Saksikan Program Sukan Kegemaran Anda Melalui Web Dengan ESPN Player

Pada Isnin lepas (September 20, 2010) telah berlangsung satu sidang media oleh ESPN STAR Sports yang bertempat di La Bodega Deli bagi memperkenalkan produk terbaru mereka untuk semua pelanggan Astro Sports iaitu ESPN Player.

ESPN Player berfungsi sebagai platform kepada pelanggan yang mahu menonton rancangan sukan kegemaran mereka melalui web, dengan pelbagai fungsi didalamnya, kualiti yang terbaik, anda pasti tak akan terlepas lagi sebarang perlawanan sukan live anda selepas ini.

Menurut Nigel Harper (Pengarah, ESPN Player dari ESPN STAR Sports), untuk menggunakan ESPN Player ini adalah dengan pertama sekali, anda menjadi pelanggan kepada Astro dahulu, kemudian langgan Astro Sports, pergi ke laman rasmi website Astro sendiri untuk mendaftar sebagai ahli disitu, dan seterusnya anda dah boleh menggunakan ESPN Player anda kemudian itu. Ingat, yang penting sekali langgan Astro Sports, itu sahaja.

Peminat sukan Malaysia bakal menemui cara baharu lagi segar untuk menikmati senarai sukan antarabangsa terulung, dan ESPN Player memberi fleksibiliti dan kawalan yang lebih terhadap sukan yang diminati penonton, dan bagaimana menontonnya dengan platform dalam talian. Internet dan televisyen menjadi semakin rapat dengan pengenalan ESPN Player dan pihak kami komited untuk memperkaya pengalaman tontonan peminat sukan di samping meletakkan tanda aras baru dalam penikmatan sukan.

Pada pokoknya, ini memberi peminat sukan kawalan atas pengalaman tontonan keseluruhan dan memilih bagaimana dan bila mereka hendak menikmati kandungan sukan. Kami sukacita kerana mempunyai rakan yang kami hargai, Astro yang berkongsi komitmen kami untuk berusaha lebih demi memberi peminat sukan Malaysia kandungan dan interaktiviti sukan yang terbaik.

ESPN Player juga mempunyai ruang arkib yang besar, bermakna jika anda ingin menonton perlawanan mungkin 1 – 2 minggu yang lepas, atau 3 – 20 tahun yang lepas juga, anda boleh menontonnya. Segalanya ada disitu.

ESPN Player menyediakan pelbagai jenis sukan dalamnya, anda boleh tonton bolasepak, F1 racing, Golf, Renang, dan pelbagai lagi, ESPN Player ada menyediakan semuanya. Seperti yang saya kata, ia adalah alternative platform yang diperkenalkan oleh Astro kepada pelanggan mereka.

Akan berlangsung beberapa sukan dalam masa yang terdekat ini, contohnya iaitu Singapore Grand Prix pada weekend ini (25-26 Sept), Japan Grand Prix (9-10 Okt) dan acara sulung Korea Grand Prix (23-24 Okt). Anda boleh cuba menontonnya melalui ESPN Player nanti.

Saya telah mencubanya, dan beberapa test menggunakan browser yang berbeza tak ada masalah, cuma pastikan Flash player anda sentiasa up-to-date, dan browser yang dicadangkan adalah Mozilla Firefox dan Google Chrome.

Masih ingat lagi dalam ingatan saya semasa berlangsung acara World Cup (2010) yang lepas, ramai bertanya saya dimana mahu menonton live match melalui web ini, kerana ada yang tak sempat pulang kerumah kerana masih lagi bekerja ketika itu, ada yang tak dapat tempat duduk di restoren-restoren, terlalu banyak yang penuh, jadi disini peranan ESPN Player kepada mereka. Tonton melalui web dimana sahaja anda berada.

Jadi, kalau anda sudah menjadi pelanggan untuk Astro Sport, daftar sekarang sebagai ahli dalam web Astro di http://www.astro.com.my dan mulakan menonton sukan kegemaran anda dengan ESPN Player.

Link kepada ESPN Player: http://www.astro.com.my/stadiumastro

Pengguna boleh menghubungi 1 300 82 3838 atau lawati http://www.astro.com.my untuk melanggani pakej sukan.