(Photo by SamsungTomorrow on Flickr)
Tahun 2010 ini kita melihat banyak gadget terbaru muncul di pasaran, pelbagai nama brand ada, ada harga yang murah, dan ada harga yang mahal, kita sebagai pembeli cuma perlu memikir yang mana satukah gadget bagi kita yang boleh membantu melaksanakan tugas seharian kita.
Apa yang aku nak ketengahkan ini adalah tentang branding, dan aku ambil contoh gadget yang paling popular sekarang, iaitu smart-phones.
Kalau kita lihat dalam industri smart-phones sekarang, nama seperti HTC, Apple, BlackBerry, Sony Ericsson, Samsung, Motorola, Nokia menduduki carta jualan terbanyak bagi syarikat pengeluar telefon di dunia, setiap mereka mempunyai strategi masing-masing dalam pemasaran, features dalam phone yang berbeza dan reka bentuk yang canggih, semua itu mungkin mengelirukan pembeli.
Dan apa yang aku nak ajar kali ini adalah, untuk pembeli melihat phone itu sebagai sebuah computer, satu set CPU yang lengkap segalanya.
Untuk pengetahuan, first sekali kalau aku melihat sebuah phone, adalah aku melihat OS nya dahulu, tak kisah la macam mana bentuk dia, macam mana specs phone dia, memang yang first mesti OS dahulu. Takde lain.. Sebab bagi aku, OS adalah segalanya, akal bagi seorang manusia, reka bentuk dan specs itu adalah semua body part seorang manusia itu, tapi akal seseorang lah yang membezakan peranan yang boleh dilakukannya. Dah faham?
Oleh itu, aku akan bincangkan sedikit sebanyak mengenai mobile OS ini, hopefully ada individu di luar sana boleh menjadikkannya sebagai panduan hidup. Ini semua adalah dari pengalaman aku sendiri.
First dalam list, adalah BlackBerry OS.
Kalau anda rasa anda seorang businessman, seorang yang mahukan data sampai dengan pantas, pilih BlackBerry phone, BIS (BlackBerry Internet Service) yang aku telah cuba memang pantas, anda boleh dapat email sebaik sahaja penghantar di sebelah sana menekan butang send kepada anda, sesuai jika anda sentiasa berhubung dengan clients, rakan atau famili melalui email. Satu lagi aplikasi popular dalam BlackBerry OS adalah BBM (BlackBerry Messenger), ia seperti SMS, cuma ia lebih baik dari SMS, dan ia percuma selagi anda masih mempunyai langganan BIS anda. Aku selalu menganggap BBM ini seperti IM (Instant Messengenr), kalau anda suka ber IM (atau chat), anda pasti suka dengan BBM. Sayangnya aku tak..
Dan sesuatu yang patut anda perlu tahu tentang BlackBerry ini adalah, anda perlu langgan BIS sentiasa untuk menggunakan aplikasi web anda, seperti Facebook dan Twitter, even anda connect dengan wifi sekalipun kalau tiada BIS, masih tak boleh menggunakan aplikasi tersebut. Terpaksa buka mobile version untuk site social media tersebut. It sucks! Tapi itulah cara mereka (RIM) melakukan perniagaan mereka, no more comments..
Baik, itu cerita mengenai BlackBerry OS. Kita pergi ke Microsoft pula.
Windows Phone 7 (WP7) pula yang aku tengok, ia juga sesuai untuk businessman, bayangkan aplikasi seperti Outlook, dan Microsoft Office telah tersedia didalam WP7, aku rasa memang ramai pengguna aplikasi tersebut yang ada di luar sana, even aku sendiri pun guna Microsoft Office sehingga hari ini, Outlook? emmmmm.. lama dah aku tak guna (diganti dengan Mozilla ThunderBird). Malah dalam WP7 juga, dalam contact information, bentuk yang dipaparkan amat menarik, sesuai jika anda mahu melihat apa yang rakan contact anda sedang lakukan sekarang melalui Facebook dan Twitter mereka, namun.. feature tersebut bukan sahaja ada dalam WP7.
Dan lagi satu yang aku perasan mengenai WP7 adalah mengenai teknologi Cloud, meaning semua data dalam phone anda sebernanya automatically tersimpan dalam server database Microsoft, so lets say kalau korang buka contact information seseorang, phone tersebut akan mengambil data terus dari internet tanpa korang perlu simpan banyak dan mengambil space dalam phone, bagus kerana korang tak perlu risau mengenai kehilangan data kalau phone OS BSOD (Blue Screen Of Death, well.. since ini adalah produk Microsoft kan?) ke? atau mungkin perlu untuk reset ke factory settings semula? Semua itu korang tak perlu fikirkan kerana segala data sudah ada di Cloud sana. Tapi akan menjadi masalah kalau korang takde internet atau signal mobile kawasan anda teruk. Contoh macam rumah aku sendiri kat Seremban sini (Taman Permai 2).. Oi Maxis!
Tapi Windows Phone 7 masih terlalu baru dalam arena mobile OS ni, masih tak banyak aplikasi yang ada dalam Marketplace mereka. Terlalu awal untuk judge WP7, actually aku pun ada terangkan serba sedikit dalam blogpost aku terdahulu ketika pelancaran HTC HD7 oleh Maxis yang lepas (http://shamhardy.com/10759). Hopefully korang dapat check-out juga. Kerana ia sangat menarik! #promote
Seterusnya.. Dua Titan dalam mobile OS..
iOS dari Apple dan Android dari Google, dua mobile OS ini adalah yang paling popular di dunia sekarang, kerana ia bukan sahaja sesuai untuk business, malah juga dari sudut entertainment juga, mereka mempunyai berjuta aplikasi yang anda boleh install melalui iTunes, untuk iOS, dan Market, untuk Android.
Terus terang aku cakap, iOS is the best yang ada sekarang, Steve Jobs really did well dalam menjaga mobile OS nya kepada pengguna, bukan sahaja ianya cantik dari segi user interface nya. Malah kalau korang cuba, memang smooth in everything, bukak application, send data, take pictures, record video, memang super awesome. Tak ada masalah langsung.
Tapi apa yang aku kata tuh untuk iOS yang latest version ah, meaning iPhone 4 and later. Sorry 3GS and below users!
Seterusnya, Android.. mobile OS yang aku guna sekarang, dan paling favorite! Walaupun aku have to admit ianya tak ‘almost’ perfect macam iOS Apple. Tapi Android can do just about everything! Ia adalah Linux, mobile OS yang paling Open. Banyak phone yang support Android. HTC, Samsung, Sony Ericsson, Motorola, CSL, phone China pun ada, banyak.. kalau korang nak bukak company mobile phone sekarang pun dah boleh, pastu install Android dalamnya. Sure no problem dengan sales, itulah kelebihan bila membuat pilihan untuk telefon jenis OS Android, terlampau banyak pilihan pengeluar, sebab Google memang company yang suka kepada Open Source, dan itulah Android boleh lakukan. Even kalau korang nak install Android dalam iPhone pun dah boleh sekarang, ada team developers luar sana yang membolehkan korang buat begitu.
Even kalau korang follow-up sales phone ada sekarang, Android lah yang paling meningkat naik tahun 2010 ni, tu sebab Motorola, Sony Ericsson and Samsung terus ubah OS diorang dulu pada Android semua, pasal mobile OS inilah paling banyak bagi mereka duit. Fikirkan fakta ini.. sangat menarik kan?
Tapi satu perkara yang dua mobile OS ini boleh lakukan adalah, kalau iOS, anda Jailbreak, dan Android anda Root, meaning anda boleh open lagi kemampuan mobile OS anda. Tiada sebarang restriction anda nak buat, this one tak sure samada legal atau tak.. Tapi ilmu ini, adalah bagi mereka yang berani dan advanced level only, jika anda rasa begitu, then do it! Tak mau dengar alasan.. :p
Dan akhir sekali.. Symbian, mobile OS yang telah lama dalam arena, actually dalam seumur hidup aku tak pernah guna Symbian lagi, sebab dari phone lama aku pun aku lompat ke Sony Ericsson dulu (mobile OS mereka yang lama), baru Android, so aku tak boleh nak cerita langsung bab Symbian nih, takut salah bagi ajaran nanti, better pergi tanya pada pengguna mereka sendiri (contoh @khiromar), aku rasa lebih elok, takut ada yang marah kat aku nanti and buat Facebook fan page tak suka kat aku.
Sedih aku… buhuhuhuu..
So.. rasanya aku terpaksa end blogpost mengenai cerita mobile OS ni disini, aku rasa dah teramat cukup dengan informasi, panjang sangat.. rasa ada ke tak yang nak baca.. next! aku akan cerita mengenai specs phone pula yang patut anda lihat dulu sebelum membeli. Ianya akan menjadi satu subjek yang sangat technical nanti. Dan anda harus membaca..
Jadi apapun sebelum anda ingin beli, mesti lihat dulu apa OS dia, kerana penting! Bak kata nenek aku: “It doesn’t matter how the look on the outside, but what’s the inside that counts”
Salam sejahtera semua!
P/S: Hey! Even Yoda pun lihat hati seseorang dulu sebelum mengambil sebagai Jedi okay!
aku baru nak berjinak dengan android..dr kajian tak penah gune tgk android mcm sgt frenly user..huhu.. symbian bwh N8 mmg suxx la sbb kene CFW..aku pengguna utama symbian sebelum ke bb at os6..huhu
memang.. android sgt tak friendly user, that’s why dia tak famous sgt berbanding mobile os yg lain. tapi! banyak perkara bole dilakukan dgn android..
oh.. guna bb os 6? cemana? best tak?
Aku dulu enci gila dengan Samsung. Tapi disebabkan Galaxy 5 pakai Android 2.1…. Terus sambar!
Dah tu, tak sampai sebulan, terus flash pakai 2.2 Froyo… Hahahahhahahaha….
wah! cepat betol!! haha
aku baca sampai habis. hehe. baru faham perbezaan OS ni. nak angkat hp android satu la jgak
angkat! angkat! angkat!
Pingback: Tweets that mention Artikel: Lihat dahulu pada mobile OS | ShamHardy.com -- Topsy.com
Nice INFOS Bro.
Aku macam biasa la bro, Apple is the way. Android pun aku admire jugak. Tapi lepas ni plan nak beli MacBook and now iPad dah ada. So iPhone jadi pilihan hati. Rasa macam lebih lengkap ecosystem.
Satu lagi yg agak risau pasal android ni is fragmantation. Sebab kan banyak specs and jenis phne yg running android. Contohnya hari tu ingat nak beli htc tattoo tapi dengar cerita ada bnyk gak app yg tak support because phone spec or screen size tak ngam. Tak surelah.
I like iPhone punya style. One phone. If ada update, update to all. More focused i think. And as pengguna, if bump into problems, senang cari solution. Because everyone else usung the same sistem.
And one thing i hate kalau pasal android ni, is task manager die. Meaning i have to manage My apps running on the bckground.to me thats a bummer. I dont want to think bout managing tasks,I want the OS to take care of that.
Tapi to be fair, one day, i will own an android. Banyak things yg apple can learn also from android.
Macam u cakap, in the end, its up to the user, WHAT they want, and HOW they want their phones to be.
Peace.
baru de hati nak tukar2 hp hebat tahun depan.. skg guna yg cikai je, yg 3g je.. thanks.. leh jadi panduan ni..
sungguh2 berilmu blogpost nie, sudah aku faham faktor utama sebelum beli hp…
android nmpknya benar2 menggoda aku skrg…