Sedikit kata untuk akhir tahun 2010

Lama dah aku tak blogging, masa yang padat dan kerja yang terlalu banyak membuatkan aku tak sempat untuk meluangkan masa sedikit pun untuk menulis, biasalah dah akhir tahun ni.

Tahun 2011 hanya berapa hari sahaja lagi kita akan masuk, banyak kenangan manis dan masam kita hadapi dalam tahun ni, aku rasa ramai di luar sana bersetuju bahawa tahun 2010 ini merupakan tahun yang paling hebat bagi mereka, sebab aku sendiri pun merasakan begitu, terlalu banyak nak diceritakan dan membuatkan aku tak percaya dengan kejayaan aku terima semua itu.

Nasihat aku pada rakan adalah, kita jangan berhenti dengan kejayaan kita dah lakukan, banyak lagi yang boleh kita buat untuk menjadikannya lebih baik, dan menjadikannya lebih menguntungkan, demi kebaikan diri sendiri. Kalau anda rasa anda boleh, anda buat, jangan tunggu terlalu lama, takut 10 tahun kemudian kita akan menyesal kerana tak melakukannya dari awal dulu.

So untuk akhir kata aku, pasang azam apa anda nak achieve untuk 2011, lakukan, dan pastikan tahun 2012 nanti kita semua dah menjadi orang yang berjaya dalam hidup.

Sekian…

P/S: Aku rasa macam aku nak tulis imbasan hidup aku untuk 2010, tapi tak sure macam sempat ke tak. Hehe..

10 thoughts on “Sedikit kata untuk akhir tahun 2010

  1. Pingback: Tweets that mention Sedikit kata untuk akhir tahun 2010 | ShamHardy.com -- Topsy.com

  2. Salam, saya nak bagitahu saya sukaa dgn tone gambar di atas. Dan saya nak cakap selamat maju jaya. semoga 2011 menjadi lebih baik dan bererti daripada 2010 ;)

Comments are closed.