
Facebook Developer Garage #1 telah mula berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu (26 Februari 2011) yang lepas di Asia Pacific UCTI (http://4sq.com/eumoI8). Actually dia ada 3 hari bermula dari Jumaat hingga Ahad, tapi memandangkan kesihatan aku tak berapa bagus pada weekend kali ini, aku cuma dapat hadir hanya pada hari Sabtu itu sahaja. So sad me..
Well, aku cuma share few points sahaja yang aku dapat pada hari aku hadir tersebut.

Menurut dari apa yang diberitahu, kini pengguna Facebook adalah berjumlah 600 juta users aktif diseluruh dunia, dan tujuan utama Facebook adalah untuk menghubungkan anda dengan rakan dan keluarga, selebriti dan dengan tempat. Yang mana sayangnya, Facebook Place masih belum secara rasmi dilancarkan di negara kita Malaysia hingga kini kerana permasalahan dengan IP Address dengan Singapore camtuh.
Anyway, Aizat juga berkata kebanyakan trafik besar dari Malaysia ke Facebook adalah ketika pada waktu pagi, dan kurang pada waktu malam. Aku rasa most bloggers tahu mengenai fakta itu kan?
Sedikit foto-foto pada hari tersebut.










Ingatan kepada Facebook users semua, sila pastikan anda menggunakan ‘https’ setiapkali anda menggunakan Wifi percuma dimana-mana tempat. Kerana itulah cara bagaimana Mark Zuckerberg punya fan page kena hack. *wink
Pelbagai aktiviti telah diatur, antaranya adalah sesi berkongsi pendapat Facebook aplikasi yang bagaimana sesetengah hadirin mahu, tips-tips dalam mengurus Database, menghasilkan aplikasi Facebook dengan iOS SDK, pelbagai Facebook API diterangkan, Hackathon dan banyak lagi.
Oh tak lupa juga, hos 3R musim dahulu, Low Ngai Yuen (@ngaiyuen) juga hadir ke Facebook Developer Garage ini untuk menerangkan mengenai kempen Women 100 dalam social media, lebih-lebih lagi dalam Facebook.

Tapi oleh kerana kebanyakan hadirin adalah lelaki, keleliruan berlaku bila soal mengenai hak wanita. LOL!

Aku ada banyak lagi gambar pada event tersebut, untuk melihatnya sila pergi ke foto-album nya nanti di Facebook profile aku, ataupun juga di akaun Flickr aku. Tunggu, sedang di edit sebelum di upload.
Akhir kata, sesuatu yang aku masih geram tak dapat dari kehadiran aku ketika itu adalah… the official shirt! *blergh
Lupakan sajala *sob *sob pasal shirt tuh, bagi aku keseluruhan event ini sangat menarik, banyak perkara aku belajar pada hari itu, banyak benda yang membuatkan aku terfikir untuk hasilkan sesuatu, ramai kawan baru yang aku dapat, dan akhir sekali, aku harap event sebegini akan ada lagi di masa akan datang, dan tahun-tahun depan seterusnya.
Terima kasih kepada organizer event tersebut Urekaweekend!
P/S: Blogger retis Amanz ada membuat blogpost mengenai 3 Facebook app yang muncul dari sesi hackathon #klfb tersebut.
Posted from Petaling Jaya, Selangor.
Related posts:


Hey, I’m sure there’s shirts for you here.
where’s ‘here’?
Come over to Tandemic’s office. Somewhere this week lah. I’ll keep a shirt and some stickers for you.
yeahhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!
nak gak…wuuuu~
Firdaus, got one for you too!
I want!
T___T
blogger retis? lol~
blogger artis!
mark zukerberg pun kena hack ke? heh.. tak sangka aku.. tere hackers tu.. mesti gabung ramai2 tu