanya aku dah pun buat satu senarai khas dalam akaun Twitter aku untuk tahu pasal trafik, kalau korang berminat nak follow, korang pergi ke link nih terus: @shamhardy/traffic.

Jadi jika anda mempunyai sebarang maklumat anda ingin sampaikan mengenai trafik di tempat anda berada, sila kongsikan dengan kami semua dalam Twitter. Jangan lupa sertakan hashtag #kltraffic, #kltu (untuk kesesakan trafik), #klrb (untuk sekatan jalan-raya oleh Polis dan JPJ) dan #trafficdotmy untuk info trafik seluruh Malaysia kot (aku sendiri pun tak berapa pasti dengan maksud hashtag nih) .

Aku tau ada banyak lagi hashtag wujud dalam Twitter, tapi yang popular dalam pengetahuan aku setakat ni cuma 4 tu saja la.

Oh ya ada satu lagi peringatan untuk semua, berhati-hati ketika ber-tweet sambil memandu! Aku tak mahu lihat korang Twitpic kereta korang yang dah accident pulak nanti. Anda mampu mengubahnya!

Posted from Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Related posts:

  1. Adakah Dia Follow Saya Atau Tidak Dalam Twitter?
  2. Twitter Conversation Dalam Site Anda
  3. Korang Better Letak Twitter Link Dalam Blog
  4. Apa Yang Admin Twitter Belajar Dari Serangan Ke Atas Twitter Baru-Baru Ini
  5. Masih belum Lagi Ada Malaysian Twitter Account Yang Verified?

Tags: , ,



4 Responses


  1. trigyy on 08 Mar 2011

    ingatkan trafic blog… btw, nice info.. memandangkan ramai suke guna FB n twitter.. ia lbih mmudahkan pgguna

    • Himself on 08 Mar 2011

      siapalaaaaaaa.. yg gila sangat rajin buat trafik blog.. LOL!

  2. ejam on 08 Mar 2011

    nak kena suruh Alloy Toll Management pun buat akaun twitter gak ler…pastu bg aku jaga…hehe

  3. zuls on 08 Mar 2011

    Aku selalu juga refer hashtag #kltraffic tu, selain tu apa yang aku selalu buat ialah guna twitter search untuk cari tweet yang takde hashtag.

    Terima kasih buat list, follow list tu terus jerlah :)