
Jika anda ingin mencari sebuah hotel budget di Kuala Lumpur, Leisure Inn kini telah membuka cawangan terbaru mereka yang terletak di Jalan Changkat Thambi Dollah, bersebelahan sahaja dengan bangunan Shaw Parade, yang juga berdekatan dengan bangunan yang terkenal di Kuala Lumpur, iaitu Berjaya Times Square.
Foursquare link: http://4sq.com/aPL6Qo
Pemandangan dari atap hotel.


Kedudukan Hotel Leisure Inn sangat strategik kerana ia terletak sungguh dekat dengan Bukit Bintang, yang terkenal dengan pelbagai bentuk hiburan disana dan banyak kawasan membeli-belah, hinggakan hanya berjalan kaki sahaja anda sudah boleh sampai kesana.
Inilah yang Leisure Inn sediakan dalam servis hotel mereka:
9 Channel TV (6 channel tempatan, BBC World News, ESPN dan Cinemax)
3 jenis tilam/katil disediakan
Kemudahan WIFI bagi setiap bilik
Pengering rambut
Set bilik air
2 botol air percuma
Deluxe Queen

Superior Single

Superior Twin

Utiliti yang disediakan






Juga di bahagian lobby, Leisure Inn ada menyediakan satu ruang dipanggil business corner untuk mereka yang perlu menggunakan komputer untuk apa jua kegunaan mereka. Perkhidmatan internet sudah tersedia sekali.



Rates: (Harga promosi sempena pembukaan)
Deluxe King: RM88 nett semalaman
Deluxe Queen: RM88 nett semalaman
Superior Twin: RM88 nett semalaman
Superior Single: RM88 nett semalaman
Info lanjut mengenai hotel Leisure Inn.
Alamat: No 196, Jalan Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur, Malaysia, 55100
Hubungi: +603-2142 6833
Isnin hingga Ahad: 12:00 am – 12:00 am
Lukisan yang menghiasi dalaman Hotel Leisure Inn ini.






Nota.
Parking: Tidak terdapat di bangunan hotel tersebut, tapi yang ada terletak paling hampir adalah 5 meter sahaja.
Taxi: Mudah didapati.
Pengangkutan awam: KL Monorail (Imbi atau Bukit Bintang), cuma berjalan 15 minit sahaja.
Pusat membeli belah terdekat: Berjaya Times Square, Low Yat Plaza, dan Sungai Wang yang hanya 15 hingga 20 minit berjalan kaki.
Untuk pengetahuan lanjut, sila layari ke website utama mereka, di http://www.leisureinn.com.my
Advertlets bloggers yang hadir pada hadir pembukaan tersebut (termasuk aku, walaupun aku tiada dalam foto-foto tersebut).


P/S: Lepas ni aku kena continue buat blog-post pasal #Maxis10 BlackBerry Torch aku.
Pingback: Tweets that mention Hotel Leisure Inn Kuala Lumpur Telah Dibuka | ShamHardy.com -- Topsy.com
memang cun gile.. tapi rasanya takkan merasa kot
harga dia memang murah, rasanya masih dalam peringkat ‘mampu’ lagi